CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: aniess

terdetik ke hati nak anta mak & ayah ke umah Orang Tua2..

[Copy link]
Post time 20-12-2007 10:49 AM | Show all posts

Reply #1 aniess's post

Jika menghantar mereka adalah yg terbaik utk mereka, then of coz it makes sense.......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2007 12:13 PM | Show all posts
hmm,interesting subject..
me n my cousins pernah broach this subject
and we have made a pact yang nak sewakan
satu rumah for our mums (they're sisters & both our
dads dah passed away) and bil2 semua kitorang
share bayar.provided kalau kitorang kerja jauh la...

ni pun nampak kat sorang chinese guy
yang knowing he's very busy sewakan his mum
1 big house beserta maid n driver and ajak his aunties
n uncles sibling his mum to stay with her.altogether
there's 4 of them.at least his mum tak lonely..
then when he's free dia akan pegi sana temankan
org2 tua tu main mahjong
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2007 04:25 PM | Show all posts
tak pernah terlintas nak hantar punnnn ...
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2007 02:02 AM | Show all posts
insyaallah girl takkan hantar.....

terok2 pon girl upah maid jaga derang...

but again...TEROK2 pon...

selagi mampu,girl nak jaga sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2007 10:35 AM | Show all posts
mek sanggup jaga mak ayah mek n PIL skali...tapi dgn harapan adik beradik lain bantu ringankan tangan ler..
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2007 01:17 PM | Show all posts
tak nah terfikir nk antar mak aku pg umah org tua....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-12-2007 08:41 PM | Show all posts
aku setuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa, kalau mak bapak dah rasa tak best duk rumah dan nak dihantar dengan sukarela ke rumah orang tua, then pasti ada something wrong dengan diri kita. i mean, come on la wey, dulu masa kita kecik kan, sama je, mak bapak pun kerja, mak bapak pun busy, tapi takde pulak dorang tergamak nak hantar kita ke rumah kebajikan masyarakat suh duk sana? kenapa mak bapak lebih rela orang lain jaga? adakah sebab kita ni kasar sangat masa jaga dorang? atau tak pernah nak luangkan masa walau sekejap dengan dorang? check jugak anak anak kita tu, berbudi bahasa ke dengan dorang?

aku sayang dengan mak bapak aku. apakan daya aku ni tak kaya, kalau tak, memang aku akan limpahkan dorang dengan kemewahan sebab dorang dah lama hidup susah. so sekarang aku cuma mampu limpahkan dengan kasih sayang je la. so dengan kata lainnya, aku akan jaga mak bapak aku sampai bila bila no matter what it takes sebab itulah yang mak bapak aku buat kat aku; jaga dan sayang aku dan bersama aku no matter what it takes, even bergolok bergadai pun.

Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2007 07:37 PM | Show all posts
tak langsung....nak cari maid utk depa adala
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2007 08:21 PM | Show all posts
Originally posted by llisamaisarah at 19-12-2007 12:46 PM
banyaknye yg bila ditanya sanggup x anta mak ayah ke rumah org tua2...dengan pasti jawapan..TIDAK,,,
tapi sedar atau x..berapa ramai yg mengabaikan.....
cuba jawab soklan2 ni dan nilai...
-man ...




yg ni aku  boleh jawab...............

1. selepas arwah bapak meninggal, ada lagi anak2 mak yg duduk bersama termasuk aku. Yg paling lama duduk dgn mak....aku......Lepas tu aku keje kat obersea. Kakak2 aku berganti2 balik tgk mak.

2. tentang makanan, makanan yg kami bagi pada mak, tak terhingga banyaknya, sampaikan dia lebih suka bersedekah makanan yg byk pada jiran yg dtg kemas rumah dan budak yg selalu  tolong belikan barang untuk dia. Setiap kali aku, kakak2 semua balik, kami bawak beras, bawang, semua barang2 kering hinggalah barang2 basah.

3.  Semasa keje kat KL aku paling rajin balik kg..... termasuk cuti umum.  Setiap cuti umum, aku mesti balik kg. Lepas tu aku duduk dgn mak dan ulang alik keje kat KL.  Walau pun kakak2 aku dah berkeluarga tapi mereka tetap kerap balik ke kg....lagi pun antara KL dgn Sbn tak jauh.

4. setiap adik beradik bagi duit pada mak...yg paling banyak bagi ...aku....bila dicampur dgn pencen yg dia dpt....tiap2 bulan mak dpt duit dekat2 nak 2 ribu....

5. kami adik beradik byk luangkan masa untuk mak.....kami bawak mak berjalan merata tempat di malaysia ni...malah kakak aku sponsor mak aku gi melancong ke London. Mana saja kami pergi bercuti akan bawak bersama......cuma aku je tak dpt nak bawak dia ke tempat aku diobersea, sbb dia dah tak berapa sihat.

6.Kami sering kali  bawak mak pergi checkup......sakit pening mak tak pernah kami abaikan...malah kakak aku bawak mak pergi operation mata dia. Ubat2 yg mak nak pakai, kami semua tolong belikan. Asal mak sakit sikit je, kami dah panik......tu yg semuanya pakat mesti bawak mak ke klinik, walau pun hanya demam sikit je.......sbb mak ada mcm2 penyakit.

ni tambahan..........

bila mak aku dah mula tak berapa sihat, kakak aku bawak dia tinggal  bersama. Mak aku bergilir2 duduk dirumah kakak yg sulong dan kakak yg kedua. Aku tahu dia teringin nak balik ke kg sendiri, tapi di kg tak ada sapa2 yg dpt jaga dia......lagi pun masa tu aku diobersea....kalau tak, aku boleh duduk dgn dia........

Masa mak masuk hospital , aku balik jaga mak, sbb masa tu kakak aku terpaksa ke London sbb abang ipar aku buat treatment cancer kat sana....dan kakak yg sorang lagi balik kg hubby dia di Sri Lanka. Aku cukup gembira aku dpt jugak  berbakti pada mak  pada masa tu, walau pun tak seberapa. Aku jaga dia, suap dia mkn, dan minum, salin pampers dia setiap hari, lap bdn dia....pimpin dia ke bilik mandi.....malah aku tido di spital setiap hari, semua kehendaknya aku ikutkan, apa yg dia nak mkn aku carikan..........apa yg aku kesalkan, semasa mak sakit tenat, aku tak berpeluang menjaganya .....kepulangan aku ke KL hanya setelah mak koma.

Sekarang arwah mak dah tak ada....betapa rindunya aku pada arwah mak....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2007 01:22 AM | Show all posts
cari maid to take care of them is the same thing as sending our parents to 'retirement home'..........no difference at all..............its just an excuse saying that its better which in fact its the same................my parents memang nak duduk kat retirement home.........its better than maid...........infact its good as they socialize and do stuff.........this is their own words............."We nak enjoy our golden years as happy as possible.....not sitting at home....with maids and do nothing"....

In a way, although reluctant.....i sokong diaorg..............penat diaorg besarkan kita........kenapa kita mesti susahkan diaorg..........they want company, they want to relax, beribadah, pampered and having fun.......not sitting at home alone with maid / jaga anak2 kita......dah penat diaorg jaga kita..........our children.........our responsibility (i seriously against mintak tolong parents jaga my children unless they offer, not me asking but they tell me to)..........rumah kita......our responsibility......my parents are not my house caretakers...............so i will let them stay there and take them home every weekend..........in which time spent will fill with ACTUAL quality family time together.........
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2007 09:34 AM | Show all posts
Originally posted by Kimmy at 22-12-2007 08:21 PM




Sekarang arwah mak dah tak ada....betapa rindunya aku pada arwah mak....


lu can still berbakti padanya babe....sedekahkan apa yang patut untuk arwah ibu u setiap masa.... ...menangisi berlebihan akan menambahkan pernyiksaannya di sana....
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2007 05:41 PM | Show all posts
alhamdulillah...baca kat sini...semua anak2 baik belaka.  Semua ingin berbakti pada ibu bapa.  Kenapa  masih ada yang cakap, anak2 sekarang dah lupa pada ibu bapa? Dah tak reti nak hormat ibu bapa?  Moga semua mendapat berkat dan rahmat daripada Allah.  Sedih tenguk citer JANJI SEORANG ANAK hari raya hari tu.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2007 07:17 PM | Show all posts
mmm tak pernah. would want them to be close to us..
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2007 01:08 PM | Show all posts
Originally posted by llisamaisarah at 19-12-2007 12:46 PM
banyaknye yg bila ditanya sanggup x anta mak ayah ke rumah org tua2...dengan pasti jawapan..TIDAK,,,
tapi sedar atau x..berapa ramai yg mengabaikan.....
cuba jawab soklan2 ni dan nilai...
-mana duduknya mak ayah kita?
-brape kali amik tau dalam masa seminggu..?
-berapa kali sediakan makanan utk diorang sebulan..?
-berapa kali balik kg (in case ada kat kg) utk tengok keadaan diorang..?
-berapa duit income kita yg dihulurkan kat diorang...
-berapa lama masa yg di spent utk pikir keadaan mak ayah kita..?
-berapa banyak kali dalam setahun hantar mak ayah utk medical checkup?

tanya hati...nilai la sendiri....
besar mana pengorbanan mak ayah dan balasan yg kita da buat...



kenapa perlu begitu negatif?  jika para forummers di sini sudah ada niat yang suci, bukankah itu bagus?  niat yang suci, akan terlaksana, jika diizinkan tuhan.  soalan-soalan anda tu, lebih merujuk kepada keizinan dari tuhan.  contohnya, mak-bapak duduk di kampung dan anak-anak bekerja di bandar.  jika tuhan tak luangkan peluang untuk anak-anak dapat bekerja di kampung supaya boleh tinggal dengan mak-bapak, bagaimana?  jika para forummers di sini sudah berniat suci, kita galakkan lah.  kalau boleh, sama-sama berdoa semoga tuhan makbulkan niat suci.

dan, kepada sesapa yang terasa bila aku sebut there is something wrong kalau parents lebih suka duduk dengan orang lain dari dengan diri sendiri, sila cerminkan diri tu.  memanglah macam-macam alasan diberikan konon seronok la, happening la, meriah la, kawan ramai la, banyak aktiviti la, etc...  bukankah itu cuma alasan yang korang NAK dengar kan? supaya korang boleh perasan diri tu anak yang soleh kan?  korang tak sanggup terima hakikat mak-bapak TAK MAU duduk dengan korang kan?  sapa saja sanggup mengaku mak-bapak TAK HINGIN duduk dengan korang kan?

tak percaya, cuba analyse the reasons lah.  contoh:  1) kerja rumah --> korang kan ada maid.  2) aktiviti sesama kengkawan warga tua -->  korang kan ada spare kereta & driver (if necessary).  
so, apa lagi alasan diorang nak tinggal di rumah warga tua?  kalau kebenaran tu membusukkan diri korang, telanlah dan betulkan diri korang tu.  sebusuk seburuk sesusah sehina mana korang masa kecik dulu, mak-bapak boleh gagahkan diri jaga korang tak kisah la happy ke sedih ke seksa ke etc etc, apa alasan korang kali ni bila tiba giliran korang jaga diorang?
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2007 02:48 PM | Show all posts
setakat ni tak pernah terpikir laa...walaupun karenah mak aku..hmm..Tuhan aje ler yang tau.  elok2 takde angin takde ujan, boleh pulak dia carik topik nak wat pasal.  kadang2 memang stress giler..nangis2 aku nih toksah cakap ler. laki aku aje ler jadik penasihat dan pendengar yg setia. nak wat camne..kena gak hadapi.  aku satu2nya anak pompuan, mana lagi dia nak berteduh sementara hayat dia masih ada.

but as for me, aku pun ada plan kalau aku panjang umur, aku sendiri akan memasukkan diri aku ke dalam pusat penjagaan orang tua2.  bukan aku je..laki aku pun camtu gak.  kalu boleh, taknak menumpang hidup dgn anak2.  tapi pusat penjagaan yang elok2 laaa...bukan cam rumah seri kenangan tuh.  yang penting ada guru untuk mengajar amal ibadah...boleh gak ada kengkawan..yang penting taknak menyusahkan anak2.  becoz aku sedo bila diri dah tua2 memang karenah yang bukan2 laaa... contohnya mak aku ler.  aku ingat lagi dedulu dia selalu gak berleter pasal nenek aku punya karenah..la ni what goes around comes around...dia lak yg wat karenah. malah lagi teruk lagi. kadang2 hilang gak sabor aku, ada gak terkasar bahasa.  mak aku tak nyanyuk, dia sihat lagi.  tapi jenis yang takleh nak tolak ansur.  lagi satu, jenis tak hormat privacy aku dan suami.  so, aku taknak anak2 aku end-up jadi macam aku..tak pasal2 menambah dosa.  lagipun zaman dieroang akan datang nanti, kehidupan akan lebih mencabar.  untuk survive pun mungkin dah payah, ape lagi nak menangani karenah orang2 tua.
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2007 07:50 PM | Show all posts
tak percaya, cuba analyse the reasons lah.  contoh:  1) kerja rumah --> korang kan ada maid.  2) aktiviti sesama kengkawan warga tua -->  korang kan ada spare kereta & driver (if necessary).  
so, apa lagi alasan diorang nak tinggal di rumah warga tua?  kalau kebenaran tu membusukkan diri korang, telanlah dan betulkan diri korang tu.  sebusuk seburuk sesusah sehina mana korang masa kecik dulu, mak-bapak boleh gagahkan diri jaga korang tak kisah la happy ke sedih ke seksa ke etc etc, apa alasan korang kali ni bila tiba giliran korang jaga diorang?

Tak semudah itu Gemukkk. Kadang-kadang, kalau kita dah tau ape kurangnya diri kita tuh sampaikan parent sendri nak pegi umah orang tua, kita masih takleh baiki kekurangan tu.

Kita ni cuma manusia. Sekeras mane usaha kita, kalau tuhan tak izinkan, tak jadi jugak. Kalau tuhan jadikan kita tak berkemampuan nak menjaga parent sendiri .. maka itulah yang terjadi .. berdoalah agar kita sentiasa mampu menjaga parent. Rugi kalau tak guna masa yang ade untuk balas budi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-12-2007 10:26 PM | Show all posts
a'ah, kalau tuhan tak izinkan, apa boleh buat.  like i said, asalkan ada niat suci dan berusaha mencapainya, itu sudah bagus.  sama-sama la kita berdoa tuhan permudahkan usaha.  at least kalau ada niat suci dan usaha tapi parents masih nak duduk di sana, aku rasa aku boleh respect that.  
aku tak suka jenis yang niat suci tu takde, setakat lip service je malahan usaha tu, langsung takde.
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2007 10:42 AM | Show all posts
dilema jugak neh .. kalo setakat mak bapak kat seremban hari2 pun boleh berulang tengok kalo sakit .. tapi parents aku kat aloq setaq kedah .. aku kat cyberjaya .. kalo nk berbakti kene la benti keje .. kalo benti keje mane aku nk cari duit suap anak2 dan tanggung kos jaga parents .. nak bawak dorang duduk ngan aku gerenti dorang tanak .. lagipun sure dorang tambah penat melayan anak2 aku .. sedara mara pun tk ramai kat sini, sure dorang boring takde org ziarah ..
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2007 10:50 AM | Show all posts
Aku penah tanya bapak aku nak g umah org tua2 tak..... Bapak aku kata nanti dia pikir dulu...
Mak aku pun penah aku tanya..jwpan mak aku..nak g tapi susah la pulak kena jaga cucu2 dia..

Aku pulak dah tua memang dah ada rancangan nak gi umah org tua2...maleh la nak nyusahkan owang lain..

Tu semua aku nak hantar kat umah org tua2 kat jenderam hulu...
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2007 11:30 AM | Show all posts
Originally posted by Gemukkkkkkk at 25-12-2007 01:08 PM



kenapa perlu begitu negatif?  jika para forummers di sini sudah ada niat yang suci, bukankah itu bagus?  niat yang suci, akan terlaksana, jika diizinkan tuhan.  soalan-soalan anda tu, lebih ...


In the end is it not the same as sending to them to rumah orang tua? Niat suci tetapi jika niat sahaja without action tak menggalakkan juga. My point is, kalau nak jaga ibubapa kita, biarlah kita jaga dengan betul, tetapi jika setakat dia duduk rumah kita dengan alasan nak jaga ibubapa tetapi boleh tengok2 kan rumah is wrong. Ada maid spare ker, ada kereta spare or driver spare, IF we are not there to be by their side but more kat opis, balik harap mak masak and etc. thats not taking care of them that is abusing UNLESS they say they want to stay with you and they say they want to cook for you without you asking. I prefer real quality time in comparison to placebo effect.

I have NEVER ASKED my parents to do anything for me since the day i started working. They volunteered without me asking them anything.

The bottomline, niat yang murni biarlah disusuli dengan langkah yang sepatutnya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 08:06 AM GMT+8 , Processed in 0.085152 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list