CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Bilissey

Surprise Delivery: Sejauh Manakah ia Menjanjikan Kebahagiaan?

[Copy link]
 Author| Post time 26-11-2018 12:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Ini bukan ruangan penulis tau. Kenapa TT yang kena cerita panjang lebar. Uolls la kongsi pengalaman pula

Part Akhir (harapnya)

Si isteri daripada rasa ingin tahu, bertukar sedih, bertukar fade up, tetap juga tak berjaya mengorek identiti pengirim bunga. Panggilan diakhiri dengan janji pemilik kedai untuk memeriksa nombor penghantar, itupun jika belum dipadam katanya.

Tunggu punya tunggu, si isteri yang masih belum reda kemarahannya, terus menghantar whatsapp kepada pemilik kedai. Katanya, nombor penghantar berserta chat telah dipadam serta merta setelah bunga sampai ke tangan penerima.

Si isteri yang tidak berputus asa, terus mendesak si suami untuk mencari tahu gerangan penghantar dengan cara bertanya kepada ahli keluarga, dan kumpulan rakan kerja. Namun, tiada siapa yang mengaku.. Kecuali....

Seorang. Ada seorang yang menimbulkan keraguan. Sebenarnya, dari awal, beliau telah menjadi suspek utama si isteri.

Beliau yg dimaksudkan ialah rakan sekerja si suami. Bukan perempuan ya. Beliau lelaki. Lelaki yang selalu belanja si suami makan, belanja suami pergi beriadah dan... Membelikan kredit prabayar buat si suami apabila tahu si suami dimasukkan ke dalam wad.

Cerita ni agak tergantung.. Kerana sampai ke sudah, identiti pengirim bunga tidak berjaya dikesan.

Kenapa si colleague lelaki menjadi suspek utama? Ada banyak sebab yang melibatkan beberapa peristiwa. Selain itu, apabila ditanya sama ada beliau yang mengirim bunga, beliau tidak memberikan jawapan pasti.

Contoh:
Face to face 1:
A: wahhh.. Ada bunga..fuyyooo.. Siapa bagi? (gelak)

Face to face 2:
Q: Kau ke yang kirim bunga?
A: Kalau aku yg kirim, kenapa? Salah ke?
Q: kau jangan buat aku macam ni, jawab la
A: pemberian yang ikhlas, tak perlu kita tahu siapa pengirimnya

Whatsapp:
Q: Ada kirim bunga ke tadi?
A: *bluetick*

Group whatsapp:
Q: Ada diantara kalian yang mengirim bunga ini?
A:

Nota kaki : A merujuk kepada jawapan. Dan A di dalam ini adalah orang yang sama di keempat2 contoh

Anda rasa?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2018 12:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Bilissey replied at 26-11-2018 12:05 AM
Ini bukan ruangan penulis tau. Kenapa TT yang kena cerita panjang lebar. Uolls la kongsi pengalaman  ...

Sy merana dgn cerita tergantung ini.
Maka sy nk tidur
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2018 12:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Wajarkah si isteri marah?

Pendapat TT, 50-50. Ikut keadaan:

Wajar:
- si isteri dan suami ialah pasangan PJJ. Trust issue selalu menjadi punca masalah. Jadi, sudah tentu si isteri punya rasa cemburu yang agak kuat. Ia automatik bagi pasangan PJJ

Tidak wajar:
- si suami tidak tahu menahu mengenai surprise delivery tersebut.

Si isteri marah kerana:
- si suami tidak bertegas untuk mencari tahu si pengirim
- si pengirim yg sengaja tidak menulis nama beliau pada kad. Apa tujuan pengirim? Tidak mungkin saje suka2 menghabiskan duit seratus lebih untuk suami orang

Hikmah:
Mujur si isteri membatalkan niat untuk terbang melawat si suami (pada awalnya si isteri hampir saja membeli tiket return yang bersamaan nilai dua handbag carlo rino, kebetulan hari gaji, tinggal klik klik dah boleh beli tiket, mujur si isteri berfikir 5,60 kali). Cuba bayangkan: sedang si isteri leka bersembang dengan suami di wad sambil menikmati manisan yang dibeli di kedai bebas cukai, datang akak delivery membawa sebiji belon, sekotak kek dan sejambak bunga. Confirm terjadi adegan drama swasta di wad sambil disaksikan staff nurse yang bertugas


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2018 12:23 AM From the mobile phone | Show all posts
noraidil_06 replied at 26-11-2018 12:13 AM
Sy merana dgn cerita tergantung ini.
Maka sy nk tidur

Si isteri pun masih merana. Geram masih bersisa, katanya. Selagi belum tahu siapa hantar, selagi tu la tertanya2

Marilah tido. Mana tahu besok kita dapat jawapan
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2018 12:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Jawapan malam ni ... sebelum semua masuk tidor ( macam Pokchik Warden Asrama lak)..

Tuan kedai bunga dan gift shop tu tak salah...serta amanah...Lainkali kita semua bulih order ngan kedai nih...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2018 12:57 AM From the mobile phone | Show all posts
PristineOne replied at 26-11-2018 12:54 AM
Jawapan malam ni ... sebelum semua masuk tidor ( macam Pokchik Warden Asrama lak)..

Tuan kedai bu ...

Ya, betul. Sesiapa yang berada di kawasan berkenaan, boleh guna khidmat beliau
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-11-2018 01:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa benda ni TT..
Lain kali nak kita share cerita awak tu kena habiskan cerita..dah la cerita tak habis, sambung pulak sikit2...

Pastu jalan cerita pon cam pening sikit..entah, mungkin kepala i yg bebal xfaham tulisan TT

Maaf if u kecik ati,i bukan nak gud2 bajet bagus nak kondem tapi bila i bukak thread i expect content yg ada isi,ada effort.tak pandai mengarang pon takpe,ada je forummer yg gigih baca. asalkan jangan buat forummer cam bodo tertanya2 apa isi yg u nak sampaikan.u ingat nak bagi weolls suprise la konon cerita sikit2,peliss..who r yuss.dari tunggu cerifa si suami si isteri siap ada A and B,baik weolls tido dulu.life is too short for your sh*t kekdahnye..zzzz
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2018 01:30 AM From the mobile phone | Show all posts
nishikido replied at 26-11-2018 01:20 AM
Apa benda ni TT..
Lain kali nak kita share cerita awak tu kena habiskan cerita..dah la cerita tak h ...

Takpe..nama pun forum.. Kalau tak nak kena kecam, jangan menulis

Itulah, tujuan asal, nak uolls share apa saje pengalaman tak dijangka berkaitan surprise delivery. Dan betul ke surprise delivery (sentiasa) mampu buat orang happy. Yang kisah suami isteri tu cuma contoh sahaja. Tak sangka pula meleret.. Ampunnnn

Apepon, jika ada pendapat berkaitan surprise delivery, meh la share
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2018 01:42 AM From the mobile phone | Show all posts
lantak ler sape yg bagi pun

dah org bagi tu ambik je lerrr
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2018 02:07 AM From the mobile phone | Show all posts
terma2nkondisi2 replied at 26-11-2018 01:42 AM
lantak ler sape yg bagi pun

dah org bagi tu ambik je lerrr

Kalau bagi duit, boleh juga enjoy. Bagi makanan, kot2 bubuh laxative, kan naya
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2018 06:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Bday  July ritu dpt gak suprise delivery. Dari 2 org. 1 yg besar gedabak.. ada baloon tulis happy bday, bunga & chocolates.. yg lagi 1, hanya sejambak bunga.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2018 07:14 AM From the mobile phone | Show all posts
bellaa replied at 26-11-2018 06:09 AM
Bday  July ritu dpt gak suprise delivery. Dari 2 org.  1 yg besar gedabak.. ada baloon t ...

Untungnya bellaa.. Double surprise gitu

Apalah agaknya perasaan dapat dua surprise sekaligus?
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2018 07:39 AM From the mobile phone | Show all posts

Dia ingat kita tak faham agaknya,
Si penulis, si suami & si isteri
Si Sabah & si Sarawak tak de pulak
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2018 08:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Bilissey replied at 26-11-2018 01:30 AM
Takpe..nama pun forum.. Kalau tak nak kena kecam, jangan menulis

Itulah, tujuan asal, nak uo ...

Takpe tt, i okay jek baca haha. Janji tt sambung. Adakah kawan lakinya itu gayah tt??

Opkos la bahagia kalau dapat suprise ni. Stakat ni dapat munge je munge2 hati kite
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2018 08:18 AM From the mobile phone | Show all posts
wanzhm93 replied at 26-11-2018 07:39 AM
Dia ingat kita tak faham agaknya,
Si penulis, si suami & si isteri
Si Sabah & si Sarawak tak de ...

Si sabah dan si sarawak ada juga kaitan dalam ini cerita
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2018 08:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Oroi8887 replied at 26-11-2018 08:00 AM
Takpe tt, i okay jek baca haha. Janji tt sambung. Adakah kawan lakinya itu gayah tt??
...

Dah berkahwin namun atas keadaan tertentu, menyebabkan beliau berminat kepada yang sama jantina. Setakat ini, tidak dapat dipastikan adakah aktiviti bercucuk tanam dah berlaku atau sekadar menyalurkan kasih sayang (yang membuak) kepada kaum sejenis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-11-2018 08:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Oroi8887 replied at 26-11-2018 08:00 AM
Takpe tt, i okay jek baca haha. Janji tt sambung. Adakah kawan lakinya itu gayah tt??
...

Btw, saya xpernah dapat surprise delivery. Kalau surprise yg diberi secara direct, tu banyak kali.

Teringin nak dapat belon helium lutsinar besar tulis "love you sayang". Dalam mimpi je lah
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2018 08:32 AM | Show all posts
Bilissey replied at 25-11-2018 11:24 PM
Uiiii..jauhnya..gigihnya uolss..demi cinta..jauh pun sanggup..hehe

tak cinta pun..tapi entahlah
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2018 09:01 AM | Show all posts
oh macamtu ceritanya..wajar lah si isteri cemburu..tapi tak boleh nak salahkan si suami jugak kalau dia betul betul tak tahu siapa pengirim..cuma dia kena berjaga-jaga la kalau gay tu yang hantar..sebab biasanya kalau sejenih gay yang gigih, dia akan buat lelaki straight pun jatuh ke tangan dorang...suruh suami tukar kerja dekat dengan isteri lah, jauhkan diri dari gay ituuuu..hihiks
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2018 09:22 AM From the mobile phone | Show all posts
tapi kan walau pjj
isteri jauh mana mesti nak dekat bila laki masuk sepital
ke macamana
org bg bunga dh marah
lum lg org ambik laki tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 07:36 AM GMT+8 , Processed in 0.062886 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list