Aku rasa, ini merupakan antara soalan yang popular ditanya kepada aku oleh gadis-gadis diluar sana (lelaki jarang ada masalah ini):
“En. Susu, macam mana saya nak kecik kan sikit paha saya ini, badan saya dah ok, BMI dalam range idle, tapi paha ni… =(”
Sebelum aku menjawab soalan ini, ingin aku tekankan yang kita TIDAK BOLEH menumpukan/fokus untuk buang lemak pada bahagian-bahagian tertentu badan, seperti dalam kes soalan tadi (dalam english dipanggil spot reduced), kecuali dengan menggunakan teknik liposuction yang ternyata menyakitkan, mahal, dan membahayakan kesihatan.
Tuhan telah menjadikan dunia ini adil – kalau turun berat badan, bererti turun semua, dan kalau naik berat badan, naik semua. Tiada istilah ‘turun lebih lemak kat perut dan yang lain mantain‘; dan kalau betullah ada spesifik teknik atau senaman yang boleh dipraktikkan untuk spot reduced, maka sudah pasti kita dapat melihat ramai jejaka diluar sana yang berbadan tegap tanpa perut menbonjol (boroi).
Namun, sesetengah individu mempunyai keistimewaan untuk spot reducedlemak pada sesuatu kawasan otot utama (otot dominan badan yang bekerja lebih seperti kaki, tangan). Selain daripada faktor genetik dan hormon, langkah-langkah berikut boleh diamalkan untuk spot reduced lemak berhampiran kawasan otot utama (seperti otot paha). Ikuti 4 langkah mudah untuk ‘mengecilkan paha’ ini dan InsyaAllah anda pasti dapat melihat hasilnya dalam masa sebulan.