|
Originally posted by ilahairi at 4-12-2006 03:23 PM
patutlah senang nak idup tulip tu... umah min jauhhhh nuunn di tempat sejuk... mesti banyak pokok2 bunga yg cantik2 kan... tempek2 lah gambar ye... tak sabar nak tengok
Yer betul, boleh kita buat tepi mata. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by haniman at 4-12-2006 04:11 PM
Yer betul, boleh kita buat tepi mata.
ilahairi & haniman, nanti Min tepek gambar yang ambik ari tu kat thread gambar bunga2 menarik tu, check kat sana nanti, ok! |
|
|
|
|
|
|
|
lawanya tulip... :love:
kalau kat rumah kita dikawasan tanah pamah ni tak boleh ker bela tulip nih :hmm: |
|
|
|
|
|
|
|
Keistimewaan chalet di Bukit Larut ini ialah mempunyai tapak semaian bunga tulip, satu-satunya kawasan seumpama itu di Malaysia.
Bunga tulip mempunyai sejarah yang unik apabila ia dikatakan menjadi satu daripada petanda awal kejatuhan kerajaan Khalifah Uthmaniah di Turki dan pernah mencetuskan `Tulip Mania' di Belanda pada kurun ke-17 hingga menjadikan bunga itu barang dagangan menguntungkan.
Mengikut sejarah, ketika zaman kemerosotan Daulah Uthmaniah, bunga tulip menjadi lambang kemegahan dan amat digilai pembesar kerajaan berkenaan termasuk pemerintahnya, Sultan Ahmed III (1703-1730) yang banyak menghabiskan masanya di kebun bunga tulip daripada di meja pentadbiran.
Zaman pemerintahannya yang dikenali sebagai `Era Tulip' berakhir selepas ditumbangkan dalam satu revolusi.
Kini, bunga tulip menjadi tarikan kepada mereka yang mengunjungi Bukit Larut yang bersejarah terutama ketika musim bunga itu berkembang antara Disember hingga April.
Pengurus Tapak Semaian Bunga Tulip, Mohd Rafiq Mokhtar, berkata benih bunga itu yang diimport dari Belanda setiap tahun, disemai dalam bilik sejuk yang mempunyai suhu kurang lapan darjah Celsius selama 15 minggu. Ia akan berbunga selepas dua minggu dibawa keluar dari bilik berkenaan.
Bunga tulip yang disemai di situ adalah dari jenis yang berwarna merah, merah jambu, putih serta ungu dan dijual pada harga RM5 sekuntum atau RM15 bagi satu pasu yang mengandungi tiga kuntum bunga.
"Tahun lalu, kami mengimport 40,000 benih bunga Tulip, manakala setakat awal tahun ini sebanyak 22,500 benih sudah ditempah. Penyemaian bunga Tulip di sini semata-mata kerana minat serta sebagai daya tarikan pengunjung ke Bukit Larut dan bukannya bermaksud keuntungan," katanya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ADA LAGI FAKTA SEJARAH TULIP NI..
Fakta
*Bukit Larut adalah kawasan yang paling lembap di Malaysia. Hampir setiap hari waktu petang, hujan bukit turun di kawasan ini.
*Sebelum jalan tar dibina pada 1948, pihak British menggunakan 'Pony Back' (Kuda padi) dan 'Sedan Chair' (Kerusi Pengusung) sebagai pengangkutan untuk ke puncak bukit.
*Kebanyakan pengunjung warga Inggeris yang datang pernah menyamakan Bukit Larut sebagai Switzerland musim bunga.
*Tea Garden - dibina pada 1887 dengan kos RM3,600.00 untuk kegunaan pegawai-pegawai British. Pada asalnya kawasan ini terdapat ladang teh jenis Assam, kemudian dipindahkan ke Cameron Highlands.
*Rumah Rehat Bukit Larut - terletak 1,034 meter di atas paras laut dan 10.1 kilometer dari kaki Bukit Larut dengan keluasan kawasan lebih kurang 1.2 hektar.
*Banglo Beringin - asalnya dikenali sebagai Rumah Rehat Watson. Luas kawasannya 1.2 hektar dan berada pada ketinggian 1,036 meter atas paras laut dengan jarak 10.2 kilometer dari kaki Bukti Larut.
*Banglo Angkasa - dibina pada 1906 dan dikenali sebagai 'The Federal Bungalows'. Banglo ini disewakan khas untuk VIP saja.
*Banglo Cendana - dikenali sebagai The Hut yang dibina pada 1889 dengan kos sebanyak RM2,000.00.
*Banglo Tempinis - asalnya dikenali sebagai Banglo Treacher. Sejarah pembinaan dan tujuannya tidak diketahui.
*Sri Kayangan - dikenali sebagai The Box yang juga rumah kediaman rasmi Residen Perak. Kawasan ini mempunyai ketinggian 1,242 meter dari paras laut dengan jarak 11.7 kilometer dari kaki Bukit Larut. Persekitarannya amat menarik, kerana pemandangan dari bahagian hadapannya dapat menyaksikan kebiruan Selat Melaka serta panorama Bandar Taiping.
*Rumah Rehat Gunung Hijau - asalnya dikenali sebagai The Speedy Resthouse dan terletak pada ketinggian 1,113 meter dari paras laut. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
siapa peminat tulips cni...
V minat sgt dgn tulips... ..sapa2 ada pic tulips tu mai la bg V... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tq sedara shidan . best dpt tgk tulip2 tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
berbunga2 hati aku tengok..  |
|
|
|
|
|
|
|
tulip jenis mana yang menghasilkan candu mentah (opium)? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #6 kaktaya's post
Kalau blh tanam kat mesia..nak sgt tanam kat kundasang tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #7 kroit92's post
tulip menyejukkan hati...  |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #13 ^v^'s post
aah, mcm becak kan? kene tanye guru tulips.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #14 mizahanan's post
Da ka guru tulip..
mesia xda tulip..sedih skali. |
|
|
|
|
|
|
| |
|