|
ni aku ajar cara mudah nak setup SMB kat ubuntu..
1. mula-mula ko buka apps dalam system, ko tgk laa dalam menu list tu, under system, ko cari app nama "shared folders".
- masa first time ko buka tu ada satu window tanya ko nak install services, dia ada 2 service, satu SMB, satu NFS.. ko nak tick dua-dua pun boleh, tapi aku amik SMB je, sebab aku nyer comp mac,windows, & linux boleh saja browse SMB.. windows boleh jugak access NFS, tapi itu sume panjang citer.. yg penting SMB service kena select.
- lepas tu ko tunggu laa sementara ia habis install sharing service tu
2. bila dah habis, ko click dekat add, di sini ko masuk kan folder yg mana dlm linux box ko tu yg nak di kongsi bersama. dlm ni aku nak share aku nyer cd-rom, so aku nyer folder path: /media/cdrom0.
* lepas tu ikut laa kalau ko nak letak share name tu ape, nak letak comment ke, nak bagi read only ke, atau nak allow read/write.. ikut laa.. bila dah siap click ok, pastu folder tadi pun masuk laa dlm list shared folders tu:
3. lepas tu ko buka tab yg lagi satu "General Properties" setkan domain/workgroup yg ko nak, sebagai contoh misalnya "HOME".
- bila dah selesai click laa close..
*at this point ko dah boleh point ko punya network browser untuk akses linux box ko, mac & linux takde masaalah..
4. untuk enable akses ke windows, ko kena set SMB password, sebab? mac & linux faham unix characters, tapi windows tidak, so ko kena specify satu password untuk windows users, ok skang pegi kat terminal, ko type ni:
*username tu ko gantikan dengan username linux ko, and jgn masukkan ' juga.
- lepas tu ko enter password linux tu, then ko enter new SMB password..
5. dekat windows ko browse laa linux box tu pakai my network places, atau ko masuk guna ip misalnya kat address bar explorer tu : //192.168.0.122 (ip linux ko), atau guna computer name pun boleh..
|
|