CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Trivia - Sukan Olimpik Tokyo 2020

[Copy link]
Post time 7-8-2021 02:22 PM | Show all posts
Syd replied at 7-8-2021 01:06 PM
TRIVIA OLIMPIK

Michael Phelps (USA) - Atlit RENANG.

fuh. power betul michael phelps ni. makan apa agaknya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-8-2021 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Cikrana replied at 7-8-2021 02:16 PM
Antara atlit paling diperkatakan dalam temasya Olimpik sepanjang zaman untuk olahraga adalah Florenc ...

Mmg bergaya.

Akan diingati sampai bila2.
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2021 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 7-8-2021 01:06 PM
TRIVIA OLIMPIK

Michael Phelps (USA) - Atlit RENANG.

Trivia sedikit berkaitan Joseph Schooling.
1. Berjumpa perenang terbaik Olimpic Michael Phelps ketika berusia 13 tahun, mengambil gambar dan selepas 8 tahun mengalahkan Phelps untuk acara 100m kuak kupu-kupu di Rio 2016.
2. Ketika berumur 14 tahun terbang ke USA dalam  usaha menjadi Olympic swimmer.
3. Mendapat penundaan tarikh bagi Khidmat Negara Singapura atas dasar latihan mengejar pingat Olimpik.
4. Olimpik London 2012 adalah satu kegagalan, tetapi Rio 2016 menyaksikan Schooling menewaskan juara Olimpik dan juara Dunia berkali-kali, dengan perlumbaan penuh bergaya.
5. Terus menjadi sensasi dunia dengan penuh tawaran endorsement, berjaya memenangi dua pingat emas di Sukan Asia Jakarta 2018, dan empat pingat emas di Sukan SEA Filipina 2019. Namun semua catatan agak jauh dari catatan emas Rio 2016.
6. Pada usia 26 tahun untuk Tokyo 2020, Schooling datang sebagai penyandang juara tetapi hanya berakhir di tempat ke-8 peringkat saringan bagi 100m kuak kupu-kupu (keseluruhan tempat ke 44) dan tempat ke 39 keseluruhan bagi 100m gaya bebas. Singapura menutup tirai akuatik Tokyo 2020 tanpa sebarang pingat kali ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2021 06:12 PM From the mobile phone | Show all posts
New sports

The Tokyo Olympics will feature a record 33 sports and 339 events. In 2016, the International Olympic Committee (IOC) approved five new sports for the Tokyo Olympic Games, namely baseball and softball, karate, skateboarding, sport climbing and surfing.
Unlike the other four sports that are set to make Olympic debut in Tokyo, softball and baseball are returning to the Olympic stage after an absense of 13 years.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2021 06:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Refugee Olympic team

A Refugee Olympic team will step on the Olympic stage for the second time, after making its debut in Rio in 2016. A total of 29 athletes will represent the IOC Refugee Olympic team (EOR) across 12 sports in Tokyo, of whom six participated at Rio.

The Refugee Olympic Team was created by the International Olympic Committee for the 2016 Olympics to allow athletes to keep competing even if they have been forced to leave their home countries. It had 10 athletes at the Rio de Janeiro Games and is set to include 29 athletes this time in Tokyo.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2021 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
First gender balanced Games
On International Women's Day, the IOC announced that according to its quota allocation, almost 49 percent of the athletes participating in Tokyo 2020 will be women, making it the first gender-balanced Games in history (51% lelaki, 49 Perempuan)

For the first time ever, all NOCs are required to have at least one female and one male athlete in their respective Olympic teams.
All 206 NOCs and the IOC Refugee Olympic team will be encouraged to have their flag carried by one female and one male athlete at the opening ceremony.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-8-2021 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Green Games

According to a pre-Games sustainability report, the Tokyo Olympic Games will be powered by electricity produced from 100 percent renewable energy.
The Tokyo 2020 medal podiums are made from post-consumer plastic packaging collected throughout Japan and will “be utilized” after the Games.
The medals of both Games are made from metals from recycled electronics that have been collected all over Japan since April 2017.
Bed frames in the Olympic village are made from recyclable cardboard, with mattresses formed of polyethylene materials that will be reused for plastic products after the Games.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2021 07:12 PM | Show all posts
Kenapa tak boleh insert tiktok?? Huhu
https://vt.tiktok.com/ZGJDyXMQq/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2021 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya pun nak join.. 10 trivia berdasarkan apa yang diketahui:

1. Kejayaan China dalam Olympic sebenarnya hanya bermula pada temasya Olympic di Barcelona pada tahun 1992. Namun, China lebih aggressive dalam mengabiskan sesi kempen mereka dalam top 3 sejak Beijing 2008.

2. Jika diperhartikan, tiada Taiwan sebenarnya dalam Olympic, tetapi dikenali sebagai Republic of Chinese Taipei. Atlet2 mereka juga bersaing di bawah bendera Chinese Taipei (majlis Olympic mereka) dan lagu kebangsaan mereka jugak tidak akan dimainkan pada pingat emas (akan diubah mengikut lagu kebangsaan bendera Chinese Taipei).

3.  Pada temasya Olympic kali ini, Russia telah di-ban untuk bertanding kerana kontroversi doping di Sochi. Oleh itu, mereka appeal untuk bertanding di bawah “Majlis Olympic Russia” atau ROC, dan mengambil pendekatan Chinese Taipei dalam hujahan kes mereka. Jadi, ROC yang bertanding pada temasya kali ini, dan lagu kebangsaan Russia juga tidak akan dimainkan pada pingat emas (lagu ROC yang akan dimainkan).

4. Jepun menjadi tuan rumah Olympic untuk 3 kali - temasya 1940, tetapi dibatalkan kerana WW2. Nasib baik tahun 1964 tak jadi apa2, dan dapat di-adakan. Disebabkan tidak mahu pisang berbuah 2 kali, agaknya sebabtu mereka mahu sangat diadakan edisi 2020 ini.

5. JIKA Malaysia menamatkan edisi 2020 ini dengan 1 pingat gangsa (harapan cycling masih ada), pencapaian kita ini adalah sama seperti di  Barcelona pada tahun 1992. Jadi kita berharap ada emas di hujung selekoh.

6. Pada edisi ke 1956 di Melbourne, Malaysia bertanding atas 2 tiket - Malaya dan North Borneo (kerana negara belum merdeka dan Sabah & Sarawak belum sertai Malaysia). Hanya pada tahun 1964 di Tokyo, negara Malaysia pertama kali dipertaruhkan.

7. Olympic sebenarnya ada 2 edisi - summer dan winter. Tapi kerana tidak banyak negara yang mempunyai musim sejuk, jadi summer Olympic adalah sukan yang paling ditunggu-tunggu. Setiap edisi akan ada juga penyertaan Paralympic.

8. Oksana Chusovitina merupakan gimnas yang paling senior dalam temasya Olympic kali ini. Apa yang menariknya, sejak penglibatannya dalam Olympic, beliau mewakili 3 negara - Unified Team pada 1992 (negara yang berpecah dari USSR), Uzbekistan (1996-2004, 2016-2020), dan Germany (2008-2012 - atas faktor kesihatan famili).

9. Ketika edisi Olympic 1980 di Moscow, 66 negara telah memboikot temasya ini atas kempen dari USA kerana konflik Soviet-Afghan. Dan pada temasya seterusnya, 1984 di Los Angeles, sebanyak 15 negara telah memboikot atas kempen dari Soviet Union yang ingin membalas dendam.

10. Walaupun cincin Olympic mempunyai 5 kerana merujuk kepada 5 benua. Tetapi hanya benua Afrika tidak pernah lagi menjadi tuan rumah. Benua Amerika Selatan pernah sekali. Benua Australia pernah 2 kali. Benua Asia pernah 4 kali. Benua Amerika Utara pernah 6 kali, dan selebihnya, 16 kali di Benua Eropah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-8-2021 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Olympic Games Tokyo 2020

TRIVIA

1. Jepun menjadi negara tuan rumah Sukan Olimpik Musim Panas 2020 di Tokyo. Pada asalnya dijadualkan berlangsung dari 24 Julai hingga 9 Ogos 2020 dan telah ditunda ke 23 Julai hingga 8 Ogos 2021 akibat pandemik Covid-19.

2. Sejak debut rasmi negara pada tahun 1956 dengan nama Malaya (Tanah Melayu), atlet Malaysia telah muncul di setiap edisi Sukan Olimpik Musim Panas, kecuali Sukan Olimpik Musim Panas 1980 di Moscow kerana boikot yang dipimpin oleh Amerika Syarikat.

3. Kontijen Malaysia menghantar 30 peserta dalam 10 acara sukan iaitu badminton (8 atlet), renang (5), pelayaran (4 atlet) memanah (2 atlet), olahraga (2 atlet), basikal (2 atlet), golf (2 atlet), gimnastik (2 atlet), menembak (1 atlet) dan berenang (2 atlet).

4. Pemain badminton perseorangan lelaki nombor satu negara Lee Zii Jia menggantikan jaguh memanah Khairul Anuar Mohamad sebagai pembawa bendera pada upacara pembukaan Sukan Olimpik Tokyo disebabkan Khairul Anuar telah meminta untuk diberi pelepasan kerana akan menyertai saingan pada 24 Julai 2021. Lee Zii Jia bergandingan bersama seorang lagi pemain badminton beregu campuran Goh Liu Ying.

5. Malaysia dijangka bertanding di Sukan Paralimpik Musim Panas 2020 di Tokyo, Jepun pada 25 Ogos hingga 6 September 2021 dalam acara memanah, olahraga, tenis berkerusi roda, badminton, renang, power lifting, boccia dan lumba basikal.

6. Perkampungan Sukan Olimpik yang merangkumi pangsapuri dan kawasan makan di Tokyo itu mampu menghimpunkan seramai 6,700 atlet serta pegawai.

7. Pada 18 Julai 2021 (Ahad), dua atlet disahkan positif Covid-19 di Perkampungan Sukan Olimpik. Terdahulu, seorang individu bukan atlet, dikenal pasti sebagai kes pertama di perkampungan sukan berkenaan yang berada dalam gelembung sukan yang sehingga kini merekodkan empat kes coronavirus.

8. Kara Eaker, atlet simpanan pasukan gimnastik Olimpik wanita Amerika Syarikat (AS), telah diuji positif Covid-19 di kem latihan di Tokyo. Eaker, 18, adalah atlet Olimpik AS pertama yang disahkan positif.

10. Upacara kemasukan kontinjen dimulakan dengan Greece manakala Malaysia pula menjadi negara ke-177 dengan tuan rumah, Jepun menjadi kontinjen ke-206 dan terakhir masuk ke dalam stadium.

11. Sebagai rekod, seramai 13 atlet dan pegawai diketuai Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Mohd Nazifuddin Najib bersama jaguh badminton, Lee Zii Jia dan Goh Liu Ying sebagai pembawa Jalur Gemilang, menganggotai kontinjen negara.

12. Busana yang dipakai kontinjen negara itu diinspirasikan daripada persalinan pemakaian Hang Tuah dalam segi penggayaan dan suntikan elemen segar dari corak geometrik dan warna Jalur Gemilang sebagai warna asas. Tatacara pemakaian adalah lengkap bertanjak, baju sikap dan samping berbaju Melayu yang melambangkan kejituan rasa cinta kepada Malaysia dan baju kebangsaan.

13. Persalinan wanita pula yang lengkap berdokoh dan berselendang membiaskan identiti Malaysia yang kaya dengan budaya tersendiri. Berdasarkan corak geometrik berasaskan segi tiga ataupun chevron, ia memberi kesan rangsangan arah tuju yang jelas mencapai matlamat pingat yang terbaik  untuk negara.

14. Rekaan pakaian terbabit adalah daripada Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka UiTM Shah Alam.

15. Seramai 29 atlet akan bertanding untuk Pasukan Olimpik Pelarian IOC dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020. Atlet-atlet ini akan bertindak sebagai simbol harapan bagi pelarian di seluruh dunia dan membawa perhatian global terhadap besarnya krisis pelarian. Nama pasukan ini dinamakan oleh Lembaga Eksekutif Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (International Olympic Committee).

16. Pada temasya Olimpik 2016, Malaysia menghantar seramai 32 orang atlet membabitkan 10 acara sukan.

17. Olimpik 2016 menyaksikan Malaysia berjaya memperoleh lima pingat (empat perak dan satu gangsa) sekali gus menyaksikan pencapaian terbaik sepanjang tempoh penyertaan Malaysia dalam sukan berkenaan.

Selamat berjuang buat atlit olimpik Malaysia.

Malaysia Boleh!!!

Kongsi Berita Terkini
#sitiawamohdnoor

Sumber dan Foto : Wikipedia | BH Online

#OlympicTokyo2020

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2021 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts

OLIMPIK: Perbezaan Tokyo 2020 dengan temasya lain
TOKYO: Tokyo 2020 akan menjadi temasya Olimpik yang paling berbeza: dilangsungkan ketika pandemik tanpa kehadiran pelancong, keraian digantikan dengan kawalan jangkitan yang ketat selain pelukan kemenangan yang tidak dibenarkan.

Berikut adalah bagaimana Sukan Olimpik yang ditangguhkan kerana coronavirus itu akan dilangsungkan:

1. Upacara pembukaan Rio, London dan Beijing dimeriahkan dengan pelbagai hiasan dan koreografi menakjubkan membabitkan ribuan orang di stadium yang dipenuhi penyokong.

Namun bagi versi era coronavirus, upacara pembukaan berlangsung 'secara ringkas dan diperketat' dengan penganjur berkata ia bertujuan mengurangkan risiko jangkitan dan 'bersesuaian dengan situasi.'

Tidak ramai atlet akan hadir pada upacara pembukaan dan penutup dengan laporan pada Januari lalu menyebut hanya 6,000 daripada 11,000 atlet akan hadir pada upacara pembukaan.

Upacara di Tokyo juga dijangka berlangsung dengan suram - sebagai tanda penghormatan kepada jutaan yang terkorban kerana pandemik itu selain untuk mangsa gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear di Jepun pada 2011.

2. Atlet juga perlu mengalungkan pingat mereka sendiri dan tidak dibenarkan menciumnya kerana mereka perlu memakai pelitup muka di atas podium selain mengekalkan penjarakan sosial untuk dua meter antara satu sama lain.

Jepun mengharapkan kehadiran pelancong pada musim panas ini untuk menyemarakkan perniagaan hotelnya, operator pelancongan serta cafe kucing di Tokyo.

Namun penonton luar negara tidak dibenarkan masuk dan hampir keseluruhan pertandingan di Sukan Olimpik akan dilangsungkan secara tertutup.

3. Jumlah individu yang akan memasuki Jepun untuk Sukan Olimpik dan Paralimpik juga dikurangkan kepada sekitar 68,500 atlet, jurulatih, kakitangan kejurulatihan, pegawai, ahli Majlis Olimpik Antarabangsa (IOC), media dan penyiar - berbanding anggaran awal seramai 200,000 orang.

4. Peserta juga akan 'dikurung' di tempat penginapan mereka dengan mereka tidak dibenarkan bersiar-siar dan perlu meninggalkan Perkampungan Olimpik 48 jam selepas tamat bertanding.

Pada musim panas ini juga, mereka tidak dibenarkan menyanyi, menjerit dan bersorak di mana mereka hanya digalakkan untuk menepuk tangan atau mencari jalan lain untuk meraikan kejayaan bagi mengelak risiko menyebarkan cecair.

5. Bunga api, kain rentang, maskot dan aksesori lain turut dihadkan untuk menjimatkan kos yang meningkat selepas temasya itu terpaksa ditangguhkan.

6. Atlet juga perlu mengambil ujian pada setiap hari dan dinasihatkan 'meminimumkan interaksi fizikal dengan orang lain.'

7. Penganjur masih merancang untuk mengagihkan 160,000 kondom namun atlet tidak dapat menggunakannya sehingga mereka pulang dan dimaklumkan untuk menggunakannya di tanah air mereka sendiri.

8. Pelukan, bersalaman dan tepuk ria (high five) tidak digalakkan dan kelayakan atlet, media mahupun pegawai yang melanggar peraturan virus akan dibatalkan selain berkemungkinan berdepan dihantar pulang dari Jepun. -AFP

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2021 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Cikrana at 7-8-2021 11:46 PM

1. Olimpik pertama di dunia di era moden adalah pada tahun 1896 di Greece. Ketika ini tiada perarakan beragam, tiada etiket berpakaian mengikut jenis sukan,  atau pakaian tertentu untuk mewakili setiap negara kerana semua peserta tidak perlu berpakaian. Fuhhhh. Ketika ini sukan berlangsung sangat lama mengambil masa lima hingga enam bulan.
2. Sebanyak 165,000 tuala digunakan sepanjang dua minggu kejohanan di London 2012.
3. London 2012 juga mencipta rekod dimana semua negara yang bertanding turut menghantar peserta wanita. Untuk Tokyo 2020, nisbah bilangan peserta lelaki kepada peserta wanita adalah menghampiri 1:1.
4. Selama 36 tahun bermula dari tahun 1912, beberapa acara dipertandingkan mengikut kerjaya seni seperti mengukir, melukis, arkitek, penulis malahan ahli muzik juga turut mempertaruhkan pingat dalam bidang kepakaran masing-masing. Acara bermotifkan seni ini ditamatkan pada tahun 1948.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2021 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Ketika Tokyo 2020, pingat-pingat diperbuat dari bahan kitaran semula. Tahukah anda suatu ketika dahulu pingat emas sebetulnya memang diperbuat dari emas? Kerana itulah sebenarnya sejarah kenapa para pemenang akan menggigit piala masing-masing sebagai penentusahan ketulenan emas terbabit. Ini kerana penggunaan unsur lead bagi mempalsukan emas dapat dikesan kerana Aurum tidak meninggalkan kesan gigi jika digigit, manakala lead akan meninggalkan bekas gigi.
Tetapi ketika inaugural olimpik moden pertama di Greece Athens, pemenang pingat emas tidak mendapat emas, digantikan dengan pingat perak dan batang pokok zaitun. Manakala pemenang pingat perak pula mendapat hadiah dahan pokok laurel dan pingat dari material copper.
Penggunaan emas tulen sebagai pingat berakhir pada tahun 1904 ketika kejohanan di Missouri, USA. Ketika ini pingat mula dibahagikan kepada emas, perak dan gangsa.  
Tradisi menggigit pingat diteruskan sehingga kini walaupun atlit mungkin sekadar menggigit perak dan kini bahan kitar semula. Secara lahiriah, pingat adalah berbentuk bulat dengan diameter sekurang-kuramhnya 60 mm dengan ketebalan sekurang-kurangnya 3 mm. Pingat emas Olimpik diperbuat dengan sekurang-kurangnya 92.5% perak dan disadurkan dengan 6 g emas, dimana harga pingat adalah sebanyak USD 494 pada tahun 2010, pingat perak USD 260 manakala USD 3 untuk pingat gangsa.
Harga pingat Tokyo 2020 yang diperbuat dari 95% copper dan 5% zink adalah berharga USD 5.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2021 11:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Cikrana at 7-8-2021 11:55 PM

Ketika melihat acara saringan kierin tadi Shah Firdaus jatuh dengan luka pedih dibahu serta suit dipakai terkoyak pasti kita sedar betapa nipisnya jersi terbabit. Tapi dalam senipis itu tahukah anda suit team New Zealand berharga AU 2,900 yang diperbuat dari latex swimsuit dan dihasilkan dalam tempoh dua tahun agar dapat  menghasilkan suit terpantas untuk pecutan ketika berkayuh. Suit latex ini yang ditambah pada peringkat akhir menghasilkan suit yang licin, tidak berkedut dan tanpa kelim jalinan. Patutlah nampak team NZ berkilat-kilat lain macam suitnya. Aplikasi kejuruteraan moden sangat diterapkan dalam pembuatan skinsuit ini, yang mana sebagai contoh suit untuk pelumba Great Britain pada Rio 2016 tercipta selepas 57 prototaip dibina. Terdapat perbezaan sekurangnya 10 watt untuk kayuhan 30 batu per/jam malahan tidak mustahil mencecah sehingga 30 watt untuk kelajuan yang lebih pantas.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2021 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Cikrana replied at 7-8-2021 10:31 PM
1. Olimpik pertama di dunia di era moden adalah pada tahun 1986 di Greece. Ketika ini tiada peraraka ...

Silap 1896
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2021 11:50 PM From the mobile phone | Show all posts


Kejohanan sukan antarabangsa itu sering dijadikan platform bagi atlet yang berpotensi untuk membanggakan negara mereka dengan memberikan yang terbaik dalam sukan masing-masing.

Demikian juga, rakyat di negara ini yang setia menanti di hadapan layar televisyen masing-masing, bersatu tanpa mengira jurang dengan harapan dapat melihat wira-wira mereka beraksi dengan jayanya.

Bagi rakyat Malaysia, siapa yang dapat melupakan keterujaan menyaksikan pertarungan Lee Chong Wei dengan pesaingnya Lin Dan dalam beberapa siri Sukan Olimpik?

Atau untuk generasi yang lebih berusia, melihat Sidek bersaudara beraksi adalah sesuatu yang cukup diimpikan, dalam menjaga reputasi keluarga mereka sebagai keluarga badminton Malaysia.

Malangnya, semangat itu seperti hilang akibat ketidakpastian yang timbul berikutan penularan pandemik Covid-19, sekali gus mempertaruhkan nasib Olimpik Tokyo 2021.

Walau apa pun keadaannya, tidak ada salahnya untuk menyingkap kembali kejayaan dan kegemilangan Malaysia di Olimpik yang lalu dan berharap dapat meraih pingat dan emas di masa hadapan.

Secara keseluruhan, atlet Malaysia telah memenangi sejumlah 11 pingat Olimpik, yang terdiri daripada tujuh perak dan empat gangsa.

Berikut adalah senarai atlet Malaysia yang pernah membanggakan negara, tahun demi tahun:

1. Adik-beradik Sidek


Razif dan Jalani Sidek adalah rakyat Malaysia pertama yang memenangi pingat Olimpik untuk negara ini.
Bagi mereka anda tidak begitu dekat dengan arena badminton tanahair, nama anak-anak Sidek tetap sinonim.

Terdiri daripada lima bersaudara, iaitu Misbun, Razif, Jalani, Rahman dan Rashid, kumpulan ini diilhamkan bapa mereka, seorang jurulatih badminton yang mahu mereka turut serta dalam sukan tersebut.

Tiga daripada mereka, iaitu Razif, Jalani dan Rashid pernah memenangi pingat di Olimpik, di mana Razif dan Jalani memenangi gangsa di Olimpik Barcelona 1992 dan yang Rashid meraih gangsa di Sukan Atlanta 1996.

Peminat veteran sukan ini juga mungkin tahu mengenai kontroversi yang dicetuskan servis luar biasa Sidek bersaudara ini atau dikenali sebagai ‘Servis Sidek’ atau S-serve, sehingga diharamkan Persekutuan Badminton Antarabangsa.

2. Cheah Soon Kit dan Yap Kim Hock


Cheah Soon Kit dan Yap Kim Hock meraih perak untuk acara beregu lelaki di Sukan Atlanta 1996.
Turut hadir di Sukan Atlanta 1996 ialah pasangan duo badminton, Cheah Soon Kit dan Yap Kim Hock yang berjaya membawa pulang pingat perak untuk acara beregu lelaki.

Terkenal dengan kejayaannya yang memberangsangkan, Cheah dianggap antara pemain beregu badminton terbaik di Malaysia pada eranya.

Cheah yang menggunakan tangan kanan, dan Yap yang kidal, pertama kali aktif dalam kancah badminton antarabangsa pada tahun 1989.

Digandingkan untuk temasya 1996, mereka berjaya memenangi pusingan pertama sebelum lawan mereka dari Indonesia bangkit semula dan akhirnya mereka membawa pulang perak.

3. Lee Chong Wei

Tanpa perlu diperkenalkan lagi, pasti namanya akan disebut sebagai contoh atlet terkemuka negara.

Mengekalkan gelaran sebagai pemain badminton nombor satu dunia selama lebih dari setahun bukan calang-calang pencapaian, lebih-lebih lagi tiga pingatnya dimenangi di Olimpik.

Memenangi perak pertamanya di Olimpik Beijing 2008, Lee turut mengambil bahagian dalam persaingan berikutnya di London dan Rio, yang turut merangkul perak.

Lee bersara dari arena badminton pada tahun 2019, setelah diagnosis menghidap barah hidung, dan terus menerima penghormatan dari seluruh dunia selepas itu.

4. Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong


Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong telah beberapa kali digandingkan dalam pertandingan menyelam antarabangsa.
Sejak pertama kali muncul di arena antarabangsa ketika menyertai Kejuaraan Akuatik Junior Asia 2007, Pandelela sejak itu menjadi ikon terjun negara.

Pingat Olimpik pertamanya dimenangi pada 2012, ketika atlet berusia 15 tahun itu menggegarkan kolam di London dengan pingat gangsa.

Cheong Jun Hoong yang telah bergandingan dengan Pandelela sejak 2007, turut bersaing dalam Olimpik 2012 bersama Pandelela.

Mereka akhirnya meraih pingat perak di Olimpik Rio 2016, menjadi pasukan wanita Malaysia pertama yang membawa pulang perak dalam acara itu.

5. Goh Wei Shem dan Tan Wee Kiong


Goh Wei Shem dan Tan Wee Kiong adalah pasangan yang hebat di gelanggang kerana terkenal dengan gaya permainannya yang agresif.
Digandingkan bersama sejak Piala Thomas 2014, Goh dan Tan membuktikan kemahiran mereka yang serasi apabila pulang dari Sukan Komanwel 2014 dengan pingat emas.

Tan sering diletakkan pada posisi lebih dekat ke depan, sementara Goh akan ditempatkan di belakang di mana dia akan menunggu peluang untuk memberikan hantaran smash tajam ke arah lawan.

Keserasian mereka dan kejayaan seterusnya di Sukan Asia pada tahun yang sama menjamin laluan mereka untuk mendapat tempat di Olimpik Rio 2014.

Selepas perlawanan ketiga yang sengit menyaksikan pasukan Malaysia tewas hanya dua mata kepada pasukan China, Goh dan Tan meninggalkan Sukan Olimpik 2016 dengan menggenggam pingat perak penuh bangga.

6. Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying


Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying adalah dua atlet yang sering menarik perhatian serta menunjukkan potensi besar sejak Olimpik Rio 2016. (Gambar AP)
Secara konsisten berada di antara sepuluh pasangan beregu campuran terbaik di dunia, perjalanan kerjaya Chan dan Goh antara paling menarik untuk diikuti.

Duo ini pertama kali digandingkan bersama di Terbuka Vietnam 2009, memenangi perak sebelum menjuarai Kejohanan Badminton Asia tahun berikutnya.

Penampilan Olimpik sulung mereka adalah pada temasya 2012, menjadikan mereka beregu campuran pertama Malaysia yang layak ke pertandingan tersebut.

Setelah berpisah seketika akibat kecederaan yang dialami Goh, pasangan ini berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2016 di Rio, menduduki tempat kedua setelah tewas kepada Indonesia.

7. Azizulhasni Awang


Tersohor dengan julukan “The Pocket Rocketman”, Azizulhasni Awang adalah penunggang basikal Malaysia pertama yang memenangi pingat di Sukan Olimpik Musim Panas. (Gambar OCM)
Digelar ‘The Pocket Rocketman’ kerana perwatakannya, Azizulhasni mengejutkan ramai rakyat Malaysia apabila penunggang basikal itu membawa pulang pingat dari Olimpik Rio 2016.

Dilahirkan dan dibesarkan di Terengganu, dia pertama kali berbasikal ketika berusia 10 tahun, basikal hasil keputusan UPSR yang dihadiahkan bapanya.

Jurulatih berbasikal, Allahyarham Rozimi Omar, yakin pemuda itu mempunyai potensi kesukanan yang membara dalam dirinya.

Sejak itu Azizulhasni terus membuktikan kebenaran kata-kata penyokongnya, dengan memenangi emas di Kejohanan Dunia Berbasikal UCI Track 2017 sebelum pulang dari Rio dengan pingat gangsa.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2021 02:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by laradelara at 8-8-2021 06:50 AM
xastor9 replied at 7-8-2021 10:59 AM
Pada 28 Julai 2021, atlet US Simone Biles menarik diri dari final pertandingan all round individu, ...


Part 1: Simone Biles

Walaupun tak menang pingat emas pada Olympics Tokyo kali ni, tapi performance dia masih mantap.

US bnyk produce world class gymnasts. Tapi simone biles ni kira superstar athlete lah. The best gitu. Dari segi medal, dia dah ada 32 medals hasil dari performance di Olympics & World Championship.

Apa yg buat dia diiktiraf sebagai gymnast terbaik adalah kerana skills dia yg mmg mantap. Dia bukan gymnast yg hebat dlm 1 acara je. Floor routine, balance beam & vault pun smua dia tapau. All rounder lah sng ckp.

Gerakan dia sgt hebat. Sehinggakan gerakan dia dinamakan "the biles". "The biles" ni signature move dia. Kalo tgk dgn mata, mmg tak boleh digest mcm mana dia boleh buat movement mcm ni. Mcm defy gravity gitu. In fact ramai gymnasts lain yg try buat move ni tapi tak berjaya termasuklah gymnasts lelaki. Hehehehe..

Skills dia yg hebat ni bukan saje menarik perhatian gymnasts & fans di US.. Tapi turut menarik perhatian para ahli fizik & saintis.

Setelah dikaji, mereka simpulkan biles boleh buat gerakan mcm ni disebabkan fizikal badan dia yg sgt kuat walaupun dia agak rendah. Tgk dia lari utk gain momentum pun dah boleh nmpk betapa kuatnya fizikal biles ni.

Selain tu, biles ni ada extraordinary good air sense atau orientation ability. Yg sgt membantu esp bila nk landing. Sbb tu iols boleh fhm kenapa dia pada awalnya tarik diri utk olympics kali ni. Bahaya ooo nk buat "the biles" dlm keadaan mental yg tak 100% mantap

Lastly, adalah teori mengenai brain biles. Secara teori, antara sbb biles ni menjadi atlet yg hebat adalah kerana keupayaan otak dia. Otak biles ni boleh dikatakan bekerja dgn lbih cpt & lbih efficient dari otak atlet lain yg membolehkan dia membuat gerakan dgn sgt laju. Bdn dia pun sgt in tune. Sng kata, she has a better wired nervous system.

Kesimpulannya, biles ada skill yg hebat hasil latihan bertahun-tahun, fizikal yg mantap, otak yg bekerja dgn sgt efficient & laju. Ini smua lah yg membolehkan simone biles ada incredible command of her body & menjadi gymnast yg hebat.

PS: Biles hanya perlukan 3 hari utk kuasai skill baru. Sedangkan gymnasts US yg lain amik masa lbih lama.. Ada yg smpai bertahun. Hebat kan simone biles
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2021 06:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Part 2: Simone Biles

Selain drp faktor yg iolss dah listkan kat part 1, ada lagi satu sebab kenapa iolss rasa biles ni hebat.

Biles ada semangat juang yg tinggi. Yes most athletes mmg ada smgt juang yg tinggi. Tapi apa salahnya iolls sharekan kisah biles ni.. Mana tau boleh inspire others kan.

Kisah 1:
Ok biles ni asalnya bukan lah dari family kaya raya. So dari kecik, dia dah pick up on this & mmg nk berjaya dlm hidup supaya boleh bantu family. In fact, masa dia kecik, biles & adiknya, Adria masuk foster care system sbb maknya ni asyik kluar masuk penjara akibat ketagihan dadah & alkohol. Akhirnya atuk & nenek tiri biles ni adopt 2 beradik ni & masukkan dorg dlm class gymnastics. Kat sini lah bakat biles 2 beradik dikesan.

Kisah 2:
Biles ni merupakan mangsa assault & disebabkan itu dia ada suicidal thoughts & depression. Pada mulanya mmg dia tak nk ngaku, pendamkan sorg2 je. Ye lah culpritnya pun bkn lah calang2 org.. Doctor dlm team gymnastics US itu sndri. Mesti perasaan takut, trauma & marah bercampur-campur. Scandal ni pun agak besar ye. Nk cter panjang lebar pun, bikin marah je. So iolss stop kat sini je lah ye. Cukup lah iolss ceritakan yg while training, biles menyimpan 1001 episod duka lara & sengsara.

Kisah 3:
Sblum kemunculan sulung biles di Olympics Rio, biles ni dah ada ramai fans setelah berjaya menempa nama dlm temasya di US & peringkat dunia. So kiranya utk penampilan di Rio, dorg menaruh harapan yg tinggi pada biles. Biles mng 5 medals (4 emas, 1 bronze). Walaupun dah dpt 5 medals, ramai gak yg mcm pndg rendah pada pencapaian biles sbb gagal kutip smua emas. Ada yg very harsh towards her. Kecewa lah biles tu..

Kalau siapa yg ingat performance biles di Rio, pasti ingat mimik muka biles yg cuak sblum setiap event start. Sape lah yg tak nervous kan.. Bertanding di peringkat Olympics kot. Tapi cuak pun 5 medals dia mng. Cuma tu lah persepsi & lynn msykt pada masa itu terhadap biles yg buat dia kecewa sgt.

Kisah 4:
Pada temasya Olympics Tokyo kali ni, biles pada mulanya menarik diri. Namun begitu, keputusan biles utk bertanding dlm acara balance beam membuahkan hasil apabila biles mng bronze medal. Bkn mudah ye utk biles bertanding kali ni. Dgn keadaan mental dia yg masih tak ok, masalah kesihatan & berita sedih ttg kematian mak cik biles sblum acara berlangsung.. Mmg amat menguji mental & kesabaran biles.

Apa pun kejayaan biles pada Olympics kali ni benar2 membuka mata msykt US utk lbih menghargai kejayaan biles & diri biles itu sndri. Sbb tu lah kemenangan biles pada Olympics Tokyo ni walaupun sekadar peroleh bronze medal sgt bererti. Iolss percaya satu lembaran baru dlm kehidupan biles & arena sukan gymnastics US dah pun bermula. Semoga yg terbaik buat mereka. Akhir kata, majulah sukan utk negara US! Hihihi



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2021 07:24 AM From the mobile phone | Show all posts
laradelara replied at 8-8-2021 06:48 AM
Part 2: Simone Biles

Selain drp faktor yg iolss dah listkan kat part 1, ada lagi satu sebab kenap ...

Jasa atok nenek tiri dia.

Dan dia gunakan platform dan bakat tu untuk melepaskan yang terbaik dalam diri dia.

Mulut manusia mmg hanat.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2021 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
1. The first Olympic Games took place in the 8th century B.C. in Olympia, Greece. They were held every four years for 12 centuries. Then, in the 4th century A.D., all pagan festivals were banned by Emperor Theodosius I and the Olympics were no more.

2. However, the athletic tradition was resurrected about 1500 years later: The first modern Olympics were held in 1896 in Greece.

3. In ancient Greece, athletes didn’t worry about sponsorship, protection, or fashion – they competed naked.

4. Back then, the games lasted five or six months.

5. Women have been allowed to compete in the Olympics since 1900.

6. From 1924-1992, the Winter and the Summer Olympics took place in the same year. Now, they’re on separate cycles and alternate every two years.

7. Only four athletes have won medals in both the Winter and the Summer Olympics. Only one of them, Christa Ludinger-Rothenburger, won medals in the same year.

8. During the 2012 London Games, the Olympic Village required 165,000 towels for a bit more than two weeks of activity.

9. The official languages of the games are English and French, complemented by the official language of the host country.

10. Tarzan competed in the Olympics: Johnny Weissmuller, an athlete-turned-actor who played Tarzan in 12 movies, won five gold medals in swimming in the 1920s.

11. From 1912-1948, artists participated in the Olympics: Painters, sculptors, architects, writers, and musicians competed for medals in their respective fields.

12. During the 1936 Berlin Games, two Japanese pole-vaulters tied for second place. Instead of competing again, they cut the silver and bronze medals in half and fused the two different halves together so that each of them had a half-silver and half-bronze medal.

13. The Olympic torch is lit the old-fashioned way in an ancient ceremony at the temple of Hera, in Greece: Actresses, wearing costumes of Greek priestesses, use a parabolic mirror and sun rays to kindle the torch.

14. From there, the torch starts its relay to the host city: It is usually carried by runners, but it has traveled on a boat, on an airplane (and the Concorde), on horseback, on the back of a camel, via radio signal, underwater, and in a canoe.

15. The unlit Olympic torch has also been taken to space several times.

16. The relay torch and the Olympic flame are supposed to burn during the whole event. In case the flame goes out, it can only be reignited with a backup flame, which has been lit in Greece as well, and with never a regular lighter!

17. The 2012 London Games were the first Olympics in which all participating countries sent female athletes.

18. The following sports are (sadly) not part of the Olympics anymore: solo synchronized swimming, tug of war, rope climbing, hot air ballooning, dueling pistol, tandem bicycle, swimming obstacle race, and plunge for distance. Luckily, live pigeon shooting was a one-shot and only part of the 1900 Olympics in Paris.

19. The five rings of the Olympic symbol – designed by Baron Pierre de Coubertin, co-founder of the modern Olympic Games – represent the five inhabited continents of the world.

20. The six colors – blue, yellow, black, green, red, and the white background – were chosen because every nation’s flag contains at least one of them.

21. The Olympic Games have been hosted by 23 different countries.

22. The first official Olympic mascot was Waldi, the dachshund, at the 1972 Games in Munich.

23. The 2016 Games in Rio will mark the first time the Olympics are held in South America.

24. During the 17 days of the 2016 Summer Olympics, 10,500 athletes from 205 countries will represent 42 different sports and participate in 306 competitions in Rio.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2025 11:34 AM GMT+8 , Processed in 0.563843 second(s), 46 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list