View: 7113|Reply: 76
|
[Tempatan]
Senang sama-sama, susah pun bersama. Walaupun terpaksa membawa motosikal yang ro
[Copy link]
|
|
Quote:
| This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 921x518. |
JOHARI (belakang) mengangkat motosikal manakala Mohd Shahrizam menunggang. FOTO ihsan Johari Jamil
|
MELAKA - “Senang sama-sama, susah pun bersama. Walaupun terpaksa membawa motosikal yang rosak hampir 30 Kilometer, namun kami lega apabila semuanya selamat sampai di rumah,” kata Mohd Shahrizam Abdul Samad berhubung situasi cemas terpaksa dilalui bersama dua lagi rakannya, Ahad lalu.
Menceritakan kejadian terbabit, Mohd Shahrizam, 20, berkata, dia bersama dua lagi rakannya Johari Jamil, 32, dan Nazrudin Kadir, 24, dalam perjalanan ke Pasar Borong di Melaka untuk menikmati juadah asam pedas pada 3.30 pagi.
Menurutnya, ketika itu dia menunggang Honda Wave 100 bersama Johari manakala Nazrudin berseorangan menunggang Modenas CT100.
"Namun ketika dalam perjalanan, tayar motosikal Nazrudin secara tiba-tiba pancit berhampiran Melaka Sentral menyebabkan perjalanan kami tergendala," katanya.
Menurutnya, dia kemudian menghubungi seorang lagi rakan mereka di kampung mereka di Kampung Air Tawar, Merlimau bagi membawa tiub tayar untuk ditukar ganti.
"Namun kami sekali lagi ditimpa nasib malang apabila rakan yang membawa tiub tayar itu membawa tiub yang bocor," katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur, hari ini.
Mohd Shahrizam berkata, disebabkan kesuntukan masa mereka terpaksa mencari altenatif paling cepat dan mudah kerana ingin sampai di rumah sebelum waktu Imsak.
"Ketika itulah Johari membuat keputusan untuk mengangkat motosikal Nazrudin yang rosak itu di belakang, manakala saya menunggang motosikal terbabit.
"Nazrudin pula menaiki motosikal seorang lagi rakan kami. Biarpun pada awalnya kedengaran agak mustahil, namun kami tekad untuk berbuat sedemikian," katanya.
Menurutnya, sepanjang perjalanan hampir 30 Kilometer itu, mereka terpaksa berhenti dua kali kerana berasa kebas dan lenguh.
"Saya yang menunggang pun sudah lenguh-lenguh badan inikan pula Johari yang terpaksa memegang motosikal di belakang," katanya.
Sementara itu Johari ketika dihubungi menyifatkan tindakan mereka membawa motosikal dengan menaiki motosikal itu sebagai 'kerja gila' pernah dilakukan dalam hidupnya.
Menurutnya, dia berbuat demikian kerana tiada pilihan lain dapat difikirkan ketika itu, selain terpaksa bergegas ke rumah untuk bersahur.
"Sampai lenguh kedua-dua kaki sebab terpaksa memberi ruang kepada motosikal. Orang ramai yang menyaksikan gelagat kami pagi itu pun mungkin pelik melihat saya membawa motosikal dengan menggunakan motosikal," katanya.
Johari berkata, dia juga tidak menyangka gambarnya mengangkat motosikal terbabit tular di laman sosial selepas ia dimuat naik di Facebook miliknya pada 5.20 pagi hari sama.
"Jika memikirkan balik, rasa lawak pun ada, namun pada saya itulah semangat setia kawan. Bukan hanya ada waktu senang semata-mata," katanya.
http://www.hmetro.com.my/utama/2017/...senang-bersama
|
|
|
|
|
|
|
|
tak terfikir boleh buat begini |
|
|
|
|
|
|
|
lain kali pakai la tayar tubeless..
hebat motor honda wave..300++ kg selamba dia angkot.. |
|
|
|
|
|
|
|
agak2 laa 300kg.......
|
|
|
|
|
|
|
|
Tubeless pun tak guna Kalau bocor. Kalau tyre runflat tu baru ok. ..bocor pun masih boleh digunakan.
|
|
|
|
|
|
|
|
tp honestly dalam ramai kawan2 aku ni, yg pendidikan tak brape tinggi ni la yg senang nk tolong org lain. yg educated tu, erm mmg ada yg baik, tapi katela ada kecemasan mcm ni, nak ke diorg datang tolong? nan hado. |
|
|
|
|
|
|
|
FOTHER-MUCKER replied at 31-5-2017 07:39 AM
Tubeless pun tak guna Kalau bocor. Kalau tyre runflat tu baru ok. ..bocor pun masih boleh digunaka ...
tubeless setakat 30km bole lenjan lagi..nk lg elok jumpa pam minyak..pam la tayar tu balik.. |
|
|
|
|
|
|
|
Semangat setia kawan tinggi sungguh. |
|
|
|
|
|
|
|
Tubeless tak boleh lah bro. Kalau run flat tu baru boleh.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kawan macam ni la,yang patut dicari.. |
|
|
|
|
|
|
|
annehuda replied at 31-5-2017 08:03 AM
tp honestly dalam ramai kawan2 aku ni, yg pendidikan tak brape tinggi ni la yg senang nk tolong org ...
Pendidikan kau sendiri tinggi tak? Kau sendiri sanggup tolong org dalam apa jua situasi tak sister? |
|
|
|
|
|
|
|
FOTHER-MUCKER replied at 31-5-2017 08:16 AM
Tubeless tak boleh lah bro. Kalau run flat tu baru boleh.
iols dh pernah kena..helok je..
tapi jalan yg helok la..bukan yg belobang2 |
|
|
|
|
|
|
|
Cepuk kepala kwn yg dtg bwk tiub bocor tu... dtg jauh2 tapi takleh pakai.
Sedapnya asam pedas telur ikan kat pasar borong tu. Eh tetiba. |
|
|
|
|
|
|
|
Huiii... Dahsyat. Motor digunakan untuk pikul motor.... |
|
|
|
|
|
|
|
hebat kwn ko dek..susah senang bersama2 & nnt time korang dh tua & kenangkan blk kenangan2 itew mmg akan terpahat sebagai memori indah |
|
|
|
|
|
|
|
kapcai2 camni dlm 100kg jela
mane dtgnye 300kg
|
|
|
|
|
|
|
|
zmn sekarang bukan senang nk dpt kwan yg sanggup sama2 bersusah
kwn bergumbira, bergelak ketawa ramai laaa..
|
|
|
|
|
|
|
|
Terus terang aku tak terfikir nak buat cara nih...
Kalau aku pakai motor dan terkena macam nih, mmg aku redah je dgn tayar bocor tu.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|