CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Remy_3D

Alleycats

[Copy link]
Post time 20-1-2006 04:22 PM | Show all posts
Hangin betul kalau cari album komplilasi Kucing Lorong nie....Koleksi Terbaik pun tak masukkan lagu SURATAN ("ada sekuntum warkah, dalam diam aku terima.....dari sekeping hati yg kupuja...). Fav song rasanya mostly lagu2 M.Nasir kan. Most listened song kalau bukak CD koleksi lagu Kucing Lorong tuh ialah:

1. Layang2 Putus Tali
2. Gerimis Senja
3. Seribu Bintang
4. Sekuntum Mawar Merah
5. Setahun Sudah Berlalu

Since lagu SURATAN takde dlm CD No 1 tuh..takleh ler letak dlm list..... Anyhow last time Kucing Lorang keluar album 2 or 3 years ago..tapi tak mengancam ler lagu2nya...

[ Last edited by NAX5575 at 20-1-2006 04:27 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2006 04:45 PM | Show all posts

Reply #29 fly_in_d_sky's post

suara kekasih mmg summer nye fav!
dengar muzik lagu tu je
dah rasa sayu sgt
huhuhu

nampak David Arumugam ni..
heheheh
rambut dia maintain gak cam tu
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2006 03:55 PM | Show all posts
Originally posted by sLapshock at 29-9-2005 22:32
nak tanya siapa yg cipta lagudiorang? m nasir ker?


M. Nasir sinonim dengan Alleycats....majoriti lagu hits Alleycats ciptaan M. Nasir....
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2006 03:57 PM | Show all posts
Originally posted by burung_pungguk at 4-6-2004 14:48


1st final AJL 1986 dgn lagu SAMPAIKAN SALAM CINTAKU...lagu tu menang persembahan terbaik...ingat key word 'TRIMA KASEY????' lagu tu jgk dapt 3rd place utk lagu terbaik...

tahun 1987, 2 lagu  ...


Bukan Derita Seorang Insan dengan Sampaikan Salam masuk final AJL tahun 86?

Kalau tahun 87 (tak ingat masuk final ke tak) lagu Alleycats yang dicalonkan ialah Sekeping Hati Yang Luka dengan Hadirmu
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2006 04:02 PM | Show all posts
Originally posted by alphawolf at 12-2-2006 03:57 PM


Bukan Derita Seorang Insan dengan Sampaikan Salam masuk final AJL tahun 86?

Kalau tahun 87 (tak ingat masuk final ke tak) lagu Alleycats yang dicalonkan ialah Sekeping Hati Yang Luka dengan  ...



sampaikan salam cintaku : final AJL 86

derita seorg insan dan sekeping hati yg luka : final AJL 87...hadirmu tak layak ke final...tapi lagu tu top gak dulu...
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2006 04:08 PM | Show all posts
Aku tengok satu album Alleycats (lama) orang overlooked skiet...tajuk dia Drama Kehidupan...good songs tapi mungkin banyak lagu social-conscious orang tak minat sangat...

Satu lagi...untuk generasi baru....tahu tak lagu2 ni sebenarnya lagu berangkai

1. Sekuntum Mawar Merah Sebuah Puisi
2. Setahun Sudah Berlalu
3. Noktah Bagi Cinta Ini
4. Setahun Dalam Kekecewaan

Lirik lagu Setahun Dalam Kekecewaan (pun compiler selalu overlook) - ni aku main ingat aje...aku punya tape album ni pun dah putus!

Tiga Ratus Enam Puluh Lima Mentari
Telah Bangkit Dari Tidurku
blablabla (lupa)
blablabla (lupa)
Meniti seutas benang kehidupan

Lihatlah jari jemariku
Semakin hari hari semakin gementar
Menghitung saat semakin pudar
Pudarlah harapan dan impian
Kehabisan tinta pena dibuang

Sepi dan bulan purnama
Adalah Cinta Setiaku
Datang bersama malam
Datang bersama Khayalan
Setahun dalam kekecewaan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-2-2006 04:11 PM | Show all posts
Originally posted by burung_pungguk at 12-2-2006 16:02



sampaikan salam cintaku : final AJL 86

derita seorg insan dan sekeping hati yg luka : final AJL 87...hadirmu tak layak ke final...tapi lagu tu top gak dulu...


Tai aku rasa Derita masuk 86.......pakcik dah tua tak ingek lagi.....

Tapi yang pasti masa lagu Derita tu tang 'Bersyukur diatas pemberiannya', dinyanyi sebagai..bercukur dan lepas tu berkusyur...hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2006 09:26 PM | Show all posts
nak bump up thread ni - sebab last time gi tengok Alleycats kat hyatt saujana  subang..
persembahan mereka memang best...

then gi tengok live lagi sekali kat uncle chilli's PJ --
siap kita semua menari salsa sama  --  then depa nyanyi lagu2
the eagles!! best betul -- mostly loga yang nyanyi --
david  nyanyi lagu2 dari album dia -- yang evergreen tu...
yang best  senandung semalam --- (jamal nyanyi lagu ni pun best)

class  Alleycats -- persembahan yang menghiburkan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2006 10:18 AM | Show all posts
37 tahun masih unggul

Oleh Mohd Nasif Badruddin

SEBUT saja nama Alleycats, pasti ramai yang mengaguminya tanpa mengira bangsa dan lapisan usia. Walaupun mereka berketurunan India, namun kemantapan vokalnya mengalunkan lagu berbahasa Melayu dengan baik mendapat sanjungan ramai, malah banyak lagu mereka menjadi siulan ramai.

Alleycats yang ditubuhkan di Pulau Pinang pada 1969 kini terus kukuh di persada seni suara tanah air dalam meniti usia 37 tahun. Kemampuan mereka bertahan sehingga merakamkan 28 album bukan saja dikagumi ramai malah diiktiraf dalam Malaysia Book Of Records sebagai kumpulan pop paling lama bertahan di tanah air.

Di sebalik keresahan segelintir pemuzik tanah air yang takut mengeluarkan album baru dan bersaing dengan artis muda, Alleycats melihat situasi ini dengan sudut positif apabila muncul dengan album ke-29 mereka berjudul Rasa.

Kata vokalis utamanya, David Arumugam, ramai yang bertanya kenapa Alleycats mengambil masa lama untuk muncul dengan album baru selepas album Tangga-Tangga Ke Pintu Bahagia pada April 2004. Ini kerana memilih dengan teliti lagu yang sesuai dan menyaring 200 lagu pilihan kepada 12 lagu terbaik saja.

?ami masih lagi mengekalkan konsep yang sama iaitu pop dan balada yang serasi dengan vokal dan penampilan kami. Ia tidak mengambil masa lama sekitar tiga bulan saja untuk merakamkan 12 lagu.

?pa yang menarik lagi, kami menampilkan ramai komposer kali ini dengan mengekalkan M Nasir yang bekerjasama dengan kami sejak album Senandung Semalam serta kemunculan pertama kali Adnan Abu Hassan bersama kami,? katanya ketika ditemui di sesi pradengar album Rasa di Mystery Cafe & Pub, The Royale Bintang, Damansara baru-baru ini.

Tambahnya lagi, walaupun mempunyai peminat tersendiri, namun mereka juga perlu mengikut perkembangan semasa dengan mencuba idea baru seperti memasukkan elemen jazz.

Selain sibuk mengadakan persembahan di dalam dan luar negara, Alleycats kini tampil menghiburkan peminat secara tetap bermula Jun hingga September ini dengan mengadakan persembahan di Mystery Cafe & Pub, The Royale Bintang, Damansara. Persembahan yang diadakan setiap malam bermula jam 10 malam kecuali Ahad ini membariskan semua ahlinya yang dianggotai David, Loga, Mike, Roy, Nazarudin dan Jimmy.

Kredibiliti Alleycats juga tidak dapat disangkal lagi apabila kebanyakan lagu mereka ?eletup? dan diterima ramai. Paling mendapat perhatian album Suara Kekasih pada 1985 yang mencapai jualan tertinggi bagi Alleycats selain memenangi beberapa anugerah Emas dan Platinum.

?ami tidak mempunyai masalah untuk menyanyi setiap malam kerana ia sudah sebati dengan kami. Apa yang akan menjadi masalah apabila kami lama tidak menyanyi yang seterusnya akan mempengaruhi mutu suara.

?alaupun menyanyi di kelab, kami masih berpeluang mengadakan persembahan di tempat lain mengikut pembahagian masa. Pun begitu, kami tidak berani mengikat kontrak dalam masa yang lama terutamanya di luar negeri kerana mempunyai komitmen lain,? katanya yang kini berusia 56 tahun.

Album berjudul Rasa yang mula berada di pasaran sejak 8 Ogos lalu, diterbitkan Alleycats dengan kerjasama Eddie Marzuki dan Adnan Abu Hassan. Dua belas lagu yang dimuatkan ialah Kasih Tak Kesampaian, Senyumlah Kembali, Pesona, Kerahkan Hatimu Kasih, Wahai Kekasih, Warna Warni, Renungilah Teman, Bila Bercinta, Percaya, Bola, Rasa dan Terima Kasih.

Menurut Loga pula, album ini sepatutnya terbit ketika demam Piala Dunia lalu selaras dengan lagu Bola, namun berlaku masalah yang menyebabkannya tergendala. Antara lagu yang dijangka hits dan mendapat sambutan ramai ialah Kasih Tak Kesampaian.

?uzik Alleycats mempunyai kekuatan tersendiri dan kami belum terfikir atau menetapkan sebarang usia untuk bersara. Kami berharap peminat akan terus menyokong dan memperjuangkan muzik tanah air. Jika diberi peluang Alleycats juga ingin melebarkan sayap ke persada antarabangsa selepas ini,? katanya.


--------------

WTG ALLEYCATS!
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2007 05:39 AM | Show all posts
Loga masih bersemangat nak buat konsert

ORANG kuat syarikat rakaman Universal Music, Anis, Isnin lalu telefon Kak Tim. Katanya, 揝aya baru terima panggilan telefon daripada Loga. Dia kata, dia baca kisahnya terlantar di hospital dalam kolum Kak Tim.

揗emang betul dia sakit Kak Tim. Tapi bukan hidap kanser tulang macam yang Kak Tim katakan itu. Loga kata, dia kena kanser paru-paru dan dia memang menerima rawatan pakar di sebuah hospital di Pulau Pinang.

揝aya dengar suaranya masih lemah tapi kata Loga, dia beransur pulih,
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2007 03:11 PM | Show all posts
takziah


alleycats mmg best
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2007 04:24 PM | Show all posts
alleycats?takde sape pon leh tandingi!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2007 08:41 PM | Show all posts
Loga Alleycats meninggal kerana barah paru-paruPULAU PINANG 4 Jun
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2007 11:09 AM | Show all posts
kesiannya dia mati tanpa masuk islam,.. ....orang kafir yg mawi akan jadi bahan api neraka  waktu akhirat nanti,......apapun takziah...........



..........

http://file:///C:/DOCUME%7E1/Robocop/LOCALS%7E1/Temp/moz-screenshot.jpghttp://file:///C:/DOCUME%7E1/Robocop/LOCALS%7E1/Temp/moz-screenshot-1.jpg

http://file:///C:/DOCUME%7E1/Robocop/LOCALS%7E1/Temp/moz-screenshot-6.jpghttp://file:///C:/DOCUME%7E1/Robocop/LOCALS%7E1/Temp/moz-screenshot-7.jpg

[ Last edited by  _19788 at 5-6-2007 11:12 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2007 11:55 AM | Show all posts
takziah buat keluarga mendiang loga
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2007 02:09 PM | Show all posts

Reply #55 belle2211's post

takziah utk ahli keluarga mendiang.

aku mbesar bersama lagu2 alleycats..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2007 03:17 PM | Show all posts

Reply #56 rhys8's post

takziah utk ahli keluarga. Saya pun mbesar dgn lagu2 allecats.
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2007 09:06 AM | Show all posts
Artis, menteri beri penghormatan

GEORGETOWN: Rumah mendiang Loganathan Arumugam atau Loga, penyanyi kumpulan Alleycats di Jalan Azyze, Tanjung Bungah, di sini, terus dikunjungi orang ramai, termasuk orang kenamaan dan Menteri Kabinet yang memberi penghormatan terakhir kepadanya.



PEMIMPIN PRIHATIN: Samy Vellu mengucapkan takziah kepada
David Arumugam ketika menziarahi mendiang Loganathan, semalam.



Antaranya, Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Menteri Kerjaraya, Datuk Seri S Samy Vellu serta vokalis Lefthanded, Nasharuddin Elias atau Nash.

Dr Koh menziarahi mendiang malam kelmarin, manakala Samy Vellu dan Nash melawat keluarga itu, semalam.

Loga, 55, meninggal dunia jam 10.50 pagi kelmarin di Hospital Mount Miriam akibat penyakit barah paru-paru.

Sementara itu, Dr Koh yang juga Pemangku Presiden Gerakan berkata, kematian mendiang dianggap sebagai kehilangan terbesar industri hiburan tanah air.

"Saya ucapkan takziah kepada ahli keluarga mendiang, terutama isteri dan anak-anaknya supaya diberi kekuatan diri untuk meneruskan kehidupan," katanya yang cukup menggemari Kumpulan Alleycats, terutama nyanyian Loga dan abangnya, David.

Samy Vellu pula berkata, kematian Loga menandakan industri muzik negara kehilangan lagi seorang bintang seni yang berbakat dan dihormati rakan serta peminat.

Presiden MIC itu turut meluangkan masa berbual bersama ibu Loga yang juga bekas Ketua Wanita MIC pertama, A Meenambal, yang turut berada di sisi mayat mendiang anaknya.


----------------------------------------------------------------------------------------

takziah untuk keluarga loga -
saya dah pernah jumpa loga dan david few times
and in fact ada 2 kali depa nyanyi kan lagu
(masa tu live band kat hyatt saujana)  tujukan kat saya
best betul  - and loga was a very charming person -
humble and funny too -  david memang kelakar aje -
what a lost in industry music -  
teringat loga nyanyi lagi  'hotel california' (eagles)
memang awesome !! --
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2007 10:00 AM | Show all posts
Kumpulan Alleycats tetap berdiri teguh dan kukuh diterima peminat kerana suara dan nyanyian mereka...
Wartawan pun tak tulis banyak tentang mereka
tanpa kontrovesi dan kurang publisiti mereka tetap gah disanjung peminat....
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2007 10:53 AM | Show all posts
Three-part TV tribute to Loga starts tonight

KUALA LUMPUR: A three-part programme in tribute to the late Loganathan Arumugam, better-known as Loga of vintage group The Alleycats, will be aired over national television.

The first of the RTM1 programmes will be shown at 8.45pm today, to recognise his contribution to the country抯 music industry and also to give his fans their say about the entertainer, who died of lung cancer on Monday. He was 54.

The next two parts, also 15 minutes each, will be aired over the next two weeks in the same time slot.

揌e touched millions of people in his lifetime. We want to give people an opportunity to pay tribute,
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 07:27 PM GMT+8 , Processed in 0.092559 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list