petikan daripada utusan malaysia
Selepas lahirnya album Transkripsi,Siti ada mengatakan mahu menerbitkan pula album tradisional selepas lima tahun tidak melahirkan album bercorak sedemikian.Kali terakhir adalah album Sanggar Mustika pada tahun 2002.
"Masalah saya sekarang adalah material untuk album tradisonal tidak mencukupi tetapi material untuk album pop pula yang banyak saya terima.Mahu tidak mahu,saya akan teruskan dengan rakaman album pop.Konsepnya masih seperti yang saya lakukan untukTranskripsi.Isyaallah,sepanjang bulan puasa ini saya akan akamkan album itu dan akan berada di pasaran selewatnya sebelum hujung tahun,"kata siti yang turut meminta lagu dari komposer dan penyanyi Indonesia,Katon Bagaskara |