|
Edited by tanak-balik at 21-12-2016 01:34 PM
memula dlu aku bertunang ngn husband aku selalu sgt dia ajak tido umah dia, katanya maknya suka masak2 jamu org makan, and x kesah kalau bermalam..family dorg jenis rapat dan x kesah dan mengalu2kan sesapa saja walau orang luar utk dtg umah.
Aku mmg berkeras tanak, PIL aku pun duk call aku jemput dtg umah suh bwk baju sbb katanya bermalam la sehari dua kat umah dorg..aku mmg bgtau dengan tegas yg family aku x suka aku tido umah org tetambah belum sah jd suami isteri..aku mmg mintak maaf je sbb mak aku kata lambat cemana blk pun xpe tp jgn sampai x balik dan bermalam rumah orang.
PIL aku masa tu berkeras, dorg nk jgk aku tido sana..aleh2 aku suh dorg call mak aku sendiri..
Well, knowing mak aku yg mmg tegas dan garang, dia mintak maaf kat bakal besan je masa tu..dia x benarkan ank pmpuan beliau tido umah dorg..lmbat abis pun kena blk umah.
PIL aku akur and settle masalah, tader bunyi2 dah suh tido umah dorg..
Pas je kitorg nikah, mak aku masa sesi salam peluk husband aku, dia kata, skg ni awak nak bwk ank mama bermalam kat mana pun terpulang la walau x balik umah sbb mama serahkan sume tanggungjawb pd awk..
|
|