|
Pakaian/Aksesori/Senjata/Pengangkutan/Gaya Hidup Masyarakat Jepun Zaman Silam
[Copy link]
|
|
thank yewk for sharing
aku suka la nengok gambo2 dia, yang pompuan tu kena angkat dua lelaki tu style ek |
|
|
|
|
|
|
|
Xu Fu (Xu Shi) Johuku
Xu fu Pergikah Ke Jepun
Selepas Qin Shihuang menjadi maharaja, beliau cuba hidup abadi. Beliau mendapat maklumat bahawa dalam Laut Bohai ada gunung kayangan dan ubat mukjizat hidup abadi. Maka beliau menghantar ahli nujum mencari ubat tersebut. Yang terlebih dahulu dihantar oleh Qin Shihuang mencari ubat itu ialah Lu Sheng. Lu Sheng bertolak dari Jieshi iaitu Pulau Qinhuangtao hari ini, tapi gagal mendapati ubat tersebut. Sekarang dalam Taman Dongshan di bandar Qinhuangtao masih ada tempat tinggalan sejarah tentang cerita itu. Pada tahun 1992, patong batu geranit warna hitam Qin Shihuang yang setinggi 6 meter dan seberat 80 tan telah tersergam di Taman Dongshan.
Lu Sheng gagal mendapati ubat mukjizat hidup abadi, Qin Shihuang menghantar lagi Xu Fu mencari ubat tersebut. Selepas Xu Fu pertama kali pulang selepas mencari ubat tersebut, beliau menyatakan bahawa beliau telah naik ke Gunung Fenglaixian dan melihat ubat mukjizat hidup abadi, akan tetapi dewa dalam gunung itu meminta beliau membawa lebih banyak cendera mata baru boleh membawa balik ubat tersebut dan mengatakannya jika hendak mendapati ubat mukjizat hidup abadi, mesti menghantar muda mudi dan tukang kraftangan. Qin Shihuang berasa sangat gembira selepas mendapat maklumat bahawa Xu Fu sudah melihat ubat mukjizat hidup abadi, dan segera memilih 3000 muda mudi dan beberapa tukang kraftangan kepada Xu Fu dan mengarahnya mengambil balik ubat mukjizat hidup abadi tersebut. Xu Fu gagal lagi mendapati ubat itu dari laut dan memberitahu Qin Shihujang konon kali ini gagal disebabkan ada ikan besar dalam laut, menghalangi kapal mendekati gunung kayangan, jika hendak pergi ke gunung itu, mesti dilengkapi pemanah mahir dan senjata maju. Seketika itu, Qin Shihuang bermimpi beliau bertempur dengan dewa laut, menurut penjelasan profesor nujum, dewa laut itu justeru lambang ikan besar. Maka Qin Shihuang percaya perkataan Xu Fu, dan menghantar pemanah dan menyediakan senjata kepada Xu Fu dan sendiri mengikuti kapal ke laut. Semasa kapal berlayar di tempat berdekatan Pulau Zhifu, telah nampak seekor ikan besar, Qin Shihuang sendiri membunuh ikan tersebut dan berpendapat tidak ada rintangan lagi menuju ke gunung kayangan. Tapi gunung kayangan dan ubat mukjizat tidak didapati, Xu Fu tidak berani menemui Qin Shihuang lagi. Beliau membawa 3,000 muda mudi dan sekumpulan tukang kraftangan telah pergi ke Jepun dan hidup di sana. Akhirnya, Xu Fu meninggal dunia di kawasan Gunung Fujishan Jepun.
Di Jepun, ada legenda dan catatan tentang Xu Fu, ada sarjana berpendapat bahawa Xu Fu ialah Raja Shen Wu Tian Huang (Jimmu Tenno) yang terkenal dalam sejarah penubuhan negara Jepun. Rakyat Jepun juga menyanjung Xu Fu dan menghormatinya sebagai 揹ewa pertanian |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Mengenal Yakuza
YAKUZA
Ya-ku-za bererti 8-9-3. Ya bermakna 8, ku 9, za 3, Ini adalah nama satu permainan terup Jepun yang menyerupai mainan terup 'Black Jack', Oichu-Kabu.
Cuma ada perbezaan antara dua jenis mainan terup ini. Dalam Oichu-Kobu hitungan kad ialah '19' sedangkan dalam Black Jack hitungannya ialah '21' mata. Tetapi, campuran 8, 9 dan 3, ialah 20. Bererti sesiapa mendapat 20 mata akan 'mati' dalam mainan 'Oichu-Kobu'. Inilah puncanya yakuza yang memberi makna hampas masyarakat. Ini tidak bermakna mereka tidak berguna kepada masyarakat mereka, cuma ahli kumpulan itu adalah manusia yang tidak cocok kepada masyarakatnya.
Asal usulnya
Kabuki-mono
Asal-usul 'yakuza' boleh disorot pada tahun 1612, apabila lelaki yang dipanggil 'kabuki-mono' (orang gila) menarik perhatian penguasa tempatan. Cara mereka berpakaian, cara potongan rambut dan gelagat mereka, sambil membawa pedang panjang telah menarik minat orang ramai.
Kumpulan kabuki-mono mempunyai perangai jijik mengganggu dan menakutkan orang ramai. Mereka sanggup menikam orang semata-mata untuk berseronok. Mereka ini adalah askar samurai yang menggunakan perkataan yang ganjil yang hanya mereka faham akan maknanya. Kerana itu pada awalannya mereka dikenali sebagai kumpulan samurai yang tidak bertuan (ronin), dan bebrapa kumpulan mereka telah merayau-rayau ke seluruhan Jepun sebagai prompak yang melakukan rompakan di kampung-kampung dan pekan kecil.
Machi-yakko
Namun demikian, yakuza pada hari ini tidak mahu mereka dikaitkan dengan sejarah kabuki-mono sebagai asal-usul mereka. Mereka lebih rela dikaitkan kepada kumpulan machi-yakko (hamba bandar).
Machi-yakko akhirnya menjadi kumpulan wira rakyat dan menerima pujian daripada rakyat kerana jasa mereka memerangi kumpulan Kabuki-mono. Tetapi, kumpulan Machi-yakko adalah kumpulan kecil yang kurang latihan dan peralatan berbanding Kabuki-mono, kerana itu kumpulan Machi-yakko itu disebuat persis kumpulan Robin Hood di Nottingham yang cuba memerangi Putera John.
Memang terdapat beberapa cerita dongeng mengenai Machi-yokko.
Kumpulan Yakuza yang ada sekarang ini muncul pada pertengahan abad ke-17. Anggotanya ialah kumpulan bakuto (penjudi) dan tekiya (penjaja jalanan). Panggilan ini adalah lambang betapa mereka mempunyai kesetiaan sesama mereka. Mereka saling melindungi terhadap bencana, termasuklah sebarang usaha yang mungkin dicetuskan oleh ahli keluarga mereka sendiri.
Pada asalnya Kabuki-mono adalah kumpulan 'shogun samurai' yang dihormati. Tetapi, apabila muncul keamanan untuk waktu yang lama, mereka kehilangan punca pencarian hidup dan merempat sana-sini.
Hampir semua ahli yakuza mempunyai latarbelakang keluarga yang miskin. Kerana itu mereka mencari perlindungan kumpulan yakuza itu, menjadikan mereka satu keluarga yang besar dengan perasaan selamat untuk terus hidup.
Asal: http://w1.313.telia.com/~u31302275/yakuza3.htm
Era Perindustrian Jepun
Apabila Jepun mulakan perindustriannya, yakuza mula mengamati perjalanan hidup orang Jepun. Mereka mula mendaftarkan para pekerja dalam industri pembinaan dan mereka yang bekerja di limbungan kapal.
Perjudian diketepikan disebabkan tindakan polis yang keras dan ganas terhadap kumpulan samseng bakuto. Sebaliknya kumpulan Tekiya terus membesar kerana kegiatan mereka tidak dianggap haram walaupun dilaksanakan secara gelap.
Inilah yang membuatkan yakuza merobah polisi kegiatan mereka dan berpihak kepada ahli politik tertentu dan pegawai kerajaan. Mereka mula bekerjasama dengan pihak kerajaan untuk mendapatkan sumbangan tertentu dan untuk mengurangkan usaha polis mengganyang mereka.
Pada tahun 1925, Maharajah Jepun masih bertaraf Putera Mahkota. Pada waktu itu diadakan satu pilihanraya untuk mendapatkan pendapat rakyat mengenai fahaman demokrasi. Hasilnya menunjukkan betapa wujudnya parti komunis dan sosialis.
Apabila Putera Mahkota naik menjadi Maharajah, dia telah dikelilingi oleh satu kumpulan anggota tentera yang tidak berapa berminat dengan perjalanan demokrasi.
Kegawatan ekonomi pada 1926, mencetuskan pelbagai kesangsiaan terhadap kegiatan ekonomi dunia barat. Beberapa organisasi gelap telah ditubuhkan untuk mengajar rakyat Jepun hal ehwal peperangan, bahasa asing, teknik pembunuhan (assassin), perasugut dan sebagainya.
Kebangkitan ultra-nasionalisme itu berterusan sehingga akhir 1930-an. Kumpulan ini telah berjaya membunuh dua orang perdana menteri dan dua orang menteri kewangan dan telah menyerang beberapa pemimpin politik dan industri.
Yakuza terus bergiat dengan menyediakan tenaga samseng dan pengajar untuk kumpulan haram ini. Kumpulan yakuza ini dipanggil 'unyoke'.
Asal: http://w1.313.com/~u31302275/yakuza4.htm
Zaman Penaklukan
Selepas Perang Dunia Kedua, ketika tentera Amerika menakluk Jepun, mereka melihat kewujudan yakuza sebagai tentangan yang paling berbahaya. Ini menyebabkan mereka menyelidik kegiatan pertubuhan itu. Mereka selesai siasatan pada 1948 dan berpendapat mereka sudah tahu semuanya dengan andaian betapa pertubuhan itu sudah dipadamkan.
Tentera Amerika telah melancarkan program mencatu bekalan makanan. Inilah yang menjadikan kumpulan yakuza menjadi kaya-raya dan semakin berkuasa. Inilah juga yang melahirkan kumpulan yang dipanggil 'gurentai' bermakna penyangak jalanan.
Kumpulan gurentai ini giat berniaga dan merompak dengan menumpukan perhatian kepada minuman keras dan barang makan di pasaran gelap. Mereka boleh dibandingkan dengan kumpulan mafia di Amerika dan pemimpin mereka laksana Al Capone.
Kumpulan Yakuza telah dipengaruhi oleh kesamsengan Amerika yang mereka pelajari daripada wayang Amerika, dan mereka mula berpakaian suit hitam dengan kemeja putih dengan kacamata hitam. Rambut pula dipotong pendek.
Yakuza menjadi lebih kasar dan ganas, sambil mengenepikan pedang panjang kegunaan samurai dulu. Mereka menggunakan senjata api sebagai alat perang mereka. Kini, bukan lagi tuanpunya kedai yang menjadi mangsa mereka. Orang biasapun boleh dirompak dan diugut untuk membayar wang lindungan.
Antara 1958 - 1963, keahlian yakuza meningkat sehingga 150% menjadi 184,000 ahli, lebih ramai daripada keseluruhan angkatan tentera Jepun, yang sudahpun dikurangkan kepada 90,000 sahaja.
Terdapat sekitar 5,200 geng samseng berasingan Yakuza di seluruh Jepun. Mereka telah melakar kawasan sempadan mereka dan inilah yang mencetuskan peperangan sesama mereka untuk memacak kuasa.
Peperangan antara geng itu telah diselesaikan oleh seorang ketua yang bernama Yoshio Kodama. Inilah yang menjadikan beliau naik mencanak sebagai raja yakuza setara dengan Al Capone.
Asal: http://w1.313.telia.com/~u31302275/yakuza5.htm
Organisasi Yakuza
Kumpulan yakuza tidak ambil kisah daripada mana seseorang itu datang, apakah negerinya ataupun apakah kelas hidup seseorang sebelum itu. Seseorang itu diterima menjadi ahli bila-bila masa. Yakuza mengambil kira orang yang dianggap hampas masyarakat. Anggota yakuza boleh jadi orang muda yang telah ditinggalkan oleh ibu bapanya, anak-anak muda yang tidak tahan dengan tekanan pelajarannya, pendatang haram daripada Korea, China dan sebagainya.
Ketua mereka yang terdekat adalah dianggap sebagai seorang bapa. Semua rakan sepasukan adalah komrad ataupun adik beradik mereka. Yakuza bukan sahaja menjanjikan persahabatan tetapi juga wang, status dan kuasa. Setiap ahli diberikan kehormatan bahawa dia mempunyai peranan khas dalam pertubuhannya, berbeza dengan aturan status dalam kumpulan samseng di Amerika Syarikat.
Memang tidak ada syarat tertentu untuk menganggotai kumpulan yakuza. Tetapi, apabila menganggotai sesuatu pertubuhan itu, ada peraturan tertentu yang mesti dipatuhi.
Seseorang yakuza mungkin berbangga kerana memainkan peranan sebagai seorang Machi-yako, yang bermakna pembantu orang ramai. Yakuza telah wujud di Jepun sebelum sebarang mahkamah rakyat diwujudkan. Ini bermakna apabila seseorang rakyat mempunyai masalah dengan anggota masyarakatnya yang tidak dapat diselesaikan oleh ketua suku kaumnya, orang itu boleh merujukkan kepada yakuza tempatan untuk bantuan. Cara masalah itu diselesaikan tentulah bersifat sesuatu yang menakutkan berbanding cara yang mungkin diselesaikan oleh polis tempatan.
Sources
http://lamankm2c.tripod.com/cgi-bin/m/KM2A1/5433.html
[ Last edited by HangPC2 at 21-4-2007 04:11 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Jarang Drama Jepun Menyiarkan gambaran tentang kehidupan orang Jepun Dari Zaman Yamato (Kofun) ke Zaman Heian hanya Zaman Muromachi, Sengoku dan Zaman Edo sahaja Di Filem atau Didramakan mungkin sebab tengok Pakaian Zaman Yamato, Asuka, Nara dan Heian hampir menyerupai pakaian dari China |
|
|
|
|
|
|
|
nape kat tv xde dokumentari psal nie ek yg lbh details.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by eskrem at 20-4-2007 03:46 AM
nape kat tv xde dokumentari psal nie ek yg lbh details..
kalau kau rajin tengok NG (National Geofraphic) ada keluar citer pasal mongol serang jepun |
|
|
|
|
|
|
| |
|