CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Tashu

[Negeri Sembilan] RUMAH BORAK SELATAN: MOTHER NATURE IS THE ULTIMATE INSPIRATION

 Close [Copy link]
Post time 14-11-2024 01:56 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2024 01:56 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2024 01:56 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2024 01:59 AM | Show all posts
Sivasangari, Aifa berentap di suku akhir Piala Skuasy Malaysia






Pemain skuasy wanita negara, S Sivasangari (kanan) menentang pemain dari Mesir, Nour Heikal di pusingan kedua Piala Skuasy Malaysia 2024. Foto: BERNAMA



KUALA LUMPUR: Pemain wanita negara, S Sivasangari menepati ramalan apabila mudah melangkah ke suku akhir Piala Skuasy Malaysia 2024 di sini, hari ini.
Pada pusingan kedua yang berlangsung di gelanggang berkaca di pusat beli-belah The Curve, Damansara, Sivasangari yang juga pilihan utama kejohanan hanya memerlukan 23 minit untuk menewaskan pemain ranking ke-62 dunia dari Mesir, Nour Heikal dengan keputusan 3-0 (11-4, 11-5, 11-9).
Menanti juara Klasik London yang juga pemain ranking kesembilan dunia itu di suku akhir adalah rakan senegaranya, Aifa Azman selepas berjaya menewaskan pemain Sepanyol Cristina Gomez 3-0 (11-4, 11-4, 11-4).
"Ini adalah perlawanan pertama saya dalam kejohanan di Malaysia. Secara keseluruhan, saya rasa saya bermain dengan baik dan berjaya menamatkan tiga set. Seperti yang kita semua tahu, pemain Mesir ini adalah pejuang," katanya kepada pemberita selepas perlawanan itu.

Sementara itu, Aifa menjangkakan saingan sengit bakal ditampilkan oleh pemain wanita nombor satu negara itu pada pentas suku akhir Jumaat ini.
"Kali terakhir saya bertemunya adalah pada kejohanan kebangsaan dua tahun lepas, di mana saya tewas 1-3. Sudah tentu, saingan sengit akan ditampilkan, tambahan pula dia kini berada dalam ranking 10 terbaik dunia. Namun, saya sedia menyahut cabaran," katanya.
Terdahulu, seorang lagi wakil wanita negara, Aira Azman yang juga adik kepada Aifa mara ke suku akhir selepas menewaskan wakil Australia Sarah Cardwell, 3-1 (11-6, 9-11, 11-4, 11-4).
Aira akan bertemu dengan Georgia Adderley dari Scotland.
Kejohanan ini berlangsung dari 12 hingga 17 Nov ini dan menawarkan hadiah berjumlah AS$100,000 (kira-kira RM443,566). - BERNAMA





https://www.bharian.com.my/sukan/raket/2024/11/1323536/sivasangari-aifa-berentap-di-suku-akhir-piala-skuasy-malaysia


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2024 02:01 AM | Show all posts
Pocket Rocketman kembali berkayuh






Datuk Azizulhasni Awang (tengah) di Kejohanan Trek Berbasikal Kebangsaan 2024 di Velodrom Nasional, Mei lalu. Foto: STR/Azrul Edham



KUALA LUMPUR: Jaguh berbasikal trek negara Datuk Azizulhasni Awang kembali berkayuh basikal selepas kali terakhir melakukannya ketika temasya Sukan Olimpik Paris 2024.
Dalam satu video dikongsikan di laman Facebook hari ini, beliau bagaimanapun bukanlah melakukan aktiviti itu di trek sebaliknya di atas jalan raya.
"Alhamdulillah hari pertama berkayuh sejak Olimpik Paris dan memang sebelum ini tidak sentuh basikal langsung. Alhamdulillah hari ini berkayuh dengan pasukan 'trek endurance' dan lebuh raya Malaysia, pelapis-pelapis dan juara masa depan, insya-Allah.
"Kadang-kadang itu ada rasa tak payah sentuh basikal, tapi apa jua cabaran serta halangan kita pasti mampu mengatasinya dan kita bagi jadi," katanya dalam video berkenaan.

Sebelum ini, status sama ada pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang mendapat julukan The Pocket Rocketman itu untuk meneruskan kariernya sebagai atlet masih menjadi tanda tanya apabila beliau kekal dengan pendirian mengunci mulut berhubung perkara berkenaan.
Bagaimanapun baru-baru ini Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Amarjit Singh memberikan bayangan Azizulhasni mungkin akan membuat kemunculan semula dalam beberapa pertandingan tahun depan. - BERNAMA




https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2024/11/1323526/pocket-rocketman-kembali-berkayuh


Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2024 02:02 AM | Show all posts
Zii Jia bangkit tewaskan Justin






Lee Zii Jia ketika beraksi di Masters Malaysia, Mei lalu. Foto: Fail NSTP






KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia diberikan tentangan sengit daripada rakan senegara Justin Hoh sebelum mengesahkan tempat ke pusingan kedua Masters Kumamoto di Jepun, hari ini.
Berdepan Justin yang mara menerusi tiket kelayakan, Zii Jia yang juga pilihan kelima kejohanan memerlukan aksi tiga set sebelum menang dalam perlawanan yang berlangsung selama 62 minit.
Selepas menang set pertama 16-21, pemain ranking tujuh dunia itu tewas 21-12 pada set kedua sebelum bangkit memenangi set ketiga 17-21 menentang Justin yang mengisi ranking 49 dunia.
Dalam perlawanan berkenaan, Justin, 20, tampak seperti keletihan dan melakukan banyak kesilapan tidak sepatutnya selepas perlu mengharungi dua perlawanan kelayakan sebelum menempah aksi dengan Zii Jia.




Bagi Zii Jia, kemenangan penting buatnya dalam pemenang pingat gangsa Olimpik Paris 2024 dalam usaha mengesahkan tempat ke Jelajah Dunia Akhir BWF di Hangzhou, China, bulan depan.
Menghuni kedudukan keenam dalam pemburuan tempat ke Hangzhou, tiada lagi kesilapan boleh dilakukan Zii Jia yang ketika ini memiliki kelebihan tipis selepas mengumpul keseluruhan 69,900 mata, di hadapan dua pemain Jepun, Koki Watanabe (67,530) dan Kenta Nishimoto (65,780).
Sebagai rekod, hanya tujuh pemain terbaik layak untuk beraksi di Hangzhou selepas pemain Denmark, Viktor Axelsen mengesahkan tiketnya sebagai juara Olimpik 2024.



https://www.bharian.com.my/sukan/raket/2024/11/1323519/zii-jia-bangkit-tewaskan-justin













Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-11-2024 02:04 AM | Show all posts
Watie sedih Shuib difitnah guna duit caruman PERKESO pekerja




Watie berkongsi, suaminya, Shuib tidak mengambil gaji selama bertahun-tahun, malah, mengeluarkan duit poket sendiri bayar gaji pekerja. - Foto IG Watie Hanifiah


KUALA LUMPUR: Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah sedih apabila suaminya dituduh menunaikan umrah menggunakan duit caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) untuk pekerja.
Watie atau nama sebenarnya, Fati Nikmatul Adawiyah Hanafiah, 35, menerusi hantaran dimuat naik dalam Instagram Story menjelaskan, suaminya tidak mengambil gaji selama bertahun-tahun.
"Setiap bulan, suami akan 'top up' duit poket sendiri untuk bayar gaji pekerja.
"Pihak pengurusan dulu bermasalah, tetapi penghujungnya, suami difitnah.

"Semoga suamiku diberi ketabahan, insya-Allah, dia tahu halal haram," dakwa Watie.
Menerusi hantaran sama, Watie turut memohon maaf kerana sedikit beremosi terhadap tuduhan dilemparkan kepada suaminya.
Tambah Watie, hanya mereka yang hebat sahaja berdepan ujian dan mungkin suaminya adalah salah seorang daripada mereka.
"Ujian hebat untuk orang yang hebat, jadi suami saya hebatlah kan? Alhamdulillah, sekian coretan Mummy untuk hari ini," tulisnya.
Terdahulu, Shuib bersama pengarah syarikat Bubblebee Sdn Bhd, Kho Choon Guan dikenakan denda sebanyak RM17,500 atas tujuh pertuduhan membabitkan caruman PERKESO, tahun lalu.
Shuib dan Choo Guan membuat pengakuan bersalah di hadapan Majistret Ameera Mastura di Mahkamah Majistret Shah Alam pada Isnin lalu.




https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2024/11/1323498/watie-sedih-shuib-difitnah-guna-duit-caruman-perkeso-pekerja






Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2024 02:06 AM | Show all posts
Arrora cuti empat bulan tanpa gaji demi GV11






Arrora ingin merasa nikmat tampil cantik dan bergaya ketika membuat persembahan dalam konsert mingguan. - NSTP/Rohanis Shukri







KUALA LUMPUR: Penyanyi Arrora Salwa malu melihat penampilan sendiri yang tidak pandai bergaya pada awal kemunculannya sebagai penyanyi lebih sedekad lalu.
Arrora berkata, dia akan memakai apa sahaja pakaian yang ada tanpa mengira fesyen digayakan sesuai ataupun tidak dengan statusnya sebagai artis disebabkan kurang pengetahuan dalam berfesyen.
"Dahulu saya kosong dan tak tak tahu apa-apa termasuk soal penjagaan penampilan diri dan berfesyen. Masa itu, gaya saya sangat biasa dengan kulit gelap terutama selepas meninggalkan kerjaya sebagai anggota polis.
"Tak tahulah orang masih ingat atau tidak. Saya pernah buat persembahan dengan seluar 'legging' paras lutut dengan baju tanpa lengan.

Solekan ala kadar hingga saya jadi sedih dan menangis di bucu katil bila melihat penampilan sendiri pada masa itu," katanya ditemui pada sidang media Gegar Vaganza Musim Ke-11 (GV11) di ibu negara, baru-baru ini.

Arrora yang pernah popular menerusi lagu Ahmad menjadi antara 14 peserta program realiti, GV11 yang bakal memulakan siaran pada 24 November ini.
Mengulas pembabitannya dalam program itu, Arrora yang juga pramugari Malaysia Airlines (MAS) mahu melepaskan rindu dengan dunia nyanyian yang sudah lama ditinggalkan.
Arrora berkata, dia ingin merasai nikmat tampil cantik dan bergaya ketika membuat persembahan dalam konsert mingguan.
"Jujurnya, saya rindu kembali menyanyi dan bertemu peminat. Saya pernah ditawarkan menyertai program ini pada 2022, namun terpaksa menolak kerana masih dalam latihan untuk menjadi pramugari.
"Saya cakap kalau ada rezeki pada masa akan datang, saya akan terima. Nampaknya saya sekali ditawarkan, tahun ini.
"Memandangkan saya adalah kakitangan tetap dan bukan kontrak, saya ambil cuti tanpa gaji selama empat bulan demi untuk menyertai GV11.
"Selain mendapatkan khidmat penyanyi Idayu sebagai guru vokal, saya juga dibantu mereka yang pakar dalam bidang solekan dan dandanan serta fesyen.
"Demi kelihatan cantik atas pentas, kos dibelanjakan kira-kira RM2,000 seminggu. Tak menang menyanyi pun tak apa, asalkan menang bergaya," ujar pelakon filem Kerat 14 itu sambil ketawa.



https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2024/11/1323471/arrora-cuti-empat-bulan-tanpa-gaji-demi-gv11


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2024 02:08 AM | Show all posts
Pengurusan universiti tak boleh pandang ringan isu buli - Zambry






Zambry (barisan kedua, tengah) bergambar bersama sebahagian Felo Muda AKEPT pada Majlis Peluncuran Sekretariat Pemikir Muda Negara (PEMIKIR) di Institut Kepimpinan dan Pembangunan Uitm, Bandar Enstek. - Foto NSTP/AZRUL EDHAM




NILAI: Pengurusan universiti di negara ini perlu mengambil langkah proaktif dengan memastikan kejadian buli dalam kalangan pelajar tidak berlaku di mana-mana di pusat pengajian tinggi (IPT) itu.
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata pihaknya memandang serius kejadian buli yang dilaporkan berlaku di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM),
"Saya minta kerjasama semua pengurusan universiti tidak mengambil ringan berhubung kes-kes berkaitan buli ini.
"Walaupun sehingga setakat ini kita belum dapat apa-apa laporan atau kes yang terkait dengan UPNM berlaku di universiti-universiti lain, namun ia perlu tindakan proaktif bagi memastikannya (kejadian buli) tidak berlaku," katanya kepada media selepas Majlis Peluncuran Sekretariat Pemikir Muda Negara (Pemikir) di Institut Kepimpinan dan Pembangunan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Bandar Enstek, di sini, petang tadi.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Datuk Dr Megat Sany Megat Ahmad Supian dan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Prof Dr Azlinda Azman.
Terdahulu, media melaporkan penuntut tahun satu UPNM mengalami keretakan tulang rusuk dan tulang belakang dipercayai dipijak penuntut senior.
Kejadian itu berlaku pada 21 Oktober lalu, sehari sebelum seorang penuntut universiti sama yang melecur di badan akibat ditekap dengan seterika oleh penuntut senior.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, mengesahkan polis menerima laporan berhubung kejadian itu.
Ditanya sama ada KPT bercadang membuat peraturan tertentu bagi mencegah perbuatan buli di universiti, Zambry berkata, untuk membuat keputusan itu ia memerlukan penilaian secara menyeluruh.
"Kita kena buat penilaian secara menyeluruh, kita tidak boleh hanya kata kena buat itu kerana laporan lengkap dan juga langkah-langkah kehadapan itu perlu dilengkapi dengan melihat kesemua aspek," katanya.




https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/11/1323540/pengurusan-universiti-tak-boleh-pandang-ringan-isu-buli-zambry


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2024 02:10 AM | Show all posts
Muzium tempatan dapat diperhebat dengan memperbanyakkan paparan sejarah, warisan budaya negara - Anwar




Anwar ketika mengunjungi Grand Egyptian Museum di Giza, Mesir. - Foto Facebook Anwar Ibrahim







KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya muzium tempatan dapat diperhebat dengan memperbanyakkan paparan sejarah serta warisan budaya negara.
Dalam hantaran di Facebook rasminya, Perdana Menteri memaklumkan beliau dan delegasi Malaysia sebelum berangkat ke Lapangan Terbang Kaherah semalam, menerima pelawaan kerajaan Mesir untuk mengunjungi Grand Egyptian Museum di Giza.
"Saya dimaklumkan bahawa muzium ini baru dibuka dan adalah yang terbesar di dunia dengan menempatkan lebih daripada 100,000 artifak bersejarah Mesir.
"Lawatan ini juga membuka peluang untuk mendalami keunikan dan kekayaan warisan budaya masyarakat Mesir terdahulu.

"Saya percaya muzium di Malaysia juga boleh diperhebat dengan memperbanyakkan paparan sejarah serta warisan budaya negara kita," katanya menurut hantaran itu.
Anwar pada Sabtu lalu tiba di Kaherah bagi lawatan rasmi empat hari ke Mesir atas undangan Presiden Abdel Fattah El-Sisi.


https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/11/1323538/muzium-tempatan-dapat-diperhebat-dengan-memperbanyakkan-paparan









Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2024 02:12 AM | Show all posts
APEC 2024: Laporan ABAC input penting perbincangan dasar - PM

[url=https://ibb.co/H769PfH][/url


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima Laporan Tahunan Majlis Penasihat Perniagaan APEC (ABAC) daripada Pengerusi ABAC Malaysia, Datuk Ruben Emir Gnanalingam.





LIMA, PERU: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Laporan Tahunan Majlis Penasihat Perniagaan APEC (ABAC) akan diberi perhatian penuh dan diteliti dengan sebaik mungkin sebagai input penting bagi siri perbincangan dasar sepanjang Minggu Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC (AELW) yang berlangsung di sini.
Laporan berkenaan diserahkan kepada Perdana Menteri oleh Pengerusi ABAC Malaysia, Datuk Ruben Emir Gnanalingam, sejurus selepas Anwar mempengerusikan mesyuarat pra-majlis sebaik tiba di Lima dari Kaherah, Mesir.
Mesyuarat itu dijalankan bagi menyelaras dan mempersiapkan agenda perbincangan sebelum acara utama AELW bermula.
Anwar berkata, laporan itu mencerminkan aspirasi dan kepentingan sektor perniagaan di Ekonomi Asia Pasifik, khususnya dalam menyokong agenda pertumbuhan inklusif.

"Tujuan utama laporan ini adalah untuk memberi manfaat kepada rakyat, memperkukuh daya saing perniagaan, serta meningkatkan kemakmuran serantau," jelas Perdana Menteri menerusi perkongsiannya di media sosial.
Beliau menambah, antara aspek penting dalam laporan itu ialah cadangan bagi meningkatkan daya tahan ekonomi rantau ini melalui dasar yang inklusif dan mampan.
Inisiatif itu, katanya, akan membantu negara-negara APEC menghadapi cabaran ekonomi global dengan lebih berkesan.
Pada 15 November ini, Perdana Menteri dijadualkan untuk menyertai Dialog Pemimpin Ekonomi APEC bersama ABAC.
Sesi dialog terbabit dijangka menjadi platform penting untuk berkongsi pandangan dan membincangkan dasar yang boleh mendukung pertumbuhan ekonomi yang lebih kukuh di rantau ini.
Ruben yang bertindak sebagai moderator bagi sesi itu, akan disertai oleh pemimpin utama seperti Presiden Vietnam, Lurong Churong, bersama wakil ABAC dari negara seperti Vietnam, Kanada, Papua New Guinea dan Russia.
Kehadiran pemimpin ini melambangkan komitmen negara-negara APEC terhadap kerjasama ekonomi serantau.
Dalam pada itu, Anwar turut menekankan bahawa Malaysia akan terus komited dalam menyokong inisiatif yang dapat memperkukuhkan hubungan perdagangan dan pelaburan di kalangan negara-negara APEC.
Usaha ini selari dengan aspirasi Malaysia untuk menjadi rakan strategik utama dalam rangkaian ekonomi serantau.
Perdana Menteri juga percaya bahawa kerjasama yang erat dalam kalangan negara APEC akan menjadi kunci bagi memastikan rantau ini mampu menangani cabaran masa depan, termasuk isu perubahan iklim dan ketidaktentuan ekonomi global.
Anwar menyeru semua pemimpin APEC agar bersatu dalam menjayakan agenda inklusif ini, yang dilihat penting untuk memastikan kesejahteraan rakyat di seluruh rantau Asia Pasifik.





https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/11/1323544/apec-2024-laporan-abac-input-penting-perbincangan-dasar-pm


Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2024 02:14 AM | Show all posts
A crocodile cannot stick its tongue out.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2024 02:14 AM | Show all posts
A shrimp's heart is in its head.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2024 02:14 AM | Show all posts
It is physically impossible for pigs to look up into the sky.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2024 02:14 AM | Show all posts
The "sixth sick sheik's sixth sheep's sick" is believed to be the toughest tongue twister in the English language.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2024 02:15 AM | Show all posts
If you sneeze too hard, you could fracture a rib.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2024 02:15 AM | Show all posts
Wearing headphones for just an hour could increase the bacteria in your ear by 700 times.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2024 02:15 AM | Show all posts
In the course of an average lifetime, while sleeping you might eat around 70 assorted insects and 10 spiders, or more.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2024 02:15 AM | Show all posts
Some lipsticks contain fish scales.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2024 02:15 AM | Show all posts
Like fingerprints, everyone's tongue print is different.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-1-2025 05:56 PM GMT+8 , Processed in 0.838889 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list