CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: CARI-MAL

Pandai-pandai Buat Cerita, SUK Nafi Keluarkan Kad Identiti Bangsa Johor

[Copy link]
Post time 3-2-2017 07:15 PM | Show all posts
dani-rox replied at 3-2-2017 04:31 PM
Biarlah dia org... Kad mcm tu pun ada yg sentap. Ingat dulu zaman sekolah bole order2 bisnes kad kon ...

hahahaha...adakah kita sezaman?????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2017 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 3-2-2017 04:31 PM
Biarlah dia org... Kad mcm tu pun ada yg sentap. Ingat dulu zaman sekolah bole order2 bisnes kad kon ...

Aku de simpan name card tu. Nak ushar bagi card je.. This is my card!  Ala2 sam gitu..  
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2017 07:42 PM | Show all posts
Benarkah ini IC Bangsa Johor?


TERKEJUT seketika apabila tersebar di laman sosial Twitter mengenai kewujudan Kad Identiti Bangsa Johor.

Menurut sebuah akaun Twitter bernama @syedsigaraga , kad berkenaan harus didapati melalui prosedur mengisi borang keahlian Kelab Identiti Bangsa Johor yang turut disertakan bersama-sama twitter tersebut.

Kad yang turut disertakan dengan VISA PayWave itu mengandungi nama penuh pemilik dalam ejaan Bahasa Melayu dan Jawi serta beberapa maklumat diri pemilik.

Antara maklumat tersebut adalah seperti nombor Kad Pengenalan pemilik, nombor ‘IBJ’ dipercayai Identiti Bangsa Johor, alamat pemilik di Johor, nama penuh waris dan nombor telefon waris.





Mungkin juga kad berkenaan sekadar kad pengenalan kelab yang turut dilengkapi dengan aplikasi debit VISA, namun cara penyampaian pemilik Twitter yang mempromosikan kad berkenaan seolah-olah ia merupakan ‘Kad Pengenalan Bangsa Johor’.

Tambahan lagi, antara syarat utama untuk memohon kad tersebut mestilah yang lahir di negeri Johor atau mempunyai bukti berketurunan dari negeri berkenaan.

Yuran sebanyak RM30 juga dikenakan bagi mereka yang ini memohon, disamping mereka yang berstatus muflis turut tidak diberi halangan memohon kad tersebut.



Bagaimanapun, hasil pemerhatian di Twitter mendapati terdapat ramai para netizen yang mencemuh perkara ini, khususnya terhadap penggunaan kad kepada ‘Bangsa Johor’.

Menurut pemilik akaun Twitter bernama Faris Imadi, dia cuba mempertikaikan motif keperluan untuk bergelar ‘Bangsa Johor’ dan mempersoalkan kewujudan Kad Identiti Bangsa Johor tersebut.

“Johor dah keluar Malaysia ke? Johor sekarang qualify as negara oversea ke?,” katanya dalam Twitter.


Begitu juga dengan seorang lagi pemilik akaun Twitter bernama Akak Pening yang memuatnaik status agak sinis terhadap perkara tersebut.

“Alhamdulillah negeri lain tak payah ada kad pun dah qualified dah negeri dia tinggal. Tak payah nak bangsa2 sgt,” katanya melalui akaun Twitter @qyscha_ .


Berbeza pula dengan tweet oleh pemilik akaun Lutfi Hambali. Dia lebih sinis dengan menyenaraikan bio berkaitan ‘negara’ Johor bagi membalas tweet asal oleh @syedsigaraga .


Apapun yang dikatakan dalam media sosial, diharap pihak berwajib yang bertindak mengeluarkan kad identiti berkenaan tampil membuat penjelasan lanjut agar para netizen tidak samar-samar mengenai tujuan asal kad berkenaan dipromosi dalam media sosial.

Malah, usaha untuk penyatuan dan perpaduan sesama kita amatlah perlu agar anasir luar tidak mampu memperdaya tanah tumpah darah sendiri.


Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2017 07:42 PM | Show all posts
Penuntut ditahan dipercayai muat naik dokumen pengenalan Bangsa Johor

Polis menahan seorang lelaki hari ini yang dipercayai terlibat memuat naik dokumen berhubung pengeluaran kad pengenalan Bangsa Johor yang tular di media sosial.

Ketua Polis Johor Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata lelaki berkenaan yang juga seorang penuntut di sebuah pusat latihan kejuruteraan penerbangan, ditahan di Taman Subang Perdana, Shah Alam, kira-kira jam 3.20 petang.

"Polis turut merampas satu telefon bimbit jenis Samsung Galaxy K Zoom bersama simkad daripadanya dan lelaki berumur 25 tahun itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru, esok, untuk direman bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan terhadapnya," katanya menerusi kenyataan di Johor Bahru hari ini.

Wan Ahmad Najmuddin berkata terdahulu, polis menerima satu laporan pada jam 9.45 malam tadi ekoran perbuatan memuat naik borang permohonan, syarat permohonan dan keistimewaan yang ditawarkan serta identiti kad pengenalan Bangsa Johor dalam media sosial yang kononnya dikeluarkan oleh kerajaan negeri Johor.

Beliau berkata suspek didapati memuat naik dokumen-dokumen itu dalam akaun Twitter atas nama Tuan Syed Sigaraga@syedsigaraga.

Katanya, polis sehubungan itu, menjalankan siasatan berhubung kes berkenaan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 dan mereka yang terlibat boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

"Polis menyeru orang ramai yang telah membuat permohonan atas kad pengenalan Bangsa Johor ini atau telah membuat apa-apa bayaran bagi permohonan tersebut agar tampil membuat laporan polis.

"Polis juga menasihati orang ramai supaya tidak menyalahgunakan laman sosial tanpa berfikir panjang atau bersedia menghadapi tindakan tegas pihak polis," katanya.

Malam tadi, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Azmi Rohani menerusi kenyataan berkata kerajaan Johor menafikan pernah mengeluarkan kad identiti Bangsa Johor seperti yang sedang tular di media sosial itu.

Azmi berkata setakat ini, tidak ada mana-mana pihak termasuk jabatan kerajaan negeri mengeluarkan kad berkenaan.

"Penggunaan identiti Johor bagi tujuan sedemikian rupa tanpa merujuk kepada pihak Setiausaha Kerajaan Negeri adalah dilarang sama sekali," katanya.

- Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2017 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Gonjol.. scam je nih
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2017 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
lkick2113 replied at 3-2-2017 07:15 PM
hahahaha...adakah kita sezaman?????

Kertunya korg

Zmn iols just bg id wechat..  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-2-2017 02:22 AM | Show all posts
lkick2113 replied at 3-2-2017 07:15 PM
hahahaha...adakah kita sezaman?????

u pon pernah buat name card yg fancy2 tu jugak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2017 02:28 AM | Show all posts
ezacbee replied at 3-2-2017 07:23 PM
Aku de simpan name card tu. Nak ushar bagi card je.. This is my card!  Ala2 sam gitu..

kann... memori daun pisang sangaatt


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2017 09:17 AM | Show all posts
So da bleh created new column kat any form melayu cina

india johor then baru lain2
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2017 10:25 AM | Show all posts
So... Bangsa Johor ni kalau isi borang rasmi kat column bangsa tu letak Johor ke Melayu or wateva bangsa kau? Asobiyah nau perangai...geli bulu ketiak nengok
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2017 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak sabar nak tgk depa keluar malaysia . I rela je melepaskan mereka pergi tanpa menoleh
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2017 10:40 AM | Show all posts
Kalau betul state punya id xda nya kena caj rm30
Ni ala2 jadi member myvi club atau segala mcm club
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2017 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts
bagus lah situkang buat cerita dr selangor .dia plk lagi  advance dr orang johor. bonggok sgt lah yg  cepat nak percayai tu. kan dah kena cekup.elok elok jd student nanti jadi banduan plk. menangis mak bapak nak bayar denda
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2017 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 4-2-2017 02:22 AM
u pon pernah buat name card yg fancy2 tu jugak ke?

Tak pernah yang.... Tapi ada lah tgk budak2 pompuan duk pilih2 design kad tu kat dalam kelas dulu sebelum cikgu datang
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2017 04:44 AM | Show all posts
lkick2113 replied at 4-2-2017 10:11 PM
Tak pernah yang.... Tapi ada lah tgk budak2 pompuan duk pilih2 design kad tu kat dalam kelas dulu  ...

Oh. Okay.




Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2017 05:12 PM From the mobile phone | Show all posts
bilalah bangsa j nk keluar malaysia? err
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2017 07:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini kalau tak mlm, scammer yang menangguk di air keruh
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2017 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Scammer punya hal.. Semua tetiba feeling meluat kat org johor. Patut la org melayu senang kena kencing.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:04 PM GMT+8 , Processed in 0.094608 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list