CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Books compilation by Syd

[Copy link]
Post time 6-10-2007 06:42 PM | Show all posts
tadi nampak kat kino,klcc. macam best je dpt hadiah buku cenggini :p
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-10-2007 11:09 AM | Show all posts
ULASAN BUKU
Judul: Life is an Open Secret
Penulis: Zabrina A. Bakar
ISBN: 978-983-43538-0-3

Penerbit: Wise Words Publishing
Pengulas: AZLINARIAH ABDULLAH

PENYUMBANG dunia penerbitan, Shaharom T.M Sulaiman pernah menulis bahawa buku itu bukan benda mati walaupun secara zahirnya ia tidak bernyawa.

Buku tulisannya, Ada Apa Dengan Buku (2001) dan Buku Kekasih (2004) memetik Roberts D. Downs, seorang penulis buku klasik Book That Changed The World (1956), sebagai menyebut buku itu tidak hidup atau bertenaga, tetapi ia juga tidak mati sebaliknya memberi rangsangan.

Kalau kita bersetuju, telah banyak ditemui bukti bahawa buku bukanlah benda yang 憁ati
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2007 10:16 PM | Show all posts
the first book i'll buy when i touchdown at KLIA this november...

thanks Syd!
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2007 10:16 PM | Show all posts
double posting...          

server bengongs

[ Last edited by  redsinner at 22-10-2007 10:18 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2007 10:28 AM | Show all posts
aku pun dah baca

kat MPH alamanda

RM30 tak silap harganya

lawak..gelak sensorang aku
gelak pun gelak gak

tapi fikiran ligat digest
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2007 02:30 PM | Show all posts

Books compilation by Syd

Buku Mengenai Samy Vellu Dilancar Esok


PUTRAJAYA, 24 Okt (Bernama) -- Sebuah buku bertajuk "Samy Vellu -- As We Know Him" (Samy Vellu -- Seperti Yang Kita Kenali) akan dilancarkan esok.

Buku "coffee table" itu menceritakan tentang pemimpin masyarakat India iaitu Datuk Seri S.Samy Vellu yang juga Ketua MIC dan Menteri Kerja Raya.

Buku tersebut yang disusun oleh Chitra Vasu mengandungi 97 artikel yang ditulis oleh mereka yang rapat dengan beliau.

"Buku ini yang akan dilancarkan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Rais Yatim bukan merupakan sebuah autobiografi tetapi menceritakan tentang Samy Vellu menerusi kaca mata mereka yang rapat dengannya.

"Ia menceritakan tentang pertemuan pertama mereka dengan beliau. Ia mengandungi tujuh bab -- keluarga, pemimpin MIC sekarang dan yang veteran, tokoh Malaysia, rakan, pembantu dan penduduk kawasan Sungai Siput," beritahu Chitra kepada Bernama baru-baru ini.

Buku setebal 300 muka surat itu turut memuatkan lebih 300 gambar Sammy Vellu yang jarang dilihat.

Buku itu boleh dianggap sebagai sebuah pendokumen mengenai seorang tokoh yang mengetuai masyarakat India sejak tiga dekad lepas, kata Chitra.

"Saya mendapat idea (mengumpul buku ini) pada ulang tahun hari lahir beliau yang ke-70 pada 8 Mac lepas, apabila naib presiden MIC Tan Sri K.S. Nijhar meceritakan kepada saya tentang Datuk Seri. Ia membuat saya terfikir dan ketika itulah saya bertanya beliau mengenai pertemuan pertamanya dengan presiden MIC itu. Lalu beliau menceritakannya kepada saya.

"Ia adalah menarik dan saya berfikir bagaimana kalau saya turut mengumpul pandangan orang lain semasa pertama kali bertemu Samy Vellu. Saya menyimpan idea tersebut untuk beberapa ketika sebelum menguatkan semangat saya untuk bertanyakan sendiri kepada beliau.

"Beliau boleh menolak idea tersebut tetapi sebaliknya berkata hanya seorang anak perempuan yang akan berfikir untuk berbuat begitu," kata Chitra.

Buku tersebut yang disunting oleh M. Govind Nair dan diterbit oleh MPH Group Publishing akan dijual dengan harga RM140 senaskah.

Pengurus Besar (hal ehwal korporat) MPH Group (M) Sdn Bhd, Donald Kee berkata buat permulaan sebanyak 10,000 buah akan dicetak masing-masing dalam Bahasa Inggeris dan Tamil.

"Ia pertama kali MPH melancarkan buku dalam bahasa Tamil. Kita menjangka ia menghasilkan jualan yang baik. Buku ini akan turut dijual di Singapura," katanya.

Ketua MIC Kuala Lumpur, Datuk M. Saravanan berkata lebih 5,000 masyarakat India akan berkumpul di Pusat Dagangan Dunia Putra semasa pelancaran versi Tamil Jumaat ini sebagai menunjukkan sokongan kepada Samy Vellu.

-- BERNAMA


[ Last edited by  limau_nipis at 25-10-2007 08:17 AM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-10-2007 02:41 PM | Show all posts
elok le..
bleh beli nih..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2007 02:44 PM | Show all posts
rm140 sebijik ??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-10-2007 02:45 PM | Show all posts
banyak gambo tuh
nanti nak singgah kat MPH laaa

nak tgk gambo samy waktu memuda
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2007 03:07 PM | Show all posts
erk...RM 140??
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2007 03:08 PM | Show all posts
buku coffee table ni org beli utk souvenir je. letak kat meja kopi kat waiting area ofis. org pun bukan nak baca sangat. selak2 skit je
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2007 03:44 PM | Show all posts
kalau samy bulu ada 1 buku sendiri, opah aku patut ada 18 buku dah..
nonsense..
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2007 08:44 AM | Show all posts
i am merging all books compilation by Syd
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2007 10:52 AM | Show all posts
Anwar tulis buku pengalaman di penjara
31-10-2007 09:55:29 PM
Oleh FATHI ARIS OMAR  

PETALING JAYA:  Selain berdepan dengan isu klip video kehakiman dan Badan Pencegah Rasuah, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini sedang sibuk menyiapkan buku tentang pengalaman hidupnya sewaktu dipenjarakan di Sungai Buloh selama enam tahun.

Berbeza daripada bukunya dua tahun lepas Warkah Anwar: Surat-surat dari Penjara 1998-2004, buku baru ini memuatkan rakaman kehidupan peribadinya dari masa beliau dimasukkan ke situ pada 1998 sehingga dibebaskan penghujung 2004.

Buku ini merakamkan kehidupan harian Anwar, berbeza buku dulu yang merupakan catatannya yang diseludup keluar untuk diterbitkan di media milik parti pembangkang, kata sumber-sumber yang dekat dengan projek buku itu kepada mStar Online.

Selain dakwaan konspirasi politik, ketegangan beliau dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, pergelutan kuasa dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan usaha-usaha membebaskannya, Anwar juga menyentuh isu-isu kecil seperti kebersihan tilam, masalah tikus, ragam kehidupan peribadi pegawai penjara, masalah peribadi banduan  dan cara memberus gigi dengan betul.

Bekas timbalan perdana menteri itu juga merakamkan skandal pegawai Bank Negara dalam pertukaran mata wang, gelagat "keanak-anakan" beberapa pemimpin Umno yang menyusahkannya menjelang kejatuhannya pada September 1998 dan perasaannya apabila kehilangan orang-orang kesayangan, termasuk ibunya Che Yan Hamid pada 2001.

Beliau juga memuatkan istilah-istilah khas yang digunakan di kalangan banduan, lagu-lagu lama yang selalu dinyanyikannya, kisah pegawai penjara putus tunang dan seorang banduan yang menghidap HIV yang meminta berus gigi daripadanya, tiba-tiba kemudian meninggal dunia akibat luka di bahagian mulut.

Menurut Anwar, kata penyusun buku tersebut, istilah "basah" bermaksud ditangkap apabila melanggar peraturan penjara, "petik" bermakna membocorkan rahsia kepada pegawai, "habuk" (rokok), "air panas" (apabila penjara mengesan usaha penyeludupan) dan "padam" (mati).

Katanya lagi, Anwar menulis tentang gelagat pegawai-pegawai penjara yang memantaunya di dalam sel sewaktu beliau sedang membaca buku dan menulis.

"Ada pegawai tertentu berdiri di belakang Anwar sewaktu dia baca buku, baca al-Qur'an dan menulis. Anwar tegur supaya dia tidak mengganggunya tetapi dijawab pegawai itu, 'ini memang kerja saya'," katanya, yang enggan dikenali.

Penasihat PKR itu juga merungut tentang banyaknya tikus di penjara, sambil mengenangkan kempen mengawal tikus sewaktu beliau sebagai Menteri Pertanian pertengahan 1980-an. "Dia tidak sangka, masalah tikus ini masih tidak selesai-selesai," kata penyusun.

Anwar turut merakamkan kesulitan birokrasi untuk melawat ibunya yang sedang tenat walaupun mereka dirawat di hospital yang sama. "Anwar menulis, beliau sempat menyanyikan lagu 'Ibu' seperti dendangan P. Ramlee di sisi ibunya tidak lama sebelum allahyarham menghembuskan nafas terakhir," katanya lagi.

Pergeseran beliau dengan Dr Mahathir yang berakhir pada 2 September itu turut menjadi bahan catatan Anwar. Menurut penyusunnya, "Anwar jarang bercakap dengan perinci isu tersebut dan tidak ramai yang mengetahuinya."

Sumber itu bagaimanapun enggan menceritakan catatan Anwar tersebut.

Anwar mendapat pengajaran bahawa, sumber itu berkata, penjara bukanlah tempat untuk memulihkan penjenayah. "Baginya, penjara bukan tempat mengajar seseorang menjadi baik. Banduan yang bersalah mencuri motosikal, bila keluar menjadi pengedar dadah," jelas penyusun.

Buku ini dihasilkan daripada catatan hariannya di buku-buku dan helaian-helaian kertas, termasuk sewaktu dirawat di hospital ketika mengalami masalah sakit belakang.

Menurut sumber-sumber, catatan tangan Anwar itu setebal "hampir satu kaki" apabila ditaip semula di sebelah halaman kertas A4.

Bagaimanapun buku itu, yang belum diberikan judulnya, dirancang diterbitkan setebal hanya lebih kurang 300 muka surat.

Sumber-sumber itu enggan mendedahkan bila buku itu akan diterbitkan dan sejauh mana projek penulisan itu telah berjaya disiapkan.

Buku ini dirancang untuk diterjemahkan kepada beberapa bahasa.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2007 12:52 PM | Show all posts
Kisah misteri, seram masyarakat Malaysia


Imaginasi penulis dalam 44 Cemetery Road pasti mendebarkan pembaca

44 Cemetery Road karya Tunku Halim Tunku Abdullah yang menghimpunkan 21 kisah seram dan aneh masyarakat pelbagai kaum Malaysia pasti mendebarkan jika dibaca pada larut malam atau ketika bersendirian.

Buku setebal 334 halaman terbitan MPH Publishing berharga RM32.90 senaskhah ini turut mengemukakan kisah misteri berkaitan roh yang bergentayangan antara bumi dan langit serta makhluk kecil, toyol yang setia berkhidmat untuk tuannya.



Khidmat bomoh bagi memikat wanita dipaparkan Tunku Halim lewat kisah Idris yang berusaha menawan hati rakan sepejabatnya, Zani, selepas beberapa pelawaan untuk keluar bersama gadis itu berkesudahan dengan kekecewaan.

Keinginan Idris untuk bersama Zani akhirnya termakbul apabila suatu malam, gadis itu mengetuk pintu rumahnya dan bersedia memenuhi kehendak pemuda itu, tetapi di luar sedar Idris, Zani sebenarnya sudah pun meninggal dunia beberapa hari sebelum peristiwa terbabit.

Kisah aku dan adiknya, Yusof dan sepupu mereka, Fakir, yang kehilangan duit menyaksikan tiga bersaudara itu saling mengesyaki antara satu sama lain, tetapi demi menjaga hubungan harmoni mengatur langkah memerangkap toyol apabila Fakir memberi alasan duitnya dicuri makhluk terbabit.

Perancangan dibuat untuk memerangkap toyol di kediaman mereka dan ketiga-tiganya terkejut apabila toyol muncul untuk mencuri duit selain keadaan bertambah haru-biru apabila makhluk menggerunkan itu akhirnya cuba bertuankan salah seorang daripada mereka.

Kisah kanak-kanak pulang dari sekolah dan gemar membeli ais krim tidak terlepas daripada perhatian Tunku Halim melalui kisah penjual ais krim berwajah seram dengan dialog:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2007 12:52 PM | Show all posts
eh server nih

memain plak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2007 03:14 PM | Show all posts

Reply #18 minahleter's post

apsal seksa lak? main mahjung haram ke..?
kalo citer dia hisap rokok lebih baik dr mahjung ke?
lgpon rokok difatwakan haram oleh sesetengah negeri...
dan ramai tan sri hisap rokok sekarang ni...
adam x nak pulihara imej dorg ke??

moralnya disini...kebenaran x boleh disembunyikan ..lambat laun akn muncul..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2007 02:20 PM | Show all posts

Unmaking of Malaysia




di petik dari blog

http://www.kudaranggi.blogspot.com/


Unmaking of Malaysia - a best seller

I visited several book shops in Kuala Lumpur today hoping to purchase a few copies of the recently released book - Unmaking of Malaysia by Ahmad Mustapha Hassan - only to be told that 'stok dah habis ' or out of stock.

The last book shop that I went to, Kinokuniya at KLCC, sold all its stock of 30 books and is awaiting new stock. The bookshop assistant told me that several customers were disappointed and asked why only 30 books were offered for sale. Yes, why only 30?

The book is being sought like 'pisang goreng panas' or like hot cakes and is definitely to be a best seller.

Former General Manager of Malaysia National News Agency (Bernama), Ahmad Mustapha Hassan strongly expressed his disappointment with the failed leadership of Prime Minister Abdullah Ahmad (Badawi) or Pak Lah.
Ahmad Mustapha said Pak Lah had failed in his 'mending mission'. Malaysia's leading on-line news portal, malaysiakini.com, quoted Ahmad Mustapha as saying that in his book The Unmaking of Malaysia, to be launched today by former deputy prime minister Tun Musa Hitam.

Ahmad Mustapha, 71, had served as press secretary to two former prime ministers, Tun Abdul Razak and Tun Dr Mahathir Mohamad (then deputy prime minister). He told malaysiakini.com that Pak Lah had to embark on a mending mission as he inherited a country with a lopsided social and economic structure. Abdullah had reverted back to Tun Razak's aim of tackling rural poverty.

"He opted to go back to Razak's original version of eradicating poverty first." Ahmad Mustapha is Mahathir's nephew.

On Pak Lah's 'mending' mission, Ahmad Mustapha said "he started off well, with catchphrases like 'work with me' but no action had been taken. Okay, we sent someone to space but what is there?

"I also thought he would spend more time in the country, particularly in rural areas. But no, he spends more time overseas," he added.

On Dr Mahathir, Ahmad Mustapha said the former prime minister was an "aloof" person and a "man in a hurry." Mahathir had disregarded rules and regulations and broke away from the pattern set by his predecessors.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2007 02:21 PM | Show all posts
by the way penulis buku ini ialah bapak kepada ako mustapha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2007 04:31 PM | Show all posts


Buku ini juga dah masuk best seller list MPH ... Tulisan Awang Goneng atau nama betulnya Wan Hulaimi. Anak2 Teregganu atau sesiapa yang ada kena mengena dengan Teregganu patut beli. Yg tak de kena mengena pun elok beli dan baca untuk membina jati diri


harga:  RM39.90

tapi di MPH Mid Valley sold out, di MPH Bt Bintang sold out, di MPH Subang Parade tinggal satu, di MPH One Utama tinggal 3 sahaja

(as at 3:43 pm today)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 06:23 PM GMT+8 , Processed in 0.067216 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list