CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Tashu

[Negeri Sembilan] RUMAH BORAK SELATAN: THE SUN HEALS ME, THE MOON FEELS ME

 Close [Copy link]
Post time 15-11-2024 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Page 29
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2024 04:24 PM | Show all posts
Gempa bumi kuat landa Rantau New Ireland, Papua New Guinea


[size=14.399999618530273px]Foto hiasan

[size=14.399999618530273px]

[size=14.399999618530273px]

KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat bermagnitud 6.4 pada skala Richer dikesan berlaku di Rantau New Ireland, Papua New Guinea pada jam 1.28 tengah hari tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan pusat gempa bumi itu terletak 4.6 darjah selatan dan 153.1 darjah timur dengan kedalaman 45 kilometer (km), iaitu 89 km Timur dari Kokopo, Papua New Guinea.
"Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia," menurut kenyataan itu.


https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/11/1324250/gempa-bumi-kuat-landa-rantau-new-ireland-papua-new-guinea


Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2024 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2024 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2024 04:27 PM | Show all posts
Anugerah Seniman Negara bukti pelukis komik turut diiktiraf - Lat




[size=14.399999618530273px]Datuk Mohd Nor Khalid atau Lat bersama Anugerah Seniman Negara yang diterima pada Majlis Anugerah Seni Negara (ASN) 2024 di Kuala Lumpur, kelmarin. - BERNAMA

[size=14.399999618530273px]


IPOH: Datuk Mohd Nor Khalid atau Lat menyifatkan Anugerah Seniman Negara yang diterima beliau baru-baru ini, sebagai bukti bahawa pelukis komik turut diiktiraf setaraf dengan penggiat seni dan budaya yang lain.
"Saya lukis komik sudah hampir 60 tahun. Kepada rakyat Malaysia yang terdiri pelbagai bangsa dan lapisan usia, mereka pencetus ilham saya selama ini, cerita-cerita masyarakat, isu semasa menjadi antara bahan dalam lukisan komik saya," katanya.
Lat yang merima Anugerah Seniman Negara kesembilan itu daripada Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah pada Majlis Anugerah Seni Negara (ASN) 2024 di ibu negara pada Rabu lalu, menzahirkan penghargaan kepada insan dan pihak yang sentiasa menyokong karya beliau selama ini.
"Terima kasih tidak terhingga kepada semua," katanya yang turut merakamkan penghargaan kepada ibu bapa, keluarga, rakan-rakan serta guru yang pernah memberi ilmu kepadanya.
Seniman Diraja itu juga amat menghargai pelukis-pelukis veteran yang menjadi mentornya selama berkarya.
Saya pernah dibimbing ramai pelukis hebat seperti Rejabhad, Raja Hamzah, Alias Kulop, Saidin Yahya dan Sulaiman Awang. Ada yang telah tiada, ada yang saya tidak pernah jumpa, namun saya banyak belajar cara melukis daripada mereka," katanya.
Pernah melukis di akhbar Berita Harian dan New Straits Times (NST) selama hampir 40 tahun, Lat berkata, walaupun jarang melukis akibat faktor kesihatan, beliau berharap karya-karya yang pernah diterbitkan terus menjadi inspirasi kepada pelukis muda hari ini.
Pada majlis itu, Lat menerima wang tunai RM60,000, watikah, trofi dan sepersalinan pakaian kebangsaan.
Beliau turut dianugerahkan status Seniman Tamu Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) serta insentif untuk meneruskan karya seni dan layak menerima rawatan kelas pertama di hospital kerajaan.
Lat kini memenuhi aktiviti harian beberapa kali seminggu dengan berkunjung ke Galeri Rumah Lat yang terletak di Batu Gajah untuk bertemu pengunjung di situ.
"Saya seronok bercerita dengan mereka yang datang untuk menghayati hasil seni tempatan, menunjukkan surat-surat daripada penerbit dulu-dulu serta membawa mereka ke rumah Kampung Boy, setakat ini masuk (galeri) masih percuma," katanya.



https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/11/1324098/anugerah-seniman-negara-bukti-pelukis-komik-turut-diiktiraf-lat


Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2024 04:29 PM | Show all posts
KKM siasat aduan kain pakaian seragam jururawat tak berkualiti



[size=14.399999618530273px]Foto hiasan

[size=14.399999618530273px]

[size=14.399999618530273px]

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) menyiasat aduan jururawat mengenai kualiti kain kurang baik yang dibekalkan syarikat Peluang Kristal (M) Sdn Bhd, untuk pakai seragam jururawat bernilai lebih RM98.3 juta.
Menerusi kenyataan balas kepada Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng, yang dilihat BH hari ini, KKM menjelaskan sudah menghantar sampel kain yang dikatakan tidak mematuhi spesifikasi kepada Jabatan Kimia untuk dianalisis.
KKM menjelaskan, sekiranya bekalan pakaian seragam iaitu kain yang diterima didapati tidak mematuhi spesifikasi, syarikat terbabit boleh dikenakan tindakan selaras kontrak yang sedang berkuat kuasa.
"Sekiranya terdapat aduan dari mana-mana jabatan berkaitan pembekalan kain daripada pihak syarikat yang kurang berkualiti, sampel kain yang diterima akan dihantar untuk pelaksanaan analisis kimia oleh Jabatan Kimia.
"Susulan keputusan analisis yang dikeluarkan oleh Jabatan Kimia, KKM telah mengemukakan surat kepada pihak syarikat bagi mendapatkan maklum balas.
"Selaras dengan itu, pihak syarikat mengemukakan sampel kain kepada SIRIM untuk pengesahan spesifikasi dan sebarang maklum balas akan dikemukakan kepada KKM berhubung perkara ini," jelas kementerian itu.
Menurut KKM, perjanjian dimeterai pihaknya dan syarikat terbabit pada 7 November tahun lalu.
KKM berkata, kontrak pembekalan pakaian seragam kepada anggota yang layak di KKM dilaksanakan berdasarkan proses perolehan tender yang turut meliputi penetapan spesifikasi kain oleh jawatankuasa dianggotai oleh beberapa wakil skim perjawatan.
Pada 23 Oktober lalu, BH melaporkan Kesatuan Jururawat Malaya (MNU) mengakui menerima maklum balas mengenai kain yang dibekalkan untuk pakaian seragam jururawat sedikit keras serta tidak selesa dipakai ketika bekerja.
Perkara itu dimaklumkan Presidennya, Saaidah Athman, namun tidak mengulas mengenai perkara itu termasuk berhubung dakwaan kain dibekalkan untuk pakaian seragam jururawat menyamai kain kafan.



https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/11/1324104/kkm-siasat-aduan-kain-pakaian-seragam-jururawat-tak-berkualiti


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-11-2024 04:31 PM | Show all posts
Musim tengkujuh: KPDN pastikan bekalan diesel, petrol mencukupi di kawasan berisiko banjir




[size=14.399999618530273px]Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fauziah Salleh (tengah) membantu seorang penduduk mengisi petrol pada program Pengedaran Barang Perlu, LPG dan Community Drumming di Kampung Kuala Jengai, Dungun hari ini. - Foto NSTP/Rosli Ilham

[size=14.399999618530273px]


DUNGUN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan memastikan bekalan diesel dan petrol di kawasan berisiko banjir ketika musim tengkujuh, mencukupi.
Timbalan menterinya, Fauziah Salleh berkata berikutan itu pihaknya sudah memberi kelulusan sementara kepada pemegang lesen runcit barangan kawalan berjadual.
Selain itu, katanya, keutamaan bekalan juga akan ditumpukan di kawasan pendalaman.
"Mereka ini (pemegang lesen runcit barangan kawalan berjadual) telah diberi kelulusan menambah had simpanan petrol sehingga 30 peratus daripada had simpanan sedia ada.
"Bekalan petrol dan diesel tambahan ini telah dihantar ke kawasan yang berisiko banjir supaya tidak berlaku gangguan bekalan ketika musim tengkujuh nanti," katanya.
Beliau berkata demikian pada Program Pengedaran Barang Perlu, LPG (gas petroleum cecair) dan Community Drumming di Kampung Kuala Jengai, dekat sini, hari ini.
Mengenai program berkenaan, Fuziah berkata kerajaan Pusat memperuntukkan sebanyak RM225 juta kepada enam negeri iaitu Terengganu, Pahang, Kelantan, Kedah, Sabah dan Sarawak.
Katanya, program berkenaan adalah bagi memastikan penduduk di pedalaman terpilih mempunyai akses kepada barangan keperluan sekali gus dapat mewujudkan kestabilan bekalan dan kawalan di kawasan terbabit.
"Setakat ini sebanyak 1,770 pusat penjualan telah diwujudkan di kawasan pedalaman," katanya.
Fuziah berkata program itu juga membabitkan tujuh jenis barangan iaitu beras putih, tepung gadum, gula putih bertapis kasar, minyak masak paket, LPG, diesel dan petrol.
"Segala kos pengangkutan barangan ke kawasan pendalaman yang terpilih itu akan dibiayai oleh kerajaan," katanya.




https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/11/1324236/musim-tengkujuh-kpdn-pastikan-bekalan-diesel-petrol-mencukupi-di


Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2024 04:33 PM | Show all posts

ikut cosmopolitan
  • A chef's hat has 100 pleats. Apparently, it's meant to represent the 100 ways you can cook an egg. Wonder if Gordon Ramsay knows that.


tak tahu betul ke tak

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2024 04:34 PM | Show all posts
The more money people spend on their weddings, the more likely they are to get divorced.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2024 04:36 PM | Show all posts
MOTAC, Kementerian Pengangkutan kerjasama tangani isu keselamatan bas persiaran




Laporan BH Online bertarikh 26 Oktober 2024 mengenai pelancong Jepun meninggal dunia akibat kemalangan bas persiaran dengan lori di Taiping. Susulan itu, dua agensi berkait pelancongan dari Jepun tangguh sementara pakej pelancongan mereka ke Malaysia.



KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan (MOT) untuk berbincang dan melaksanakan langkah keselamatan bas persiaran.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing, berkata walaupun peraturan bas persiaran tidak terletak di bawah bidang kuasa MOTAC, beberapa kemalangan melibatkan kenderaan itu memberi kesan negatif kepada sektor pelancongan.
Beliau memberi contoh, dua agensi berkaitan pelancongan Jepun, Nankai Electric Railway dan JTB Corporation telah menangguhkan sementara dua pakej pelancongan selepas peserta dalam pakej mereka terlibat kemalangan membabitkan bas persiaran di Taiping, Perak, bulan lalu.
"Penting untuk tangani isu-isu ini, terutama Nankai Electric Railway merancang mempromosi pelancongan Malaysia dalam kereta api mereka semasa #2025OsakaExpo dan sepanjang laluan menuju Lapangan Terbang Antarabangsa Narita serta Haneda Tokyo untuk kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.


"Memastikan inisiatif-inisiatif ini berjalan dengan lancar tanpa ada kebimbangan terhadap keselamatan bas adalah penting. Bagi mengelakkan kemerosotan kepada industri pelancongan yang semakin pulih ketika ini, MOTAC komited untuk mencari jalan penyelesaian," katanya.
Menerusi hantaran di Facebook hari ini, King Sing berkata, beliau telah bertemu wakil pengarah Nankai Electric Railway Co, Naoto Ashibe untuk menyampaikan permohonan maaf secara peribadi atas kemalangan berkenaan.
Pada pertemuan semasa menghadiri Sidang Kemuncak Daya Tahan Pelancongan di Sendai, Jepun, baru-baru ini, beliau meminta Ashibe menyampaikan ucapan takziah kepada pelancong terbabit.
Katanya, beliau juga memberi jaminan bahawa Tourism Malaysia akan membantu dengan sebarang tuntutan berkaitan yang perlu setelah selesai siasatan polis mengenai kemalangan berkenaan.
King Sing dan Ashibe turut mencadangkan langkah-langkah untuk meningkatkan keselamatan perjalanan bas, termasuk mewajibkan dua pemandu bagi perjalanan melebihi lapan jam.
Selain itu, mewajibkan pemandu menjalani ujian alkohol dan dadah sebelum memulakan tugas dan melaksanakan pemantauan video pemandu bagi perjalanan jarak jauh.
Mereka juga mencadangkan untuk mengehadkan jumlah jam pemanduan, menguatkuasakan penggunaan tali pinggang keledar oleh penumpang dan mengurangkan ketinggian bas persiaran.
Pada 25 Oktober, media melaporkan seorang wanita warga Jepun berusia 73 tahun meninggal dunia akibat kecederaan dialaminya, sehari selepas bas dinaiki merempuh belakang sebuah lori di Kilometer 230 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan.
Dilaporkan 13 orang termasuk 11 warga Jepun berusia antara 58 hingga 80 tahun cedera dalam kemalangan semasa mereka dalam perjalanan ke Cameron Highlands dari Pulau Pinang.





https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/11/1324256/motac-kementerian-pengangkutan-kerjasama-tangani-isu-keselamatan-bas


Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2024 04:36 PM | Show all posts
Spiders move their legs using biological hydraulics.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2024 04:36 PM | Show all posts
Zebras are actually black with white stripes
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2024 04:37 PM | Show all posts
Every year 22,000 tons of dust is blown from the Sahara Desert all the way to the Amazon Rainforest.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2024 04:37 PM | Show all posts
The longest train journey in the world is in Russia.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2024 04:37 PM | Show all posts
The world’s first Guinness world record for push-ups was 6,006.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2024 04:39 PM | Show all posts
Ribut petir hampir seluruh negara petang ini


Gambar hiasan.


PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 12 negeri petang ini.
Menurut MetMalaysia, amaran cuaca buruk sehingga pukul 5 petang itu melibatkan seluruh kawasan di Kuala Lumpur dan Putrajaya, manakala di Kedah melibatkan Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.
“Pulau Pinang melibatkan Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang, manakala di Perak membabitkan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.
“Bagi Kelantan pula, Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai, manakala di Terengganu melibatkan Besut dan Kemaman.
“Hujan lebatjuga dijangka melanda Tanah Tinggi Cameron, Raub, Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang, manakala di Selangor melibatkan Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang,” katanya hari ini.
Dalam pada itu, cuaca buruk di Negeri Sembilan tertumpu di kawasan Jelebu, Seremban, Port Dickson dan Rembau, manakala di Johor pula melibatkan Segamat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
Sementara itu, amaran sama dikeluarkan Sarawak membabitkan di Kuching, Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Bintulu (Tatau dan Bintulu) dan Miri (Subis, Miri dan Marudi).
“Bagi Sabah,  Pedalaman (Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran), Tawau dan Sandakan (Telupid, Kinabatangan dan Sandakan) di Sabah,” ujarnya.
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE



https://www.kosmo.com.my/2024/11/15/ribut-petir-hampir-di-seluruh-negara-petang-ini-2/






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2024 04:40 PM | Show all posts
Anwar, Google bincang pemerkasaan ekosistem AI dan pusat data


Anwar mengadakan perbincangan dengan syarikat teknologi gergasi, Google di Peru hari ini.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan perbincangan dengan syarikat teknologi gergasi, Google di Peru hari ini.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, perbincangan antara beliau dan Google adalah berkaitan pusat data dan kecerdasan buatan (AI)
“Aspek pemerkasaan ekosistem AI dan pusat data perlu diberi perhatian sewajarnya lebih-lebih lagi mengenai soal peraturan dan undang-undang yang berkaitan.
“Ia bagi mengelakkan berlakunya ketirisan data serta ekploitasi ke arah keburukan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.
Anwar berkata, beliau telah mengarahkan kementerian berkaitan mengambil tindakan segera bagi memastikan kesan terhadap perkara itu dapat dikawal. – KOSMO! ONLINE




https://www.kosmo.com.my/2024/11/15/anwar-google-bincang-pemerkasaan-ekosistem-ai-dan-pusat-data/




Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2024 04:41 PM | Show all posts
Antarctica isn’t owned by any single nation.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2024 04:41 PM | Show all posts
The author of the James Bond novels wrote the first book to take his mind off the fear of getting married.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2024 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Go go go
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 10:13 AM GMT+8 , Processed in 0.902982 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list