|
afja , meh aku bagi sedikit pendapat .. aku pun baru jer lepas buat tu semua .. untuk mentadbir kan pusaka arwah mak aku yang dah meninggal 2 bulan lepas ..
sijil faraid ni ko tak payah pergi ke mahkamah syariah kak .. ko gi jer kat majlis agama islam kat negeri ko .. dia org ada satu department khusus untuk mentadbirkan faraid ni .. so , ko kena amik borang dan isi borang tu .. ko kena masukkan semua harta harta arwah mak ko dan juga kena letakkan semua nama pewaris .. ayah ada lagi ?? kalau ayah ada , makna nya ayah ko akan dpt bahagian dia .. so , jabatan agama akan buatkan faraid tu .. kat melaka ni diorg charge ikut jumlah harta yang nilaikan .. kalau melebihi rm 100k ko kena charge dlm rm 250 .. tapi benda tu blh kawtim sebenarnya .. cuma , dlm borang faraid tu ko jgn declare nilaian sebenar tanah tu .. ko kena bawah sekali salinan geran tanah tu sebagai bahan bukti ..
pasal amanah raya berhad ni mmg cekik darah .. ko bukak fail jer dah kena rm 300 .. then , amik masa lebih kurang 18 bulan untuk diselesaikan .. bila dah selesai , ko akan kena charge lagi dlm 1@2% .. kalau harta ko 100k , ko kira le sendiri brapa diorg dpt .. cuma , ko tak penat la nak uruskan harta tu .. semua diorg yang akan uruskan .. ko tau siap jer .. ko tak payah nak naik turun mahkamah .. diorg sendiri akan setelkan bagi pihak ko .. aku buat kat Pusaka Kecil .. actually pusaka kecil ni goverment punya .. di bawah kuasa Pejabat Tanah Dan Galian .. tapi kat negeri ko aku tak tau .. aku citer kat melaka punya hal ek kak .. ko cuba la tanya kat Pejabat Tanah dan Galian negeri ko kot kot ada pusaka kecil ni .. bayaran total aku kena charge ada lah dlm rm 50 .. tapi ada payah sket sbb aku kena naik turun mahkamah untuk mendapatkan kuasa menguruskan pusaka arwah mak aku ..
aku cadangkan ko pergi jer kat bahagian penilaian tanah di tempat ko .. diorg akan nilaikan tanah tersebut .. ko ada brapa org adik bradik ?? aku cadangkan ko amik jer tanah tu and ko bayar pada adik brapa ko bahagian diorg .. sbb , kalau ko nak bahagi bahagikan tanah tu pada 4 org ( aku bg cth jer ) akan dtg masalah pada hari akan dtg .. kalau tanah tu besar ok la .. tapi kalau 1 ekar jer , pening ko nanti .. ingat , pada zaman skang ni harta benda blh jadi punca bergaduh adik bradik .. ko discuss elok elok dgn diorg .. kalau diorg setuju , ok la .. tapi kalau tak setuju , ko teruskan la buat faraid tu .. perempuan dpt 1/8 bahagian dan lelaki dpt 2/3 bahagian .. mak ko ada buat wasiat tak ?? kalau tak buat wasiat , senang kerja majlis agama islam tempat ko ..
kalau ada silap info mintak ampun bebanyak .. aku pun baru jer tau benda ni bila nak uruskan harta arwah mak aku .. sebelum ni pun , aku amik endah tak endah jer .. bila dah meninggal , pening pala aku .. adik aku cakap , nak dpt duit pun payah  |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by afja at 9-4-2008 02:20 PM 
salam....
nk tanya....cemana nk uruskan harta pusaka si mati?
aku nk uruskan tanah arwah mak aku (yg sekangkang kera tu) secara faraidh...
aku nk wat apa?
kalau aku wat gini betul x?
...
kalau nak tahu hak2 yang adik beradik you boleh dapat, cuba pergi ke sini.... ada calculator pengiraan faraid yang boleh membantu.... pasal nama dan no. ic .. hentam aje.. yang penting... maklumat waris harus tepat.... senang sikit hati mak you nanti....
http://maths.usm.my/faraid/msl/default.html
yang sahihnya... makcik2 awak akan dapat 2/3 daripada harta datuk awak.. selebihnya jatuh kepada anak2 kepada anak lelaki datuk awak rasanya......... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by dukalara at 12-8-2008 10:06 AM 
kalau nak tahu hak2 yang adik beradik you boleh dapat, cuba pergi ke sini.... ada calculator pengiraan faraid yang boleh membantu.... pasal nama dan no. ic .. hentam aje.. yang penting... ...
jadi kes saya ni, 2 org makcik yg masih hidup akn erima pusaka datuk akan dapat 2/3 dan mak saya(iaitu isteri adik lelaki mereka yg telah meninggal) tak dapat apa-apa ker? konfius pulak ni |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by shidahameera at 12-8-2008 10:49 AM 
jadi kes saya ni, 2 org makcik yg masih hidup akn erima pusaka datuk akan dapat 2/3 dan mak saya(iaitu isteri adik lelaki mereka yg telah meninggal) tak dapat apa-apa ker? konfius pulak ni
Rasanya mak awak memang tak dapat apa-apa sis......tapi awak dan adik2 lelaki awak (anak2 kepada anak lelaki datuk awak) akan dapat lebihan 1/3 tu........ cubalah buat kiraan yang link yang saya kasi tu...mudah dan jelas........
tearngkan kat mak awak..takdelah dia duk pikir2 dan risau... at least ada bahagian untuk anak2 dia walau mungkin dia tak dapat apa-apa.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by dukalara at 12-8-2008 11:19 AM 
Rasanya mak awak memang tak dapat apa-apa sis......tapi awak dan adik2 lelaki awak (anak2 kepada anak lelaki datuk awak) akan dapat lebihan 1/3 tu........ cubalah buat kiraan yang link y ...
bukan mak nak utk dia seorang tapi dia tak dapat pun takper, janji adik beradik lelaki i dapat. Kiraan tu takder pulak mention kalau anak individu dah mati |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by shidahameera at 12-8-2008 11:49 AM 
bukan mak nak utk dia seorang tapi dia tak dapat pun takper, janji adik beradik lelaki i dapat. Kiraan tu takder pulak mention kalau anak individu dah mati
Dari segi faraid....ayah awak yang dah meninggal memang tak layak lagi dapat harta pusaka daripada datuk awak bila datuk awak meninggal nanti.... meaning..dah takde bahagian faraid untuk ayah awak dalam kes awak ni...
Saya amat pasti coz baru menguruskan harta pusaka bapa saya yang baru meninggal.....
Untuk make sure..banyakkan membaca kat sumer2 berkaitan.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #45 shidahameera's post
sebab u ada adik beradik lelaki... automatik u & adik perempuan pun akan dapat juga bahagian masing2... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by dukalara at 12-8-2008 11:53 AM 
Dari segi faraid....ayah awak yang dah meninggal memang tak layak lagi dapat harta pusaka daripada datuk awak bila datuk awak meninggal nanti.... meaning..dah takde bahagian faraid untuk a ...
itulah yg saya sekarang tengah study, nanti nak check dgn pejabat tanah kat kelantan pulak . duka kat negeri mana?. terima kasih semuanya ni |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kikilalat at 12-8-2008 01:12 PM 
sebab u ada adik beradik lelaki... automatik u & adik perempuan pun akan dapat juga bahagian masing2...
kiki punyer ni lain pulak. shidah konfius, tapi takper akan ku check kat negeri kelantan punyer enakmen |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #49 shidahameera's post
lain tang mana pulak shidah?
cuma nyer... bahagian arwah ayah shidah dah takder... bahagian adik beradik lelaki shidah dan adik beradik perempuan shidah masih ada. kalau arwah ayah shidah masih ada, pembahagian dah ikut cara lain dah... kalau arwah ayah shidah masih ada masa datuk shidah meninggal, he would have been entitled to 1/2 bahagian, and your aunty masing2 akan dapat 1/4 bahagian each... however, since ayah shidah meninggal dulu, his entitlement is gone.
only entitlement left is kepada his sons and daughters. i.e. adik beradik shidah. mak shidah tak boleh dapat, sebab mak shidah bukan ahli waris datuk shidah...
shidah can try to refer to this table... kalau datuk u meninggal sebelum waris2 nya... the entitlement would be as highlighted in red...

info from laman web AMANAH RAYA BERHAD http://www.arb.com.my/arbwos/Ref ... a_didalam_islam.asp |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kikilalat at 12-8-2008 01:46 PM 
lain tang mana pulak shidah?
cuma nyer... bahagian arwah ayah shidah dah takder... bahagian adik beradik lelaki shidah dan adik beradik perempuan shidah masih ada. kalau arwah ayah shidah mas ...
Ya!Allah ,terima kasih Kiki, dan Duka, shidah check ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by dukalara at 12-8-2008 10:06 AM 
yang sahihnya... makcik2 awak akan dapat 2/3 daripada harta datuk awak.. selebihnya jatuh kepada anak2 kepada anak lelaki datuk awak rasanya........... ...
sama lah nih shidah...
since arwah ayah shidah sorang jer yang lelaki... selebih nyer, 1/3 akan dapat ke adik beradik u... cuma bahagian lelaki mesti 2 kali ganda bahagian perempuan... i.e. 2/9 untuk lelaki... 1/9 untuk perempuan.
yang terlupus cuma bahagian arwah ayah shidah... which is different from bahagian adik beradik shidah.
[ Last edited by kikilalat at 12-8-2008 01:52 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kikilalat at 12-8-2008 01:50 PM 
sama lah nih shidah...
since arwah ayah shidah sorang jer yang lelaki... selebih nyer, 1/3 akan dapat ke adik beradik u... cuma bahagian lelaki mesti 2 kali ganda bahagian perempuan... i. ...
Saya dah faham sekarang. kalau dapat bahagian tu kami adik beradik takmau pun, bagi kat mak ajerlah.Mungkin adik yg belum berkeluarga boleh guna duit tu utk kawin ke apa nanti |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kikilalat at 12-8-2008 01:46 PM 
lain tang mana pulak shidah?
cuma nyer... bahagian arwah ayah shidah dah takder... bahagian adik beradik lelaki shidah dan adik beradik perempuan shidah masih ada. kalau arwah ayah shidah mas ...
pandainya.....anak sapelah ni......
dun worilah shida....... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by shidahameera at 12-8-2008 01:48 PM 
Ya!Allah ,terima kasih Kiki, dan Duka, shidah check ni.
sama-sama syida..........
p/s.... camane nak tukar nick ye.... busanlah dengan nick dukalara ni.... dah tak berdukalara lagi dah.....sape2 boleh tolong? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #56 dukalara's post
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by dukalara at 12-8-2008 03:02 PM 
pandainya.....anak sapelah ni......
dun worilah shida.......
he..he..nak tukar avatar kena pergi kat edit profile, paste link kan gambar yg nak digunakan tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kikilalat at 12-8-2008 03:23 PM 
kena register baru...
suka betul avvy(angelina) tu Kiki, seksi |
|
|
|
|
|
|
| |
|