“PKR dan keluarga Anwar mesti diberi pengajaran.”
Aktivis Siti Zabedah Kasim atau Siti Kasim berkata demikian dalam satu kenyataan menerusi laman Instagramnya menggesa pengundi Parlimen Port Dickson untuk tidak mengundi Datuk Seri Anwar Ibrahim, sekali gus berharap kemenangan di pihak pembangkang.
Kredit foto: Malay Mail
Menurutnya, ini kali ketiga parti itu mengadakan pilihan raya untuk memberi laluan kepada pemimpin utama PKR itu.
“Mereka fikir, mereka boleh melakukan sesuka hati mereka sehingga menjejaskan kita (rakyat)? Tidak!” katanya.
Selain itu, beliau turut memuat naik kenyataan akhbar Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin berhubung pengosongan kerusi parlimen Port Dikcson bagi memberi laluan kepada Anwar kembali ke Parlimen.
Kredit foto: IG Siti Kasim
Zuraida dalam kenyataannya menuduh beberapa pemimpin PKR dangkal kerana mengosongkan kerusi Parlimen Port Dickson tanpa mengikut saluran betul.
Sementara itu, FMT melaporkan, Siti Kasim berkata jika Anwar tidak boleh jujur dan terbuka terhadap partinya sendiri, dia tidak boleh dipercayai rakyat.
Beliau turut mempersoalkan sama ada Anwar akan berterusan mencari kerusi untuk ditandingi sekiranya tewas di Port Dickson.
Kredit foto: Twitter
“Ini yang berlaku apabila perjuangan berdasarkan individu berbanding rakyat. Bertuankan individu lama-lama jadi Umno, ikut sahaja tak pakai otak,” katanya. - CARI |