CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kaloi

Civic TypeR

[Copy link]
Post time 7-8-2007 05:20 PM | Show all posts
metro 07 aug..vroom bersama type R

ENAMPILAN Civic Type R dan Civic Hibrid oleh Honda Malaysia Sdn Bhd, baru-baru ini, melengkapkan barisan model Civic generasi kelapannya di negara.

Lebih membanggakan, Malaysia satu-satunya negara Asia dan di luar Jepun membuka peluang peminatnya memiliki versi Honda Civic Type R.


Type R menjadi penanda aras bagi kereta yang direka khusus untuk memberi kepuasan pemanduan seperti kelajuan, kawalan dan ketepatan dalam satu pakej lengkap.

Civic Type R terbaru menyatukan antara manusia dan mesin bagi mendapatkan pengalaman pemanduan dalam semua suasana termasuk di litar lumba.

Ia hadir dalam dua versi iaitu untuk pasaran Eropah dan Jepun. Versi Eropah adalah hatchback tiga pintu dan versi empat pintu sedan hanya boleh diperoleh di Jepun dan dilancarkan di negara itu pada 20 Mac 2007.

Kali pertama Honda memperkenalkannya ialah pada 1992 menerusi model NSX yang melalui penalaan khas seperti kereta lumba.

Produk dinaik taraf itu kemudiannya diperluaskan kepada Integra pada 1995 dan Civic (1997) sebagai memenuhi permintaan pelanggan untuk memiliki Type R.

Sebagai jentera berprestasi ia dilengkapi enjin 2.0 liter dengan padanan gear transmisi manual enam kelajuan yang mempunyai nisbah berdekatan dan 'slip differential' terhad.

Rangka keretanya ringan, suspensi dengan penalaan khas, tayar 18 inci dan cakera brek depan berukuran 17 inci membolehkan ia mencapai tahap pemanduan berprestasi maksimum.

Kelengkapan baru aerodinamik turut meningkatkan lagi kelajuan tinggi kereta ini serta memberi penampilan lebih garang di jalan raya.

Kerusi depan Type R yang berbentuk 'bucket' dan aksesori berprestasi tinggi turut menyumbang kepada pemanduan lebih responsif dan mudah.

Type R terbaru ini hasil peningkatan kemajuan teknologi selama 15 tahun dan ekspresi kepada semangat perlumbaan Honda.

Sementara itu, model hibrid adalah impian untuk mewujudkan kereta mesra alam tanpa mengabaikan nilai reka bentuk dan keseronokan pemanduan.

Teknologi hibrid 'Integrated Motor Asist' atau lebih dikenali IMA diperkenalkan Honda buat pertama kali pada 1999. Ia diperluaskan kepada rangkaian Civic pada 2003 dan terus dipertingkatkan.

Sistem itu memperoleh kuasa dari enjin yang dipacu motor elektrik yang kompak dan efisien.

Kepintaran dalamannya memastikan penggunaan kombinasi tepat erbezaan masa injap menerusi enjin i-VTEC tiga peringkat dan IMA generasi keempat.

Sistem enjin itu terdiri daripada motor berkuasa elektrik DC yang dipasang antara enjin CVT dan unit kuasa pintar untuk menyimpan kuasa elektrik dalam bateri kompak serta mengalir arus ke motor elektrik.

Sejak diperkenalkan pada 2005 teknologi hibrid sudah berjaya merangkul 10 anugerah di peringkat antarabangsa.

Type R hadir dalam warna khas 揅hampionship White

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2007 07:02 PM | Show all posts
yup...harga mahal sangat ler mak ngah...
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2007 09:51 AM | Show all posts
rege dia aku boleh beli 4-5bijik gen2 sedan wat permit jadi teksi...kalo tolak tax 300% tu mampu lagi ka...kate pasang kat mesia..bagi la spesel price skit ngok tul
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2007 12:02 PM | Show all posts
Originally posted by Bell at 6-8-2007 12:37 PM
Majority rakyat Malaysia hanya mampu melelehkan air liur sahaja apabila melihat kereta nie termasuk aku. Kejamnya kerajaan Malaysia....

Kera-jaan Mesia memang kijam. Kat luar negara, maksimum cukai import yang dikenakan cuma 40% jer, tapi kat Mesia ni cukai import jer sekitar 150%, tak masuk lagi cukai eksais. Memang cam lahanat...!!! :@
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2007 03:13 PM | Show all posts

Reply #44 Squall-Leonhart's post

memang aku tak setuju tindakan mereka ni :@ kasi limit choice,bila limit kena beli yang murah (proton ahem ahem perodua ahem ahem)  dan tu kaut untung...memang mana2 pun untung..
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2007 08:03 AM | Show all posts

Reply #45 sixfullbar's post

Kete ploton Quality mana bagus kalau nk di bandingkn Perodua..

Civic Type R nie mmg idaman kalbu ku....setakat nie Big vtec jer lah..huhuhu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-8-2007 11:33 AM | Show all posts
superb car..although for the price,i can get a Subaru Impreza STi ver9 with 280bhp and a very trick 4wd chassis.

cuma kelebihan keta ni is u get full support from Honda,warranties etc.

and the engine is capable of producing much much more power.. na tune bole cecah 275bhp dgn K24 block,or 300bhp with supercharging.tapi belanja lagi la...
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2007 12:27 PM | Show all posts

Reply #47 supergripen's post

cukup laju dah tuh..nak lari ke mana lagi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2007 02:30 PM | Show all posts

Reply #48 Azhargoth's post

kalau fikir macam tu,angkat je yg 1.8 beb.there are people who likes more power..like me heheh

so how do u define 'cukup laju'? ada ke such thing?
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2007 02:36 PM | Show all posts
Maksud dier tu lebih drp lepas speed limit highway la tuu... had laju highway kat 110 km/h jer, kang tak pepasal surat chenta pak polisi sampai kat umah kang...
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2007 02:42 PM | Show all posts

Reply #50 Squall-Leonhart's post

kalau stakat 110 tu,Viva pun dah cukup meh..

but very true indeed,the new CTR is indeed very very nice..better in 4door guise dontcha think? yg 3door tu mcm kodok ah..all the same,more power means more mobility,which means better passive safety.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2007 04:06 PM | Show all posts
Originally posted by supergripen at 9-8-2007 02:42 PM
kalau stakat 110 tu,Viva pun dah cukup meh..

but very true indeed,the new CTR is indeed very very nice..better in 4door guise dontcha think? yg 3door tu mcm kodok ah..all the same,more powe ...


viva x cukup power maaa.......naik genting sempah pun x dpt nk maintain 110 along the way.....
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2007 05:32 PM | Show all posts
Betul sesangat tuu... walaupun enjin 660cc dier pun dah lagi power drp kancil 850cc tapi tak semestinya bermakna betul2 lepas nak naik Genting tu, pasal bentuk badan dier yang lebih bagak cuma kecik sket drp MyVi tu jer...
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2007 05:34 PM | Show all posts
Originally posted by supergripen at 9-8-2007 02:42 PM
kalau stakat 110 tu,Viva pun dah cukup meh..

Memang la lepas, tapi power tu diperlukan untuk bawak ramai orang ataupun banyak barang, untuk memecut, untuk memotong, untuk naik bukit, untuk maintain speed... sebab tu la kalau tengok speed maksimum tapi tak tengok max power pun tak guna gak.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2007 05:37 PM | Show all posts
Originally posted by Squall-Leonhart at 10-8-2007 17:32
Betul sesangat tuu... walaupun enjin 660cc dier pun dah lagi power drp kancil 850cc tapi tak semestinya bermakna betul2 lepas nak naik Genting tu, pasal bentuk badan dier yang lebih bagak cuma ke ...


660 die lg power dr 850cc??
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2007 05:42 PM | Show all posts
Yups, enjin viva 660cc DVVT tu max power dier lebih kurang 37 kW, kancil 850cc baru jer 35 kW...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2007 09:24 PM | Show all posts

Reply #54 Squall-Leonhart's post

hence why i said power can never be enuff..ever.

sebab tu aku berdesing bila orang suka kata 'cukup la power tu,nak lari mana???'... satu ungkapan yg misguided.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2007 05:19 PM | Show all posts
Originally posted by supergripen at 10-8-2007 09:24 PM
hence why i said power can never be enuff..ever.

sebab tu aku berdesing bila orang suka kata 'cukup la power tu,nak lari mana???'... satu ungkapan yg misguided.


Please don抰 get me wrong.. i hope u do understand the diffrence of 揷ynical statement
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2007 01:53 AM | Show all posts
dekat dgn 200k huh

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2007 12:08 PM | Show all posts

Reply #56 Squall-Leonhart's post

660 walaupun dvvt pick up kurang.long distance ok.kancil 850 lagi pick up.dengan 660 turbo(mira) pun 850 boleh makan pick up la.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 04:05 PM GMT+8 , Processed in 0.070578 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list