|
Fikir panjang dulu sis, jangan amal konsep asal berlaki jea
dah bahagia dgn hidup sekarang, teruskan kecapi kebahagiaan...
tapi kalau dah terasa bersedia nak berkongsi hidup sekali lagi....terima je lamaran |
|
|
|
|
|
|
|
semua keputusan terletak di atas bahu TT sebenarnya.
apa yang TT cari dalam hidup nie? apa yang boleh buat TT happy?
bagi yang pernah melalui kegagalan dalam perkahwinan, antara perkara yang amat menggusarkan hati adalah untuk menerima seseorang di dalam hidup untuk kali yang kedua. banyak persoalan yang bermain di fikiran. adakah si dia benar2 ikhlas? adakah si dia tu yang dicari selama ini? adakah si dia mampu menjaga TT dan anak kelak?
bak kata forumer lain, solat istikharah. semoga diberikan petunjuk.
selain dari itu, TT boleh rasa sendiri layanan, tutur kata, harapan si dia untuk hidup bersama dengan TT. TT kata hanya menyukai si dia dan belum merasakan cinta itu hadir di dalam hati. malah tiada rasa berdebar ketika bersama dengan si dia.
debaran hanya permainan hati.bukan penentu si dia orang yang dicari. cinta akan hadir dengan sendirinya. mungkin sekarang, mungkin juga selepas berkahwin. yang penting, kaji lah keikhlasan si dia itu. bukan senang untuk seorang lelaki yang pernah melalui kegagalan dalam perkahwinan pertamanya, untuk melamar perempuan lain sebagai isteri. pengalaman lalu biasa nya memberi kesan yang mendalam bagi seorang lelaki.
jika si dia sudi untuk memperisterikan TT dan ada usaha ke arah itu, buka lah hati dan berilah peluang. semoga keikhlasan TT dalam menerima si dia itu, dipermudahkan oleh Allah dan kalian dikurniakan kebahagiaan bersama.
minta pendapat daripada orang tua, siasat latar belakangnya dan solat istikharah lah. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 15-7-2017 01:27 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Tq2 semua ats nasihat bguna ni..
Kerisauan utk berlaki kali ke 2 tu ttp ada...
Masih gusar... apakah hala tuju sbnr2nya |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|