CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: kentel

Hilang Sejak Ahad Lalu, Lelaki Ini Akhirnya Ditemui Dalam Perut Ular Sawa

[Copy link]
Post time 29-3-2017 03:41 PM | Show all posts


Ni berita tahun 1995

KIRA-KIRA 22 tahun dahulu ketika zaman tidak wujud lagi media sosial seperti Facebook, negara pernah digemparkan dengan tragedi seorang lelaki ditelan seekor ular sawa di pekan Tenang Stesen, Segamat, Johor.

Kejadian hitam pada 4 September itu bukan sahaja telah menggemparkan seluruh negara, bahkan dianggap peritiwa hitam paling tragis dan mencemaskan sepanjang 1995.

Mangsa, E Heng Chuan, 29, ditemui kira-kira pukul 10.30 malam di bangsal berhampiran rumahnya, di mana sebahagian badannya telah ditelan oleh ular sawa yang difahamkan seberat 140 kilogram.

Ular sawa itu hanya berjaya menelan kepala dan sebahagian badan Heng Chuan kerana tersangkut pada bahu mangsa.

Dilaporkan sebelum kejadian, mangsa dikatakan berjalan menuju ke bangsal berhampiran rumahnya kira-kira jam 8 malam untuk menutup suis generator air kolam.

Bagaimanapun setibanya di sana, reptilia itu menyerang Heng Chuan dengan mengigit dan membelit lelaki itu sebelum bertindak menelannya.

Kemungkinan berlaku pergelutan agak lama sebelum mangsa mati, berdasarkan keadaan bangsal yang semak bertukar menjadi lapang.

Hakikat itu memang logik kerana kejadian hanya disedari abang mangsa, E Seng Guan, 32, yang keluar mencarinya adiknya apabila tidak pulang ke rumah, kira-kira 30 minit selepas keluar untuk menutup suis generator terbabit.

Seng Guan mencari adiknya di kawasan itu pada pukul 8.30 malam tetapi gagal menemuinya.

Ketika sampai ke situ pada kali kedua, Seng Guan menemui seekor ular sawa sedang membelit dan cuba menelan adiknya dari bahagian kepala tetapi tidak mampu berbuat apa-apa kerana terlalu terkejut.

Dia kemudian bergegas pulang ke rumah untuk memberitahu ibunya, Lim See Mek, 51. Mereka kemudian melaporkan kejadian itu ke pondok polis pekan Tenang Stesen untuk meminta bantuan.

Polis menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 11 malam, tetapi pada masa itu tidak mempunyai sebarang gambaran mengenai kemungkinan yang bakal dihadapi.

Polis pada mulanya beranggapan ia hanya kejadian ular sawa membelit mangsa dan tidak begitu yakin sebahagian badannya ditelan walaupun sudah dimaklumkan abang mangsa.

Dalam kegelapan malam itu, sepasukan lima anggota polis bersama Seng Guan dan seorang penduduk kampung pergi ke tempat kejadian. Mereka menggunakan lampu picit dan bersenjatakan M16.

Seorang anggota polis melepaskan empat das tembakan untuk membunuh ular itu bagi menyelamatkan mangsa, bagaimanapun Heng Chuan didapati meninggal dunia di tempat kejadian akibat terlalu lama dijerut dengan kuat.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Segamat untuk dibedah siasat manakala bangkai ular sawa besar itu dibawa ke pondok polis Tenang Stesen.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2017 03:47 PM | Show all posts
Edited by pittjie at 29-3-2017 03:54 PM

yess .. ini la dia. kesian sungguh dgn mangsa ni kan. mmg berita hangat la masa tu. masing2 berebut surat khabar nak baca berita muka depan.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2017 03:51 PM | Show all posts
sebu1 replied at 29-3-2017 10:52 AM
Betul ke ni aku mmg takut dgn ular setelah kes Johor tu dulu

yang johor tu tak sempat telan abis kan.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2017 03:53 PM | Show all posts

setiap kali ada citer ulau sawa, mesti ada orang tepek berita ni.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2017 03:56 PM | Show all posts
kes tahun 1995...
kwn aku duduk kat tempat ni lah... felda kat segamat.
masa kes tu, gambor tu diorg tampal kat balairaya
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2017 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
kucen_miang replied at 29-3-2017 03:51 PM
yang johor tu tak sempat telan abis kan.

Iye rahang ular tu tersangkut kat bahu mangse
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-3-2017 04:15 PM | Show all posts
yela kalau cite ular telan manusia mesti cite kat johor tu buat org teringat balik kan, sbb gambar tu scary sgt kepala manusia dlm mulut ular tu.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2017 04:47 PM From the mobile phone | Show all posts
pittjie replied at 29-3-2017 12:13 PM
teringat satu kes dulu ... kat perak ke kat johor .. satu mamat cina kena telan dgn ular sawa. tapi  ...

Yup..i ingt lg gambar mamat chinese tu bertebaran kt majalah dan paper..kesian kan..katanya fmly dgr bunyi hissss hissss n follow that bunyi sblm jumpa ular yg kekenyangan tu....n chinese guy tu dh mati masa ditelan kan? Kabarnya dililit sampai sesak nafas n mati br ditelan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2017 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Elok lah amalkn baca ya Hafiz banyak2 kalau takut dgn binatang mcm ni..
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2017 09:58 PM | Show all posts
siannya mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2017 09:22 AM | Show all posts

bila baca berita zaman dahulu kala ni,
sedap je.. bahasanya tersusun dan penceritaan pun kemas.
surat khabar sekarang?
Hmmm...
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2017 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
pearl.silver replied at 29-3-2017 11:51 AM
Klu mayat perfect dlm perut ular i caye.sbb ular memang telan sekor2 mangsa dia
Tp kes yg mayat elo ...

Camner buaya nak siat siat dik   ular sawa membelit mangsa sampai mati, pastu telan sedikit2.. rahang dia boleh buka besar.. kambing pun boleh telan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 12:10 PM GMT+8 , Processed in 0.196367 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list