|
[Tempatan]
RM2.6 billion dalam akaun Najib adalah dari penderma, bukan dari 1MDB kata SPRM
[Copy link]
|
|
Edited by EJALTI at 4-8-2015 01:20 PM
Jawapan dari ummah penjilat cirit Bijan... 
'Nak belanja macam mana bukan masalah anda'
6:41PM - 4 Aug 2015
http://www.malaysiakini.com/news/307348

Laman web pro Datuk Seri Najib Razak MYKMU hari ini tampil menjawab pelbagai persoalan berkaitan kemasukan dana RM2.6 bilion ke dalam akaunnya.
Ia bagaimanapun tidak menjawab bagaimana wang tersebut dibelanjakan atas alasan “bukan masalah anda”.
“Wang tersebut dibelanjakan ke mana? Bukan masalah anda.
“Ini hanya isu antara penderma, penerima dan MT Umno,” menurut MYKMU dalam tulisan berjudul “Nota Kaki Untuk Seorang Anak Menteri Besar”.
Tulisan itu dipercayai ditujukan kepada anak kepada Menteri Besar Johor Datuk Seri Khaled Nordin, Akmal Saufi (gambar), yang menghamburkan pelbagai persoalan panas di sebalik itu itu.

Akmal Saufi, 28, yang juga pengarah Sukarelawan Pemuda BN (BNYV) membangkitkan pelbagai persoalan berkaitan derma itu, termasuk sama ada seorang perdana menteri boleh menerimanya ketika sedang memang jawatan.
Tak sembunyi
Beliau juga turut mengulangi persoalan yang ditimbulkan Tun Dr Mahathir Mohamad sama ada ada berkaitan keperluan cukai yang tertakluk bawah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Artikel dalam MYKMU, antara laman yang terkehadapan mempertahan Najib, juga menyebut tiada unsur rasuah dalam transaksi itu kerana ia bukan dimiliki secara tidak sah, disembunyikan atau berpunca daripada pihak berkepentingan.
“Dalam keadaan ini tiada kepentingan dan tidak disembunyikan dari pihak berkuasa,” menurut tulisan itu lagi.

MYKMU juga menolak persoalan sama ada ia perlu dibayar cukai kerana mulai tahun taksiran 2004, pendapatan dari luar dan diterima di Malaysia oleh individu bermastautin dan diremitkan ke Malaysia dikecualikan cukai pendapatan.
MYKMU juga berkata Bank Negara tahu berkaitan perkara itu kerana ia sebuah transaksi besar selain akaun peribadi Najib semua dimaklumkan kepada pihak itu.
Bagaimanapun, BN tidak dapat mendedahkan sumber dana itu kerana pembangkang, iaitu DAP, pernah menolak undang-undang bagi membolehkan perkara itu dibuat.
Anda agama apa?
Wang itu juga dikatakan bertujuan untuk pilihan raya dan kerja kebajikan.
“Para penyumbang tahu mereka menyumbang ke dalam akaun presiden Umno. Pihak berkuasa juga tahu. Ia bukan akaun yang dibuka secara sembunyi dan menggunakan akaun penyamar.
“Jadi tidak ada apa-apa masalah. Mereka tidak ditipu atau dipesongkan,” jawabnya.

MYKMU juga mengingatkan Akmal Saufi terhadap ajaran agamanya sebelum membuka langkah menyindir perdana menteri.
“Hendak troll? Teruskan! Jika ia menggembirakan anda. Kecewa kerana anda tidak dapat? Selamat bermadah!
“Mahu maki dan hina Najib Razak kerana bersangka buruk? Fikirlah anda agama apa,” katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
x terbaca den haa  |
|
|
|
|
|
|
|
menatang ape pulak MYKMU ni? 
|
|
|
|
|
|
|
|
samperit replied at 4-8-2015 09:23 PM
menatang ape pulak MYKMU ni?
Penjilat cirit yg mengemis nk sejuta sorg dr akaun najib pondam kepit itteww wakakaka |
|
|
|
|
|
|
|
Blog Umno uols....
|
|
|
|
|
|
|
|
sejuta jer? hahaha sikit giler up lah skit lagi |
|
|
|
|
|
|
|
mykemut pon boleyy 
|
|
|
|
|
|
|
|
sakit jantung aku baca tulisan macai bebal nau
|
|
|
|
|
|
|
|
blastoff replied at 4-8-2015 09:27 PM
sekurang2 nya lani dah ada pengakuan jelas duit memang masuk pun dalam akaun peribadi dia. Sebe ...
Zeti tgn kena ikat mulut kena kunci barangkali.. |
|
|
|
|
|
|
|
soalan matematik
 |
|
|
|
|
|
|
|
munafiqun 
|
|
|
|
|
|
|
|
come on Rahman Dahlan....rmi yg masih keliru ni....:zz  |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by EJALTI at 4-8-2015 01:47 PM
wowwww....lebih kurang 1425 tahun baru habis di keluarkan duit RM2.6 billion dalam akaun peribadi Bijan lahanat untuk setiap pengeluaran RM5000 sehari... ...Tuh tak masuk bunga bank lagik tuh....
So, berapa ratus keturunan tembolok Bijan lahanat dapat makan nih?
|
|
|
|
|
|
|
|
kene buat kiraan baru uols... 
|
|
|
|
|
|
|
|
blastoff posted on 4-8-2015 09:27 PM
Edited by blastoff at 4-8-2015 09:28 PM
Bkn x mau bersuara..
Sekiranya bersuara, akan dijatuhsakitkan oleh geng bijan... |
|
|
|
|
|
|
|
Derma politik diterima Najib adalah rasuah ikut Akta SPRM, kata PKR
Published: 4 August 2015 4:34 PM
http://www.themalaysianinsider.c ... -akta-sprm-kata-pkr

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata, takrifan akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menetapkan penjawat awam tidak dibenarkan menerima ‘suapan’ dalam apa jua bentuk sekali pun. – Gambar fail The Malaysian Insider, 4 Ogos, 2015.
Derma politik berjumlah RM2.6 bilion yang diterima Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melalui akaun peribadinya adalah satu bentuk rasuah, kata Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli.
Beliau berkata, takrifan Seksyen 3 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menetapkan Najib adalah penjawat awam yang tidak dibenarkan menerima “suapan” dalam apa jua bentuk sekali pun.
Naib presiden PKR itu berkata, takrifan “suapan” di bawah akta ini termasuklah hadiah dan derma apabila hadiah dan derma itu diberikan untuk mendapat balasan.
"Seksyen 50 Akta SPRM menetapkan sekiranya seorang penjawat awam memberi atau menerima suapan, penjawat awam itu melakukan satu rasuah," kata ahli Parlimen Pandan itu.
Dalam satu kenyataan hari ini, beliau turut berkata Seksyen 16 Akta SPRM menetapkan seseorang yang didapati bersalah melakukan rasuah boleh dipenjarakan sehingga 20 tahun.
"Tidak ada rakyat Malaysia yang waras boleh menerima penjelasan Najib menerima derma sebanyak RM2.6 bilion daripada seseorang untuk membiayai kempen Pilihan Raya Umum ke-13 Barisan Nasional (BN) tanpa penderma itu mendapat sebarang balasan.
"Oleh itu, derma yang disebut-sebut oleh pimpinan Umno sekarang ini boleh digolongkan sebagai suapan mengikut Seksyen 3 Akta SPRM," katanya.
Sehubungan itu, beliau turut mengarahkan anggota PKR seluruh negara, serta rakyat biasa, membuat laporan kepada SPRM, susulan kenyataan badan pengendali membanteras rasuah itu yang mengatakan wang yang dimasukkan ke dalam akaun Najib itu adalah derma politik.
Katanya, kenyataan SPRM semalam yang mengesahkan sejumlah RM2.6 bilion dipindahkan ke akaun peribadi Najib sebagai derma politik mengundang lebih banyak persoalan mengenai rasuah dan pecah amanah yang perlu disiasat.
"Saya ingin mengingatkan Najib dan rakyat Malaysia, skop siasatan pasukan petugas khas yang dianggotai oleh SPRM, Bank Negara Malaysia, polis dan Jabatan Peguam Negara adalah untuk menyiasat secara keseluruhan urus niaga 1MDB bagi memastikan tidak ada pecah amanah atau salah guna kuasa.
"Ini meliputi semua tuduhan yang dibawa sebelum ini termasuklah mengenai wang 1MDB dipindahkan ke akaun milik individu yang rapat dengan Najib seperti Low Taek Jho, sehinggalah kegagalan 1MDB memenuhi komitmen kewangannya untuk membayar hutangnya yang mencecah RM42 bilion," katanya.
Urus niaga pemindahan wang sebanyak RM2.6 bilion ke akaun peribadi Najib katanya, hanyalah satu tugasan kecil yang kebetulan mendapat perhatian rakyat apabila The Wall Street Journal mendedahkan mengenainya.
"Kenyataan SPRM semalam tidak sedikit pun menjawab soalan-soalan penting yang perlu disiasat pasukan petugas itu yang bertanggungjawab kepada rakyat untuk merungkaikan semua persoalan mengenai 1MDB," katanya. – 4 Ogos, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.c ... thash.YXjXa9r2.dpuf |
|
|
|
|
|
|
|
Malaysia dah menjadi kiasu, tak mahu ketinggalan menghasilkan soalan Matematik tahap dewa seperti soalan bilakah harijadi Cheryl?
|
|
|
|
|
|
|
|
Ini kang Amad Maslan penah cakap:
Datuk Ahmad Maslan mempertahankan Datuk Seri Najib Razak dan mengatakan perdana menteri tidak begitu bodoh untuk mengambil wang kerajaan seperti dilaporkan The Wall Street Journal (WSJ) yang mendakwa AS$700 juta (RM2.67 bilion) dipindahkan ke dalam akaun bank peribadinya. " erdana menteri bodoh mana yang akan mengambil RM2.67 bilion daripada dana agensi kerajaan dan memasukkannya ke dalam akaun peribadi?
pautan-najib takler bodoh mane pun
Harap-harap semua ini tidak benarlah. 
|
|
|
|
|
|
|
|
China yang komunis tu pun gigih menangkap dan menembak sampai mati semua pemimpin tertinngi negara yang didapati terbabit dalam rasuah. |
|
|
|
|
|
|
| |
|