CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Gadis

Masalah jenayah

[Copy link]
 Author| Post time 12-5-2004 09:34 AM | Show all posts
Bicara Kes Rogol, Bunuh Canny Ong: ' Najib minta maaf Canny ke syurga '

Oleh Minarni Mat Saad
[email protected]

SHAH ALAM: Mangsa rogol dan bunuh, Canny Ong Lay Kian dikatakan memberitahu tertuduh, Ahmad Najib Aris, bahawa dia rela ditinggalkan dalam lubang longkang kerana akan ke syurga.

Mangsa didakwa berkata demikian selepas mereka melakukan hubungan seks dan tertuduh menikamnya dua kali di tempat duduk belakang kereta Proton Tiara milik mangsa.

Perkara itu diberitahu tertuduh dalam pengakuannya kepada bekas Majistret Muhamad Rushdan Mohamed yang ketika itu bertugas di Mahkamah Petaling Jaya.

Pengakuan itu dibuat tertuduh ketika dibawa berjumpa Muhamad Rushdan bagi mendapatkan perintah tahanan reman.

Dalam pengakuan itu, Ahmad Najib meminta maaf kepada Canny atas perbuatannya serta memberitahu bahawa dia akan membakar mayat mangsa sebelum wanita itu memberitahu tertuduh supaya meninggalkannya.

Ahmad Najib juga mengaku dia datang semula pada keesokan hari, 14 Jun tahun lalu untuk membakar mayat mangsa.

Dalam pengakuan yang dibacakan buat pertama kali oleh Muhammad Rushdan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, di sini, Datuk Muhammad Ideres Muhd Rapee, semalam, tertuduh mengaku menikam mangsa dua kali selepas melakukan persetubuhan yang pada anggapannya atas kerelaan kerana wanita itu tidak menangis dan tidak memarahinya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Salehuddin Saidin memohon kepada mahkamah supaya pengakuan itu dibacakan dan dikemukakan sebagai bukti pendakwaan bagi melengkapkan kes.

Muhammad Ideres menerima pengakuan tertuduh itu selepas berpuas hati ia dibuat secara sukarela tanpa sebarang paksaan.

Ahmad Najib, 27, menghadapi pertuduhan merogol dan membunuh Canny Ong di Batu 7 Jalan Klang Lama, Petaling Jaya antara jam 1 dan 5 pagi, 14 Jun 2003.

Dia dituduh mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun bagi tuduhan rogol serta hukuman mati mandatori bagi kesalahan bunuh mengikut Seksyen 302 kanun sama.

Berikut adalah pengakuan yang dibuat Ahmad Najib kepada Muhammad:

揕ebih kurang jam 11 hingga 11.15 malam, 13 Jun 2003, hari Jumaat, saya datang ke Bangsar Shopping Centre (BSC) mencari seseorang yang saya dendam sekian lama.

揝etibanya di sana, saya berjalan kaki dari tingkat satu ke tingkat tiga. Selepas itu lebih kurang jam 11.30 malam, saya terserempak dengan seorang yang saya syaki di tempat letak kereta di tingkat dua.

揝aya ekori perempuan Cina itu lebih kurang 20 meter menuju ke keretanya jenis Proton Tiara. Perempuan Cina itu membuka pintu driver dan mengambil sesuatu di tempat duduk sebelah driver.

揔etika itu, saya menolak mangsa dari belakang masuk ke dalam kereta lantas saya juga masuk. Ketika itu mangsa sudah jatuh terduduk di tempat duduk sebelah driver.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-5-2004 09:37 AM | Show all posts
ada orang kata norhayanti ti gila meroyan.  Entah ler... kalau iapun nape tak dera dua2 anak dia sekali... ni yang si kecik tu jer kena.  Apala punya mak camni... takder rasa sayang langsung kat anak tu.  Sedih tul bila tengok gambar adik kecik tu. :sad:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2004 08:10 AM | Show all posts
KUALA LUMPUR: Kepala Noritta Samsudin berbungkus dengan sarung bantal, manakala badannya ditutup dengan sehelai selimut ketika dia ditemui mati dalam bilik tidurnya di Kondominium Puncak Prima Galleria pada awal pagi 5 Disember lalu.

ISTERI Hanif Basree, Noraidah
(kiri) bersama rakannya setia
mengikuti perbicaraan kes bunuh
Noritta (gambar kecil)
di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2004 02:41 PM | Show all posts
Dah baca dah, kau lambat paste.......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-5-2004 12:11 PM | Show all posts
Suri rumah didakwa dalam "kes dera paling teruk pembantu rumah"
KUALA LUMPUR 22 Mei - Suri rumah Yim Pek Ha, hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, dengan empat tuduhan dengan sengaja menyebabkan cedera parah terhadap pembantu rumah Indonesianya, dalam kes yang disifatkan oleh Kedutaan Indonesia sebagai penderaan pembantu rumah paling teruk pernah dilaporkan di negara ini.

Yim, 36, kelihatan sebak semasa mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan itu yang dibacakan kepadanya dalam bahasa Kantonis oleh jurubahasa mahkamah.

Untuk mencerminkan seriusnya kes ini yang telah menimbulkan kemarahan negara dan diberi liputan utama akhbar-akhbar sejak beberapa hari lalu, Hakim Aktar Tahir tidak membenarkan Yim diikat jamin dan memerintahkannya ditahan reman di Penjara Kajang sementara menunggu perbicaraan pada 26 hingga 28 Julai.

Yim menghadapi tiga pertuduhan dengan sengaja menyebabkan cedera parah terhadap Nirmala Bonat, 19, dengan menggunakan senjata berbahaya sebuah seterika panas dan air panas, di rumahnya di 33B-25-6, Villa Putera, Jalan Tun Ismail, di sini pada Januari, Mac dan April tahun ini.

Dia juga dituduh dengan sengaja menyebabkan cedera parah terhadap Nirmala dengan menggunakan cawan besi, di tempat yang sama pada pukul 3 petang, 17 Mei lepas.

Pembantu rumah itu, dari Kupang, Nusa Tenggara Timur, mendakwa dia telah didera sejak bekerja dengan majikannya itu pada September tahun lalu.

Nirmala melarikan diri daripada rumah majikannya pada kira-kira pukul 9 malam 17 Mei lepas dan mendapatkan bantuan seorang pengawal keselamatan di kompleks apartmen itu, yang kemudian menyerahkannya kepada polis. Beliau kini di bawah perlindungan Kedutaan Indonesia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah melahirkan rasa terkejut dan marahnya kerana ada orang yang sanggup melakukan kesakitan begitu rupa kepada seorang manusia lain.

"Ia amat memalukan, ia sungguh keji dan adalah menyakitkan bagi rakyat Malaysia melihat seorang manusia diseksa sebegini," kata Abdullah semalam.

Hakim Akhtar berkata, beliau memutuskan untuk tidak membenarkan Yim diikat jamin bukan kerana awal-awal mengadili atau menghukumnya, tetapi berdasarkan kepada prinsip bahawa kesalahan yang didakwa dilakukan oleh Yim adalah kesalahan tidak boleh dijamin dan ia adalah atas budi bicara mahkamah sama ada untuk membenarkan jaminan atau tidak.

Peguam Yim K. Balaguru memberitahu pemberita di luar mahkamah bahawa beliau telah memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi terhadap keputusan Mahkamah Sesyen yang tidak membenarkan Yim, yang berpakaian kemeja T dan seluar panjang warna hitam di mahkamah, dibebaskan dengan jaminan.

Rayuan itu akan didengar pada Isnin di hadapan Hakim Abdul Kadir Musa.

Bagi tiga pertuduhan sengaja menyebabkan cedera parah dengan menggunakan senjata berbahaya, Yim didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman 20 tahun penjara dan boleh dikenakan denda atau sebatan dan bagi satu lagi pertuduhan, dia didakwa mengikut Seksyen 325 kanun yang sama yang membawa hukuman penjara tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2004 09:58 PM | Show all posts
Welcome back Gadis,selama kau takde nih masalah jenayah ni dah tak up to
date lah..........kau ada boleh melaporkan setiap hari he he he.........laporan dari Buletin Board Perak oleh wartawan Gadis..........
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-5-2004 12:30 PM | Show all posts
mekasih....... baik gak hati kau yer.  Bagus ..support Gadis sikit.  Ehehehhehehee...... ni yang buat tertarik nih.  Eheheheeeee
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2004 12:31 PM | Show all posts
ERM......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-5-2004 12:32 PM | Show all posts
Pembantu rumah disimbah air panas
PULAU PINANG 24 Mei - Seorang lagi pembantu rumah Indonesia yang mendakwa disimbah air panas oleh majikannya melarikan diri kira-kira seminggu lalu kerana tidak sanggup menanggung kesakitan akibat didera.

Endang Lestari, 21, yang dikatakan dikasari sejak bekerja di negara ini tujuh bulan lalu bertindak nekad keluar rumah akibat tertekan dengan perbuatan majikannya.

Pembantu rumah itu yang dibawa untuk menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Balik Pulau petang ini akan dihantar ke Pejabat Konsul Besar di sini bagi mendapat perlindungan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supritendan Guan Beng Kang berkata, wanita berkenaan mempunyai kesan melecur pada paha kiri dipercayai akibat disimbah air panas.

``Kes penderaan ini mungkin telah berlaku dalam tempoh seminggu dua lalu dan kerana tidak mampu menanggung kesakitan, wanita ini telah melarikan diri dari rumah majikannya. Kita akan menyiasat kes ini secara terperinci termasuk mengambil keterangan daripada majikannya di Sungai Ara di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kes pembantu rumah Indonesia didera kembali mendapat perhatian ramai baru-baru ini apabila kes Nirmala Bonat, 19, yang didera dan diperlakukan dengan tidak berhati perut didedahkan oleh akhbar minggu lepas.

Semalam, seorang lagi pembantu rumah Indonesia yang dikenali sebagai Asniar, 26, ditemui dalam keadaan lapar dan cedera pada sebahagian badan selepas melarikan diri dari rumah majikannya di Ipoh.

Menurut Beng Kang, kes melibatkan Endang hanya dikesan hari ini selepas dia dibawa ke balai polis di Pekan Balik Pulau oleh seorang wanita Indonesia yang sudah berumah tangga dengan rakyat tempatan.

``Endang dipercayai telah lari dari rumah majikannya kira-kira lima hari lalu dan bertemu dengan wanita berkenaan yang kemudiannya berasa simpati dan memberi tempat berteduh untuk beberapa hari. Selepas berada di rumah wanita tersebut untuk beberapa hari, mereka telah berbincang dan bersetuju untuk membuat laporan polis hari ini,'' ujarnya.

Dia dikatakan turut dipukul dengan penyapu oleh majikannya yang menjalankan perniagaan di sebuah warung.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2004 12:33 PM | Show all posts
Budak lima tahun dirogol bapa saudara


KOTA BHARU: Seorang budak perempuan berusia lima tahun menjadi mangsa rogol bapa saudara sendiri di Pasir Puteh, Sabtu lalu.
I k l a n




Berikutan itu, polis daerah Pasir Puteh menahan seorang lelaki berusia 35 tahun, kira-kira jam 8.30 malam Sabtu lalu, selepas menerima maklumat daripada ibu mangsa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Ishak Abd Majid, berkata bulan lalu, ibu mangsa berusia dalam lingkungan 20-an, pernah meminta anaknya itu supaya jangan mendekati lelaki berkenaan kerana bimbangkan perangainya.

揥anita itu juga turut menasihatkan orang kampung supaya berhati-hati dengan abangnya itu. Sebelum itu, mangsa pernah mengadu kepada ibunya kemaluannya sakit tetapi ibunya tidak mengesyaki apa-apa.

揌anya pada hari kejadian (Sabtu), ibu mangsa membawanya ke Hospital Tengku Anis (HTA) Pasir Puteh untuk pemeriksaan lanjut,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2004 12:34 PM | Show all posts
KLANG: Bekas pramugara Penerbangan Malaysia (MAS) yang dituduh membuat dan menghasilkan video cakera padat (VCD) bertajuk 慘ehidupan Seorang Pramugara Yang Terlampau
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2004 12:35 PM | Show all posts
LEPAS KENE PUJI LAJU JE....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2004 12:36 PM | Show all posts
Satu-satu kes jenayah timbul skang ni.  Dera anak la...dera pembantu rumah pun ader.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2004 12:38 PM | Show all posts
aik...ader orang jeles nampaknya ni. :cak:  Ehehehehhee.... biasa la Gadis cover balik ari2 yang takder kat opis aritu.   Ehehehehhehee...... :bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2004 12:44 PM | Show all posts
KONON
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2004 12:50 PM | Show all posts
yey....yey... qilla jeles.  Jangan risau nyer... Gadis tak ambik zudiex tu.  Kan korang pasangan romantik. Ehehehehehe


Jangan mare yer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2004 12:52 PM | Show all posts
Originally posted by Gadis at 25-5-2004 12:50 PM:
yey....yey... qilla jeles.  Jangan risau nyer... Gadis tak ambik zudiex tu.  Kan korang pasangan romantik. Ehehehehehe


Jangan mare yer

huhuu... romen tik nyer... :setuju:
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2004 03:09 PM | Show all posts
Originally posted by bzzts at 25-5-2004 12:52 PM:

huhuu... romen tik nyer... :setuju:

lantak abang aku marah...ko jawab....tak tau....
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2004 03:11 PM | Show all posts
Originally posted by Gadis at 25-5-2004 12:50 PM:
yey....yey... qilla jeles.  Jangan risau nyer... Gadis tak ambik zudiex tu.  Kan korang pasangan romantik. Ehehehehehe


Jangan mare yer



ermm.....ZUDIEX..?TAK PAYAH ARR....TAK ROMANTIK ARR..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2004 03:24 PM | Show all posts
bzzts tu abang qilla ker? ermmm tak tau lak yer.... :stp:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 03:04 PM GMT+8 , Processed in 0.478125 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list