|
eeeiiiiii.....kat rumah ada 2 keping lagi kut mee suah. sedap buat masak sup. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by shidaaziz at 11-10-2005 02:07 PM
Ada ye kak liza. Bukan mengidam. Tapi dah lama sangat tak makan cendawan ni. Kat kampung dulu ada le. Kak liza, kalau ada, nak kirim tolong belikan. RM10 banyak tak? Nanti kak liza buat pos laj ...
cendawan sisir ni sedap...tapi kena rendamkan dulu beberapa jam dan keratkan pangkalnya sebab ada rasa kayu sikit2 sebab dia lekat kat kayu getah/mati tu..
selalunya kak liza pernah buat...
sayur lemak kuning..masukkan ikan bilis sebagai perencah
tumis dgn udang..masukkan cili merah hiris sikit..kunyit serbuk
masak lemak ciliapi ngan kerang/kupang.. |
|
|
|
|
|
|
|
3 ari yg lalu kawan kak liza ada bagi umbut kelapa..so kak liza pun masak...
![](http://i10.photobucket.com/albums/a139/hanieliza7/masakan/MaskLemakUmbut.jpg)
MASAK LEMAK KUNING UMBUT KELAPA
Bahan
1 mangkuk umbut kelapa [hiris nipis dan rendamkan air supaya tidak jadi merah/lebam]
2 cawan santan cair
2 cawan santan pekat
1 labu bawang besar [hiris nipis]
1 biji merah [hiris]
ikan bilis
garam
Cara
1. Masakkan umbut kelapa, santan cair, ikan bilis, bawang besar, garam dan cili merah sehingga umbut lembut dan mendideh.
2. Masukkan santan cair dan sentiasa kacau santan supaya tidak pecah minyak.
3. Bila emndideh, boleh tutup api dn hidangkan dengan nasi panas dan ikan goreng |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
umbut kelapa...favourite ni......my mother's version.....add udang hidup kecil yang dibuang kulit or udang kering kalau tidak ada dan tak bubuh santan sebab airnya akan keluarkan warna macam santan tu..... |
|
|
|
|
|
|
|
![](http://i10.photobucket.com/albums/a139/hanieliza7/masakan/GorengKcgBotol.jpg)
GORENG SAYUR KACANG BOTOL
Bahan
kacang botol [hiris serung dan nipis]
sedikit kobis [hiriskan]
udang segar [buangkan kulit]
bawang kecil [hiriskan]
bawang putih [hiriskan]
cili merah [hiriskan]
minyak
air
garam
Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang dan udang sampai wangi.
2. Masukkan sayuran dan cili merah dan sedikit air.
3. Kacau rata dan masukkan garam.
4. Bila sayur telah agak lembut boleh tutup api dan hidangkan.
NOTA:
Jika suka pedas, boleh tumbukkan beberapa cili merah dan tumiskan bersama sengan sayuran kacang botol tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
teruja tengok resipi2 ngan gambar Kak liza.....terima kasih bebanyak...dapat gak menimba ilmu.... |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum,
Saya nak share satu resepi yg sgt sgt simple..namanya Kailan Sos Tiram.
1. Celur baby kailan dlm air panas. Susunkan dlm pinggan.
2. Tumiskan bawang putih yg dicincang...byk mana agak2 lah ok...dlm 3 ulas camtu
3. Masukkan ayam yg dipotong kecil2
4. Masukkan sos tiram. Kacau sampai ayam masak. If nak kuah, letak air sikit ok
5. Gula garam kalau perlu.
6. Curahkan sos yg baru masak tu atas sayur baby Kailan
7. Tabur bawang goreng.
Ini style masakan cina yg sedap sgt...cubalah kengkawan.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
![](http://img.photobucket.com/albums/v622/hanieliza2/AsamRebusKeladi.jpg)
ASAM REBUS KELADI
Bahan
Keladi
asam keping
ikan bilisdaun kesum
air secukupnya
garam
Bahan mesin
5 biji cili kering
1 s/b lada hitam
3 ulas bawang merah
secubit belacan [jika suka]
cara memasak
1. Keladi dibuangkan kulitnya dan basuh. Jika ada ubi dibuangkan kulitnya dan potong kecil.
2. Rebuskan keladi dan ubi bersama dengan garam dan asam keping sehingga mendideh.
3. TBuan gkan air rebusan dan lalukan air paip. Toskan sehingga kering.
4. Masukkan bahan mesin, keladi, asam keping yg baru, ikan bilis, air secukupnya dan garam.
5. Masakkan sehingga mendideh dan masukkan daun kesum.
6. Rasakan garam dan tutup api.
7. Bolah dihidangkan dengan nasi biasa atau nasi ulam. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #20 pentium_catz's post
KACANG PANJANG GORENG BERTELUR
Bahan-bahan
1 ikat kacang panjang (dipotong pendek2)
1 biji telur ayam
5 ulas bawang merah (dihiris)
1 ulas bawang putih (dihiris)
1 biji cili merah (besar)- hiris2
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
Cara-cara membuat
Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang merah sampai
naik bau- then masukan cili merah tadi...
Kemudian, masukkan kacang panjang dan gaul sebentar
Masukkan telur dan gaul rata
Akhir sekali barulah dimasukkan garam secukup rasa..siapppp..
----------------------------------------------------------------------------------------
Nak buatlah utk makan sahur mlm nanti. Thanks ![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Terung Tumis
Terung - dipotong serong, macam triangle
Bawang merah
Bawang putih
Lada padi or besar
Udang kering
Bawang merah, putih, lada padi dan udang kering di tumbuk.
Tumis hingga harum, masukkan terung, masak hingga lembut dan perasakan.
ps. ada sikit-sikit terasa di lidah.
[ Last edited by chempaka_ku at 22-10-2005 10:09 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Terung Berlada
recipe macam di atas tapi ini ada lada kering
Terung
Bawang merah
Bawang putih
Lada padi or besar, optional
Udang kering
Lada kering, kisar
Bawang merah, putih, lada padi dan udang kering di tumbuk.
Tumis hingga harum, masukkan lada kering kisar dan sedikit gula. Tumis hingga keluar minyak.
Masukkan terung, masak hingga lembut dan perasakan.
ps. perlu dimakan segera, untuk hari tu saja. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Diana nak kongsi resipi simple iaitu Sayur Kailang Goreng Sempoi.
![](http://i10.photobucket.com/albums/a140/Diana_A/SayurKailanGorengSempoi.jpg)
SAYUR KAILAN GORENG SEMPOI
Bahan-bahannya
3 ikat sayur kailan, dibersihkan
1 biji bawang besar, dihiris
5 biji cili padi thailand, dihiris (boleh juga guna cili merah, jika mahu)
1 ulas bawang putih, dicincang
6 ekor udang, dibersihkan
4 sudu makan sos tiram
1/2 cawan air
garam secukup rasa
serbuk perasa, jika suka
minyak untuk menumis
bawang goreng, untuk hiasan
Cara-caranya
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang putih sehingga naik bau, masukkan cili padi dan juga bawang besar. Tumis sehingga kekuningan.
2. Masukkan udang, garam, serbuk perasa dan juga sos tiram. Setelah udang masak, masukkan air.
3. Masukkan sayur, balik-balikkan, setelah sayur layu sedikit. Angkat dan tabur bawang goreng sewaktu menghidang.
Nota: Jika hendak sayur berkuah, boleh tambah sos tiram dan juga air. Jika hendak kuah pekat, boleh letak sedikit campuran air tepung jagung. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
![](http://i10.photobucket.com/albums/a140/Diana_A/SayurCendawanMasakLemak.jpg)
SAYUR CENDAWAN MASAK LEMAK
Bahan-bahannya
3 paket cendawan tiram, dibersihkan
2 paket jagung muda, dibelah dua
1 biji kentang, dipotong panjang
1 ikat su'un, direndam
4 ekor udang, dibersihkan
1 kotak santan
2 cawan air
garam secukup rasa
serbuk perasa, jika suka
Bahan untuk dikisar
1 biji bawang besar
6 batang cili padi Thailand
1 ulas bawang putih
2 cm kunyit hidup
2 cm belacan
Cara-caranya
1. Masukkan kentang dan bahan yang telah dikisar dalam periuk bersama 2 cawan air dan masak sehingga kentang empuk.
2. Bila kentang sudah empuk, sederhanakan api dan masukkan jagung, su'un dan juga udang berserta garam dan serbuk perasa.
3. Setelah jagung setengah masak, masukkan cendawan tiram dan tuang santan. Jika kuahnya kurang boleh masukkan sedikit air lagi. Rasa kuahnya jika kurang garam boleh tambah. Bila kuah mendidih, boleh tutup api dan jangan tutup periuk kasi kuah sejuk baru tutup takut cendawann terlalu layu.
Nota: Boleh juga letak karot yang dipotong serong, dan jika mahu bila kuah telah mendidih boleh pecahkan telur dan biarkan telur itu masak, baru boleh dihidangkan. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by DianaA at 3-1-2006 05:51 PM
![](http://i10.photobucket.com/albums/a140/Diana_A/SayurCendawanMasakLemak.jpg)
SAYUR CENDAWAN MASAK LEMAK
Bahan-bahannya
3 paket cendawan tiram, dibersihkan
...
Tq Diana..mesti mau cuba ini masakan..
Ada belacan ek..kalau omit belacan akan jejaskan raser original dia tak? |
|
|
|
|
|
|
|
aduiiihh... diana ni slalu buat air liur kak hannah kecur laaa... rumah ni mmg fevret cendawan ni... tapi biasa campur ngan sayur goreng or pucuk masak air tu je...
ni sure nak try ni... tak leh tahan... belacan n cencalok pun baru je sampai - beli dlm RM50 - setahun nye stok kot...
tapi kalau buat, udang tu mau sekilo... 4 ekor je mana cukup donggg!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by DianaA at 3-1-2006 05:51 PM
![](http://i10.photobucket.com/albums/a140/Diana_A/SayurCendawanMasakLemak.jpg)
SAYUR CENDAWAN MASAK LEMAK
Bahan-bahannya
3 paket cendawan tiram, dibersihkan
...
Ermmm. nampak menyelerakan ni yg nak try nih... tq dianaA ![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
diana cayang... meh cini...:hug:
kak hannah baru je lunch lauk ni tau... eh cedapp... cedaappp.. :bodek::bodek::bodek: mekasih diana for this recipe...
tapi kak hannah bega skit... kak hannah buat style tumis, then bahan2 sayur dia - kacang panjang n cendawan, plus 1 kilo udang ... syiookkk oooo... podeh2 skit...
nanti kalau sempat boleh tempek gambo. |
|
|
|
|
|
|
|
Maklang nak trylah resepi diana ni...nampak sedap lagipun mak maklang suka makan cendawan.Maklang selalu buat gulai lemak cili padi memang letak skit belacan..ikut style my MIL...rasanya lebih best lagik... |
|
|
|
|
|
|
|
buek copek maklang, kalau tak, nyosa seumur hidup.. hehehe...
tang belacan dlm kuah lemak ni, teringat arwah baby sitter kak hannah (org jawa s'pore) yg mmg kalau masak sayur lodeh, dia akan bubuh belacan. mmg rasa kaw-kaw lauk dia tu.
tak sabar nak tunggu dinner, nak makan lagi sekali lauk ni... |
|
|
|
|
|
|
|
kak liza pun dah siap semua bahan nak buat ikut sejibik resepi Diana ni.....
tiba2 baru teringat..gue tarak udang laaaaa..
so buat masak lemak joooo..
tapi maleh nak amik gamboooo..
mahap laaaaa...:kant: |
|
|
|
|
|
|
| |
|