Rumahku syurgaku, begitulah kata pepatah yang sering menggambarkan kepentingan mempunyai tempat berteduh untuk setiap manusia. Untuk menjadi syurga kediaman, rumah haruslah bersih dan selesa untuk didiami.
Sekadar gambar hiasan
Kalau hidup berjiran kenalah bertimbang rasa walaupun rumah itu anda yang punya. Tapi kalau ada yang jenis macam ini, pening kepala juga nak atasi. Hormat jiran sekeliling kerana kawasan perumahan adalah hak privasi setiap individu.
Berlonggok sampah sampai bumbung..
Menurut laporan Harian Metro, rumah tersebut didiami oleh suami isteri yang menjalankan aktiviti mengumpul barangan kitar semula untuk djual kepada peraih barang kitar semula.
Sampah sarap itu dikumpul sehingga mencacatkan pemandangan kawasan perumah tersebut, malah turut mengundang haiwan berbahaya seperti tikus dan ular.
Menurut penduduk Jalan Melati 5, Taman Dusun Setia itu, mereka sudah menegur perbuatan tuan rumah tersebut namun tidak diendahkan. Saudara Nordin Hasan, 71, mengakui dirinya dan keluarga paling terkesan kerana duduk bersebelahan dengan rumah tersebut.
"Saya tak mahu bergaduh dengan sesiapa kerana hidup dalam komuniti, jadi saya dan keluarga terpaksa melalui perkara ini setiap hari,"
"Barang yang dikumpul memang banyak, kami cuma risau jika berlaku perkara tidak diingini seperti kebakaran, pasangan suami isteri itu terperangkap dalam timbunan barang yang banyak."
Malah, ada kalanya barang yang dikumpul atas bumbung itu jatuh ke kawasan rumah orang lain. Ketika siasatan dilakukan di rumah tersebut, pasangan tersebut disyaki keluar mencari barang terpakai.
Antara barang terpakai yang boleh didapati ketika tinjauan oleh pihak berkuasa adalah tong buruk, tilam buruk, besi dan kotak.
Tindakan serta merta telah diambil oleh Jabatan Perlesenan Pembersihan MPS berhubung permasalahan itu. Lelaki itu telah dikenakan kompoun atas kesalahan menjalankan perniagaan tanpa lesen di bawah Undang-Undang Kecil Perlesenan Tred 1996.
Anda ada pengalaman macam ini hidup berjiran seperti ini? Kongsikan kepada kami. - CARI
|