CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5830|Reply: 47

Tak Sangka Kimchi Elok Diamalkan Masa Berpuasa

[Copy link]
Post time 7-6-2017 05:24 PM | Show all posts |Read mode
Kimchi adalah salah satu makanan Korea paling popular dan nampaknya rakyat Malaysia pun ramai yang gilakannya!


Berita baik untuk penggemarnya kerana di sebalik rasanya yang masam-masam pedas, rupa-rupanya kandungan yang terdapat dalam Kimchi adalah sangat baik untuk kesihatan.


Lebih elok kalau menjadikan Kimchi sebagai salah satu hidangan sampingan utama ketika bersahur dan berbuka puasa.


Dipetik dari Boldsky, ini adalah antara lima kebaikan Kimchi yang harus anda ketahui.


Foto: Sorakoreancuisine.com


1. Menyihatkan usus
Kimchi  adalah sangat baik untuk usus kerana makanan ini mengandungi probiotik yang membantu masalah pencernaan. Amalkan makan kimchi sekurang-kurang sekali ketika berbuka puasa pun sudah cukup untuk mengelakkan masalah dalam usus.


2. Membantu untuk kurus
Penggunaan cili merah yang digunakan dengan banyak untuk membuat Kimchi memang selalu disebut-sebut baik untuk kesihatan. Capsaicin yang ada dalam cili dapat menigkatkan tahap metabolisma badan. Kalau berpuasa dah jadikan kita kurus, apatah lagi kalau dibantu dengan  memakan Kimchi kan?


3. Bantu untuk kelihatan awet muda
Kimchi yang diperam mengandungi antioksidan yang mampu melambatkan proses penuaan. Selain itu ia juga membantu menyihatkan kulit, rambut dan mengurangkan kedutan pada wajah.


Foto: platingsandpairings.com


4. Anti-Kanser
Kobis cina dan lobak putih untuk menghasilkan Kimchi mengandungi bahan seperti isocyanate dan sulfide baik untuk menyingkirkan logam dalam hati, usus kecil dan buah pinggang.


5. Meningkatkan Sistem Imunisasi Badan
Kimchi menyebabkan sel-sel sistem imun menjadi lebih aktif dan menghasilkan lebih banyak antibodi. Diet tinggi kolestrol dengan kimchi menghasilkan 75% aktiviti sel imun, berbanding cuma 55% untuk diet tinggi kolestrol dan 68% untuk diet biasa.


Wah, tak sangka Kimchi memang baik untuk kesihatan badan kita. Jom, mulakan sekarang memakan Kimchi untuk mendapatkan segala kebaikan darinya. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2017 06:57 PM | Show all posts
Sedapnya. My fav food.
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2017 07:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Kgemaran saya!!!
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2017 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak pernah try lagi
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2017 07:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasa kimchi mcm sambal nasi ayam je.
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2017 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
iols xblh nk mkn kimchi.. msam rsenya..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-6-2017 10:00 PM | Show all posts
not my fav.. xboleh nk masuk tekak
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2017 11:27 PM | Show all posts
tak pedas mana pun kimchi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2017 01:48 AM | Show all posts
Tak minat makanan Korea.
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2017 05:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Euw.

Ai suka kimchi tapi daripada ai makan kimchi untuk buka posa baik ai makan sambal tempoyak jah. Lagi menyelerakan.
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2017 06:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku pun suka kimchi...cuma kurang gemar pada bau dia je...kat rumah mmg tak pernah putus stok..nyum2.
Makan dgn nasi pun sedap..makan dgn maggie lagiiii sedap
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2017 07:56 AM | Show all posts
xleh msuk,.. masam..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2017 08:00 AM | Show all posts
kimchi campur tomyam..pergh..terangkat..
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2017 08:06 AM | Show all posts
nti badan berbau ... acam...
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2017 08:07 AM | Show all posts
3. Bantu untuk kelihatan awet muda
Kimchi yang diperam mengandungi antioksidan yang mampu melambatkan proses penuaan. Selain itu ia juga membantu menyihatkan kulit, rambut dan mengurangkan kedutan pada wajah.

****patut ler artis korea awet muda ...
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2017 08:39 AM | Show all posts
sambal jawa jugak yg terbaik
eh tiba2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2017 11:34 AM | Show all posts
mcm geli je sis. tp smlm meols makan jajjanganan noodles tu not bad juga. wlaupon mahal. slalu tgk dlm cerita korea diorang makan kemain sedap lgk.
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2017 11:58 AM | Show all posts
buat sdri je..memang sedap buh dlm megi style korea

Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2017 12:51 PM | Show all posts
Betul tu tak suka buat jadi makanan harian sebab nanti badan berbau kimci
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2017 12:51 PM | Show all posts

sedap sis, cer try
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 11:39 PM GMT+8 , Processed in 0.053934 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list