Membaca buku untuk pertama kalinya seperti berkenalan dengan seorang teman baru; membacanya untuk kedua kali seperti bertemu dengan teman lama. Anonim, peribahasa Cina
Perkataan sastera berasal daripada bahasa sanskrit iaitu "castra". Susasterayang bermaksud kata yang membawa maksud khusus iaitu :
Su indah, baik, lebih berfaedah.
(Ke) susastera (an) kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan baikisinya.
J.S Badudu
Sastera harus ditinjau dari dua segi iaitu bahasa dan isi.
Hashim Awang
Ciptaan senia yang disampaikan melalui bahasa.
GENRE SASTERA
Genre Sastera ialah kategori atau jenis karya sastera atau seni yangdicirikan dengan sesuatu gaya, bentuk atau kandungan tertentu.
KAMUS DEWAN
Hasil seni (karya tulisan) dalam bentuk prosa atau puisi yang mempunyaiciri-ciri keistimewaan yang tertentu.
PERBEZAAN BAHAN SASTERA DAN BUKAN SASTERA
KESUSASTERAAN
BUKAN KESUSASTERAAN
Sajak tentang bunga kemboja.
Novel yang mengisahkan pengembaraan dengan keretapi.
Cerita mata-mata gelap.
Drama tentang gadis menunggu telefon berbunyi.
Penerangan mengenai bungan kemboja.
Jadual perjalanan keretapi.
Berita jenayah.
Panduan telefon.
UNSUR-UNSUR DALAM KESUSASTERAAN.
Hashim Awang mengelaskan unsur-unsur dalam kesusasteraan kepada empat, iaitu :
Intelek.
Menimbulkan satu-satu fikiran tertentu yang tinggi dan menarik dalam sesebuah
Karya sastera.
Emosi.
Membezakan di antara karya sastera dengan karya bukan sastera.
Imaginasi.
Melihatkan ketajaman daya penglihatan dan pengamatan pengarang terhadapsatu-satu benda dan peristiwa.
Teknik.
- Merangkumi cara pengarang menyusun peristiwa di dalam cerita , memilihkata-kata, mengatur rangkap-rangkap dalalm sajaknya, meletakkan adengan-adengandalam lakonannya dan lain-lain. Kesusasteraan Melayu Klasik
-sastera tertua yang disampaikan secara lisan dan diturunkan dari satugenerasi ke generasai lain yang mempunyai unsur tokok -tambah.
-ia wujud sebelum adanya alat pencetak.
-di hasilkan sebelum tahun 1800.
-hasil yang masih tersimpan tidak kira dalam apa bentuk dan bagaimanacorak.
-disampaikan dalam bentuk lisan dan sebahagian kecil dalam bentuk tulisantangan.
-punya nilai dan ukuran yang tersendiri.
-terpancar ‘worldview masayarakat’
-setiap karya adalah hak cipta bersama----- tiada nama pengarang.
-khayalan dicampuradukkan dengan kenyataan----tujuan hiburan dan pengajaran.
-mempunyai unsur-unsur setempat.
-bersifat universal.
Kesusasteraan Lisan.
kesusasteraan yang disampaikan melalui peraturan dari satu generasi kesatu generasi yang lain.
dikenali juga sebagai sastera rakyat
contoh sastera lisan berbentuk cerita:
cerita asal-usul ( Dongeng harimau jadian, dongeng gerhana )
cerita binatang ( Cerita Sang Kancil, Pelanduk )
cerita jenaka ( Pak Pandir, Pak kaduk dan Lebai malang )
cerita lagenda ( Mahsuri, Hang Tuah )
cerita penglipur-lara ( Malim Deman, Malim Dewa, Anggun Cik Tunggal )
Buku lima ialah sejenis senjata berbentuk penumbuk yang mempunyai mata berbucu dan digenggam di tangan. Buku lima mudah dibawa ke mana-mana kerana boleh disimpan di poket belakang. Senjata ini digunakan untuk mempertahankan diri daripada serangan musuh secara tiba-tiba.
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register