Gangguan seksual wujud di mana-mana, namun tidak ramai yang tampil ke hadapan kerana malu atau menganggap ia mengaibkan mereka.
Berlainan dengan pelajar ini yang mengalami gangguan seksual dari pensyarahnya, 67 yang bertindak memegangnya ketika di dalam kuliah, mengajaknya menjadi sugarbaby dan pelbagai tindakan lain.
Dengan nasihat netizen, pelajar tersebut mengambil keputusan untuk membuat laporan polis.
Foto :Twitter
Biarpun terpaksa menebalkan perasaan malunya, akhirnya pensyarah tersebut terkejut apabila mendapat panggilan daripada pihak polis. Lebih mengejutkan dia cuba menggula-gulakan pelajarnya.
Foto : Twitter
Setelah beberapa hari kisah ini tular di media sosial dan mendapat perhatian pihak polis, akhirnya pensyarah tersebut telah dibuang kerja.
Foto : Twitter
Ramai yang bersyukur dengan tindakan pantas kolej tersebut dalam menangani salah laku gangguan seksual. Malahan ia sepatutnya digalakkan di peringkat nasional bahawa kesalahan ini tidak boleh dipandang enteng.- CARI
|