CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: gorgonz

~ kereta terbakar ~

[Copy link]
Post time 16-1-2008 07:05 PM | Show all posts
Most probable cause must be a short-circuit.Why short-circuit? Can be due to unapprove & unprofessional modification/wiring, can be due to a faulty wire(bitten by rodent, etc)..

Second probable cause is an explosion interiorly..maybe from the air-freshener(especially the liquid type).

Last but not least, The Sudden Combustion theory...benda ni glamer kat US..

Apa apa hal pun, so sorry to hear such an incident...Tak terbayang kalau kena kat kereta sendiri...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-1-2008 11:41 AM | Show all posts

Reply #41 RedDevils's post

Most probable cause must be a short-circuit.Why short-circuit?
Can be due to unapprove & unprofessional modification/wiring, can be due to a faulty wire(bitten by rodent, etc)..
... short circuit.... ? tak ah.... wiring original lagi....
    sbb ni 3rd car.... gorg pakai pegi balik kerja jer.... dlm 8km/day
    tak modify paper pun... just monthly check jer....

Second probable cause is an explosion interiorly..maybe from the air-freshener(especially the liquid type).
....tak jg... api/spark start dr dlm dashboard tu

Last but not least, The Sudden Combustion theory...benda ni glamer kat US..
.... ni kot...hehehehe...glemer jer bunyi tuuu...

Apa apa hal pun, so sorry to hear such an incident...Tak terbayang kalau kena kat kereta sendiri...
        tensyen jg.... sbb skrg tak dpt lg duit claim tu...
       kena pakai kereta yg tak berapa sesuai dgn jiwa..... telan minyak...
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2008 12:24 PM | Show all posts

Reply #40 tok_hoi's post

johor cantik plak harga tu.....iskh tak kan nk trun johor kot.......
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2009 07:44 AM | Show all posts
Pelakon antara mangsa rentung nahas kereta


Oleh Wan Faizal Ismayatim
[email protected]


WAN Nor Hayati bersama Dayang Fatiha Amanda melihat gambar Noor Diana di Pengkalan Chepa, semalam.


HANGUS... Proton Persona yang terbakar dalam kemalangan di Jalan Kota Bharu - Kuala Krai, Kelantan INI mengorbankan tiga nyawa dan SEORANG cedera, semalam.



KOTA BHARU: Wanita yang ditemui rentung bersama dua rakannya dalam kemalangan ngeri di atas jambatan dekat Bunut Payung di sini, awal pagi kelmarin, adalah pelakon filem Black Maria.

Wan Noor Diana Mohd Kamarulzaman, 22, atau lebih dikenali sebagai Dayana Kamal, juga membintangi beberapa drama, seperti Sumayyah, Rumah Itu Dunia Aku serta Selamat Tinggal Noni.

"Apa yang lebih menyentuh hati saya, beberapa hari sebelum kejadian itu, dia memberitahu niatnya untuk mendalami al-Quran dengan mencari guru agama bagi membantu mengajarnya," katanya ketika ditemui di rumahnya di Pengkalan Chepa di sini, semalam.



Dalam kejadian kira-kira jam 4.15 pagi kelmarin, Proton Persona yang dinaiki Wan Noor Diana dan tiga sahabatnya terbabas sebelum terbakar dan meletup.

Dua lagi yang rentung dikenali Tengku Shamsu Tuan Ibrahim, 25, dan warga Amerika Syarikat, Christopher Gonzalez, 25, manakala pemandu kenderaan itu, Tengku Ahmad Nazim Tengku Ibrahim, 30, terselamat.

Jenazah Wan Noor Diana selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Mata Pasir dekat Chempaka, kira-kira jam 11 malam kelmarin.

Wan Nor Hayati berkata, Allahyarham pernah mendirikan rumah tangga dengan vokalis kumpulan Indie, The Times, Natazar Mohamad, 33, dan dikurniakan seorang anak perempuan, Dayang Fatiha Amanda, yang kini berusia empat tahun.

Allahyarham juga pernah menyertai pertandingan akhir Pencarian Gadis Metro anjuran akhbar Harian Metro pada 2004.

Wan Nor Hayati berkata, Allahyarham – anak sulung dari empat beradik – baru-baru ini turut menyertai pertandingan Pakaian Muslimah Kelantan.

"Noor Diana sepatutnya menggayakan pakaian serba biru, tetapi pada saat akhir mengubah fikiran dan mengenakan pakaian serba putih. Saya tidak mengesyaki apa-apa yang pelik tetapi itu mungkin petanda dia akan meninggalkan kami buat selama-lamanya," katanya.

Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2009 08:19 AM | Show all posts









   

Detik2...Keta terbakar selepas kemalangan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2009 08:23 AM | Show all posts
sempat menyelamatkan diri...kalau rentung...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-10-2009 08:34 AM | Show all posts
sib baik bukan gambar persona.. sebab kat sulat kabo, yang asik terbakar lepas eksiden, proton persona.. huhuhu...
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2009 08:43 AM | Show all posts
Gambar lagi.....


Jalan Lingkaran Tengah 2
arah Hulu Klang berhampiran susur ke Jalan Ampang
25 Jun 2009 7-30 malam


Malang sungguh bagi pemilik kereta ini…Dia hanya sempat ‘melaram’ dengan kereta yang baru dibelinya ini hanya beberapa jam, sebelum ianya hangus terbakar.

  
Kereta Honda Accord ini baru sahaja dibeli dan di ambil dari sebuah syarikat kereta di Selayang
Kejadian berlaku kira-kira jam 7-30 malam di Jalan Lingkaran Tengah 2 arah Hulu Klang berhampiran susur Jalan Ampang
Lim dalam perjalanan pulang ke rumah di Taman Melati setelah selesai urusan perniagaan di Klang.
Setibanya di tempat kejadian, Lim ternampak asap keluar dari bahagian enjin kereta.
Bimbang kejadian buruk berlaku, Lim terpaksa memberhentikan keretanya dan segera keluar.
Sebaik keluar, api mula keluar dari bahagian enjin dan terus membakar hampir keselruhan keretanya.
Orangramai tidak dapat berbuat apa-apa kerana api marak dengan cepat.Bagaimanapun, sebuah van yang kebetulan melalui jalan ini, bertindak berhenti untuk membantu memadamkan kebakaran.
Van ini membawa alat pemadam api.Pemandu dan kelindan van sedaya upaya cuba memadamkan kebakaran, tetapi gagal.Kira-kira 10 tabung pemadam api digunakan.

Anggota bomba dari Balai Pandan Indah yang tiba kira-kira 10 minit kemudian, akhirnya berjaya memadamkan kebakaran.
Menurut Lim, hatinya amat-amat sakit mengenangkan kereta itu baru sahaja diambil pada paginya…
Tapi yang penting, katanya, dia terselamat…

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2009 08:50 AM | Show all posts
dalam kete haku, haku ader simpan satu pemadan api yg macam ala-ala ridsect punya tong tu, menurut VCD yg disupply sekali masa beli tu, memang didesign utk memadam api yg berpunca daripada minyak petrol. haku tengok dier wat demo, api marak + beso giler gilernyer, selamber jer benda nie bleh padam. so haku pong beli lar satup.. maner lar tau come handy one day..

haku rasa, kalau bertong-tong orang yg tolong tu guna utk padam api, maknanyer dier salah guna pemadam, sebab masa dulu haku jadik fire warden kat opis haku nieh, bomba tu dok ajar, kata ader yang tong utk kebakaran biasa, ader tong utk minyak  dan ader tong utk chemical atau gas merbahaya.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2009 08:50 AM | Show all posts
Saya rasa adalah patut jika semua pemilik kereta bersedia dgn alat pemadam api didalam kereta mereka. Bukan hanya utk menghadapi kecemasan diri sendiri...Tetapi juga untuk membantu org lain yg dalam bahaya...Semoga kejadian2 spt ini memberi iktibar dan pengajaran kepada kita semua.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2009 09:35 AM | Show all posts
dalam kete haku, haku ader simpan satu pemadan api yg macam ala-ala ridsect punya tong tu, menurut VCD yg disupply sekali masa beli tu, memang didesign utk memadam api yg berpunca daripada minyak petr ...
Fast-N-Furious Post at 20-10-2009 08:50


kat mana ko beli ni fast?  haritu aku ada tnya kat kedai abang...derang ckp x ada jual
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2009 10:50 AM | Show all posts
kat mana ko beli ni fast?  haritu aku ada tnya kat kedai abang...derang ckp x ada jual
t@t Post at 20-10-2009 09:35


dulu haku beli kat Jaya Jusco nun.. skang tak tau ader lagi ker tidak, haku beli tawun 2005. RM60 lebih gak harga dier..

siap ader tag line, small but powerful fire extinguisher.. dalam pakej tu, siap ader VCD satup, dalam tu ader demo + dier ajar cara guna natang tu..
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2009 10:51 AM | Show all posts
44# mycos79

innalillah...sian anak dia....sebaya anak saya - 4taun.....budak baya tu mmg tgh manja dgn maknye....celik je mata cari mak....sblm pejam mata nak tido mlm pon cari mak.... cam anak sy puluh2 kali sehari dia kata dia syg mama....
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2009 10:53 AM | Show all posts
49# Fast-N-Furious

betul...klu kebakaran disebabkan petrol x sesuai guna air...kene jenis powder tu.....
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2009 10:54 AM | Show all posts
Gambar lagi.....


Jalan Lingkaran Tengah 2
arah Hulu Klang berhampiran susur ke Jalan Amp ...
masterixs Post at 20-10-2009 08:43


kete baru ke 2nd hand ni? baru ambik pagi mlm dh terbakar? dpt sebijik kete lain sbg gnti ke?
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2009 02:59 PM | Show all posts
55# 220796

Saya rasa nie bukan Accord baru nie, pembeli mungkin beli keta sekenhen atau stock lama, hentahlaaa,,....Accord dlm gambar tue versi sebelum Accord yg sekarang iras2 BMW tue. Kalau saya lebih minat Accord lama tue banding accord baru iras2 BMW sekarang nie. Mcm ada indentiti yg tersendiri.

Malang tak berbau gambar hanya sekadar hiasan....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2009 03:07 PM | Show all posts
49# Fast-N-Furious  

betul...klu kebakaran disebabkan petrol x sesuai guna air...kene jenis powder tu.....
220796 Post at 20-10-2009 10:53


Ohhh...Kena beli yg jenis serbuk erk...Supaya lebih berkesan dan sesuai utk padam api kebakaran pd kereta. Kat ofis ada tiga jenis nie tong biru, hitam dan merah. Saya rasa merah tue serbuk punya....Nanti cilok masuk dlm keta pulak... pasal sebelum nie tak pernah guna pun wadhal bila sampai masa supplier datang tukar baru kena bayar pulak walau tak guna.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2009 03:26 PM | Show all posts
57# masterixs

a'ah....dry powder...x mahal sgt..x smpi rm100 regenye....
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2009 03:34 PM | Show all posts
56# masterixs

sy & hb pon sama2 suka lg facelift accord lama.....
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2009 05:47 PM | Show all posts
57# masterixs  

a'ah....dry powder...x mahal sgt..x smpi rm100 regenye....
220796 Post at 20-10-2009 15:26


tak silap haku , dulu bomba tu ajar haku, dry powder tu universal usage, tapi kalau nak lebih effective padamkan minyak, guna jenis foam..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 09:00 PM GMT+8 , Processed in 0.999255 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list