CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: zamirra

ORG MUOR - MEH SINI!

 Close [Copy link]
Post time 4-4-2006 08:48 AM | Show all posts
Muar should be the intellectual hub for Johor. Many smart Johorians rooted in Muar....:hmm::hmm:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2006 04:09 PM | Show all posts
PETIKAN BERITA HARIAN 4/4/06

Periksa kesihatan percuma


MUAR: Penduduk enam kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Maharani berpeluang menjalani pemeriksaan kesihatan percuma sempena Program Saringan Kesihatan Penduduk yang akan diadakan di Pusat Penjagaan Warga Emas, Jalan Abdul Rahman, di sini, Ahad ini.



Program itu terbuka kepada penduduk Kampung Parit Sakai Jalan Abdul Rahman dan Jalan Temenggong Ahmad, Kampung Parit Sakai Pantai, Kampung Parit Keroma Jalan Abdul Rahman, Jalan Temenggong Ahmad dan Kampung Parit Keroma Pantai.

Program itu anjuran bersama Panel Kesihatan Poliklinik Komuniti Bandar Maharani, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri, pusat khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Maharani dan Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Seri Jong dan Parit Keroma.

Penghulu Mukim Bandar, Salim Jaafar, berkata, orang ramai berpeluang menjalani pemeriksaan bagi mengesan penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, jantung dan barah payu dara.

Beliau berkata, program itu bertujuan membolehkan mereka mendapatkan rawatan segera jika dikesan menghidap penyakit pada peringkat awal serta khidmat nasihat mengenai langkah pencegahan daripada jangkitan sebarang penyakit.

"Sempena program itu juga diadakan ceramah kesihatan bertajuk `Makanan untuk Pesakit Darah Tinggi dan Kencing Manis' oleh Ketua Jabatan Sajian Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar, Dr Nik Mahani Nik Mohamad.

"Program itu akan dirasmikan Adun Maharani, Datuk Mohd Ismail Mohd Shah, pada jam 10 pagi Ahad ini. Oleh itu, kita menggalakkan penduduk kampung terbabit supaya memanfaatkan program itu sebaik mungkin," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2006 09:02 AM | Show all posts
ermmm bende nih mengenai beberapa orang yg aku ingat mase aku kekecik kat muor... maybe skang nih diorang dah takde lagi.

1. bai jual roti, naik basikal raleigh- india muslim yg dtg dr india, selalu beli jajan ngan dia, cam kaka, kumkum dan cikedis yg masin (skang dah ade jual balik) dan juga kaya yg dibuat sendiri.. selalunya setiap ptg aku tunggu dia, dan aku akan mintak 10 sen dr bapak aku....  bile dia lalu dia akan jerit.. mare mare mare...skang dah takde dah bai yg jual camnih..
2. pakcik jual tempe- aku panggil dia wak, suara dia memang ganas... dan tahap-tahap macho gitu
3. pakcik jual tikor- yg aku ingat tikor dia memang cantik...
4. apek beli botol- kalo aku nak duit mase kekecik dulu aku selalu carik, kumpul n jual botol kat apek nih, pastu leh beli cikedis, yg aku tau anak-anak apek nih ramai jadik doktor
5. pakcik jual tapai- aku rase tapai dia yg paling best in the world, tapi mase dulu mak aku tak bagi sangat makan tapai, dia cakap tapai sejuk
6. nyonya jual sayur- syr dia memang murah, mane nak dpt satu ikat 20 sen.. tapi skang nih pk gak, baca ape dia pakai yerk?
7.makcik jual makanan dr melaka- dia ade bawak minyak urut, makanan, cencaluk, kekadang tumpang solat kat umah aku...
8. dan yang last sekali ialah seorang apek yg membawa beca roda tiga, dengan tong-tong tin yg bertutup. pergi ke belakang umah aku untuk mengangkat satu tong... hehehhe apek angkat taik... dedulu mane ade jamban jirus/pam.. tapi apek tu selamba jer dia angkat, dengan bau, dgn cacing... hehehhe

itu dulu lah... skang? dah takde lagi dah... diorang semua ntah idup lagi ke idak..
kalo dok ingat bende bende yg dedulu, kengkadang aku dok senyum sendiri...

hehehhehe
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2006 11:49 AM | Show all posts
pasal roti ni aku ingat kat bai roti gak..masa tu kedai roti yang famous tu kat jalan salleh dekat ngan simpang jalan ismail & jalan bakariah tu..plastik roti warna hijau perasa kaya, warna oren rasa vanilla...tiap-tiap hari beli...selalunya petang...harga 10sen jer..last sekali aku ingat harga dia naik sampai 25sen..

oh kenangan sungguh..lepas tu tengok cerita Morrow Attack kat TV1...
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2006 12:39 PM | Show all posts
lagi satu apek jual gula ketuk n gula tarik...

antara rancangan kartun peberet aku mase kecik dulu ialah captain future, moby dick, mospeada, macross
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2006 08:37 AM | Show all posts
CAPTAIN FUTURE - Memang favourite aku..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-4-2006 03:39 PM | Show all posts
Originally posted by blackpurple at 29-3-2006 01:26 PM
yang aku tau semua MB johor asal muo......

tak salah saya bukan semua.... hanya 4 org dari 5 org MB johor ni org muor....

tan sri dato hj hassan yunos..... muor[kg kat mana tau tak?]
tan sri othman saat...... kg tengah, muor
[dato ajib?...... mersing ke bt pahat?]
tan sri muhyidin yassin.... pagoh, muor
dato ghani othman.... sg mati, muor

ahli politik muor lain yg terkenal.......
UMNO...
tun dr ismail
tun sulaiman ninam shah

MCA....
dato lee san choon..... bekas pemangku presiden MCA
dato chua jui meng..... bekas naib presiden / menteri kesihatan

MIC....
tan sri pasamanickam... bekas bendahari MIC / adun Johor

lagi satu fakta menarik..... walaupun tiada PM malaysia yg berasal dari muor... tapi 2 org isteri bekas PM adalah berasal dari muor yg juga merupakan adik-beradik, iaitu isteri tun abd razak dan tun hussein onn, iaitu ibu kpd TPM dato najib dan ibu menteri pendidikan dato hishamuddin.

[ Last edited by  riccckyyy at 8-4-2006 04:31 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2006 04:57 PM | Show all posts
teringat mase perhimpunan bugis kembayat org² padang kat sekolah tengku mahkota..
dok jemput najib tak dtg.. jemput hishamuddin tak dtg gak.. (mak diorang dr susur galur yg same)
jepun ghani othman.. memula dia ckp tak dtg (ade keje lain) last minit dia call sedare aku ckp nak dtg sebab arwah mak dia beria-ia nak dtg ke perhimpunan tu... kelam kabut sedare aku n bapak aku nak wat banner...
heheheheh
pastu ade lah dato ape tah aku pon tak ingat...
punya lah ramai masa tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2006 06:11 PM | Show all posts
mak najib dgn mak hishammudin dah mmg adik-beradik dari satu mak bapak, sudah tentulah dari satu susur galur yg sama.

ghani othman jawa ke bugis?
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2006 08:58 AM | Show all posts
Originally posted by riccckyyy at 7-4-2006 06:11 PM
mak najib dgn mak hishammudin dah mmg adik-beradik dari satu mak bapak, sudah tentulah dari satu susur galur yg sama.

ghani othman jawa ke bugis?


mak dia drh bugis..
bapak dia tak tau laks...
kalo bapak dia jawa
ghani seman tu jagis.. hehhehe

[ Last edited by  muor76 at 8-4-2006 08:59 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2006 09:21 AM | Show all posts
nasib baik bukan Dato' Jamaluddin Jarjis
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2006 09:24 AM | Show all posts
ade sesaper yg bersekolah di sekolah tinggi muo
nak tanya sket... pic nih pic haiskool ker?
aku dpt dr internet.. dia cakap pic nih english school in muar


Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2006 04:34 PM | Show all posts

tgk stail bangunan mmg macam haiskul.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2006 01:06 PM | Show all posts
macam2 ye.. kisah kat muor..
cam mana le boleh tak sedar ada adik b'adik lelaki utk dijadikan wali..
ada sesiapa dpt jemputan kenduri...

Pasangan diarah berpisah nikah semula
Oleh Suffian Abu Bakar

MUAR 9 April - Pasangan suami isteri yang diarahkan berpisah secara farakh pada 15 Februari lalu, Mohammad Nazirul Azman Nasaruddin dan Zanariah Abdullah akhirnya bernikah semula hari ini, setelah 52 hari tinggal berasingan.

Majlis pernikahan secara ringkas yang dihadiri kira-kira 50 ahli keluarga terdekat dan jiran, berlangsung di rumah ibu Zanariah di Kampung Parit Raja, Jalan Datuk Haji Kosai di sini pada pukul 4.40 petang.

Keputusan untuk bernikah semula itu dibuat oleh ibu pengantin perempuan dan secara kebetulan, tarikh hari ini jatuh pada hari ulang tahun Mohammad Nazirul Azman yang ke-24.

Majlis akad nikah pasangan itu dijalankan oleh Imam Daerah Muar, Musa Muda Al-Hafiz dan berwalikan abang kandung Zanariah yang sulung, Mohd. Bahauldin Abdullah, 25.

Saksi bagi pernikahan tersebut ialah dua saudara keluarga pihak perempuan iaitu Jalil Abdul Samad dan Muskandar Lias.

Dengan berpakaian serba kuning keemasan, Mohammad Nazirul Azman dengan sekali lafaz sah diakad nikah sebagai suami kepada Zanariah.

Zanariah, 24, dan Mohammad Nazirul Azman, yang bernikah pada 5 Februari tahun lalu telah diarahkan berpisah secara farakh oleh Mahkamah Tinggi Syariah Muar berkuat kuasa 15 Februari lalu kerana pernikahan mereka diiktiraf tidak sah.

Status pernikahan mereka itu terpaksa diputuskan oleh mahkamah syariah setelah pasangan terbabit mendakwa berlaku kekhilafan berhubung penggunaan wali hakim.

Pasangan itu sebelum ini mendakwa mereka menjadi mangsa pernikahan tersebut yang dianggap tidak sah kerana sewaktu majlis pernikahan itu, adik lelaki Zanariah berada pada majlis tersebut.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi Syariah dalam surat perintah bertarikh 24 Februari baru-baru ini membenarkan pasangan itu bernikah semula pada bila-bila masa tanpa menunggu tiga kali suci (khuruk).

Mohammad Nazirul Azman dan Zanariah ketika ditemui melahirkan rasa bersyukur dan terharu kerana akhirnya mereka dapat disatukan semula sebagai pasangan suami isteri.

``Alhamdulillah sudah tentunya saya gembira dengan pernikahan hari ini dan saya sifatkan ia sebagai hadiah hari jadi yang paling bermakna buat diri saya,'' kata Mohammad Nazirul Azman.

Bagaimanapun, Zanariah terpaksa menangguhkan pernikahan mereka kira-kira sejam setelah siku tangan kanannya terseliuh ketika terjatuh di rumahnya malam semalam.

``Pada mulanya, saya bimbang juga tidak dapat meneruskan majlis pernikahan ini kerana tangan saya tidak mampu bergerak, namun saya bersyukur setelah menjalani rawatan, ia semakin pulih.

``Saya juga berharap semoga pernikahan ini akan menguatkan lagi semangat saya yang akan menduduki peperiksaan semester bermula pada 17 April depan,'' kata pelajar Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam itu ketika ditemui di rumahnya, di sini hari ini.

Menurut Zanariah, mengikut perancangan awal, dia dan suaminya berhasrat untuk bernikah semula pada penghujung Mac lalu ekoran desakan keluarga selain tidak mahu menangguhkan perancangan untuk bernikah itu terlalu lama.

Bagaimanapun, hasrat untuk bernikah itu tidak tercapai disebabkan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2006 02:37 PM | Show all posts
kadi mukim maner yerk yg nikahkan diorang memula? mukim pt bakor ker?
kadi yg pakai spek tu ker? aku rase cam kadi yg nikahkan aku jer...
ermm biase lah manusia, mesti ade buat kesalahan..
tapi yer lah..
patutnyer kadi tu mesti tau nyer bab bab munakahat nih...
saper yg kene jadik wali... bile nak pakai wali hakim..
aku rase kadi tu demam kot mase hari nikah tu...

tapi bile dah masuk press... mesti kecoh.. pastu kadi tu... pon terima lah ape yg sepatutnya diterima..
hehhehe

mase aku nak kawin pon dulu.. ade lah kecoh sket... mase nak interbiu...
mase tu kalo saksi dia nak salinan kad pengenalan (akta baru) pastu aku tak tau laks..
akak kat kaunter tu soh balik dulu.. dtg hari lain untuk interbiu...
pastu aku sound lah akak tu.. 'takkan takde salinan ic tokleh interbiu? saya dah lah dok jauh, susah nak dapat cuti. kan ke boleh interbiu dulu pastu salinan ic bagi kengdian. takde maslah kan kalo wat camtu?'

pastu akak tu pon terkebil kebil diam... pastu dia dok tanya lah org kat dlm tu.. pastu aku pon gi interbiu ngan cemerlang...

dan lagi satu yg kelako nyer... aku nikah tahun 2002 tapi kat kad kawin tahun dia 2003... ceh... kene tuko lagi... hahhahaha jumpe akak kat kaunter tu, dia pon dok gelak..
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2006 03:48 PM | Show all posts
BERITA HARIAN 10/4/06

144 mangsa ribut terima bantuan Maij


MUAR: Majlis Agama Islam Negeri Johor (Maij) menyampaikan bantuan bernilai RM43,600 kepada 144 keluarga mangsa ribut di sekitar Bukit Gambir, di sini dalam kejadian 29 Mac lalu.

Semua keluarga dari sembilan kawasan yang terjejas akibat kejadian angin kencang itu menerima bantuan wang tunai antara RM200 hingga RM1,000 mengikut tahap kerosakan yang dialami.

Kawasan terbabit ialah Taman Bandar Baru, Taman sri Jaya, Taman Mulia, Taman Cempaka, bandar Bukit Gambir, Kampung Sawah Ring, Kampung Parit Kassim, Kampung Babok dan Kampung Sungai Jaya.

Bantuan disampaikan Pegawai Derah Muar, Datuk Zalil Baron di Masjid Jamek Kampung Sawah Ring, Bukit Gambir selesai sembahyang Jumaat, semalam.

Hadir sama, Ahli Parlimen Ledang, Ir Hamim Samuri; Pegawai Tadbir dan Kadi Pejabat Agama Islam Muar, Ahmad Hafif Naim dan wakil Ketua Pengarah MAIJ, Shahrin Jamaluddin.

Dalam kejadian 4.30 petang 29 Mac lalu, beberapa bahagian terutama bumbung lebih 200 rumah sekitar Bukit Gambir musnah selepas diterbangkan angin kencang dan hujan lebat yang melanda kawasan itu selama lebih tiga jam.

Kejadian itu disifatkan terburuk pernah berlaku di daerah itu, turut menyebabkan beberapa bangunan milik kerajaan seperti sekolah dan pejabat Jabatan Pertanian Cawangan Bukit Gambir mengalami kerosakan.

Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa dilaporkan dalam kejadian terbabit.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2006 09:07 AM | Show all posts
aku dah lama x balik muor.tapi sil aku balik baru2 ni.
dia citer mak long hb aku yg dok kat jlan daud kena ragut.
masa tu mak long tgh nak buang sampah kat depan rmh dia.ada sorg chinese dtg kat dia terus tarik rantai dia.nasib baik mak long sempat pegang gate.kalo x mmg masuk longkang ler jawabnye.kurang ajor itu punye cina.

lagi satu kes kat tmn murni.dekat ngan rmh pil aku la.
sorg makcik ni baru balik dari kedai.dia masuk rmh baru je nak bagi mkn kat kucing dia
tetiba ada sorg chinese gak dtg acu pisau sambil mintak duit.
makcik ni kater takde duit.pas tu makcik ni punye berani dia pulas tangan chinese tu.
pisau tu terkena sket kat chinese tu.kelam kabut chinese tu lari.

adehhh biasa dengo budak2 drug addict buat keje gini.ni chinese pulak dah
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2006 11:22 AM | Show all posts
mak aku dulu pernah kene ragut ngan cina.. cina tu dpt 20 sen jer...
pastu cina tu leh bagi beg mak aku kat budak soh pulangkan balik..
kuaaannnnggg ajoooo betul org yg meragut n mencuri nih..
ikutkan hati.. nak aje wat undang undang rimba... kalo dpt tangkap peragut/pencuri.. patahkan kaki dan juga tangan... pastu bagi hentakan padu maut ke rusuk diorang.. baru tau...
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2006 11:27 AM | Show all posts
Originally posted by muor76 at 12-4-2006 11:22 AM
mak aku dulu pernah kene ragut ngan cina.. cina tu dpt 20 sen jer...
pastu cina tu leh bagi beg mak aku kat budak soh pulangkan balik..
kuaaannnnggg ajoooo betul org yg meragut n mencuri nih..
i ...


wah bertuah tol...mesti mamat pencuri tu kenal ngn mak ko weh
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2006 12:01 PM | Show all posts
tuler muor kurang ajor tul.mak long tu dah tua sih.siann dia umor dlm 70 gitu.nasib baik dia pegang pagor kuat.aku rasa mesti dia dah aim lama la
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 09:35 PM GMT+8 , Processed in 0.279544 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list