CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tok_wann

50 tahun merdeka tapi masih buta sejarah.

[Copy link]
Post time 18-4-2008 02:03 PM | Show all posts
Originally posted by tok_wann at 18-4-2008 01:21 PM


tok_wann rasa kat sini adi_iskandar salah.....cuba baca buku " undang undang negeri kedah " ...yang di tulis pada tahun 799masihi....buku  telah di serahkan kembali kepada kerajaan malaysia p ...


Hikayat Merong Mahawangsa (ditulis sekitar abad ke 17 hingga ke 18) tak pernah menyebutkan perkataan 'Tanah Melayu' begitu juga dengan Hikayat Patani,  Taj-us-Salatin (Mahkota Segala Raja-Raja), Hikayat Shah Mardan, Hikayat Inderaputera, Silsilah Bugis, Hikayat Pasai, Hikayat Siak, dsb satu pun tak pernah disebutkan.

akur?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2008 02:05 PM | Show all posts

Reply #27 HangPC2's post

Kalau meriam kerajaan Melayu Melaka lebih canggih dari tentera Portugis, Belanda dan Inggeris....then apa pasal kalu itu Melaka boleh kalah dengan itu Portugis?

Takkan nak cakap tentera Portugis lagi ramai dari Melaka plak...ente tau berapa kerat jek Portugis hantar tentera nak tawan Melaka?
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2008 02:07 PM | Show all posts

Reply #29 Maideen.'s post

Sunggoh kasiaann dengan puak2 yang termakan dakyah Doktor ini
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2008 02:10 PM | Show all posts
Originally posted by bentee at 18-4-2008 12:25 PM
kalau dikaji dengan betul, bangsa melayumemang pandai berniaga. tetapi kenapakah golongan peniaga melayu di malaysia kurang berjaya? mungkinkah semua ini disebabkan oleh parti politik yang mentad ...


Kasiann...ropanya orang Melayu kita gagal dalam berniaga sebab tak dapat kontrak kerajaan. Baru ana tau
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-4-2008 02:21 PM | Show all posts
[quote]Originally posted by HangPC2 at 18-4-2008 11:12 AM


setuju .....sebab pada serangan kali ketiga barulah portugis dapat menawan melaka.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2008 02:29 PM | Show all posts
Thanks Tok Wann for the blog, at least I can check and read about the history  on my great great great great grand father yang datang ke sini.  On the kesahihan of the story I will recheck with my uncles not sure whether they are still around
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-4-2008 02:40 PM | Show all posts
Originally posted by HangPC2 at 18-4-2008 11:24 AM
Filem Thailand



The Queen Of Langkasuka  ปืนใหญ่จอมสลัด (2008)



http://img443.imageshack.us/img443/ ...


terima kasih tok_wann ucapkan pada HangPC2.....orang-orang melayu wajip menuntun filem ini.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2008 03:18 PM | Show all posts
..tengok tabiat-tabiat melayu sekarang ni pun dah tahu bahawa melayu ni baru tamadun lebih kurang 200 tahun je..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2008 05:22 PM | Show all posts
Originally posted by Dasawarsa at 18-4-2008 02:05 PM
Kalau meriam kerajaan Melayu Melaka lebih canggih dari tentera Portugis, Belanda dan Inggeris....then apa pasal kalu itu Melaka boleh kalah dengan itu Portugis?

Takkan nak cakap tentera Po ...




Banyak Sebab Kalah.....


- Konspirasi Politik

- Pengkianatan

- Memutuskan Hubungan Dengan Dinasti Ming (Negara China Ming tidak mengiktiraf Sultan terakhir sebab tidak layak untuk menjadi Sultan)

- Sebahagian Tentera Laut Melaka tidak membantu menyerang angkatan portugis di lautan..



Sebab Sebenar Kejatuhan Melaka


http://forum3.cari.com.my/viewth ... 6620&extra=page%3D2




[ Last edited by  HangPC2 at 18-4-2008 05:31 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2008 05:33 PM | Show all posts
Meriam Lela Che Pandak Ibrahim (Perak)




Lokasi : Muzium Perak

















Pemuras (Perak)











Sources : http://azizanzolkipli.multiply.com



Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2008 05:34 PM | Show all posts
Meriam Lela Rentaka 1850's (Perak)




A Rentaka is a cannon made by the Malays in copper. Lela is the name of a lady & Rentaka means strong. Gun, sulphur & gun powder was used as fire power. Lela Rentaka is versatile & can be used mounted on boats. During the Pasir Salak War, the Malays used the Lela Rentaka extensively. The 1st record of its use was during the rule of Malacca Sultanate and the fight against the Portuguese in 1511. This Lela Rentaka was made in 1850's.




Lokasi : Kompleks Sejarah Pasir Salak



















Sources : http://azizanzolkipli.multiply.com




Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2008 05:35 PM | Show all posts
Meriam Lantka (Lela Rentaka)
















Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2008 05:35 PM | Show all posts
Meriam Badak Berendam & Meriam Katak Puru (Kedah)



Lokasi : Kota Kuala Kedah















Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2008 05:37 PM | Show all posts
Muzium Sejarah Kuala Selangor, Bukit Melawati (Selangor)




Bukit Melawati


Berdasarkan sejarah, Kuala Selangor telah wujud seawal abad ke 16 lagi. Kawasan lain seperi Jeram, 10 meter dari Permatang di sebelah bertentangan Sungai Selangor juga telah wujud . Kawasan-kawasan ini adalah di bawah pemerintahan Empayar Melaka dan selepas itu pula di bawah pentadbiran Empayar Johor.

Sejarah kubu ini bermula semasa kejatuhan Syarikat India Timur Belanda selepas perang ke-4 Belanda-Inggeris (1780-1784). Apabila pengaruh Belanda sudah hilang, Selangor telah kembali diperintah oleh Johor dan Riau telah menyerang Melaka yang juga di bawah pemerintahan Belanda tetapi gagal. Belanda kemudian menyerang Selangor dan menawan Kuala Selangor pada Julai 1784.

Semasa serangan, Kubu Melawati telah musnah tetapi dibina kembali dan diberi nama sebagai Kubu Altingsburg mengambil nama Jenderal Gabenor Belanda.Setahun selepas itu, iaitu pada 28 Jun 1785, Sultan Ibrahim dengan pertolongan abangnya, Dato
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2008 05:37 PM | Show all posts
Muzium Kota Ngah Ibrahim (Perak)




Kota Ngah Ibrahim, Matang, merupakan kawasan & rumah kediaman Ngah Ibrahim anak kepada Che Long Jaafar, org yg mula2 menemui dan menerokai perusahaan bijih timah di Bkt Gantang, Taiping pd pertengahan kurun ke 19. Dgn penghasilan bijih timah ini, Ngah Ibrahim telah menjadi kaya raya melebihi dr Sultan Perak sendiri. Sultan telah menganugerahkan gelaran Menteri Larut kpd Ngah Ibrahim.

Kemasukan kaum Cina yg ramai telah mengakibatkan banyak tertubuhnya kumpulan kongsi2 gelap antaranya kumpulan Ghee Hin & Hai San. Kedua dua buah kumpulan kongsi gelap ini sering bermusuhan. Begitu juga dgn Kompeni Hindia Timur Inggeris yg ingin campur tgn di negeri Perak utk memonopoli perniagaan bijih timah ini.

Atas ancaman2 inilah, maka kota Ngah Ibrahim dibuat dgn kukuh. Tembok kotanya dibuat dr b'rapa lapisan batu bata setinggi lbh dr 1.5m. Rumah Ngah Ibrahim dibina betul2 di tengah kota ini. Pembinaan kompleks ini dipercayai siap pd thn 1858. Kompleks ini juga dijadikan sbg pejabat & pusat memungut cukai bijih timah di jajahan Larut. Kota ini dihubungkan dgn Kuala Sepetang (Port Weld) dgn jln darat & jln terusan.

Rumah ini juga pernah dijadikan tmpt perbicaraan Dato Maharaja Lela & Si Puntum yg telah membunuh J.W.W. Birch, residen Inggeris pertama pd 2hb Nov 1874 di Pasir Salak. Bangunan rumah Ngah Ibrahim pernah juga dijadikan maktab perguruan yg pertama sblm dipindahkan ke Maktab Perguruan Tg. Malim, Perak. Kemudian bangunan ini dijadikan sebagai Sekolah Rendah Kebangsaan Matang sehingga ke akhir tahun 1970an. Akhirnya kawasan & bangunan rumah Ngah Ibrahim ini dijadikan Pusat & Pejabat Kompleks Sejarah Matang oleh Jabatan Muzium & Antikuiti.




Senjata dan Baju Zirah Bugis




Keris








Pedang


















Tombak















Baju Zirah Bugis














Perisai









Sources : http://pahlawanperak.blogspot.com/

http://merahsilu.blogspot.com/

http://azizanzolkipli.multiply.com


Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2008 05:38 PM | Show all posts
Hang Tuah: Satu Interpretasi Bukan Melayu



Kenny Chee



Pertama, terima kasih kepada Sdr Shahabudeen kerana menulis pandangannya Hang Tuah Berbangsa Cina.

Memang banyak diperkatakan tentang Hang Tuah berketurunan Cina, terutama setelah Wawasan 2020 diumumkan oleh seorang perdana menteri yang mengubah paradigmanya, dari pendukung ketuanan Melayu kepada pendukung meritokrasi, serta pendukung teori bahawa orang Melayu, berasal dari imigran Indonesia.

Walaupun Hang adalah satu nama keluarga Cina, Hang juga adalah satu gelaran kepada orang Melayu zaman dahulu, seperti Tuan, Wak dan Wan. Dalam loghat orang Melayu Kedah, Hang adalah satu panggilan yang sudah lama dipakai, dan perdana menteri kita juga menggunakannya bila berinteraksi dengan rakyat Kedah yang sering bergaul dengannya.

Dalam sejarah orang Melayu, Hang Tuah adalah anak kepada Hang Mahmud dan Dang Merduwati dari komuniti Orang Laut Bintan, satu daripada suku kaum Orang Melayu Asli, nenek-moyang kepada orang Melayu Deutero (Melayu "Melayu") seperti Sdr. Mahathir, Sdr. Anwar Ibrahim dan Sdr. Abdullah Ahmad Badawi yang kita hormati.

Ayah Hang Tuah adalah batin kepada Orang Laut Bintan, dan seorang panglima perang Sultan Iskandar Shah, sultan Melaka yang pertama (baginda yang bergelar Parameswara atau Permaisura sebelum beragama Islam). Hang Mahmud terlibat dalam pembukaan negeri Melaka oleh Sultan Iskandar, yang sebelum itu bersemayam di Kelang, Palembang, Singapura dan Muar, sebagai maharaja empayar Sri Vijaya atau Selangor Tua.

Empayar Sri Vijaya adalah negara yang merentasi Selat Melayu atau sekarang dipanggil Selat Melaka. Ia didirikan oleh Orang Laut Kelang seawal abad ke-2, dan berpusat di beberapa ibu negara, seperti Kelang, Kuala Selangor, Siak Sri Indrapura, Jambi, dan Palembang. Negara ini juga dipanggil Selang Ur (Selangor) iaitu negeri Orang Selang (atau Orang Selat). Orang Selat adalah orang yang memanggil dirinya sebagai Orang Melayu sempena bukit tempat istana raja mereka didirikan.

Hang Mahmud, selain berdarah Orang Laut Bintan, juga berdarah Orang Laut Sulawesi, iaitu Orang Bugis. Keluarga diraja Bugis selalu berdagang dengan keluarga diraja Melayu Sri Vijaya, dan putera raja Bugis berkahwin ke dalam keluarga batin Orang Laut Bintan, yang memimpin angkatan laut Sri Vijaya dan Melaka. Jadi, Hang Tuah melalui bapanya berdarah raja Bugis. Begitu juga sahabat karibnya Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu. Mereka adalah anak-anak saudara Hang Mahmud.

Orang Bugis adalah golongan Melayu Asli Borneo (nama betul pulau itu adalah Brunei sempena suku kaum Brunei yang paling berkuasa dan mendirikan negara mereka sendiri). Mereka dan juga orang Melayu Asli lain yang menghuni seluruh kepulauan Melayu asalnya tinggal di pulau Brunei. Orang Melayu Asli pulau Brunei pula, berhijrah dari tanah besar Asia Tenggara, tempat asal bangsa Melayu.

Mengenai Hang Li Po, puteri dinasti Ming di China itu adalah Li Po sahaja dan panggilan Hang diberi kepadanya oleh Sultan Mansur Shah, yang mengahwininya. Hang adalah panggilan rakyat jelata yang berkhidmat untuk Sultan Melaka menerusi sistem kerah. Ini melibatkan ketua-ketua orang Asli (Melayu Proto) dan orang bukan Melayu, termasuk yang menjadi isteri muda raja-raja Melayu. Anak Sultan Mansur dengan Li Po bergelar Paduka Tun Mamat kerana dilantik sebagai pembesar yang menjaga daerah Kelang (sekarang Selangor moden), satu daripada ibu negeri kedua Melaka, selain daerah Johor.

Hang Tuah bukan pengikut Hang Li Po kerana Hang Tuah adalah menteri pertahanan atau Laksamana Melaka semasa Sultan Mansur Shah melawat negara China untuk meminang puteri Li Po. Hang Tuah mengiringi Sultan Mansur Shah ketika melawat negara China kerana dia adalah Laksamana Melaka, yang anggota tenteranya adalah Orang Laut Bintan

Mengenai Hang Jebat, dia tidak menderhaka kepada raja dalam erti kata yang sebenar. Hang Jebat memberontak kerana Sultan Mansur Shah menghukum bunuh Hang Tuah, yang difitnah oleh ejen Siam, musuh tradisi Melayu Melaka. Bapa saudara Sultan Mansur, Bendahara (Ketua Menteri) Tun Perak, yang menjadi orang kuat Melaka yang sebenar, tahu bahawa Hang Tuah tidak berzina dengan isteri raja. Dia menyembunyikan Hang Tuah di Kelang. Tun Perak telah menasihati Sultan Mansur Shah berangkat bersama keluarganya dan pembesar lain ke Kelang semasa Hang Jebat menguasai Melaka. Di sana, Tun Perak telah membawa Hang Tuah mengadap sultan, dan sultan telah mengampunkan Hang Tuah.

Pengunduran sultan Melaka ke ibu negeri keduanya, Kelang, adalah satu taktik strategik yang dirancang oleh Tun Perak yang bijak. Tun Perak adalah pakar perang secara pengunduran strategik, satu taktik yang berjaya menangkis serangan Siam ke atas Melaka dan Johor. Dari Kelang, Tun Perak, Hang Tuah dan Sultan Mansur telah mengumpulkan tentera-tentera dari negeri-negeri naungan Melaka seperti Kedah, Kelantan, Siak, Minangkabau dan Mandahiling. Tentera ini telah mengalahkan Hang Jebat yang mentadbir Melaka sebagai "wakil raja". Hang Jebat telah ditangkap oleh Sultan Melaka dan dihukum bunuh. Tetapi Sultan Melaka telah membenarkan Hang Jebat, yang pernah berjasa kepadanya, memilih cara hukuman.

Hang Jebat telah meminta supaya orang yang paling kuat dan berani di empayar Melaka bertikam keris dengannya. Akibatnya, Hang Tuah, yang disangka mati, telah dihantar oleh sultan untuk bertarung dengan Hang Jebat.

Kita tidak akan tahu sama ada Hang Tuah benar-benar membunuh Hang Jebat. Atau adakah Hang Tuah membunuh seorang penjahat dan mengatakan kepada Sultan dan Bendahara bahawa Jebat telah mati. Disebabkan Hang Tuah adalah sahabat baik Tun Perak, dan Tun Perak adalah orang yang paling kuat di Melaka, Hang Tuah mungkin telah melepaskan Hang Jebat dan membunuh seorang penjahat.

Sejarah Melayu yang ditulis oleh cicit Tun Perak, Tun Seri Lanang, sebenarnya banyak memburukkan imej raja dan pembesar Melaka yang awal, seperti Sultan Mansur, Hang Tuah dan Tun Perak. Tun Seri Lanang berkhidmat sebagai bendahara semasa Empayar Melaka berpindah pusatnya ke Johor, dalam abad ke-16. Empayar itu, yang digelar Empayar Johor-Riau-Selangor-Pahang, sempena empat ibu negaranya, banyak dipimpin oleh raja yang lemah, dan pembesar yang rasuah dan zalim.



Sources : http://www.asiawind.com/forums/read.php?f=2&i=3711&t=1704

http://www.freewebs.com/suaraanum/0506b02.htm



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-4-2008 06:45 PM | Show all posts
Originally posted by Lloni at 18-4-2008 12:25 PM
mengenai link tu.....ada yg boleh diterima dan ada yg 'karut' sebab begitu kontradik dgn sejarah setempat...jadi kena guna akal bila buat kesimpulan...


betul.....tapi bukan setakat kena guna akal bila buat kesimpulan tapi kena buat kajian...insyaallah kita akan mendapat membuat kesimpulan yang terbaik....banyak sejarah-sejarah di asia ini khususnya di sekitar asia tenggara dan cina berhubungkait dengan tanah melayu ....jika rajin melayari web-web tersebut.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-4-2008 07:01 PM | Show all posts
Originally posted by Dasawarsa at 18-4-2008 02:05 PM
Kalau meriam kerajaan Melayu Melaka lebih canggih dari tentera Portugis, Belanda dan Inggeris....then apa pasal kalu itu Melaka boleh kalah dengan itu Portugis?

Takkan nak cakap tentera Po ...


tok_wann agak melaka kalah di sebabkan kekurangan taktik peperangan.....atau mungkin tidak pernah berperang dalam skala yang besar....

emmmm.....atau sesiapa pernah dengar Amerika kalah pada Vietnam....semasa peperangan Vietnam dulu...atau pun dah lupa.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2008 07:37 PM | Show all posts

Reply #58 tok_wann's post

Tentera Melaka Terdiri Dari Orang Laut / Askar Upahan Dari Jawa, Parsi dan Turki


Tentera Portugis terdiri dari Askar Upahan Dari Jepun (Samurai Jepun), Goa..
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2008 07:41 PM | Show all posts
Percubaan Angkatan Laut Aceh/Uthmaniyah (Ottoman) menawan Melaka Dari Portugis

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-6-2024 11:54 PM GMT+8 , Processed in 0.093166 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list