CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: calmille

Happy Birthday Siti Nurhaliza!

[Copy link]
Post time 11-1-2008 01:53 PM | Show all posts
Selamat Hari Lahir yg ke 29thn..semoga cepta dapat baby.....panjang umor & berbahagia hingga ke akhir hayat....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2008 02:15 PM | Show all posts
HAPPY BIRTHDAY CT.............SEMOGA ANDA DAN SUAMI SENTIASA DIBERKATI DAN DIKURNIAKAN CAHAYA MATA....inssyallah!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2008 02:15 PM | Show all posts
Happy birthday CT..!! udah 29 die ek..?? aduuhh.. cepatnye mase berlalu..aku pun makin tua gak nih.. huhuu..apepun aku rase CT dh boleh berbangge dan bahgia sbb die dh achieve byk bende (yg baik2 dan yg sukses2..) except for kids..emm..cian CT blum rezeki..so utk hari spesel mek nih aku doakanla die dpt anak someday soonn..n improvelaa care pakai tudung tuh..
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2008 02:42 PM | Show all posts
Nak bagi :bd: kat siti nurhaliza binti taruddin

nak :handshake:  tapi tak pernah berkesempatan

nak :kiss:  pipi lagi lah tak bisa coz tak pernah bersemuka

nah,amik lah :flower:

semoga sentiasa sedar dan sentiasa perbaiki diri
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2008 03:25 PM | Show all posts
Hapi besday ct.. Semoga panjang umur, murah rezeki & lebih kejayaan di terima


KLU 2 : CARI IDOL'S CONTESTANT.


[ Last edited by  AyieBoyZ at 15-1-2008 03:28 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2008 03:25 PM | Show all posts

Happy Burfday to our queen.. Hajjah Datin Seri Siti Nurhaliza...

love u 4eva.. Apa pun yg terjadi.. bjalanla tanpa henti..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Chedd This user has been deleted
Post time 11-1-2008 05:09 PM | Show all posts
kalau anda semua nak baca tentang birthday party dia sila ke
http://cheddyusoff.blogspot.com/2008/01/about-sitis-birthday.html

dan kalau gambar ada kat
http://cheddgraphy.blogspot.com/2008/01/happy-birthday-siti.html

enjoys ...
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2008 06:59 PM | Show all posts
hepi besday ct.......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2008 07:33 PM | Show all posts

Reply #40 aYuGiLeR's post

sejuk mata.. makin tembam jer
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2008 07:51 PM | Show all posts
happy besday to Hajjah Siti...:bd: :bd: :bd: :flower: :flower: :flower: :flower: :kiss:
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2008 08:05 PM | Show all posts
problem lagi ngan nick aku ni!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2008 08:17 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2008 10:09 PM | Show all posts
eppy besday to my beloved kak siti liza...saraneyo...!!!!muahszxcv!!
smoga Allah sentiasa memandu hati akak SITI LIZA ke JalanNYA yg hakiki..
PEACE!!Ahaxsx!!
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2008 10:14 PM | Show all posts
selamat tua siti . ...
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2008 12:15 AM | Show all posts
selamat ulang tahun ke - 29 dato' hajah siti nurhaliza, semoga panjang umur dimurahkan rezeki melimpah ruah dan berbahagia hendaknya.....
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2008 01:20 AM | Show all posts
waduh masuk sitizone je ada mesej baru dr ct.. happynyeeeeeeeee

Salam Maal Hijrah...  
Written by Siti Nurhaliza     
Friday, 11 January 2008  
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.

Salam Maal Hijarh, moga tahun baru ini akan memberikan kita semua kebaikan dan kebahagiaan yang lebih bermakna berbanding tahun-tahun sebelumnya. Tekadkan diri dan hati agar kita diberkatiNya, diberikan keteguhan iman, dikuatkan semangat, dimurahkan rezeki, diterima segala yang dihajatkan dan beroleh kejayaan sepanjang tahun ini. InsyaAllah.

Hari ini Siti luangkan masa menulis buat anda semua kerana hari ini adalah hari istimewa dalam hidup Siti. Siti ingin mengucapkan terima kasih di atas doa dan ucapan anda semua sempena ulangtahun kelahiran Siti. Siti amat menghargai ingatan anda kepada Siti dan tentunya Siti amat berbahagia memiliki peminat-peminat yang sentiasa prihatin dan menyokong Siti dalam susah dan senang. Siti akui sebagai manusia biasa, Siti juga tidak sempurna, adakala tidak mampu memberikan yang terbaik seperti yang anda hajatkan, ada kehendak atau permintaan anda yang tak dapat Siti tunaikan, ada kemahuan anda yang tak terlaksana, ada pandangan dan kritikan anda yang mungkin anda anggap Siti tidak ambil peduli, segalanya Siti fahami dan akui bahawa Siti hanya insan biasa sahaja.

Terlalu banyak ucapan terima kasih yang mahu Siti rakamkan di sini, terutama atas doa-doa anda semua sempena pemergian Siti mengerjakan haji Disember lalu. Alhamdulillah, Siti berasa gembira kerana telah selamat pergi dan pulang dan telah melaksanakan ibadah yang menjadi kewajipan umat Islam.Kegembiraan dan ketenangan telah Siti perolehi dan hendaknya penampilan Siti sekarang ini juga direstui. Siti akui melakukan perubahan diri perlahan-perlahan sesuai dengan diri Siti dan insyaAllah akan menjadi lebih baik dan sempurna nanti.Bagi Siti perubahan pada diri setiap orang itu yang harus kita sokong, bagaimana cara dia berubah perlu kita dukung, dan jangan pula kita biarkan orang itu rebah hanya kerana kita mahu dia memperlihatkan kesempurnaan yang di luar kemampuan dirinya mungkin.

Selain itu, terima kasih atas sokongan kepada album baru Siti, harap semakin hari semakin anda menyukainya. Transkripsi dulu juga mendapat kritikan juga pada awalnya dan akhirnya semua boleh menerima. Siti harap album baru ini juga akan menyenangkan anda semua. Tentang Anugerah Juara Lagu juga, Siti tahu besar harapan anda dan anda tidak putus-putus memberi sokongan. InsyaAllah Siti akan pikul tanggungjawab ini sebaiknya dan doakanlah yang terbaik buat Siti nanti.

Salam mesra selalu...
Siti Nurhaliza

sumber: sitizone
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2008 01:20 AM | Show all posts
bahagianya baca tulisan CT ni
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2008 03:56 AM | Show all posts
Hadiah "3K" dari suami tersayang untuk Siti
2008-01-11 12:25:24.0

Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ   

SEPERTI tahunlepas, dengan meriah dan dalam suasana yang ekslusif, majlis kelahiranpenyanyi Datin Seri Siti Nurhaliza yang ke 29 tetap disambut sertadiraikan oleh keluarga dan rakan taulan yang dianjurkan oleh suaminya,Datuk Seri Khalid Mohd. Jiwa sebagai tanda pengikat kasih kepadapenyanyi bersuara lunak merdu ini.

Di majlis yang berlangsungpada malam semalam bertempat di ruang legar kolam renang Hotel LeMeridien, Siti tampil bergaya manis dalam busana blaus dan seluarkembang berwarna hitam dan kelabu dipadankan dengan tudung hitam rekaanRadzuan Radzwill.
'Penghijrahan' Siti selepas pulang dari Mekah..(Foto mStar oleh Siti Azira Abd Aziz)
MenurutSiti, rekaan tudung yang tampak lain daripada lain ini juga diilhamkanoleh beliau dan suaminya setelah mereka menyaksikan pertunjukan FesyenIslam Antarabangsa pada tahun lalu.

"Selepas kami menontonpertunjukan fesyen tu, terus lahir idea untuk mereka tudung yang Sitipakai ni sebab ia sangat ringkas dan memenuhi stail sekarang.

"Setelahberbincang dengan Radzuan, dia bersetuju dan turut memberi pendapatuntuk membuatkan ia lebih menarik dan selesa dipakai.

"Pada mulanya memang Siti rasa kekok tapi lama-lama dah selalu pakai, rasa ok lagipun tudung ni berat dan ia takkan jatuh.
"Memangnampak lain sebab Siti hanya perlu sarung sahaja ibarat menyarung kainbatik di atas kepala macam orang dulu-dulu pakai," kata Siti sambiltersenyum disamping suaminya yang turut memakai kemeja dan seluarberwarna sedondon dengannya.
Apabila ditanya kepada suaminya yanglebih popular dengan panggilan Datuk K itu tentang penampilan bertudungSiti, dia memang menyokong kehendak Siti untuk memakai tudung asalkanhati ikhlas dan mempunyai iman yang kuat.
"Saya tak suruh jugatidak melarang dia untuk memakai tudung sekarang. Saya bersetujuapabila dia mengatakan hendak membuat perubahan pada penampilannyasecara perlahan-lahan.

"Dia lebih manis bertudung tetapi apabila dirumah, saya juga lebih selesa melihat keayuannya tanpa bertudung.
"Setakatini ramai kawan-kawan saya yang memberi respon dan pendapat berbezakepada penampilan barunya di mana ada yang menyokong dan ada yang tidak.

"Tidak kurang juga yang mengatakan beliau terlalu muda untuk berbuat demikian," ujar Datuk K.
Datuk K terhibur ketika menyaksikan persembahan nyanyian Siti
BagiSiti pula, beliau tidak kisah apa yang orang ramai akan perkatakantentang 'penghijrahan'nya itu kerana beliau memang memasang niattersebut dari dahulu lagi cuma masa untuk berubah secara mendadak ituamat sukar dilakukan lebih-lebih lagi apabila sudah dikenali.

"Samajuga seperti dulu, Siti pernah berangan untuk duduk di rumah danmenjalankan rutin harian seperti wanita lain apabila sudah berkahwin.
"Tetapibukan  mudah dan sukar bagi Siti untuk membuat perubahan secara drastiksebab Siti ingin menjadi diri sendiri dan bukannya memakai tudungkerana orang lain.

"Apa yang anda lihat sekarang boleh dikatakansebagai hijrah Siti selepas balik dari menunaikan haji dan hijrah inimembuatkan Siti rasa lebih tenang," beritahu Siti dalam majlis yangdihadiri oleh kira-kira 300 tetamu itu.

Seisi keluarga Siti-Datuk K meraikan hari jadi Siti ke 29
Menyentuhtentang azam hari lahirnya, Siti ingin menjadi lebih baik dari sudutperibadi dan kerjaya untuk mendapat masa depan yang cerah.

"Sitijuga menyimpan hasrat untuk menjadi isteri yang baik. Siti harap suamidapat  menjaga Siti dengan baik dan penuh kasih sayang kerana itu lebihpenting dari harta.

"Siti minta didoakan segera dikurniakan cahaya mata dan bahagia bersama suami dan keluarga di dunia dan akhirat," luah Siti.
Bertanyatentang hadiah paling bermakna buat Siti dari Datuk K, mereka berduamenyatakan jawapan yang sama iaitu biarlah rahsia seperti tajuk laguSiti dari album Transkripsi.
"Saya malas nak cakap tentang hadiahni. Saya memang ada memberi hadiah untuk mengingati hari kelahirannyatetapi saya tak boleh cakap.

"Apa yang saya boleh katakan, sayaberjanji untuk memberi kebahagiaan, kejayaan dan kegembiraan (3K)kepadanya," beritahu Datuk K sambil tersenyum.

Antara tetamu yang hadir adalah ibu bapa Siti, Siti Salmah Bachik dan Tarudin Ismail,
Siti dan Datuk K harap segera dikurniakan cahaya mata
ibuDatuk K, Zainab Hanapi, kakak ipar Siti, Rozie, kakak Datuk K, ZaitonMohd. Jiwa, dua orang anak Datuk K, Mohd. Adib, 18 dan Mohd. Aziem,10 serta keluarga Siti dan Datuk K termasuk rakan artis.

Merekaadalah bekas pengacara TV3 Datin Norjuma Habib dan suami, pelakonSharifah Haslinda, Sharifah Shahira dan Ijoy, Sharifah Amani, QueHaidar, juara pencarian bintang Pantene Fida, penyampai Hot FM SharifahAleya, Shafinaz Selamat, Sean Ghazi, penyanyi Indonesia Rossa dan 30orang pelakon drama rantaian Spa Q iaitu Zed Zaidi, Betty Banafe,Faradhiya serta ramai lagi.

Menurut Zaiton, majlis yang dihoskanoleh Aznil Hj. Nawawi itu turut meraikan pelakon Spa Q berikutan merekatelah selesai menjalani pengambaran drama 60 episod itu.

Dalammajlis yang tidak ditetapkan tema itu, Siti dan tetamu yang hadirdirancakkan dengan persembahan nyanyian daripada Faradhiya, Aznil,Rossa, Sean Ghazi, adik Siti, Siti Saerah, Syed Sobri dan isteri selakupengurus muzik majlis tersebut, Azie termasuk kedua ibu bapanya.

Selainitu, majlis memotong kek turut dilakukan dan yang menariknya Shafinazyang bakal menyambut hari lahirnya pada hari ini juga dijemput meraikanhari lahir sehari awal bersama Siti setelah Aznil mengumumkan kejutanbuat Shafinaz dan semua tetamu itu.
Tenyata ramai yang hadirmendoakan Siti cepat dikurniakan cahaya mata dan berada dalam keadaansihat sejahtera serta dimurahkan rezeki.

Datuk Seri Khalid- "Semoga beliau mendapat kesihatan yang baik, kasih sayang yangberpanjangan, dimurahkan rezeki dan mendapat zuriat yang baik."
Mohd. Adib dan Mohd. Aziem - "Selamat hari jadi, Mak Iti!"
Zaiton Mohd. Jiwa- "Kami sekeluarga mendoakan kebahagiaan Siti dan Khalid serta semogamereka berdua cepat-cepat dikurniakan anak seperti yang Siti inginkan."
Siti Salmah Bachik - "Selamat hari jadi. Moga bertambah rezeki, dikurnia anak dan berbahagia hingga ke akhir hayat."
Siti Saerah - "Selamat hari jadi. Semoga panjang umur dan murah rezeki. Mudah-mudahan cepat dapat anak."

from mstar
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2008 10:35 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2008 03:42 PM | Show all posts
aku ske ucapan

"selamat hari jadi mak iti..."

hehhehehehhehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2025 03:25 AM GMT+8 , Processed in 0.058797 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list