|
Nicol mahu pertahan No. 1
Oleh WAN NAJIB WAN DAUD
PULAU PINANG ? Mengekalkan kedudukan nombor satu dunia menjadi sasaran ratu skuasy negara, Nicol David tahun depan.
Nicol, 23, yang berjaya mempertahankan kejuaraan dunia, merangkul pingat emas Sukan Asia serta merampas semula mahkota nombor satu dunia tahun ini berazam untuk memenangi sebanyak mungkin kejohanan tahun depan.
Menurut juara Terbuka Britain dua kali itu, walaupun tiada kejohanan besar dalam kalendar skuasy antarabangsa sepanjang 2007, ia tidak bermakna dia boleh berehat serta melepaskan ranking nombor satu dunia.
?aya akan menyertai banyak sirkit kejohanan dunia memandangkan tiada acara sukan besar tahun depan dengan keutamaan adalah mengutip sebanyak mata untuk mengekalkan kedudukan sekarang,? kata Nicol ketika selepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang selepas tiba dari Doha, Qatar, semalam.
Sambutan tersebut dianjurkan Majlis Sukan Negeri (MSN) Pulau Pinang yang diketuai oleh pengarahnya Ramli Salleh dan turut disertai 300 pelajar dan pelatih skuasy negeri.
Turut menyambut Nicol adalah ibunya, Ann-Marie David yang kelihatan berpelukan dengan anaknya sebelum memberi sejambak bunga.
Dalam perlawanan akhir skuasy wanita Sukan Asia, Nicol membalas dendam di atas kekalahan kepada Rebecca Chiu di Busan, empat tahun lalu apabila mudah menumpaskan pemain Hong Kong itu 9-0, 9-3, 9-3.
Selain muncul juara dunia dan merampas pingat emas Sukan Asia, Nicol juga merupakan pemenang enam kejuaraan antarabangsa sepanjang 2006 - Kejohanan Asia, Cabaran Qatar Airways, Terbuka Malaysia, Terbuka Pulau Pinang, Terbuka Britain dan Terbuka Hong Kong.
Lewat petang semalam, Nicol juga diraikan dalam majlis penghargaan kejayaannya oleh kerajaan negeri dan Ketua Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon. |
|
|
|
|
|
|
|
Peluang Nicol kekal gelaran Wispa
Oleh Harris Rajahdin
FENOMENA skuasy wanita dunia, Nicol Ann David berpeluang mencipta sejarah sebagai pemain pertama mengekalkan gelaran Pemain Tahunan Persatuan Pemain Wanita Profesional Antarabangsa (Wispa) apabila diletakkan sebagai calon pilihan utama anugerah itu pada malam skuasy dunia 2006 di Kelab RAC, London, hari ini.
Nicol, pemain nombor satu dunia, memburu gelaran keduanya selepas meraih anugerah itu pada majlis yang julung kali diadakan tahun lalu di London. Sebelum itu, ratu skuasy negara itu juga pernah dinobatkan sebagai pemenang anugerah Pemain Muda Wanita Terbaik Dunia 2004.
Majlis anjuran Peter Nicol's Eventis Sports Marketing bersama Persekutuan Skuasy Dunia (WSF), Persatuan Skuasy Profesional (PSA) dan Wispa mencalonkan pemain England, Tania Bailey, 27 dan Natalie Grinham, 28 dari Australia bersama Nicol bagi merebut gelaran itu.
Namun, Nicol dilihat memiliki kelebihan atas prestasinya berada di puncak dunia selama 8 bulan daripada keseluruhan 2006 dengan hanya keciciran di tempat kedua daripada Mac hingga Jun.
Di samping itu, kejayaannya merangkul enam kejohanan profesional daripada lapan yang disertainya termasuk mengekalkan dua gelaran grand slam |
|
|
|
|
|
|
|
Kiraan skuasy 11 mata
Oleh Harris Rajahdin
DUNIA skuasy wanita bakal direvolusikan dengan pengenalan sistem pemarkahan 11 mata berbanding sebelumnya yang meletakkan sembilan sebagai mata penamat.
Namun pemarkahan baru itu tidak diperkenalkan secara menyeluruh, sebaliknya sebagai ujian dalam beberapa siri kejohanan Persatuan Skuasy Profesional British (BSPA) pada musim 2006/07 ini.
Ujian ini dipersetujui atas inisiatif lembaga Persatuan Pemain Skuasy Wanita Antarabangsa (Wispa) dengan kejohanan Terbuka Artemis, Edinburgh pada 25-28 Januari menjadi medan pertama sebelum ia dilanjutkan kepada Terbuka Ilkley pada 2-4 Februari.
揇engan PSA (badan profesional lelaki) mengesahkan mereka mahu kekal sistem 11 mata, lembaga Wispa membuat keputusan untuk menilainya sebagai alternatif kepada sistem pemarkahan yang kami gunakan ketika ini.
揘amun saya mahu tegaskan semua acara jelajah Wispa akan terus dimainkan sehingga sembilan mata, |
|
|
|
|
|
|
|
Beng Hee hanya rehat sehari
Oleh Nor Faizah Mohamed
TIADA istilah rehat bagi Ong Beng Hee sepanjang musim baru ini malah pemenang pingat emas Sukan Asia Doha 2006 itu tidak sabar untuk kembali beraksi.
Beng Hee sekadar memperuntukkan sehari sebagai tempoh rehatnya sejak kembali ke tanahair menjelang cuti Hari Natal, dua minggu lalu dan tempoh cutinya diisi dengan dua sesi latihan di Astaka Petaling Jaya serta Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil.
揝aya tak perlu rehat terlalu lama. Banyak kejohanan yang perlu diberi tumpuan sepanjang tahun ini untuk perbaiki ranking saya.
揝aya sudah tetapkan sasaran paling besar untuk 2007 - berada dalam kelompok 10 terbaik dunia dan saya perlu berada sekurang-kurangnya antara empat finalis di setiap kejohanan yang akan saya sertai, |
|
|
|
|
|
|
|
SQUASH: SRAM out to re-hire Jamshed
03 Jan 2007
THE SRA of Malaysia (SRAM) is are seriously considering re-hiring experienced Pakistani coach Jamshed Gul to assist national players Ong Beng Hee and Azlan Iskandar when they return to compete in professional tournaments in Asia.
Jamshed, who coached the national junior and seniors squads between 1999 and 2004, has already had an informal meeting with SRAM president Datuk Sani Karim and if an adequate offer is made, with sufficient funding, the former is likely to start work soon. begin his second stint soon.
Beng Hee wants to spend more time closer to home to prepare for tournaments in the region while Azlan returns at least twice year and to undergo conditioning training in Kuala Lumpur.
The duo抯 predicament is that there are no top class coaches back home where they can rely on and having worked with Jamshed on a regular basis, the Pakistani could well be on his way to KL.
揥e are seriously exploring the possibility of hiring Jamshed to also expand the strength of the existing coaching. we already have. However, this depends on funding, which we have to discuss with the National Sports Council (NSC), |
|
|
|
|
|
|
|
Skuasy langkah kanan
MALAYSIA bermula baik pada hari pertama, kejohanan Terbuka British Remaja 2007 apabila hanya seorang pemain gagal ke pusingan kedua di Sheffield, malam kelmarin.
Mengetuai kemaraan adalah juara bawah 17 perempuan Terbuka Scotland Remaja yang baru dinobatkan Sabtu lalu, Low Wee Wern yang mudah membenam Julianne Couttice daripada England 9-3, 9-0, 9-0 di pusingan pertama.
Dalam saingan lain, Zulhijjah Azan (gambar) meneruskan prestasi baik dengan mengatasi Rebecca Smolinski dari England, 9-2, 9-0, 9-1. Nessrine Ariffin pula mengecewakan Surbhi Misra dari India, 9-3, 9-4, 9-3. Kekecewaan tunggal malam kelmarin hadir apabila Rachael Goh kecundang kepada pemain Switzerland, Jasmin Ballman, 8-9, 9-6, 4-9, 10-9, 3-9.
Kategori B-19 lelaki menyaksikan Elvinn Keo mengatasi Thomas Reboul dari Perancis, 9-4, 9-1, 9-3; Muhd Asyraf Azan mengenepikan pemain Belgium, Arnaud Dedecker 9-2, 9-2, 9-0 manakala Choong Kam Hing menyingkirkan Jim Bristow dari England, 1-9, 9-3, 6-9, 9-4, 9-0
Juara B-17 di Edinburgh, Ivan Yuen menyambung rentak baiknya dengan menundukkan Mamoon Abdul Qayum dari Pakistan, 9-5, 9-0, 9-0; Kamran Khan menundukkan pemain India, Karen Malik, 9-5, 9-3, 9-0, Cheong Kah Wah meraih kemenangan ke atas Hugo Varela dari Sepanyol, 9-6, 9-3, 9-0 dan Marcus Yuen pula tidak menghadapi masalah mengenepikan Alexander Hodgetts dari England, 9-4, 9-5, 9-0 |
|
|
|
|
|
|
|
Beng Hee seeks spot among the world's top 10 this year
PETALING JAYA: Fresh from retaining the Asian Games gold medal in Doha last December, Malaysia抯 Ong Beng Hee is eyeing a top-10 place in the world rankings list.
Beng Hee, 26, said the win had boosted his confidence to perform well in the upcoming Canadian Classic in Toronto beginning on Monday until Jan 12 and the Windy City Open in Chicago from Jan 15-23.
He will also participate in the Dayton Open in Ohio from Jan 24-29 before returning to Malaysia to compete in the CIMB Kuala Lumpur Open in March and the Qatar Open in April.
揑t was my initial target to be among the top 10 in the world. I didn抰 achieve it in 2006 and I抦 hoping that 2007 will be a better year for me. I hope I抣l be able to make the top 10 by May or June.
揂s such, the first four months of this year will be very hectic for me as I抣l be competing in four tournaments, |
|
|
|
|
|
|
|
saya main squash - just nak peluh2 kan badan
pandai tu tak la -
main pun kat clark hatch - sebab ada
squash court --
yang best re: squash ni - main 20 min full pun
dah boleh peluh habis!! -- very fast sports and
fun ----
*hari tu nampak gak mokhzani main kat court sebelah -
bodyguard dia badan sekeping aje- tunggu dia ke sini
sana -- (masuk locker pun - ikut ishhhhhh ;) )
- selit gossip pulak ye |
|
|
|
|
|
|
|
Nicol catat satu lagi sejarah dunia
RATU skuasy negara, Nicol Ann David menempa sejarah apabila terpilih sebagai ahli sukan pertama dari Malaysia dan kedua dunia untuk menerima anugerah ahli kehormat seumur hidup iaitu Golden Key International Honour Society (GKIHS).
Anugerah berprestij dari kelab komuniti antarabangsa yang bukan bermotif keuntungan berpangkalan di Amerika Syarikat, sebelum ini diberi kepada perenang bintang Australia, Ian Thorpe.
Nicol nyata gembira kerana ia adalah satu-satunya pengiktirafan akademik yang pernah diterima setakat ini, selain dilantik sebagai Duta Rancangan Pembangunan Bangsa-bangsa Bersatu (UNDP).
揝aya bangga menerima anugerah yang diiktiraf bukan saja di peringkat antarabangsa malah tempatan. Bukan mudah menempatkan diri di kalangan ahli akademik yang mencipta kejayaan cemerlang dalam pelajaran. Saya bangga kerana pencapaian saya dalam bidang sukan dan pelajaran turut diiktiraf golongan ini, |
|
|
|
|
|
|
|
Squash: Fine starts for Ong and Azlan in Toronto
10 Jan 2007
ONG Beng Hee and Azlan Iskandar made winning starts in the first Super Series event of the year, the US$80,000 (RM280,480) Canadian Classic, in Toronto on Monday.
Beng Hee had little problem beating Simon Rosner of Germany 11-8, 11-4, 11-8 in 33 minutes, while Azlan was hardly tested when snatching a 11-3, 11-4, 11-4 win over Canada抯 Matthew Guiffre in 26 minutes.
However, both players face tough second round matches scheduled for late yesterday.
Beng Hee is due to meet fifth seed Anthony Ricketts of Australia and Azlan taking on World No 1 Amr Shabana of Egypt |
|
|
|
|
|
|
|
Azlan kejutkan pemain no. 1 dunia
KUALA LUMPUR |
|
|
|
|
|
|
|
baru start main squash jugak...
huhu....
belajar dari adik.
baru start gak so sesapa nak ajak main...bole la kot...
heheh...
seronok gak main squash nih. cepat giler berpeluh. |
|
|
|
|
|
|
|
Beng Hee cari rentak
Oleh Nor Faizah Mohamed
ONG Beng Hee masih tercari-cari rentak permainan sebenar bagi permulaan musim ini meskipun berjaya melepasi pusingan pertama Kejohanan Terbuka Windy City di Chicago, semalam
Pemain ke-16 dunia itu mengalahkan pemain kelayakan dari England, Stacey Ross 11-7, 13-11, 11-6 dalam tempoh 38 minit.
Beng Hee bagaimanapun gagal mengembalikan keyakinan dirinya sepanjang menentang Ross selepas kecundang di tangan pemain Australia, Anthony Ricketts dalam pusingan kedua Kejohanan Klasik Kanada Pace, Toronto, minggu lalu.
揝aya cuba serapkan permainan sendiri tapi semua tidak berhasil terutama selepas dikalahkan Anthony dan keyakinan saya hilang begitu saja.
揝aya sangat gementar ketika menuju ke gelanggang. Tapi, saya bernasib baik kerana Stacey terlalu letih untuk bermain dengan baik selepas mengharungi perlawanan panjang, semalam (kelmarin).
揔eletihannya sangat ketara dan itu banyak pengaruhi permainannya.
揃oleh dikatakan faktor nasib banyak membantu saya di sini. Selepas keputusan buruk di Toronto, saya kini perlu berusaha lebih keras dan buktikan kemampuan saya sepanjang minggu ini, |
|
|
|
|
|
|
|
Skuasy: Beng Hee, Azlan ke suku akhir
KUALA LUMPUR |
|
|
|
|
|
|
|
Skuasy: Beng Hee buat kejutan
KUALA LUMPUR |
|
|
|
|
|
|
|
Beng Hee terkandas
KUALA LUMPUR |
|
|
|
|
|
|
|
Nicol dapat pengalaman baru
KUALA LUMPUR |
|
|
|
|
|
|
|
Skuasy: Wee Wern, Wee Nee mara ke suku akhir
KUALA LUMPUR |
|
|
|
|
|
|
|
Beng Hee hampiri kejuaraan skuasy
KUALA LUMPUR - Pemain lelaki nombor satu negara, Ong Beng Hee menghampiri kejuaraan antarabangsa pertamanya tahun ini apabila mara ke perlawanan akhir kejohanan skuasy Terbuka Ilkley di England, semalam.
Beng Hee, pilihan pertama bagaimanapun dikejutkan dengan kekalahan pada set pertama sebelum bangkit mencatat kemenangan 8-11, 11-5, 11-4, 8-11, 11-5 ke atas pemain England, Simon Parke.
Menanti pemain nombor 16 dunia itu pada perlawanan akhir hari ini adalah seorang lagi pemain tuan rumah dan pilihan ketiga, Scott Handley.
Handley lebih bernasib baik kerana tidak perlu mengerah keringat untuk melepasi separuh akhir selepas lawannya iaitu pilihan kedua, Stacey Ross menarik diri kerana kecederaan.
Dalam perlawanan semalam, kepantasan yang dipamer Parke di set pembukaan memerangkap Beng Hee yang ketinggalan sehingga 6-0 sebelum akur dengan kekalahan 8-11.
Bagaimanapun, Beng Hee yang berusaha menempatkan diri dalam kelompok 10 terbaik dunia kembali dengan aksi lebih meyakinkan pada set kedua dan ketiga dengan memenangi saingan 11-5 dan 11-4. |
|
|
|
|
|
|
| |
|