|
buku-buku FT di http://ujanailmu.com.my
Judul : Perempuan Politikus Melayu
Pengarang : Faisal Tehrani
Penerbit : Zebra Editions Sdn Bhd
Genre : Novel Remaja
Mukasurat : 582 halaman
Cetakan Pertama : 2003
udul : Cinta Hari-hari Rusuhan
Pengarang : Faisal Tehrani
Penerbit : Creative Enterprise
Genre : Novel
Mukasurat : 288 halaman
Cetakan Pertama : 2000
ISBN : 9838934143
Hidup memang bukan mudah dan kerana payahnyalah kehidupan itu, aku dan engkau akan menjadi lebih bermakna sebagai manusia... Kekeliruan yang berlaku dulu usah dikesali lagi... mengingatinya sekadar menambah rasa bersalah
0Judul : Tunggu Teduh Dulu
Pengarang : Faisal Tehrani
Penerbit : Penerbitan Selain
Genre : Novel dewasa
Mukasurat : 678 halaman
Cetakan Pertama : 2004
Kata salsabila Fahim, ini cerita kecil,
cerita sederhana, tentang dia lari berteduh
di bangsal di puncak bukit
bersama Kamil dan Lam Ping Hai ketika hujan mula gerimis.
Kata aku, ini perkara besar ,
hal berteduh sementara duga datang mencuba bukan hal main-main.
Kata Teh Sofia, ya,
kerja Tuhan siapa tahu ?
Kata aku, Tuhan akan menunjukkan
kepada yang mencari. Ya, asal kau mahu
mencari, Dia menunjukkan.
Apa kata kau ?
Judul : Detektif Indigo
Pengarang : Faisal Tehrani
Penerbit : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd
Genre : Novel
Mukasurat : 188
Cetakan Pertama : 2005
ISBN : 9676117617
Mereka super.
IQ luar biasa dan deria keenam menjadikan mereka detektif indigo. Cheng-chung yang hafiz, Faruk "Si Tahukah Anda" dan Mihrimah pakar sains forensik si perawan tembun dianugerah kuasa telepati - pelengkap radas saintifik. Bersama-sama Ruzbihan yang tajam deria baunya, Zaitun si ahli kimia dan Isamu Nakamura yang mahir entomologi, mereka menyelesaikan kes rumit mengelirukan : Pencerobohan, bom, letupan...
Dalam lingkungan kristal azurite dan lapis lazuli mereka ditubi untuk mengoptimumkan IQ dan deria keenam, demi keamanan sejagat. Ya, keamanan ialah hak sejagat. Dan jagat sudah hilang batas bangsa, budaya, politik.
Mereka dilatih bukan semata-mata untuk memperalat ilmu dan teknologi bahkan menjelmakan adab dan akhlak diterasi iman dan takwa.
"Dalam novel Detektif Indigo yang memenangi tempat kedua pula Faisal memilih untuk bercerita tentang keganasan yang berlaku di Asia Barat, di Barat dan di rantau Asia yang dianggap mencemari ketamadunan Islam dan penganutnya.
Novel ini menolak sikap Melayusentrik sebaliknya membawa impak kesejagatan yang melenyapkan sempadan bangsa, budaya dan politik melalui watak enam remaja indigo.
Detektif Indigo dinilai oleh panel hakim sebagai karya yang bukan sahaja menaikkan martabat remaja Islam, tetapi menunjukkan juga bahawa remaja juga dapat memberi sumbangan ke arah kedaulatan ummah." - Mingguan Malaysia 29 Mei 2005
p/s: nanti tempek lagi yg lain... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
meh kita komen satu persatu buku2 dia nak? tapi my base own personal opinion le ye.
okay i start dengan Perempuan Politikus Melayu.For me this book, mcm kerja2 editing x bagus sgt. Karya Faisal dlm buku ni cam x berapa nak matang je, atau dia masih tercari2 identiti dia. The same goes to Cinta Hari2 rusuhan, ntah kenapa bila i baca buku ni, i terbau2 pengaruh Arenawati kat dalam tu (i ni peminat Arenawati)
Tapi buku2 seperti Tunggu Teduh dulu, 1515, 1511, ADVANCER SI Peniup Ney, he got his style. n i love it |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
surat2 perempuan johor takde sape nak terbitkan ke... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by iscol_klang at 15-5-2006 09:49 PM
surat2 perempuan johor takde sape nak terbitkan ke...
dah ade le. jap let me check ade x dlm simpanan i |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by iscol_klang at 15/5/06 09:49 PM
surat2 perempuan johor takde sape nak terbitkan ke...
order online kat http://ujanailmu.com.my |
|
|
|
|
|
|
|
Judul : Rahsia Ummi
Pengarang : Faisal Tehrani
Penerbit : Zebra Editions Sdn Bhd
Genre : Novel
Mukasurat : 153 halaman
Cetakan Pertama : 2003
Cinta terlalu kejam tehadap watak-watak dalam hidup Sharifah Aini. Terlalu banyak rahsia yang diselindung darinya. Dia sharifah tetapi ayah yang tidak pernah dikenali bukan pula syed. Umminya Faizah meminati biduanita Sharifah Aini. Begitu juga majikan dan bapa kekasihnya, Datuk Syed Hasan memuja bintang seni suara itu. Ada misteri di sebalik nama, tetapi ummi enggan merungkainya. Semua itu rahsia. Sharifah Aini meminta Syed Hairi membantu, barangkali ada cinta terlarang cinta dilarang, cinta terhalang cinta dihalang menyelubungi namanya. Masakan seorang sharifah tetapi bapanya bukan syed. Ummi, apakah dia pernah mencintai seorang lelaki dengan gelar syed sebegitu mendalam sehingga cinta mereka di luar dari kebiasaan.
Judul : Maaf Dari Sorga
Pengarang : Faisal Tehrani
Penerbit : Zebra Editions Sdn Bhd
Genre : Novel Remaja
Mukasurat : 107 halaman
Cetakan Pertama : 2003
Rumah nombor 33 menyimpan pelbagai misteri. Ia malah dianggap berhantu dan diselaputi nasib malang sehinggalah Hakiki seorang pegawai bank berfikiran liberal duduk menginap di sini bersama isterinya Sarah, berbangsa Australia. Pelbagai peristiwa aneh melingkari persekitaran Sarah dan Hakiki setelah itu. Gangguan menakutkan dari bayangan-bayangan seram, kunjungan kerap jiran mereka Wan Adlin, kematian tiba-tiba Pak Idi dan kekeruhan hubungan rumahtangga diberi perlambangan yang kuat menerusi Sarah yang terperangkap dalam taufan ganas di tengah Sydney. Apakah dosa Hakiki yang disembunyikan sekian lama sehingga datang imejan aneh hampir-hampir mengorbankan Sarah. Apakah kemaafan yang bakal hadir dari sorga untuk mereka.
Judul : 1511 H (Kombat)
Pengarang : Faisal Tehrani
Penerbit : Utusan Publishing & Distributors
Genre : Novel Remaja
Mukasurat : 423 halaman
Cetakan Pertama : 2004
Mendengung, menjunam, menyengat, Lebah sempat menggodekkan ekor merenung sebelum terbang. Tuan persiden rebah, kejang, terus koma.
Kombat 1511 H. Ini zaman depan, tahun 2087 Masihi yang menuntut perang cara teknologi.
Bio-bots lipas dan belalang melitup langit dalam awanan aneh mengepak, menyerak gelombang. Sateli kucar-kacir, komputer huru-hara, radar kacau-bilau.
Cyborg, cypher, sarcos, Ababil, Mikraj, hidrogen sianida, mikrob pemakan logam, laser, segala macam lagi yang dipacu teknologi, teknologi, teknologi.
Syarifah Nusaybah, dia hartawan global, strategis licik,yang tahu jasadnya sentiase diburu peluru, yang tahu kejayaan harus dibina dengan teknologi, bahkan sungguh-sungguh percaya kejayaan yang puncak adalah dengan futuwwah.
Etika yang mencuci jiwa, memperteguh roh: Bahawa manusia semata-mata hamba Tuhan. Semata-mata.
Judul : Advencer Si Peniup Ney
Pengarang : Faisal Tehrani
Penerbit : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd
Genre : Novel
Mukasurat : 243
Cetakan Pertama : 2005
ISBN :9676117625
Hedonis.
Begitu definisi kaum di negeri jauh itu. Landas hidup hanya untuk berseronok-seronok, bermewah-mewah, lazat, lazat, lazat. Berpantang arah tujuan, terlarang segala fikiran. Ya, aliran hedonisme menjunjung kelazatan dan puja-pujaan, emm... cita rasa, cita rasa!
40 remaja berawajah amat berseri-seri mengundang Sulaiman Hilmi yang bermata biru hijau berbalam, yang berwajah cahaya. Bersama mereka menunggang awan, memacu ombak menuju ke negeri jauh, membawa salam kesejahteraan. Demi menyahut panggilan Cinta. Menyerah buat dibakar api Cinta. Merawat duka rawan rindu kepada Cinta. Bahawa yang paling seronok, paling mewah, paling lazat ialah kelazatan menunaikan janji abadi :
Bahawa Dia itu Satu. Tempat bergantungnya segala sesuatu. Tumpuan hidup dan mati dan hidup lagi sesudah mati.
Dia Sumber Cinta, Pencipta Segala Rasa.
"Karya ini berjaya menarik perhatian panel apabila secara sinis menempelak gaya hendonisme anak muda yang tercemar akhlaknya lantaran asyik dengan hiburan yang bertentangan dengan Islam.
Karya ini merunut kehebatan kesenian Islam yang telah melahirkan tokoh-tokoh sufi dan falsafah selain menyerlahkan nama-nama seperti Ibnu Misjah, Ibnu Suraj, Ata Abi Rabah, Yunus Kateb, Ibnu Farabi, Ibnu Sina dan Yunus Emre.
Faisal juga berjaya mengolah naratif keseluruhan karyanya dengan memberi penegasan bahawa kesenian dan Islam bukanlah sesuatu yang terpisah daripada konsep keimanan." - Mingguan Malaysia 29 Mei 2005
Judul : 1515
Pengarang : Faisal Tehrani
Penerbit : Utusan Publishing & Distributors
Genre : Novel Remaja
Mukasurat : 312 halaman
Cetakan Pertama : 2003
1511 tarikh keramat bagi bangsa Melayu, bukannya untuk benggali putih, Alfonso de Albuquerque, wizurai perkasa yang telah menumpahkan puluhan ribu nyawa manusia di Ormuz dan Goa, akhir bertemu ajal di hujung mata pedang srikandi Melaka.
Nyemah, Tun Nyemah Mulya, perawan usia 15 tahun, panglima laksamana Melaka - luar biasa handal, licik, penuh makar, berbudi, tegar - memimpin armada Nusantara dengan kekuatan 100 bahtera perang berisi lebih 60 000 tentera, membelah laut segara dengan 2 misi :
Pertama - mengotakan janji kepada Albuquerque mengebumikan jasadnya di Lisbon;
Kedua - menakluk Portugal
1515 - tarikh yang digelapkan oleh sejarawan Barat - tumbangnya kerajaan Portugal dan tegaklah kesultanan Melayu di Eropah, dekad demi dekad!
1515 - kisah sejarawan mencari hakikat sejarah, menjejak keagungan bangsa yang dipadam secara terancang; mengungkap getir gemuruhnya medan tempur; melukis filsafat cinta aneh, bahagia cinta sehala; menjulang luhur pengorbanan perempuan srikandi, perempuan isteri.
Judul : Surat-surat Perempuan Johor
Pengarang : Faisal Tehrani
Penerbit : Yayasan Warisan Johor
Genre : Novel dewasa
Mukasurat : 678 halaman
Cetakan Pertama : 2005
ISBN : 9832440149
Novel "Surat-Surat Perempuan Johor " adalah sebuah karya epistolarian memaparkan pengalaman perasaan dan pemikiran dua watak wanita bangsawan Johor. Sebuah karya yang sebenar, mengupas sejarah sejak dari asal-usul penciptaan khalifah Allah hingga kepada pesan dan nasihat menegakkan peradapan mulia, meluncur mengingatkan perdaya Barat, mendorong memperkasa umat.
Hanya kematian memisahkan mereka dari perjuangan suci. Sejarah adalah kenderaan, warkah adalah catatan taujih dan mulahazah, matlamatnya keabadian negeri akhir dan keredhaan Allah sumber segala sejarah, dan pasti segala kekuatan.
Telusuri warkah dan surat Ungku Hamidah serta Ungku Nur, sulaman pantun dan falsafah, dan hayati episod sejarah berlatar Majalah Ahkam Johor, proses pemodenan Johor oleh Almarhum Sultan Abu Bakar dan Sultan Ibrahim, Hubungan erat Johor dan Turki serta cita-cita mengenepikan sekularisme sebagai tenaga memulihkan kegemilangan sejarah demi mencapai kemurnian akidah.
Novel ini telah memenangi tempat ketiga Sayembara Menulis Novel Sejarah dan Tradisi Johor 2005. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
my fav would be buku-bukunya yang baru... tulisan more Islamic.
buku yang menerbitkan rasa getar terhadap Allah, rasa cinta untuk Islam adalah buku 1511H [Kombat]
others that I like are Tunggu Teduh Dulu dan Advencer Si Peniup Ney |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #15 limau_nipis's post
i see...takde kat kedai buku ke...malas nak beli online...
678 pages! best gile... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by iscol_klang at 16-5-2006 11:22 PM
i see...takde kat kedai buku ke...malas nak beli online...
678 pages! best gile...
u call je ujanailmu tu, cakap dgn shukri @ nisah harun. tranfer duit melalui Maybank, 2-3 hari dapat buku. cam tu le yg i pernah buat |
|
|
|
|
|
|
|
Lerh ade kat sini rupanya thread FT ni. 1st baca karya FT, masa SPM lah, ada dlm komponen KOMSAS. Kerana Manisnya Epal. Pastu ada beli 1515, malangnya memula beli...baca 20page pertama je...sbb x paham flow buku tu mcmane...selepas setahun kot.. my roomate rekemen buku 1511H[Kombat] dia kata "Baca ar, best gile. Awk x minat cite perang2 pun kalo baca buku ni mesti rasa gi join derang perang..." So, try la baca. PERGH! Mmg best, x sangka ada buku bahasa Melayu sebest nih! Memang rasa bersemangat gile lah, rasanya patut sume orang baca bukan hanya yg muda belia. Kagum kagum!!!
Pastu terus cari buku FT yg menang hadiah sastera kumpulan Utusan... Advencer si Peniup Ney. Ni pun aku rasa excellent! Hehe..tp terasa la jugak, sbb aku ni pon cm budak2 lain, seorang penikmat musik! :p (so called lahh...). Rasa banyak input masuk...pasal notasi musik DO RE MI FA SO LA TI yg asal dari abjad arab. Asal usul musik Jazz dari seorang Muslim bernama Jazza. iSk kagum lah. Mengembara di alam jin lagi..alam ikan lagi. Bila baca ni rasa bantu utk tambah keyakinan bahawa makhluk2 ni pun makhluk Allah yg sebenarnya ada sekeliling kite... Peminat musik harus baca buku ni. Yang minat Akademi Fantasia pon patut baca (siap ade karektor Jin persis Kudsia Kahar lagi..hahha!). erm... Mawi pon kene baca buku neh!
Pastu..try lagi baca Detektif Indigo. Yang ni aku rasa biasa2 je, cerita budak2. Tapi masih lagi impresif. Rupanya mmg ade golongan kanak2 Indigo nih.
Dah abis baca tiga-tiga ni...baru aku baca 1515. Akhirnya berjaya aku habiskan...setelah erm.. DUA tahun kot aku beli? Hahaha....! Pening...sebab plot masa berubah2, kalo berubah 2 3 tahun x pe gak. ni lain abad mmg sah pening. Apepon...1511H[Kombat] & Advencer mmg favorite aku... lelagi utk orang mcm aku yg malesss membaca buku2 nk tambah ilmu agama..kire nye buku2 die ni membantu la jugak! |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
i am merging this thread together:
Faisal tehrani menang hadiah utusan publication - by iscol_klang
1511H Kombat (renamed: Faisal Tehrani) - by budakcikangcute |
|
|
|
|
|
|
|
aku baru baca novel surat-surat perempuan johor (tenkiu to kak mardhiah)...
bagus kalo korang bole dapatkan novel ni...mula2 aku agak musykil kenapa novel ni dapat tempat ke-3 jek (takde tempat ke-2 & pertama), bila baca, ye, aku dapat faham...material sejarahnya ada, tapi pengolahan cerita agak simplistik....cara2 penceritaan berselang2 ni dah biasa sangat, baik novel sejarah macam nostalgia padang (faisal tehrani mengulangi trend yg sama dalam 1515), waima novel remaja macam matt romeo tu pun ada...kadang2 terasa macam tergesa2 utk disiapkan pun ada...surat2 yg begitu formal (ditujukan kepada ahli keluarga), nampak janggal kalo dalam dunia realiti...dan aku agak terkejut bila pertengahan novel, surat 'kematian' ungku nur dah pun dipaparkan sedangkan surat2nya selepas tu, semuanya menceritakan tentang 'projek' istimewanya...macam mana jadi camtu? sedangkan surat ungku hamidah kepada kakak,suami dia tersusun dari awal sampai habis...
dari satu aspek, sebenarnya ape yg didedahkan dalam novel ni sangat bagus, iaitu kesungguhan kesultanan johor utk memartabatkan undang2 islam...tapi btol ke sultan ibrahim tertekan disebabkan inggeris? pergeseran antara datuk abdul rahman andak & sultan ibrahim aku penah dengar, tapi sebab musabab tak jelas, dan dalam novel ni diceritakan skali lalu jek...maybe atas dasar2 'selamat', digambarkan saja sultan ibrahim dipaksa menerima undang2 british....aku tak tau & aku tak berani menelah...tapi kalo btol sultan ibrahim ditekan, siapa orang istana yg menekan? suku-sakatnya mesti masih hidup sampai sekarang...dan cerita ni dikatakan adalah cerita benar, ungku hamidah wujud, dia adalah cucu saudara sultan abu bakar yg ikut rombongan sultan abu bakar ke turki sekitar 1893-1895...aku rasa banyak sejarah yg 'dipendam' & dalam banyak2 kesultanan, aku rasa kesultanan johor ni la yg paling 'perahsia' skali...
banyak lak melencong aku ni...tapi kalo ada peluang, baca la novel ni...ye, aku habiskan baca novel ni dalam masa 2 jam je, aku cam tak caya je secepat tu...tapi bila pikir2 balik, memang cepat pun, sebab surat2 ungku hamidah tu, mukadimahnya utk tiap2 surat berulang2, takyah baca pun takpe, kalo campur2 tu, dalam 10 muka surat jugak bole skip...
dari segi teknikal (penerbitan), aku tak suke pemilihan fonts...ape buruk sangat fonts yg dipakai, tak silap aku fonts sans sherif yg dah takde dah dalam microsoft word 2003...bila jadi italic, aduh buruk sangat... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
i belum baca lg karya faisal yg satu ini. tapi klu baca semua novel2 dia, i rasa kita boleh telah dan boleh duga apa yg dia tulis. bahasa dia pun stereotype je. tapi i suka karya dia. hopefully dia pergi betapa sekejap n keluar balik dgn idea2 yg lebih segar |
|
|
|
|
|
|
|
sherrina baru sahaj membaca Advencer Si Peniup Ney. Bagus bangat. Berkisarkan manusia yang lalai dan leka dalam hiburan yang mengasyikan. Bagusnya buku ini kerana kita dapat menimba ilmu muzik dari sudut Islam. Maha Suci Allah....sungguh luas ilmuNya....buku hebat penuh dengan isi dan penghayatan... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by pessoa at 11-5-2006 01:04 AM
1515 - sebuah buku pornografik; fantasi untuk memuaskan hati sendirian dalam bilik gelap berkulat.
uiksss...takjub. kenapa pula pessoa kata demikian? |
|
|
|
|
|
|
|
buku terbaru faisal tehrani... himpunan cerpen yang pernah dihasilkan beliau
Judul : Kekasih Sam Po Bo
Pengarang : Faisal Tehrani
Penerbit : Aberdeen Books World
Genre : Kumpulan Cerpen
Mukasurat : 327 halaman
Cetakan Pertama : 2007
ISBN : 9834215207
Faisal Tehrani melalui Kekasih Sam Po Bo menggunakan latar sejarah kebudayaan Islam yang merentas sempadan geografi, iaitu kesan kunjungan laksamana Cheng Ho yang beragama Islam yang dikenali sebagai tiga permata kerana tiga pelayarannya yang meninggalkan impak besar terhadap sejarah maritim dan budaya. Cerpen ini bagaikan sebuah retrospektif baharu terhadap teori kedatangan Islam ke alam Melayu dari negeri China. Faisal membawa suatu pengalaman budaya besar (great tradition) di luar lingkungan alam Melayu pada abad ke-15, dengan menampilkan kualiti peradaban Dinasti Ming semasa pemerintahan Maharaja Yung Lo.
Pada zaman pemerintahan itu kuasa dan pengaruh Islam begitu kuat di istana. Pemimpinnya terdiri daripada kalangan pemikir yang tawaduk, memiliki teknologi pelayaran yang hebat, segolongan ilmuan dalam pelbagai bidang seperti tipografi, ilmu falak, hafiz al-Quran, lazatih ilmu hadis, perubatan, fikah, tasawuf, dan ahli sejarah - suatu kesepaduan ilmu yang menjadikan umat Islam di sana begitu terbilang. Pelayarannya ke Melaka telah membawa perubahan yang besar terhadap alam Melayu, iaitu membawa agama Islam dan melengkapkan rantau Melayu dengan kualiti ilmu
Cerpen ini digerakkan dengan teknik surat, suatu kaedah yang dilihat konvensional, namun bentuk surat telah dimanipulasikan dengan baik oleh pengarang. Kandungan surat tersebut menampilkan kesan pemikiran yang dibawanya. Saniah menghantar bingkisan kepada Sam Po Bo, memaklumkan bahawa bonda Aminah telah pulang ke Melaka kerana mengelakkan godaan istana, sewaktu pelayaran Sam Po Bo. Dalam bingkisan itu diperlihatkan perwatakan Sam Po Bo, pertemuan dan pengislaman Aminah, dan penghijrahan Aminah ke China, serta segala jasa yang diberikan oleh Sam Po Bo atas bakti yang dicurahkan
Cerpen ini memberikan ruang pemikiran yang perlu ditelusuri. Misalnya ada beberapa penanda yang ikonik tentang isu-isu yang melingkungi milieu dan waktu karya itu dihasilkan. Pertama, soal penjajahan minda di wilayah Melayu, apabila bonda Aminah yang telah lama pulang ke Melaka masih mengajarkan bahasa Mandarin. Secara paradoks pula diperlihatkan kecenderungan menggunakan bahasa Melayu di sekolah bahasa-bahasa asing di Nangking berbanding bahasa Inggeris. Sentuhan ini mengangkat bahasa Melayu sebagai lingua franca perdagangan dan ekonomi. Sikap yang diambil oleh pengarang terhadap isu ini merupakan suatu kritikan terhadap pengikisan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa komunikasi.
Kedua dengan memperlihatkan kemajuan ilmu di China ketika itu, terkesan mesejnya bahawa aspek keilmuan yang dicapai hanya disaluti perkembangan fizikal yang harfiah, sedangkan kepentingan ilmu yang sebenar mencakupi nilai peradaban dan kerohanian bagi membina keunggulan perwatakan manusia. Persoalan ini menggambarkan suatu krisis nilai yang terdapat dalam masyarakat pada hari ini yang terkeliru oleh budaya baharu yang mengasak masuk tanpa saringan.
Dalam cerpen ini diperlihatkan keruntuhan peribadi kepemimpinan Islam masa lalu akibat kerasukan pada hiburan. Di sebalik pelukisan itu dapat dikutip mesejnya bahawa pemimpin yang perlu dijadikan teladan ialah pemimpin yang tawaduk, berilmu, memiliki kebijaksanaan dalam ilmu siasah dan berpandangan jauh.
"Kecenderungan Penulis Muda Dalam Cereka", oleh Mohd Hanafi Ibrahim dalam Idealisme Penulis Muda, Pena, 2005.
Kandungan Cerpen
1 Irisan-Irisan Mimpi
2 Cahaya Pada Jiwa
3 Bulan Mengambang Di Langit KL
4 Opah
5 Imam Muhaimin
6 Kekasih Sam Po Bo
7 Syawal Ini Abah Menjadi Manusia Kembali
8 Kucing Gemuk Di Masjid Biru
9 Anak
10 Pemberontakan Kedua
11 Imam Muhaimin Di Kaherah
12 Datang Dari Sukma, Masuk Menyelinap Sukma
13 Ceritera Imam Muhaimin
14 Ratu Kosmetik
15 Cinta Dalam Jambangan Ilalang
16 Ingin Jadi Nasrallah
17 Sahmura Di Tanjung
18 Cik Siti Mustika
19 Sultan Alauddin Belajar Tasawuf
20 Moga Umpama Atturajjah
21 Sastera Perjalanan 1: Merpati Baqi'
22 Korban Yushak
23 Sultan Alauddin Syahid Diracun
24 Di Bawah Batu
25 Cereka Sejarah
25 Setelah Diciptakan Adam...
27 Nenek Negro Di Kota Mekah
28 Bonda Tak Marah Lagi
29 Bulan Sabit Di Chiang Mai
30 Narawastu Amman |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #56 limau_nipis's post
dah baca dah...ada cerpen yg suka, ada yg tak suka tapi boleh nampak cerpen2 dia ada perlbagai genre |
|
|
|
|
|
|
|
Sy baru nak try baca karya FT nie..ada sesapa yang boleh suggest x buku apa yg terbaik yg patut sy baca dulu... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #59 NickyAzrai's post
InsyaAllah, akhir bulan dapat gaji konpem cari n beli buku FT ni...
"Kekasih Sam Po Bo" leh masuk dalam list buku yang sy nak beli ni.
Tq atas cadangan.... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|