CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: periwinkle..

MERGED : All About Terengganu [Syd]

[Copy link]
Post time 13-8-2006 03:01 PM | Show all posts
masa outstation kat terengganu last few months, stay kat Sri Indah resort
tapi tak best!! takleh nak call.. even to receptionist!
then paip pon ada yg rosak.. tv pon tak seronok!!...
overall tak best... dah blacklist hotel nih :D
tp utk makan nasi dagang yg best kat taman awam batu burok.. tak silap nama kedai tuh kedai kak pah..
just tanya kat org situ kedai nasi dagang yg sedap.. tak silap RM1.50 aje tau
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2006 11:55 PM | Show all posts
hari tu cuba try duduk sehari dekat batu buruk beach resort...dekat dengan food court n pantai...

Rate- Rm105

bukan lah nak buruk-buruk hotel ni tapi rasa mcm dah terkena pulak .....satu malam tu aircond dia rosak n lantai jadi banjir sbb air dari aircond menitik.Pintu bilik air susah nak tutup.tilam tak selesa.Bangun-bangun pagi kasut habis basah...punya la sengsaraaa!

Pagi terus checkout pukul 8.30..  

jalan2 kat pasar payang pukul 11 terus check in kat grand continental

Rate-Rm 204 camtu kot...dah tak ingat dah (ini harga lepas disc gov staff)

Puas ati giler duduk hotel ni...breakfast dia ok.Bilik dia ok..Tv ada tambahan channel astro Movie.Kat bwh ada kedai runcit n kedai baju.Overall mmg ok...kalau nak pegi bercuti 1 family or honeymoon mmg hotel yg sesuai.

Tapi sepanjang duduk kat kt ni tak jumpa sata...puas carik dah..

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2006 03:38 PM | Show all posts
hari tu kami beramai2 duduk kat hotel Sri malaysia, KT, tapi terukla sebab toilet dia macam tak cuci betul2.Bolehlah nak tidur tu. DiKB kami stayed kat Hotel Temenggung. Tengah2 KB. Nak shopping senang, dekat dengan tempat shopping tapi kebersihan also out. Air berkarat. Toilet pun berkarat. masuk dalam bilik dia macam berbau sikit Bath room tak ada curtain lindung cermin dekat bath tab. Kalau orang nak skodeng especially malam, senang saja nak nampak.
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2006 11:11 AM | Show all posts
teringin lak rasanya nak pergi situ.
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2006 12:47 AM | Show all posts
Originally posted by rapid at 1-9-2006 11:11 AM
teringin lak rasanya nak pergi situ.


Pergi le.. nanti boleh cerita pengalaman Rapid kat sana....
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2006 10:52 AM | Show all posts
TER pilihan percutian keluarga
Oleh Baharom Bakar


Penginapan bertaraf hotel 3 bintang sedia pelbagai kemudahan seperti ekuestrian, polo, rumah kelab, aktiviti berkuda



TERENGGANU Equestrian Resort (TER) di Kuala Ibai, Kuala Terengganu menawarkan percutian keluarga sambil beriadah bukan saja terhad kepada ahli kelab, malah terbuka kepada orang ramai.

Terletak kira-kira lima kilometer dari bandar Kuala Terengganu dan 150 meter dari Jalan Kuala Terengganu ke Kuantan, TER yang dibina berhampiran Masjid Tengku Tengah Zaharah atau lebih dikenali Masjid Terapung, pasti menepati cita rasa pelancong.

TER dibina di kawasan 18 hektar berhampiran muara Sungai Ibai menghadap Laut China Selatan dengan kos RM54 juta, turut menyediakan kemudahan ekuestrian dan polo, rumah kelab, kompleks sukan, penginapan serta restoran yang menyediakan pelbagai masakan tempatan dan Barat.

Paling istimewa resort itu terletak berhampiran kawasan pengeluaran kraf dan batik seperti Noor Arfa Batek, Perbadanan Kraftangan Cawangan Terengganu dan Permint Suterasemai.

Pengunjung yang menginap di Paddock Inn resort itu juga boleh menikmati nasi dagang istimewa Chendering yang terletak hanya 1.5 kilometer.

Berikutan pelbagai kemudahan yang disediakan, TER yang beroperasi Februari lalu mula menjadi destinasi pilihan pengunjung yang bercuti bersama keluarga.

Paddock Inn yang terletak berhampiran pintu utama TER mempunyai 24 bilik iaitu sembilan deluxe dan 15 standard siap dengan pelbagai kemudahan setaraf hotel tiga bintang.


KANAK-KANAK pasti gembira bermandi-manda
di kolam renang TER.

Walaupun banyak hotel serta resort menyediakan kemudahan riadah di negeri ini, belum ada hotel baik bertaraf lima bintang menyediakan kemudahan sukan, khususnya bagi sukan berkuda.

Kebanyakan pengunjung yang menghabiskan cuti bersama keluarga di TER berpuas hati kerana selain berehat, mereka dapat menghabiskan masa bermain polo, menunggang kuda atau belajar menunggang kuda dengan bayaran berpatutan.

Pengunjung juga tidak perlu memandu jauh untuk membeli kerepok lekor atau kain batik kerana kawasan industri dan beberapa kampung tradisi didiami nelayan menyediakan kemudahan itu.

Selain menggunakan kemudahan disediakan, pengunjung boleh melakukan riadah seperti berkayak, memancing berhampiran teluk Kuala Ibai dan berjoging sambil menikmati keindahan alam semula jadi.

Pengurus Besar TER, Ibrahim Jusoh, berkata pengunjung yang memilih menghabiskan cuti bersama keluarga tidak perlu mencari kawasan lain mengisi masa lapang dengan bersukan dan beriadah.

揇engan kadar promosi RM80 sehari untuk bilik standard dan RM90 bilik deluxe berserta sarapan pagi, pengunjung tentunya tidak akan puas untuk menginap sehari.

揂ntara kemudahan sukan disediakan pengurusan TER ialah padang polo, kolam renang, bowling 12 lorong, skuasy, gelanggang badminton, taman permainan kanak-kanak dan klinik sukan,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-9-2006 02:23 PM | Show all posts
Masjid Terapung kurang bilik air

BERKUNJUNG ke Terengganu tidak sah kalau tidak singgah di Masjid Terapung atau Masjid Tengku Tengah Zaharah yang tersergam indah di Teluk Ibai, Kuala Terengganu. Itulah satu-satunya destinasi awal kepada setiap pelancong jika melalui jalan raya dari Kuala Lumpur atau Johor Bahru.

Tidak dapat dinafikan masjid itu cantik, antik dan putih. Lunak azannya dan menarik bacaan imamnya.

Tetapi yang menghairankan masjid yang ratusan bahkan ribuan pengunjung setiap hari itu hanya memiliki enam bilik air, tiga untuk lelaki dan tiga untuk wanita. Bayangkan sukarnya tumpang membuang air kecil atau besar jika terpaksa berbaris, apa lagi dalam keadaan terdesak.

Sepatutnya pihak berkuasa tempatan atau kerajaan negeri mengambil perhatian memikirkan masalah pelawat dan pelancong yang berkunjung ke Terengganu, khususnya Masjid Terapung.

Sepatutnya sebuah bangunan sampingan didirikan untuk keperluan pengunjung sebelum mereka meneruskan perjalanan ke destinasi lain.

PENGUNJUNG PRIHATIN,
Kampung Balok, Kuantan.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2006 10:09 PM | Show all posts
Originally posted by finnie at 25-8-2006 11:55 PM
hari tu cuba try duduk sehari dekat batu buruk beach resort...dekat dengan food court n pantai...

Rate- Rm105

bukan lah nak buruk-buruk hotel ni tapi rasa mcm dah terkena pulak .....satu mala ...


Saya baru balik dari Kuala terengganu...5 hari kat sana hadiri konvensyen KMK kat Wisma Darul Iman...Sesuatu yang istimewa ialah Wisma Darul Iman sendiri yang dibina pada 1986 (20 tahun dah...) Pusat pentadbiran Kerajaan Negeri yang serba lengkap berbanding dengan lain-lain negeri. Dewan Besarnya lebih baik dari sesetengah hotel ballroom dimana boleh menampung hampir 3000 orang hadirin menikmati jamuan. Disini juga dilengkapi dengan dewan Theatre dan Dewan Konvensyen yang setiap satu boleh menampung 1500 orang dan 2000 orang peserta. Hebat...hebat sungguh budaya selenggaraan orang Trengganu ni kerana segala kelengkapan termasuk carpet di Dewan Besar masih kelihatan baru walaupun dah berusia 20 tahun....

Saya menginap kat Hotel Grand Continental...memang setuju dengan finnie yang hotel ni memang best..layanan, kemasan bilik,kemudahan dan breakfast menu yang agak banyak dan sedap....

Berbanding dengan bandar-bandar di Utara Semenanjung, harga makanan di Trengganu ni didapati agak tinggi sikit la..Kalau nak order makanan di Restoran tu hati-hati sikit kerana jangan terkejut dengan harga yang dikenakan nanti..Sempat menikmati makan tengahari di Restoran Mat Binjai....Istimewanya disini lauk pauknya yang agak banyak...

Pada sebelah pagi berkesempatan merasai nasi dagangan 'RM45' yang kontroversi sedikit masa lalu... Kedainya agak bersih dan selesa dengan nasi dagang berlaukkan ikan tongkol masak pedas dihidangkan di atas daun pisang...Harganya tak mahal cuma RM 3 sahaja...Sedap sungguh nasinya walaupun saya ni bukanlah penggemar nasi dagang..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


mamakcute This user has been deleted
Post time 14-9-2006 10:04 AM | Show all posts
Bandar Bercahaya, Kerteh Terengganu





Kerteh skyline..



Close-up shots..



The three towers !
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2006 12:39 PM | Show all posts
Originally posted by mamakcute at 14-9-2006 10:04 AM
Bandar Bercahaya, Kerteh Terengganu





Kerteh skyline..



Close-up s ...



oiiiiiiiiiiiiii....kampung aku!!!woohooo, aku bangga ada minyok n pulau best kat ganu..hehe.dan budak ganu ni bijok2 macam aku gok...ahaks!
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2006 01:25 PM | Show all posts
Originally posted by Esmeralda at 11-8-2006 11:38 AM
hmmm byk dapat info sini...thx korank

pastu nak tanya, nasi dagang yg PALING BEST kat mana pulak?

nasi dagang paling best?
so far, kalo aku balik kpg hubby aku kat kt, the best nasi dagang iyelah nasi dagang mak mentua kakak ipar aku.
mak aaaiiii...., sedapnyer!!!!!!
tapi since aku takleh makan ikan tongkol, mmg diorg ader lauk ayam utk aku sorang....hehehe!
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2006 01:27 PM | Show all posts
Originally posted by mamakcute at 14-9-2006 10:04 AM
Bandar Bercahaya, Kerteh Terengganu





Kerteh skyline..



Close-up s ...

tiapkali lalu sini, perasaan aku selalu cuak.
dibuatnyer masa time aku lalu, meletop ker aper ker...hehehe!!!
but lately kalo kitorg balik kpg, slalu ikut jerangau-jabur.
dr KL-KT, lebey kurang 5-6 jam jer bole sampai.
taklah penat sgt wpun pemandangan kiri kanan asyik pokok jer!
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2006 06:25 PM | Show all posts

Reply #46 Syd's post

nak cerita pengalaman tak best masa singgah kat masjid terapung ni lama dulu.. 2002 kalo tak silap.. ingat nak tumpang toilet dia, tapi tak jadi coz kotor sangat2.. takde air pulak tu.. in the end kitaorg terpaksa keluar dr kawasan masjid & mintak tumpang guna toilet 1 klinik kat seberang jln.. jauh giler kena jalan..

hopefully now ni toilet masjid terapung dah improve..
Reply

Use magic Report

mamakcute This user has been deleted
Post time 15-9-2006 09:01 AM | Show all posts

sambung lagi



A gas processing plant complex..



The gas processing plant flare and tank area..



Kerteh Port in the distance...



A picture taken by someone else, and i got it through email..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

mamakcute This user has been deleted
Post time 15-9-2006 09:02 AM | Show all posts
First bowling centre for Terengganu




KUALA TERENGGANU: Terengganu? first bowling centre will be opened at Komplek Taman Selera Tanjung in Jalan Sultan Zainal Abidin here in June.

The centre, which will have 10 lanes, would operate from the second floor of the building, which also houses the Astaka Shopping Centre.

State Culture, Youth, Sports and Non-Governmental Organisations committee chairman Din Adam said the recreational facility was important to youths.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

mamakcute This user has been deleted
Post time 15-9-2006 09:03 AM | Show all posts
Waterfront theme for Kuala Terengganu




ONCE labelled a sleepy hollow, Kuala Terengganu is shedding this negative image to become a Heritage Waterfront City.

The heart of Kuala Terenganu, comprising mainly Kampung Cina or its Chinatown, is renowned for the traditional shophouses of its early settlers.

It has grown to be a populated area since the early Chinese community settled there in the 18th century.

There are two old Chinese temples - Ho Ann Kiong (built in 1801) and Tien Hou Kong or Tean Hou built in 1896 ? where the Hokkien and Hainanese residents worship till today.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2006 09:57 AM | Show all posts
Isnin ni aku pegi kemaman. kemaman tempat apa best?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2006 03:15 PM | Show all posts
salah satunya, mungkin;

PENYU, KHAZANAH KITA !





Dengan hanya RM 250.00 ( dewasa ) dan RM 150.00 ( Kanak-Kanak berumur lebih 6 tahun dan maks. 12 tahun  ), anda boleh mengasingkan diri daripada kesibukan bandar dan menikmati keindahan dan beristirehat di hujung minggu di satu tempat yang begitu menarik dengan keindahan alam semulajadi di Pusat Santuari Penyu Ma扗aerah, Kemaman. Penginapan dan makanan disediakan. Anda hanya perlu berada di sana dan membantu Jabatan Perikanan Malaysia dalam memantau pendaratan penyu, mengutip, memindah dan menanam semula telur di pusat penetasan dan melepaskan semula anak tetasan penyu ke laut. Setiap sukarelawan Hujung Minggu ( Bercuti Bersama Penyu ) akan diberikan SIJIL dan sehelai T抯hirt Santuari Penyu Ma扗aerah yang direka khas.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2006 03:21 PM | Show all posts
Levi RM5 Taman Laut dikaji
Oleh Nurhayati Abllah


Kunjungan pelancong di pulau sekitar Terengganu tanpa garis panduan beri kesan kepada hidupan marin, terumbu karang

KUALA TERENGGANU: Kerajaan mengkaji semula caj levi RM5 yang dikenakan kepada pengunjung Taman Laut di pulau peranginan Terengganu bagi memastikan khazanah negara itu terus terpulihara.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Industri dan Pelancongan negeri, Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri, berkata kajian lebih mendalam perlu bagi memastikan kunjungan pelawat tidak menjejaskan keindahan Taman Laut antara 10 yang terbaik di dunia.

Katanya, kunjungan pelancongan ke pulau tanpa had boleh memberikan kesan terhadap kehidupan marin dan khazanah laut seperti terumbu karang.

"Kita bukan bertujuan menyekat kedatangan pelancong kerana ia memberikan sumber ekonomi kepada Terengganu, tetapi perlu ada satu garis panduan untuk memastikan pulau kita tetap terpulihara.

"Kita kini tidak mengenakan caj yang sepadan kepada pelancong yang datang ke Taman Laut sehingga mereka mudah untuk menerokai kawasan itu," katanya selepas Majlis Penutup Seminar Think Tourism Kepada Kakitangan Kerajaan di Wisma Darul Iman, di sini, kelmarin.

Seminar anjuran Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Terengganu dan Tourism Malaysia dihadiri kira-kira 50 kakitangan awal daripada pelbagai jabatan.

Beliau berkata, sebelum ini, pelancong yang ingin ke Taman Laut hanya dikenakan caj kira-kira RM5 sedangkan kos perbelanjaan pemuliharaan dan penjagaan pulau adalah tinggi.

"Disebabkan itu, kajian mendalam perlu dijalankan untuk mencari levi berpatutan yang perlu dikenakan kepada pelancong yang mengunjungi pulau di perairan negeri ini.

"Levi berkenaan perlu mengambil kira semua pihak dan tidak membebankan masyarakat setempat," katanya.

Mohd Nasir berkata, kaedah mengenakan levi sudah dijalankan di beberapa pulau, Sipadan sebagai usaha untuk memastikan keindahan serta keselamatan pulau itu.

"Secara tidak langsung kita dapat mengawal jumlah kedatangan pelancong kerana mereka bukan sewenang-wenangnya boleh menceroboh kawasan yang menjadi aset utama negeri.

"Banyak kes membabitkan keindahan dan khazanah pulau termasuk terumbu karang di kawasan Taman Laut mati disebabkan aktiviti yang diadakan pelancong," katanya.

Katanya, kerajaan negeri menganjurkan pelbagai program untuk mengurang dan mengelak kemusnahan seumpama itu terus berlaku.
Reply

Use magic Report

mamakcute This user has been deleted
Post time 15-9-2006 04:44 PM | Show all posts
--Sultan Mahmud Kuala Terengganu Airport--



http://forum.cari.com.my/viewthr ... &extra=page%3D1

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 04:56 AM GMT+8 , Processed in 0.061939 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list