CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Cari-suzy

"Saya Tak Janjikan Ia Menjadi Hit.." - Syamsul Yusoff Tidak Yakin Pada

[Copy link]
Post time 30-8-2018 06:08 AM From the mobile phone | Show all posts
cite dia ok, pergi la tgk. jgn sebab review yang belum tentu pasti betul kita terus tanak tgk ye dok
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2018 07:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Bila Sol buat filem tentang ajaran sesat ni Teringat pulak kisah kerajaan langit...agaknya watak Nasir Bilal Khan tu lebih kurang mcm ayah pin kot
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2018 07:53 AM From the mobile phone | Show all posts
aku nk tgk slh 1 je kt wyg. HKL or munafik 2? sape yg dh tgk dua2x, tlg bg suggestion..hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2018 08:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Klo best nk tgk
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2018 08:09 AM From the mobile phone | Show all posts
wordlife replied at 29-8-2018 10:08 PM
cite dia ok, pergi la tgk. jgn sebab review yang belum tentu pasti betul kita terus tanak tgk ye dok ...

yg ni me setuju.. sebab ada org suka, kita tak suka...yg org tak suka, kita suka pulak..taste org tak sama kan
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2018 08:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Kopipes FB

3 perkataan untuk menggambarkan filem Munafik 2 : Meremang, Seram dan Menginsafkan.

Aku fikir Syamsul Yusof telah letakkan KPI kepada diri sendiri, filem yang terbaru mesti lebih bagus dari filem yang sebelumnya, dan itulah yang bakal kau perolehi setelah menonton filem terbarunya ini.

Tiada masa yang dibazirkan! Kau akan dibawa mengikuti setiap babak bermula dari minit pertama hingga ke akhir. Sedar-sedar cerita dah habis.

Itulah penangan filem ini tuan puan!

Jujurnya, jalan cerita Munafik 2.0 berkali ganda lebih baik dari yang pertama. Seram ya ampun! Plot cerita lebih mendebarkan. Penuh teka teki.

Watak Abuja lakonan Nasir Bilal Khan benar-benar menjadi. Jahat sungguh! Mulut aku tak habis-habis menyumpah celaka betul Abuja ni. Kurang ajar betul.

Maya Karin? Beliau membawa watak Sakinah, anak kepada Imam Malik. Jika Nabila Huda sebagai Maria berjaya melakonkan babak dirasuk jin syaitan hingga menjerit DAJJAL, apa kurangnya dengan Maya Karin.

Real sungguh beliau menjilat darah di lantai. Bila dirasuk jin, ganasnya lain macam. Paling seram, jin yahudi dalam badannya bercakap dalam bahasa arab, berlawan dengan Ustaz Adam. Hinggalah sekali lagi jin ini menyebut, Dajjal akan datang menyesatkan manusia, memerintah dunia selama 40 hari, sama macam Maria.

Lagi lama dirukyah, lagi banyak yang dibicarakan hinggalah menjerit Yakjud Makjud, Yakjud Makjud. Oh My!

Aku tak mahu ulas setiap babak dalam filem, nanti jadi spoiler pula. Cuma aku sangat tertarik dengan cara Syamsul Yusof berdakwah.

Kenapa Nasir Bilal Khan wataknya bernama Abuja? Jawapannya ada di babak terakhir. Ustaz Adam menyebut, "inilah Firaun pada zaman ini."

Terus aku teringat kata-kata Nabi saat Abu Jahal dibunuh ketika Perang Badar. Rasulullah sebutkan, Abu Jahal itu Firaun pada zaman ini."

Jadi, dapat aku simpulkan watak dan nama Abuja itu diambil contoh dari Abu Jahal, musuh kuat Nabi saat Islam baru mula bertapak di Mekah dan awalan di Madinah.

Yang kedua, ada satu momen Ustaz Adam membaca doa yang disarankan Nabi selepas habis bacaan Tahiyat Akhir. Ia bermaksud, "Aku berlindung kepadaMu dari azab kubur, aku berlindung dariMu dari azab api neraka jahanam, aku berlindung dariMu dari fitnah hidup dan mati serta aku berlindung kepadaMu dari fitnah Al-Masihud Dajjal."

Sengaja Syamsul jadikan watak Abuja sebegitu. Seolah-olah nak audien tahu inilah perumpaan Dajjal Al-Masih yang akan muncul di akhir zaman nanti. Ramai yang mengikutinya, beliau ada kuasa untuk membunuh dan membiarkan sesiapa sahaja untuk hidup hingga manusia jadi buta untuk terlihat perkataan Kaf Fa Ra di dahinya.

Dalam filem ini, Mawi dan rakan-rakan tetap teguh beriman kepada Allah dan Rasul. Mereka tetap solat dan membaca Al-Quran, namun dilakukan secara sembunyi-sembunyi, di dalam rumah, tanpa pengetahuan Abuja dan pengikutnya.

Begitu juga dengan Sakinah, si Maya Karin. Bagi menyelamatkan akidah, beliau lari dari kekejaman Abuja dan membawa anaknya masuk ke dalam gua.

Mashaallah! Bukankah momen ini gambaran kisah pemuda Al-Kahfi yang menyelamatkan akidah mereka hingga bersembunyi di dalam gua?

Yang ketiga, jin iblis serta syaitan banyak menyedarkan umat Islam dengan dialog padu saat watak utama dirasuk. Aku perasan, banyak skrip rasukan iblis yang dituju tepat kepada kita, umat Islam terutama golongan ulamak, ustaz apatah lagi pengikutnya.

Boleh jadi, Syamsul sekalu pengarah mahu kita sedar kalau kau sukar untuk terima ajakan para daie untuk berbuat kebaikan, kau dengarlah apa yang nak diberitahu oleh jin iblis syaitan ini.

Mereka mahu menyesatkan. Biarkan umat Islam dalam kebodohan label melabel antara satu sama lain. Aku lebih mulia, lebih alim, lebih dekat dengan Tuhan. Jemaah aku lebih baik dari kau, ketua kami pemegang kunci syurga, hinggalah umat Islam berbunuhan sesama sendiri.

Inilah mesej yang ingin IBLIS sampaikan dalam Munafik 2.0. Umat Islam ini lemah, lembik dan mudah terpedaya dengan dunia. Cintakan kehidupan, takutkan mati.

Paling menakutkan, ayat Al-Quran dari Surah Al-Baqarah tentang ulamak yang Allah ibaratkan seperti anjing yang menjelir lidah diungkapkan dari dialog Ustaz Adam. Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiuun.

Entahlah kawan, speechless juga aku nak mengulas bab ini. Jika Hantu Kak Limah sarat dalam kritikan kepada marhaen, Munafik 2.0 pula kritikan keras buat kita Umat Islam. Entah bagaimana mahu menghadapi fitnah yang dibawa oleh Dajjal jika kaum muslimin seperti yang kita saksikan hari ini.

Ramai. Berbilion jumlahnya. Nampak kuat. Tetapi seperti buih-buih di lautan.

------------------------------
Pergilah menonton. Kena support filem ini. Tak ramai pengarah filem yang mahu mengangkat aspek keagamaan seperti Syamsul Yusof. Beliau genius!

Cuma, aku nak pesan kepada abang-abang di luar sana. Jika kau tonton bersama isteri, bersabar banyak-banyak ya. Pasti orang rumah kau tak henti-henti memegang lengan dan menyorok bawah ketiak sampai kau lenguh.

Kau kalau tak kahwin, jangan buat macam tu pulak. Kalau menggatal juga dalam pawagam, aku doakan jin yahudi yang rasuk Maya Karin datang dalam tidur dan cekik leher sampai kau sesak nafas. Amin.

Jadi, aku kasi 9/10 bintang untuk filem Munafik 2.0.

Akhi Fairuz Al-Jengkawi
#TukangReviewFilem
#TukangCeramahBudakSekolah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-8-2018 08:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Me rasa better uols yg dlm dilema tu pergi tgk. Support la sikit filem tempatan. Tak semestinya review org kata tak best, kita pun terus judge kata tak best dan tak perlu tgk. Citarasa org lain2 kn.
Mcm me n adik beradik mmg peminat cerita melayu. Dan weols akan ke panggung beramai2 utk tgk cerita yg bagus2.
Tp utk munafik 2 me tak dpt ke panggung lagi nmpknya. Sejak ada anak kecik ni mmg tak dpt ke panggung (kecuali tgk konsert didi n friends) semua beli astro first je. Mcm tombiruo, dukun. Me mmg penyokong naskah tempatan yg bagus, sbb tu tgk di saluran yg sah yach!

Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2018 09:12 AM | Show all posts
kutipan lebih sikit dari balik modal pun dah bersyukur la Sol..klu lebih lagi mmg rezekilah..munafiq 1st dulu pun best..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2018 09:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Even dah tertengok HKL 2 kali, Munafik adalah filem yang kena tengok sebab aku suka filem2 arahan engkau.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2018 09:42 AM From the mobile phone | Show all posts
sohai kepam patut tgk cite nih.... jgn jd spesis munafik
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2018 09:49 AM | Show all posts
chazey replied at 29-8-2018 04:47 PM
The Journey dulu huntung puluh juta (ka belas juta? Tak ingat dan malas gugel) teros ada karangan su ...

tu lah, aku pun tak faham sikit2 nak salahkan bangsa...padahal duit org tu, sukaati dia la nak tgk citer apa2 pun...
takkan citer yg tak bley masuk kat kita pun kita nak buang duit pi tengok, byk lagi kut benda penting nak dibeli selain tgk wayang..
nanti org salahkan jugak, duit tgk wayang ado, duit nak bg anak sekolah takdo


Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2018 09:54 AM | Show all posts
nishikido replied at 30-8-2018 01:14 AM
Kalau siap menguap ala2 nak tanggal rahang tu maksudnya bosan sungguh ni..dah la I xminat sangat M ...

aku mmg dari dulu lg rasa maya karin ni overrated
dia ni duk dlm Class A pun sbb perangai elok, takde kontroversi busuk2 gossip2 busuk tu..Maya mmg pandai jaga diri
cuma bila dia belakon, aku mcm sengsara sket nak tgk
psl sol lak, film2 dia mcm Munafik, Aku Bukan Tomboy, Bohsia tu sume aku layan
cuma munafik 2 ni, plot mcm huru hara..tak kemas
aku paham maksud yg sol nak sampaikan dlm munafik 2 ni, tp as i said, jalan cerita dr mula smpi habis, mmg merengsaaaaaa laaaa nak tgk sbb elemen seram ntah mcm x seram pun...pastu dialog mak ustaz adam meleret2 dan meleweh2
and kenapa perlu nak ckp arab pastu translate cakap melayu
cakap je la melayu..still, maksud dakwah bleh difahami ummah
pastu anak maya karin tu menangis jah memanjang,akak lempang kang ko dik
apsal tudung maya mcm nak gi swimming attire muslimah
pastu dgn setan betina cakap indon lagi..ntah bibik sapa lah tu


Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2018 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Munafik awal2 lagi dah kena kecam pasal poster. Aku rasa poster dia okay ja. Tapi orang ckp poster dia mcm cover majalah mastika. Lepastu compare dgn poster HKL yang berlainan genre. Mungkin genre seram je yang sama. Tapi bukan yang lain. So far ramai yang dah tengok and puji munafik ni sesuatu yg lain. Ada yang ckp cerita dia sedih.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2018 10:39 AM | Show all posts
bg aku, aku suka filem munafik 2 ni. ak faham maksud yg tersirat. crita dia xda seram sgt. tp lebih pada menyedarkan kita.

korang kena pergi tgk. pendpat org lain2.

kalau x tgk dr awal ad yg x faham crita ni..

ad plot twist org yang x disangka tu la rupanya munafik.

so u oll pergi tengok n support filem tempatan..

jgn asyik nak download free je.

lau mahal g beli tix hari rabu.

crita melayu korang asyik nak bash je.. crita mat salleh yg kekdg ntah pape tu, korang support plak.

Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2018 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Munafik2 pon best gak.. dah tengok semalam.. good job team skop production.. amik pengajaran jalan cerita dia.. meremang jugak walaupon x seseram munafik 1
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2018 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Best juga cerita ni, banyak pengajaranyg boleh kita dapat dari filem ni...satu aje nak cakap, “kalau mawi jadi ustaz Adam  lagi best kot, suara Mawi best dan pandai baca Quran..”

@dino, nampak tak????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2018 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 30-8-2018 09:54 AM
aku mmg dari dulu lg rasa maya karin ni overrated
dia ni duk dlm Class A pun sbb perangai elok, t ...

Lorrr..yeke..munafik 1 yg org pungpang best gila,seram teramat tu pon I rasa biasa2 je..tapi sebab jalan cerita menarik so boleh layan lah..tapi bila chuolls kata gini haruslah I pujuk laki iolls tuk tengok the nun kaka valak je..

Yeap..I tak suka she berlakon.i rasa ekspressi mata dia berlebihan,terjegil2 kalau tenung org..biasa2 sudahlah.xnatural langsung..kalau dia tengah bercakap dgn hero suka melirik dengan mata konon seksi 2,turn off hokay..satu jelah lakonan she yg berkesan,jadi ponti sebab watak tu memang kena takotkan orang jelah dgan mata she yg terjegil2 tu..lulz
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2018 11:08 AM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 29-8-2018 07:48 PM
pastu ramai lak hijabista gedik terjerit2 dlm wayang sbb takut..mcm lehnat jah
scene2 bodoh pun ged ...

Sis!
Iols setuju dengan semua komen uols!
I bila tengok si Sol tu ala ala kena salib, terus I pun mengumpat dalam Facebook
kejap nak jadi Insidious, kejap nak jadi Passion of Christ
Plot twist dia pun lemah

Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2018 11:12 AM | Show all posts
kekure replied at 30-8-2018 11:08 AM
Sis!
Iols setuju dengan semua komen uols!
I bila tengok si Sol tu ala ala kena salib, terus I pu ...

khueen....sbb sol mcm tak tau dan konpius nak jadi apa
akak tgk pun rasa mcm tak sabar2 nak kuar dr cinema hall tu sbb nak gi mencekik kfc lps tu ..bleh gitu?
pastu elok lak ada ribut guruh taufan bagai
lg satu, si nasir bilal khan tu pun mcm annoying jah tgk dressingnya
dgn langsir berjurai ataih kepala, celak hitam eyeliner maybelline smpi 2 tingkat atas mata...eeuwww grosss sgt..ke hulu hilir pegang tombak dah mcm hulubalang zaman purbakala
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2018 11:14 AM | Show all posts
nishikido replied at 30-8-2018 10:52 AM
Lorrr..yeke..munafik 1 yg org pungpang best gila,seram teramat tu pon I rasa biasa2 je..tapi sebab ...

munafik 1 mmg plot kemas dan straight to the point, and opkozz plot twist masa ending sbb baru kita tahu yg bapak maria tu la puncanyatp munafik 2 ni beryyy the caca marba..dpt lak maya karin,trying hard sgt dgn berkerut2 dahi bagai
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 12:57 PM GMT+8 , Processed in 0.051055 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list