CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: bintang^hati

Congrats Dayang & Fans!!! Dayang ke Final IKON Malaysia

[Copy link]
Post time 12-7-2007 01:02 PM | Show all posts
Originally posted by bintang^hati at 12-7-2007 10:57 AM
Pada semua Fans-fans Dayang yg mempunyai Idea dan cadangan untuk perfomance Dayang bagi Peringkat akhir IKON Malaysia, sila kemukakan cadangan anda kepada saya. Sila PM saya secepat mungkin.

I ...


apa kata kita buat TOPIK KHAS utk ni...nanti ko print out la dan serahkan cadangan2 fans yg panjang lebar, bernas lagi berisi tu... ...

cadangan aku jer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2007 02:05 PM | Show all posts
wow..congrates dayang...walaupun tak dpt tengok namun aku sangat gembira...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2007 02:10 PM | Show all posts
Originally posted by burung_pungguk at 12-7-2007 01:02 PM


apa kata kita buat TOPIK KHAS utk ni...nanti ko print out la dan serahkan cadangan2 fans yg panjang lebar, bernas lagi berisi tu... ...

cadangan aku jer



Bukak topik khas?? aku rasa x perlu kot. just PM aku je. itu lebih elok.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2007 03:19 PM | Show all posts
yessss..................yahooo....dayang gi final
Jac
reshmonu tak dapek laks
tahniah dayang aka nandung
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2007 03:21 PM | Show all posts

Reply #40 bintang^hati's post

idea camner nih bintang????
pemilihan lagu or bentuk persembahan ????
tuk lagu rancak, aku cadangkan dayang belajar menari baru gempak
tak mau arrr selalu sangat tengok dia pusing2 cam ina munge tu fobia tol aku
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2007 03:54 PM | Show all posts
Originally posted by pilahdelpia at 12-7-2007 12:33 PM
x tau ler kalau korang perasan ker x... bila aku dengar 3-4 kali dayang nyanyi masa semi-final ari tu, bila masuk lagu rancak tu dia mcm tecungap2 sket, mungkin sbb dah all-out masa nyanyi lagu S ...



x yah pi gym pun xper.wat kat rumah je..joging dlm bilik tu.Dpt 20 minit sehari jd la.Hihi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-7-2007 03:56 PM | Show all posts

Reply #44 bintang^hati's post

BH, aku dh kasik cadangan tu, x pyh pm ko lgi ye...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2007 04:02 PM | Show all posts

Reply #47 syafali's post

ahakzz... kene jugak wei, 20 minit tu x cukup, kurang2 mau 1 jam sehari..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2007 08:07 PM | Show all posts
Originally posted by bintang^hati at 12-7-2007 10:57 AM
Pada semua Fans-fans Dayang yg mempunyai Idea dan cadangan untuk perfomance Dayang bagi Peringkat akhir IKON Malaysia, sila kemukakan cadangan anda kepada saya. Sila PM saya secepat mungkin.

I ...


nak tanya, FORMAT persembahan mcm semi final ke (medley)??? kalau tau format baru la bleh aku syorkan lagu @ konsep yg sesuai...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2007 08:21 PM | Show all posts
pada aku kelemahan dayang ialah die nye breathing...time lagu SMAC tue dapat dgr obvious die catch her breath....sket2 takpe tapi kalo slalu agak terganggu...so suruh lerr dayang buat stamina exercise like jogging ker etc...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2007 10:25 PM | Show all posts
tahniah dayang...meletup 28 ni nanti!
tk kira..nk dia mara semara2 nyaaa
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2007 10:27 PM | Show all posts
Originally posted by bintang^hati at 11-7-2007 08:18 PM
http://img515.imageshack.us/img515/4262/image1au0.jpg
mari, potong kek beramai2.



buat real nk?heheheheh
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2007 10:32 PM | Show all posts
IKON: Dayang dan Jac mara ke 'final'
12-07-2007 12:07:14 PM
oleh WAHIDA ASRANI  

Dayang mara ke peringkat akhir Ikon
(Fail Foto The Star)

Setelah menyaksikan sepuluh artis berentap antara satu sama lain pada peringkat separuh akhir yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 4 Julai lalu, kini hanya empat yang berjaya meneruskan perjuangan mereka bagi merangkul gelaran IKON Malaysia, sekaligus berpeluang bersaing dengan juara IKON Indonesia dan Filipina di peringkat IKON Asean tidak lama lagi.

Kumpulan OAG dan Flop Poppy berjaya mara ke peringkat akhir bagi kategori berkumpulan manakala Jaclyn Victor dan Dayang Nurfaizah pula untuk kategori solo, sekaligus menewaskan Raja SMS, Mawi yang gagal terpilih ke final.

Selain Mawi, lima artis lagi yang gagal mara ke peringkat akhir adalah Farah, Reshmonu, Jinbara, Gerhana Ska Cinta dan kumpulan May.

Pemilihan empat artis tersebut dibuat berdasarkan persembahan mereka pada peringkat akhir lalu yang telah diadili oleh tiga panel juri iaitu komposer terkenal Ramli MS, Jenny Chin dan Mac Chew sebanyak 70 peratus, manakala 30 peratus lagi telah ditentukan menerusi undian SMS.

Walau bagaimanapun, enam artis yang tidak berjaya itu masih berpeluang untuk merebut dua tempat ke peringkat akhir menerusi pusingan wild card, di mana mereka akan turut bersaing dengan sembilan lagi artis yang gagal mara ke peringkat separuh akhir iaitu Adam, Daniel, Dina, Ezlynn, Shanon Shah, Amuk, Def Gab C, Disagree dan Mirwana.

Dengan adanya pusingan wild card tersebut, ini menjadikan kesemuanya tiga artis solo dan tiga artis berkumpulan akan berentap pada pusingan akhir IKON Malaysia yang akan disiarkan secara langsung di Astro Ria pada 28 Julai ini.

Penentuan finalis ketiga bagi setiap kategori ini adalah berdasarkan 100 peratus undian SMS di mana undian boleh dibuat mulai 13 hingga 15 Julai ini.

Pengumuman finalis ketiga yang layak ke peringkat akhir nanti akan dibuat pada 17 Julai ini pada showcase IKON Filipina di Planet Hollywood yang membariskan persembahan tiga artis negara itu iaitu Chris Cayzer, Sitti Navarro dan Kjwan.

Sebuah showcase yang menampilkan tiga artis dari IKON Indonesia iaitu Sania, Astrid dan Jimmy juga akan diadakan pada 19 Julai di lokasi yang sama.

Bagi peringkat akhir IKON Malaysia nanti, tiada undian SMS dilakukan kerana persembahan kesemua finalis akan diadili 100 peratus oleh juri tetap iaitu Ramli MS, Jenny Chin dan Mac Chew.


Jac turut tidak ketinggalan untuk melangkah ke peringkat akhir Ikon
(Fail Foto The Star)

Dayang dan Jac gembira dapat bersaing bersama di 'final'

Daripada 10 artis yang bertanding di dalam kategori solo, Dayang dan Jac adalah dua artis yang bertuah kerana berjaya melangkah ke peringkat akhir.

Walaupun masih terdapat satu lagi tempat yang bakal diisi oleh salah seorang artis yang tersingkir pada pusingan yang lalu, kedua-dua penyanyi ini tetap melahirkan rasa bersyukur kerana berjaya sampai ke tahap sejauh ini.

"Seronok sebenarnya jika dapat bersaing dengan mana-mana artis yang kita tahu dia berbakat besar. Saya tidak nafikan, saya seronok dapat berentap dengan Jac dan untuk final nanti saya rasa lega sangat kerana penilaian dibuat 100 peratus oleh juri.

"Bagi saya, sesiapa yang menang nanti, dia memang layak. Bukan saya tidak kisah walau kalah sekali pun, tetapi dapat mara sampai ke peringkat ini memang sudah cukup bagus bagi saya.

"Tipulah kalau saya cakap saya masuk pertandingan ini dengan tidak mengharapkan kemenangan. Saya tetap letak harapan untuk menang.

"Kami ada kekuatan masing-masing dan saya rasa sebab utama saya berjaya ke peringkat akhir mungkin kerana vokal dan gaya persembahan saya," kata Dayang ketika ditemui pada sidang media pengumuman finalis untuk program berprestij itu di pejabat Astro, semalam.

Perkara tersebut turut diakui oleh Jac yang merasakan Dayang memang memberi saingan yang amat sengit buat dirinya.

"Masing-masing ada cara yang berbeza. Bakat Dayang tidak boleh dipertikaikan. Ini adalah satu persaingan yang sihat.

"Jika saya menang, ia memang satu pencapaian yang bagus untuk saya, tetapi jika kalah ia tidak akan melemahkan semangat saya," ujar Jac.

Katanya lagi, memegang gelaran IKON adalah satu tanggungjawab yang besar bukan saja untuk diri sendiri, malah untuk negara juga.

"IKON sebenarnya buka ruang untuk artis-artis tempatan kembangkan kerjaya ke peringkat luar kerana ia melibatkan dua lagi negara Asean. Jika saya kalah sekali pun, mana tahu ada pihak di negara-negara ini yang nampak bakat saya," kata Jac.

Radhi bangga dengan OAG dan Flop Poppy


Bagi vokalis kumpulan OAG, Radhi, kejayaan kumpulannya dan Flop Poppy ke peringkat akhir IKON memang satu pencapaian yang amat membanggakan buat dirinya secara peribadi.

Masakan tidak, Flop Poppy adalah band pertama yang pernah disertai oleh Radhi sebelum mengundurkan diri dan mewujudkan kumpulan OAG yang disertainya hingga kini.

"Saya cukup gembira bila lihat dua kumpulan ini dapat ke final bersama-sama, sebab saya bermula dengan Flop Poppy ketika masih belasan tahun.

"Disebabkan kumpulan ini tampil dengan muzik yang lebih matang dan tidak sesuai dengan umur saya ketika itu, akhirnya saya keluar dan wujudkan kumpulan OAG.

"Tapi sampai sekarang saya dan Andy (vokalis Flop Poppy) tetap bekerjasama. We all have the same attitude. Yang penting, kami semua akan buat yang terbaik dengan cara masing-masing," kata Radhi.

Ditanya mengenai persembahan OAG di peringkat akhir nanti, kata Radhi, buat masa ini semuanya masih di dalam perancangan.

Namun, katanya, mereka berkemungkinan akan membahagikan persembahan kepada dua set, di mana salah satu setnya adalah dalam bentuk akustik dan akan menampilkan pelajar Akademi Seni Warisan dan Kebudayaan Kebangsaan (ASWARA) pada slot tersebut.

OAG juga dijangka akan mempersembahkan buat pertama kalinya single terbaru mereka pada malam tersebut.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2007 10:41 PM | Show all posts
TQ MZR...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 03:01 AM GMT+8 , Processed in 0.331061 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list