|
Originally posted by sya_sugar_sugar at 11-9-2006 03:36 PM
sang bedal ni... pantang dengan kunyit.
ada satu pawang boya kat Johore dulu2 cakap...
kalu mak menyeberang sungai,
naik sampan ker,
bot ker,
kolek ker,
kayak ker,
perahu ker...
bo ...
mesti masa dulu2 kunyit ni pernah buat jhat ngan boya kot...tu la pasal sampai skrg boya takleh jumpe kunyit..hehehe.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #41 sya_sugar_sugar's post
satu lagi pantang larang pasal buaya nih, org tua2 dulu berpesan jgn basuh kelambu dkt sungai yg ada buaya, nanti buaya tu akan berdendam dgn org yg membasuh tadi.......... apa kaitan...? ntah lar..... |
|
|
|
|
|
|
|
nih buaya yg membaham budak kat s'wak......
|
|
|
|
|
|
|
pergh...ngeri...ngeri... :malu: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by jofizo at 11-9-2006 04:50 PM
satu lagi pantang larang pasal buaya nih, org tua2 dulu berpesan jgn basuh kelambu dkt sungai yg ada buaya, nanti buaya tu akan berdendam dgn org yg membasuh tadi.......... apa kaitan...? ntah lar. ...
kerana nyamuk, kelambu d bakor...
kerana buaya, jangan basuh kelambu, sembur fabreeze jer...
:nerd:
ker...boya tu ingat kelambu tu jaring/jala nak tangkap dia...
[ Last edited by sya_sugar_sugar at 12-9-2006 10:48 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
tinggi betul ilmu pawang boya tu...
alih2 sang bedal tu datang serah diri... setelah semangat dia di'seru'.
ala2 macam bersalah... menyesal...
orang kata kalau nak tahu boya tu
dah baham berapa mangsa yg terdiri dari species manusia...
kena kira berapa giginya yang dah rongak...
kalau 20 orang manusia = 20 batang gigi hilang...? |
|
|
|
|
|
|
|
erk..dorang amik mayat tu tangan bogel-bogel macam tu jer.. x pakai glove ker...
kulit di jual kaya wooo.... |
|
|
|
|
|
|
|
Buaya baham budak mati makan umpan pawang
KUCHING: Buaya yang dipercayai membaham kanak-kanak berusia 12 tahun di Kampung Bako di sini, minggu lalu, ditemui mati akibat termakan umpan pawang buaya, petang semalam.
Bangkai reptilia sepanjang tiga meter itu ditemui terapung di Kuala Selaik, Santubong, kira-kira jam 3 petang sebelum dibawa ke jeti Bako dekat sini jam 10.20 malam tadi.
Seorang penduduk berkata, bangkai buaya itu dijumpai kira-kira satu jam perjalanan perahu panjang dari kampung berkenaan.
Difahamkan, pawang buaya dari Samarahan, Cheek Inu, 70, memasang umpan ayam di beberapa tempat strategik di Sungai Sarawak pada Khamis dan Jumaat lalu.
Cheek sebelum ini dikatakan memberitahu bahawa buaya yang membaham kanak-kanak itu, Mohd Azuan Hatta, akan mati apabila memakan umpan berkenaan.
Dalam kejadian 3 September lalu, pelajar Sekolah Kebangsaan Kampung Bako itu dilaporkan dibaham seekor buaya ketika mencari ketam di Sungai Sarawak, kira-kira 300 meter dari rumahnya di Kampung Bako pada jam 3.30 petang.
Rakan mangsa, Sulaiman Matsakani, 15, pula terkena libasan ekor reptilia berkenaan, tetapi dapat menyelamatkan diri sebelum mendapatkan bantuan penduduk.
Buaya berkenaan daripada spesies Crocodylus porosus atau buaya air masin, dipercayai berjemur di tebing sungai sebelum menerkam mangsa yang berenang di belakang rakannya.
Sebaik mendengar berita penemuan bangkai buaya berkenaan, penduduk memenuhi jeti Bako untuk melihat reptilia yang dikatakan membaham kanak-kanak terbabit.
Serangan buaya dikatakan tidak pernah berlaku di kampung berkenan dalam tempoh 40 tahun.
Timbalan Ketua Balai Polis Gita Kuching, Sub-Inspektor Shamsudin Hassan, berkata pihaknya belum dapat memastikan sama ada buaya itu adalah reptilia yang membaham kanak-kanak terbabit.
Buaya itu dikatakan akan dibedah bagi melihat kemungkinan masih ada sisa mayat mangsa di dalam perutnya. |
|
|
|
|
|
|
hantu1 This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
YaNnIe This user has been deleted
|
Originally posted by toaster at 11-9-2006 06:50 PM
pergh...ngeri...ngeri... :malu:
kesian....aku tengok budak tu...hitam dah dalam perut |
|
|
|
|
|
|
|
Penduduk terus buru buaya baham pelajar
Oleh ABD. HALIM HADI
KUCHING 1 Okt. |
|
|
|
|
|
|
|
Penduduk bunuh tiga buaya 憈idak bersalah
Oleh SAYED HESHAM IDRIS
TUMPAS... Penduduk Kampung Bako melihat buaya yang berjaya ditangkap awal pagi semalam.
--------------------------------------------------------------------------------
KUCHING 2 Okt. - Empat ekor buaya telah ditangkap dan tiga daripadanya dibunuh serta dibelah perut, namun penduduk Kampung Bako, dekat sini masih kebingungan kerana tidak ada tanda-tanda bahawa reptilia tersebut membaham kanak-kanak berusia 12 tahun, sebulan lalu.
Hari ini, seekor buaya sepanjang lebih lima meter berjaya ditangkap oleh penduduk yang dikatakan mendapat permit khas daripada Sarawak Forestry untuk memburu, menangkap dan membunuh buaya di Sungai Sarawak.
Buaya jantan seberat hampir setengah tan itu ditangkap selepas reptilia tersebut memakan umpan jerat yang dipasang oleh seorang bomoh buaya, Nyaleh Mandi dari Lundu.
Ia merupakan buaya terbesar ditangkap berbanding dua ekor buaya yang ditangkap sebelum ini.
Buaya itu kemudian dibunuh dan dibelah perutnya bagi memastikan sama ada ia reptilia yang membaham pelajar berkenaan tetapi hampa kerana tidak ada tanda-tanda ia memakan manusia .
Ia ditemui oleh pasukan memburu buaya dianggotai penduduk kampung pada pukul 6.30 pagi di Sungai Sarawak selepas ia memakan umpan jerat sebelum dibawa ke jeti Kampung Bako pada pukul 7.30 pagi.
Kira-kira empat jam kemudian, seekor lagi buaya kecil betina turut ditangkap.
Buaya kecil itu bagaimanapun tidak dibunuh sebaliknya disimpan di Taman Hidupan Liar, Matang dekat sini.
Buaya besar yang ditangkap hari ini bagaimanapun disahkan bukan buaya yang membaham Mohamad Azuan Hatta pada 3 September lalu apabila tiada cebisan atau tulang manusia ditemui dalam perut reptilia itu selepas dibelah.
Dua ekor buaya yang ditangkap sebelum ini menjadikan jumlah reptilia berjaya ditangkap selepas kejadian pelajar dibaham reptilia ganas itu pada awal bulan lalu kepada empat ekor. Tiga ekor daripadanya telah dibunuh dan dibelah perutnya.
Kelmarin, penduduk Kampung Bako berjaya menangkap seekor buaya jantan bersaiz 3.35 meter panjang dan 0.4 meter lebar selepas ia memakan umpan jerat.
Sementara itu, bapa mangsa, Hatta Ariffin, 36, berkata, beliau belum pasti sama ada masih lagi mahu meneruskan hasrat memburu buaya yang membaham anaknya.
憫Jika masih ada orang kampung sudi membantu, saya akan meneruskan operasi memburu buaya ini. Jika saya seorang, sukar untuk saya melakukannya kerana saya tidak mempunyai kelengkapan terutama bot, |
|
|
|
|
|
|
|
Tidak wajar bunuh semua buaya
Oleh BINTU RASYADA ABD. RAHMAN
KUALA LUMPUR 2 Okt. |
|
|
|
|
|
|
|
Misteri buaya baham Mohd. Azuan mungkin terjawab
|
|
|
|
|
|
|
Sarawak Forestry tamatkan operasi buaya
Oleh SAYED HESHAM IDRIS
KUCHING 3 Okt. |
|
|
|
|
|
|
| |
|