|
Originally posted by captain_scubby at 18-1-2007 07:26 AM
tk semua.....aku cuma ada a walk to remember...dan the notebook ni aku baru abis baca...itu yg aku boleh tulis ayat2 dlm novel tu.....skrg ni aku tgh baca ayat-ayat cinta....baru beli semalam....
scubby aku dah baca ayat-ayat cinta.. bestkan.. tak apa ko baca bagi habis dulu.. lepas tu kita discuss tentang buku tu... |
|
|
|
|
|
|
|
kepadamu kukirimkan salam terindah,
salam sejahtera para penghuni syurga,
salam yang harumnya melebihi kesturi,
sejuknya melebihi embun pagi,
salam hangat sehangat sinar mentari waktu dhuha,
salam suci sesuci air telaga Kautsar yang jika direguk akan menghilangkan dahaga selama-lamanya,
salam penghormatan, kasih dan cinta yang tiada pernah pudar dan berubah dalam segala musim dan peristiwa.
Ayat-ayat cinta-Habiburrahman El shirazy |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by captain_scubby at 19-1-2007 01:07 PM
kepadamu kukirimkan salam terindah,
salam sejahtera para penghuni syurga,
salam yang harumnya melebihi kesturi,
sejuknya melebihi embun pagi,
salam hangat sehangat sinar mentari waktu dhuha,
...
dah habis baca ke? |
|
|
|
|
|
|
|
'jika awan itu dapat ku capai,maka saktilah hamba'...Laksamana Sunan dl Bagaikan Puteri
'biarkan pedang yg berkata-kata'.....Noriko dlm Hatiku Di Harajuku |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by fuzzywuzzy at 24-4-2007 06:09 PM
Boys are stupid. Throw rocks at them! - Jo, 5T5B.
hahaha...  |
|
|
|
|
|
|
|
'Death is only a beginning' - 5 ppl you meet in heaven by Mitch Albom |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
"Everyone on earth has a treasure that awaits him. Wherever your heart is, there you will find your treasure" - The Alchemist, Paulo Coelho |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
"Salahkah aku jika cemburu, salahkah aku kerana merajuk, salahkah aku kerana marah? Semua perasaan itu bukan aku yang pinta, tetapi kerana aku mencintaimu..." - Benji (Mencintaimu) |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sebenarnya aku ini mengapa ya?
Sering sangat berubah laku dengan tidak menentu
Kadang ketawa penuh berlagu hingga melebihi
jangkauan batasan kelucuan
Dan tiba-tiba sahaja berarak mendung di wajah kelabu
Menjadi diri sendiri tidak mengerti
Bencana apakah yang telah menimpa diri?
Sebenarnya kau ini, kenapa ya?
Sering sekali mengganggu
ruangan hati yang sempit
Dengan permainan di sebalik warna tinta
Tanpa ada sebarang perutusan perkhabaran berita
Sekadar namaku tertera pada penulisanmu
Terlalu sukar untuk aku memahami
Kelakuan dalam bicara penamu itu terlalu abstrak
Terasa sungguh menyulitkan keadaan hati!
Sebenarnya keadaan kita ini apa ya?
Sering sahaja bersikap begitu dan begini
Sesama kita seperti tidak mahu menghuraikan
Suatu tafsiran dari kitab hati untuk diterjemahkan
Menjadi satu baris ayat yang panjang
Tetapi terfikirkah kita
Betapa lama waktu dan musim kita persiakan
Sampai bilakah kita harus meneruskan sandiwara
Di pentas kepura-puraan berpanjangan
Tanpa ada titik permulaan
Tanpa ada nokhtah pengakhir kisah!
( SETELUS IMPIAN - ZULAILA ZAKARIA ) |
|
|
|
|
|
|
|
Setelus Impian - Zulaila Zakaria
Jauh di sudut kata, jodoh bukan milik kita
Jauh di sudut rasa, moga takdir masih ada untuk kita
Moga bersua pandang semula sepertimana
Saat-saat indah pertemuan itu mengubah kisah
Kali pertama bertentang mata lantas bertemu
Kekal bertamu di sudut hatiku
dan biarlah ianya di situ sampai bila-bila
Kerana tiada siapa yg tahu apa yg bakal berlaku.....
Sesunguhnya angin kenangan masih menderu
Membawa dedaun ingatan berguguran
Membisikkan gemersik lagu asyik nada rindu
Lantas bertaburan diperdu kasihku
Yang masih setia menanti hadirmu..
SETELUS IMPIAN - ZULAILA ZAKARIA |
|
|
|
|
|
|
|
Sara Kirana - Ramlah Rashid
Perkahwinanku dengan Zulfakar
kerana dijodohkan
Perpisahan dgn lelaki itu sudah ditakdirkan
Pertemuan semula aku dan Zahrin, satu ketentuan
Aku pasrah dalam kedukaan
Tapi, apakah satu kesilapan?
Aku mencintai Zahrin selepas abangnya?
Aku tahu, buat kali keduanya
Aku telah mengecewakan mama dan papanya
Mama... Sara tak berdaya
Meski cinta Zahrin mekar mewangi
Namun penuh duri Aku tidak berupaya mencabut
duri dan sembilu itu
Kerna bayangan Zulfakar sentiasa menghantui
Aku tahu, cemburu itu tandanya sayang
Namun cemburu juga membunuh aku dan Zahrin
Hingga aku dan Zahrin... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
polar..
panjangnya....ni dah boleh buat satu novel...
[ Last edited by nhuda at 18-5-2007 04:08 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by nhuda at 18-5-2007 03:58 PM
polar..
panjangnya....ni dah boleh buat satu novel...
ye..ke... minat sgt kata-kata ni...  |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by polar at 18-5-2007 04:12 PM
ye..ke... minat sgt kata-kata ni...
panjang ssangat..rasa mcm baca buku tu plak... |
|
|
|
|
|
|
|
~ "A memory of true love is like a favorite song; no matter how many times it plays again, you never get tired of it." ~
~ "I love you not for what you are, but for what I am when I am with you." ~
~ "The smallest word I know is 'I', the sweetest word I know is 'love', and the only thing that will remind me of that will be 'you'." ~
~ "To the world you may be one person, but to one person you may be the world." ~
~ "I wrote your name in the sand, but the waves washed it away. I wrote your name on a pieces of paper, but it got thrown away. I wrote your name in the sky, but the wind blew it away. So, I wrote your name in my heart and that's where it wll stay." ~
~ "Tuhan memberi kiita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya." ~
~ "Bila kamu sukakan seseorang, kamu sukakannya tanpa sebarang kekurangan. Bila kamu menyintai seseorang, kamu menyintainya dengan kekurangan." ~
*Atas Nama Cinta, m/s 581 & 582* - Bikash Nur Idris |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by t10k at 24-5-2007 12:32 PM
~ "A memory of true love is like a favorite song; no matter how many times it plays again, you never get tired of it." ~
~ "I love you not for what you are, but for what I a ...
hish bukan ke atas nama cinta ni lili suriani yg tulih... bukan buku bikash kan... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|