|
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Saturday/Setempat/71073/Article/print_html
Penipuan paling nyataOleh Saipul Adli Mohamad
JOHOR BAHRU: Pengakuan seorang pengamal ajaran sesat bergelar 'Ayahanda Gunung Ledang' yang mendakwa mati sembilan kali dan boleh ke suatu tempat dalam tujuh saat, jelas tidak benar serta bercanggah dengan akidah dan pegangan orang Islam.
Mufti Johor, Datuk Nooh Gadot, berkata ia ajaran salah, sesat, tidak boleh diterima agama, akal dan adat.
Katanya, penipuan nyata itu digunakan untuk menarik perhatian terutama orang yang bermasalah di segi kesihatan serta kehidupan seharian.
"Sebagai Islam, kita tahu bahawa mati hanya sekali dan pengakuannya boleh bergerak ke satu tempat dalam tempoh saat adalah dakwaan tidak benar dan satu pembohongan nyata.
"Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan tidak terpengaruh kerana jika terpengaruh dan menyokongnya, bermakna seseorang itu bersubahat atas perbuatan syirik dan kesesatan yang amat nyata.
"Sehubungan itu, masyarakat Islam digesa kembali kepada al-Quran dan hadis serta ulama. Sekiranya ada sebarang keraguan mengenai sesuatu yang luar biasa, hendaklah mendapat penjelasan dan memaklumkan kepada pihak bertanggungjawab," katanya.
Mengenai dakwaan bahawa `ayahanda' itu boleh mengubati pesakit dengan cara memandikan pesakit, Nooh berkata, kebiasaannya pengamal ajaran songsang mengamalkan perubatan dengan menggunakan ilmu hitam dan sihir, yang haram di sisi Islam.
"Apabila seseorang berubat dengan pengamal ajaran sesat, boleh berlaku seseorang itu sembuh daripada penyakit dengan campur tangan iblis dan syaitan. Ia dinamakan `isthehzak' iaitu berlaku secara kebetulan dan campur tangan iblis serta syaitan tetapi ia adalah penghinaan Allah kepada mereka.
"Sehubungan itu, orang ramai yang tahu mengenai kegiatan ini melaporkan segera kepada pihak berwajib supaya tidak bersubahat dan pihak berkuasa digesa memberi perhatian dan mengambil tindakan segera terhadap kes begini bagi mengelakkan lebih ramai orang yang terpengaruh.
"Selain itu, ajaran sesat biasanya muncul untuk mengaut keuntungan yang banyak dan berkait rapat dengan hawa nafsu sehingga berlakunya rogol serta zina. Jadi sebagai orang Islam, kita perlu berubat mengikut syariat dan secara terang-terangan," katanya.
Semalam, akhbar ini melaporkan mengenai seorang lelaki yang mendakwa dihidupkan semula selepas maut sembilan kali selain boleh pergi ke satu-satu destinasi dengan hanya tujuh saat, dikatakan giat mengumpul pengikut baru termasuk dari negara jiran.
Lelaki yang menjadikan hari Jumaat sebagai hari perjumpaan dengan pengikutnya di Gunung Ledang itu, didakwa mempunyai banyak pengikut dari Singapura, selain rakyat tempatan yang terpengaruh dengan dakyahnya.
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #42 tongkatali's post
|
|
|
|
|
|
|
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/BeritaUtama/70409/Article/print_html
'Ayahanda' mati 9 kali
Oleh Ibrahim Isa dan Zalifah Mohd Yatim
JOHOR BAHRU: Mati sembilan kali dan boleh pergi ke suatu tempat dalam masa tujuh saat adalah antara dakwaan seorang pengamal ajaran sesat yang sedang giat mengumpul pengikut baru, termasuk dari negara jiran.
Lelaki yang menjadikan Jumaat sebagai hari perjumpaan dengan pengikutnya di Gunung Ledang itu, didakwa mempunyai banyak pengikut dari Singapura selain rakyat tempatan yang terpengaruh dengan dakyahnya.
Seorang lelaki memberitahu Harian Metro, dia diberitahu mengenai kegiatan lelaki berkenaan yang menggelarkan dirinya 'Ayahanda Gunung Ledang' sejak tiga bulan lalu daripada majikannya yang berasal dari Singapura.
Dia berkata, majikannya sering menceritakan mengenai kehebatan 'ayahanda,' terutama dakwaan lelaki itu kononnya dia hidup semula selepas mati sembilan kali.
Majikannya sering mendakwa 'ayahanda' mampu bergerak ke sesuatu destinasi dalam masa tujuh saat dan boleh bertemu sesiapa saja dengan cepat seperti dari Gunung Ledang ke Pahang.
"Hanya dua perkara itu sering dikatakan majikan sejak tiga bulan lalu menyebabkan saya musykil bagaimana mereka boleh mempercayainya.
"Setiap Khamis malam Jumaat hingga Sabtu, majikan saya bersama rakan senegara akan ke Gunung Ledang untuk bertemu 'ayahanda,' cuma lokasi sebenar belum diketahui.
"Apa yang saya tahu, majikan saya yang juga warga Singapura sering bertemu 'Ayahanda' bersama rakan senegara selain beberapa pengikut lain dari daerah ini dan Segamat," katanya.
Walaupun lelaki itu mengetahui sedikit saja mengenai 'ayahanda,' kumpulan itu adalah ajaran sesat berikutan dakwaan manusia yang mati boleh hidup semula.
Katanya, dia juga dimaklumkan 'ayahanda' juga boleh mengubati pelbagai jenis penyakit dengan memandikan pesakit yang meminta bantuannya.
Pesakit akan dimandikan dengan bayaran tertentu, namun bergantung kepada penyakit yang dihidapi sama ada perlu tidur di kawasan rumahnya atau pulang dan datang semula esok.
Mengulas kegiatan 'ayahanda' terbabit, Ketua Penolong Pengarah Penguat Kuasa Jabatan Agama Johor (JAJ), Yosree Ikhsan, berkata pihaknya akan menjalankan siasatan meskipun belum menerima sebarang aduan berhubung ajaran sesat itu.
Bagaimanapun, katanya, kira-kira lima tahun lalu, pihaknya pernah menahan seorang lelaki yang mengamalkan ilmu perubatan selepas caranya didapati menyimpang akidah.
Katanya, lelaki itu yang menggelarkan diri sebagai 'Waris Gunung Ledang' serta beberapa gelaran lain, akan meminta pesakit bermalam di kawasan tertentu dan mandi menggunakan air kolam suci.
"Tindakannya itu menimbulkan curiga di kalangan pesakitnya dan apabila laporan dilakukan, kami melakukan serbuan dan tindakan sudah dikenakan ke atas lelaki berkenaan.
"Sejak dikenakan tindakan hingga sekarang, tiada sebarang aktiviti dilaporkan lelaki itu, namun kami akan menyiasat dakwaan lelaki yang menggelarkan dirinya sebagai 'Ayahanda Gunung Ledang'.
"Berikutan itu, sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi JAJ bagi membantu siasatan," katanya.
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
|
|
|
|
|
|
|
|
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Saturday/Setempat/71073/Article/print_html
Penipuan paling nyataOleh Saipul Adli Mohamad
JOHOR BAHRU: Pengakuan seorang pengamal ajaran sesat bergelar 'Ayahanda Gunung Ledang' yang mendakwa mati sembilan kali dan boleh ke suatu tempat dalam tujuh saat, jelas tidak benar serta bercanggah dengan akidah dan pegangan orang Islam.
Mufti Johor, Datuk Nooh Gadot, berkata ia ajaran salah, sesat, tidak boleh diterima agama, akal dan adat.
Katanya, penipuan nyata itu digunakan untuk menarik perhatian terutama orang yang bermasalah di segi kesihatan serta kehidupan seharian.
"Sebagai Islam, kita tahu bahawa mati hanya sekali dan pengakuannya boleh bergerak ke satu tempat dalam tempoh saat adalah dakwaan tidak benar dan satu pembohongan nyata.
"Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan tidak terpengaruh kerana jika terpengaruh dan menyokongnya, bermakna seseorang itu bersubahat atas perbuatan syirik dan kesesatan yang amat nyata.
"Sehubungan itu, masyarakat Islam digesa kembali kepada al-Quran dan hadis serta ulama. Sekiranya ada sebarang keraguan mengenai sesuatu yang luar biasa, hendaklah mendapat penjelasan dan memaklumkan kepada pihak bertanggungjawab," katanya.
Mengenai dakwaan bahawa `ayahanda' itu boleh mengubati pesakit dengan cara memandikan pesakit, Nooh berkata, kebiasaannya pengamal ajaran songsang mengamalkan perubatan dengan menggunakan ilmu hitam dan sihir, yang haram di sisi Islam.
"Apabila seseorang berubat dengan pengamal ajaran sesat, boleh berlaku seseorang itu sembuh daripada penyakit dengan campur tangan iblis dan syaitan. Ia dinamakan `isthehzak' iaitu berlaku secara kebetulan dan campur tangan iblis serta syaitan tetapi ia adalah penghinaan Allah kepada mereka.
"Sehubungan itu, orang ramai yang tahu mengenai kegiatan ini melaporkan segera kepada pihak berwajib supaya tidak bersubahat dan pihak berkuasa digesa memberi perhatian dan mengambil tindakan segera terhadap kes begini bagi mengelakkan lebih ramai orang yang terpengaruh.
"Selain itu, ajaran sesat biasanya muncul untuk mengaut keuntungan yang banyak dan berkait rapat dengan hawa nafsu sehingga berlakunya rogol serta zina. Jadi sebagai orang Islam, kita perlu berubat mengikut syariat dan secara terang-terangan," katanya.
Semalam, akhbar ini melaporkan mengenai seorang lelaki yang mendakwa dihidupkan semula selepas maut sembilan kali selain boleh pergi ke satu-satu destinasi dengan hanya tujuh saat, dikatakan giat mengumpul pengikut baru termasuk dari negara jiran.
Lelaki yang menjadikan hari Jumaat sebagai hari perjumpaan dengan pengikutnya di Gunung Ledang itu, didakwa mempunyai banyak pengikut dari Singapura, selain rakyat tempatan yang terpengaruh dengan dakyahnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
"ayah" mana lak 2..
hikhihik |
|
|
|
|
|
|
|
Sebenarnya aku memang percaya sangat-sangat adanya para WALI...ada WALI 3, WALI 7 dan paling femes di alam Melayu ialah WALI 9(SONGO).
Tapi kalu dah sampai mengaku dirinya jadi WALI ni dah LEBIH...mana ada para WALI mengaku jadi WALI...memang tak boleh...tak pernah dibuat orang....diam-diam dah le. |
|
|
|
|
|
|
|
highlander tu chiristopher lambert |
|
|
|
|
|
|
|
THREAD CLOSE........ (Rasa macam Moderator pulok) |
|
|
|
|
|
|
|
gi tanya kat christhoper lambert |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #44 tongkatali's post
Orang ni ingat dia kucing ka? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by tarabas1976 at 13-11-2007 12:01 PM
kat gunung ledang 2 ader makmal rahsier kot..yang boleh menghasilkan pergerakan teleportation...sebab 2 'ayahanda'tu bleh mengaku pegi memane dalam masa 7 saat...
Highlander_07........di maner ...
Apa Khabar??????!!!!!
Kami cari ANDA!!!...
|
|
|
|
|
|
|
|
Mana pegi posting yang lain-lain....kena VIRUS para wali ke ??? |
|
|
|
|
|
|
|
Mana pegi posting yang lain-lain...HILANG...kena virus highlander07 ke ??? |
|
|
|
|
|
|
| |
|