Jangan bergambar bertiga, nanti mati seorang — Sewaktu fotografi dibawa ke Tanah Melayu oleh orang Inggeris, kos bergambar masih terlalu mahal.
Sesi fotografi kemudian dikhaskan untuk pasangan mempelai di studio gambar. Larangan bergambar bertiga juga berkait rapat dengan kehadiran ‘orang ketiga’ yakni pengganggu rumah tangga. Pada mulanya, taboo bergambar bertiga dikhaskan untuk LELAKI + PEREMPUAN + LELAKI atau LELAKI + PEREMPUAN + PEREMPUAN sebelum diseragamkan kepada ‘bertiga tanpa mengira jantina’ supaya tidak begitu ketara. Berbalik kepada ‘kos bergambar masih terlalu mahal’, orang dahulu kala berpendapat adalah merugikan seandainya cuma ada tiga orang sahaja di dalam gambar - melainkan mereka pasangan raja sehari. Sebab itulah foto zaman nenek moyang kita dulu sekampung ramainya.
|