|
::Novel Muzikal Kaulah Segalanya:: ~episod 15 last part~ TAMMAT
[Copy link]
|
|
"Asy, tengah hari ini awak lunch kat sini ye? boleh la awak berkenalan dengan adik saya, Farouk n Ummi. Boleh la ya, pukul 3 nanti saya hantar awak balik" pujuk Shawal dengan nada mengharap. "mmm ok la…tapi kena cepat tau saya ada exam malam ni" jawab Asyrani sambil tersenyum hingga nampak barisan giginya yang putih. Tengah hari itu, Asyrani menolong ibu Shawal menyediakan makanan manakala Shawal pula sibuk membasuh motornya di bawah rumah flatnya itu. Asyrani sedar walaupun dia masih tidak sihat namun dia harus menghormati tuan rumah dan tidak mahu dilabel anak dara pemalas "Asyrani panggil Shawal naik atas, dah dekat pukul 1.30 ni, dia kena pergi ambik adik dia, kalau lambat bising la pulak Ayouk dengan Ummi tu."kata Puan Aishah kepada Asyrani yang sedang memotong sayur. Asyrani yang mendengar arahan itu lantas menyarungkan seliparnya dan turun ke bawah untuk memanggil Shawal. Sampai di bawah, dia melihat Shawal sedang khusyuk mengelap motor hondanya itu. Dilihatnya dia membasuh motor tidak berbaju. Dia berasa segan untuk menegur Shawal. Sedang Shawal asyik mengelap motornya dia perasaan ada mata yang sedang memandangnya. Dilihatnya rupa-rupanya Asyrani sedang memerhatikannya. "alamak, macam mana dia ada kat sini? Malunya aku, dah lah tak pakai baju, hisy mana baju aku ni. Shawal pantas menyarungkan bajunya. Asyrani yang sedar Shawal sudah perasaan akan kehadirannya segera menundukkan kepala. Lantas dia berkata "Shawal, mak awak panggil katanya suruh awak ambik adik awak dari sekolah."kata Asyrani. Dia masih lagi menundukkan kepalanya lalu terus berjalan ke tangga dengan pantas sebelum dia naik sempat lagi Asyrani berkata "Shawal, awak pakai baju terbalik." kata Asyrani sambil ketawa. "aiseyman, potong markah macho aku, apa lah aku ni pakai baju terbalik, mana taknya dia renung aku macam nak makan aku aje, tak keruan aku dibuatnya."desis hati Shawal sendirian sambil membetulkan bajunya. Apabila Shawal naik atas ibunya menyuruh dia pergi mengambil adiknya dari sekolah sementara Asyrani pula sibuk menyediakan hidangan. Sampai sahaja di tepi kawasan sekolah, Shawal memarkir keretanya. Jam menunjukkan pukul 1.15 tengah hari manakala adik-adiknya pulang pada pukul 1.30 tengah hari.
Sementara menunggu kepulangan mereka, dia terkenangkan peristiwa malam tadi. Semasa dia sedang membeli tiket bas, tiba-tiba dia dilanggar hingga hampir terjatuh. Mula-mula ingin dimarah namun apabila melihat orang yang melanggarnya sedang ketakutan akibat dikejar dua lelaki itu. Shawal lebih terkejut apabilaorang yang melanggarnya itu seorang gadis yang dikenalinya, Asyrani!!. Puas Shawal memperkenalkan dirinya namun Asyrani masih lagi menjerit. Dia seperti orang hilang pedoman. Dia betul-betul ketakutan sehingga pengsan. Shawal bertambah panik, dia segera mendukung gadis itu ke kerusi yang berhampiran. Waktu itu dia hanya menunggang motosikal, jadi dia terpaksa menelefon kawannya, Rafiq agar membantu membawa Asyrani pulang. Sebaik sahaja Rafiq tiba, dia bertanya kepada Shawal apa yang berlaku.Shawal menceritakan segalanya. Shawal meminta agar Rafiq menghantar gadis itu ke rumahnya kerana pada waktu tersebut pintu pagar hostelnya sudah ditutup. Sebaik sahaja sampai dirumah, semua orang terkejut apabila melihat Shawal pulang membawa seorang gadis. Shawal menceritakan hal yang sebenarnya kepada ahli keluarganya. Mereka memahami situasi Shawal. Shawal menjadi risau apabila malam itu, Asyrani diserang demam panas, dia masih tidak sedarkan diri. Tika itu semua ahli keluarganya tidur. Sepanjang malam Shawal menjaganya, sempat dia meneliti wajah Asyrani dengan lebih dekat. Mata yang sepet, hidungnya kecil, bibirnya kecil kemerah-merahan. Gadis itu memang menarik perhatiannya. Gelodak jiwa Shawal makin membara. Harum semerbak wangian yang dipakainya. Shawal tertidur di muka pintu untuk mengelakkan kata-kata kurang enak sementara adik-adiknya tidur di ruang tamu. Awal pagi itu, ibunya mengejutkannya dari tidur. Puan Aishah juga pelik kenapa anak sulungnya itu beria-ia menolong gadis itu. Sedang asyik dia mengelamun, dia tersentak akibat ketukan di cermin pintu keretanya. Rupa-rupanya adik2nya telah pulang. "bang, kakak tu, ada lagi ke kat rumah kita?" tanya Farouk. "a’ah dia ada lagi, petang nanti abang hantar dia balik" jawab Shawal sambil memfokuskan pemanduannya di jalan raya. "dia tu cantikkan bang, dia nampak comel." kata Ummi. "betul tu bang, dia tu ada pakwe ke? Ke abang pakwe dia?" tanya Farouk kepada Shawal sambil tersengih-sengih. "kepala hotak kau Ayouk, abang dengan dia tu kawan biasa aje. Lagipun manalah abang tau dia tu dah berpunya atau tak."kata Shawal sambil menggosok rambut adiknya itu. Sebaik sampai di rumah, anak-anak kecil itu berlari mendapatkan ibu mereka lalu disalaminya. Puan Aishah mengarah mereka semua mandi dan solat dahulu sebelum makan. Makanan sudah terhidang atas meja. Baunya cukup menyelerakan. Encik Ruslan, bapa Shawal juga sudah pulang dari kerja. Setelah semuanya siap, Farouk diminta membaca doa makan. Asyrani melihat mereka makan dengan asyik sekali. Dia agak kekok dan segan berhadapan dengan ayah Shawal kerana kelihatan garang. Shawal bersuara "sedap la mak masak ari ni" "eh, mak tak masak pun mak cuma tolong sediakan bahan aja, kawan kamu si Asyrani ni yang masak. "jawab ibunya. Asyrani tersipu-sipu malu apabila ada yang memuji masakannya. "ish sedap ke? Aku main bantai je tadi"bisik hatinya "oh ya kah? kalau cam tu, abang nak tambah nasi lagi la" ujar Shawal sambil menyendukkan nasi ke pinggannya. Sesudah makan, Asyrani pergi ke dapur untuk memotong buah tembikai. Kebetulan pada waktu yang sama Shawal juga bangun untuk meletakkan pingannya ke dapur. Ketika mereka berdua di dapur, Asyrani mengambil pinggan Shawal dan membasuhnya. Masing-masing mendiamkan diri.
[ Last edited by silent_kid at 15-9-2008 01:14 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Hampir pukul 3, Asyrani meminta diri dari rumah Shawal. Sayu hendak meninggalkan mereka. Asyrani telah menukar baju asalnya yang sudah kering.Bagi Asyrani mereka terlalu baik dengannya terutama ibu Shawal. Asyrani mengucap ribuan terima kasih kepada Puan Aishah serta Encik Ruslan sekeluarga kerana membantunya. Di dalam kereta, Asyrani banyak memuji keluarga Shawal. "keluarga awak bestlah. Saya seronok….mereka baik dengan saya, I really appreciate that." ujar Asyrani. Shawal memandang gadis di sebelahnya, pipi gadis itu kemerah-merahan. "tak apa, kita kan disunatkan memuliakan tetamu, betul tak?" jawab Shawal dengan suara yang lembut."ermm Shawal saya nak tanya sikit boleh, harap awak tak marah"ujar Asyrani. "apa dia?"tanya Shawal. "ermmm mak awak cakap malam tadi awak…..awak ada…."tanya Asyrani tersekat-sekat. Dia cuba untuk menyusun kata. Shawal yang memahami apa yang hendak Asyrani sampaikan lantas memotong. "tak ada apa-apa yang berlaku Asy, saya jaga sebab awak demam panas semalam kebetulan semua orang dah tidur lagipun saya tidur kat tepi pintu, awak jangan bimbang ok" terang Shawal panjang lebar. " “Maafkan saya kerana mencurigai awak.”ungkap Asyrani. “awak berhak… ermm awak tadi tak kecil hati ke masa mak saya tanya pasal tu" tanya Shawal. Cuba tidak membuat Asyrani tidak kecil hati. "pasal apa?"tanyanya kembali. "masa kita sarapan tadi,mak saya tanya pasal keluarga awak, saya tengok awak tersekat-sekat time jawab soalan tu."terang Shawal. "oh, pasal tu tak apa, saya tak kisah pun."jawab Asyrani. Dia hanya memandang depan. Shawal tahu bahawa Asyrani berasa sedih apabila bercakap tentang ibunya. Sesiapa pun akan sedih jika diri ditanya soalan yang mengamit jiwa. Lalu dia mencari topik lain "one more thing, saya nak mintak maaf, pasal Farouk tadi. Dia menghendap masa kita….berborak kat dapur tadi."ujar Shawal tersekat-sekat. "aiseyman, kenapa pulak dengan aku ni, angin sasul aku dah datang ke? Kacau tul."desisi hatinya. "ala tak apa biasalah budak-budakkan"jawab gadis bertudung kuning itu. "so bile Asy nak balik Kuantan lagi?, jadi ke pergi Port Dickson?" tanya Shawal kembali memecah kesunyian mereka di dalam kereta. "lepas saya habis final " terang Asyrani. "oh, seronok la Asy dapat jalan-jalan. " kata Shawal lagi. Asyrani hanya menghadiahkan senyuman yang manis. Tak lama kemudian, mereka pun tiba ke hostel. Shawal memberhentikan keretanya di depan asrama mereka lalu keluar dan membuka pintu kereta untuk Asyrani. Asyrani tergamam dengan perbuatan jejaka yang tinggi lampai itu. "Shawal, sekali lagi saya nak ucapkan terima kasih berbanyak-banyak kerana selamatkan nyawa dan maruah saya dari menjadi mangsa rogol dan menjaga saya ketika saya demam panas malam tadi."ucap Asyrani perlahan kelihatan mutiara jernih turun dari kelopak matanya. Shawal berlagak gentleman lantas mengeluarkan sapu tangannya dan mengelap air mata gadis itu. Asyrani tergamam melihat tindakan Shawal itu. Dia melihat ramai mata memandang lalu berundur ke belakang. Shawal yang menyedari perbuatan Asyrani itu lantas meminta maaf namun Asyrani hanya senyum sahaja kepada dia. Selepas itu, Asyrani berjalan menuju ke tangga hostelnya. Shawal memerhatikan bayangan gadis itu hingga ianya hilang.
Sebaik sahaja sampai di biliknya, Anis terus memeluknya dan meminta maaf berkali-kali. Pipinya dicium berulang kali. Asyrani hanya tersenyum sahaja. "tak apa aku tak marah pun."jawab Asyrani. "macam mana kau boleh ada kat rumah mamat handsome tu?"tanya Anis sambil mengemas barang-barangnya. "aku terlanggar kat stesen bas dia lalu jatuh pengsan masa aku kena kejar dengan dua badigol tu."jawab Asyrani. Dia berasa geram kepada dua pemuda itu. Anis khusyuk mendengar penjelasan Asyrani. “wah untunglah kau Asy, korang ni betul-betul ada jodoh. Bestlah dapat berkenalan dengan bakal mak mertua kau."kata Anis sambil ketawa kecil. Asyrani berasa geram lalu membaling bantal kepada gadis itu. "dah lah, aku nak mandi, malam ni ada exam, kang busuk pulak hall tu nanti"kata Asyrani kepada Anis sambil mengambil tuala serta menuju ke bilik air. Petang itu dia mempunyai ujian bagi subjek Anatomy and Physiology. Selepas keluar dari dewan itu, dia berjumpa dengan Anis . "wei susah gila la paper tadi,nak pecah kepala aku di buatnya."kata Anis. "tu la pasal kenapa Prof Razif bagi soalan susah sangat. Jangan fail sudah. Aku tak nak repeat. " balas Asyrani. "dah, jangan cakap pasal ni, baik kita balik petang esok ada last paper untuk cuti sementara." kata lagi Asyrani sambil menuju ke cafeteria untuk makan malam. Sedang dia makan hp miliknya berbunyi. "Ada mesej masuk "jerit hatinya. Asyrani tersenyum melihat penghantarnya.
Anis hanya memerhatikan gelagat rakannya itu. Sahlah orang itu adalah Shawal.
Mesej Shawal berbunyi
Assalamualaikum Asy….Awak apa khabar?Cam mane ngan exam awak?Ok tak?Awak dah makan ubat ke?
Asyrani membaca mesej itu lalu membalasnya
Waalaikumsalam….Shawal Saya sihat kot….Awak apa khabar…..Exam susah gila sampai nak korek aje otak ni…..Saya baru nak makan malam. Sekarang ada kat cafe baru nk makan… …
Shawal ketawa membaca mesej balasan Asyrani. Mungkin konsentrasinya terganggu kerana peristiwa malam tadi. Dia membalas kepada Asyrani
La….jangan makan ubat lambat tau….Nanti lari jadual mkn ubat yg saya letak kt dalam plastic ubat awak. Tak apa lah awak makan la….Kita borak esok ya,Selamat malam. Assalamualaikum, Sweet dreams
Asyrani membaca mesej itu lalu membuka beg plastic ubatnya memang terdapat sehelai kertas yang mengandungi jadual makan ubatnya.
"Siapa mesej itu, pakwe kau ke Asy?"tanya Anis yang sudah tersengih-sengih. "amboi laser mulut dia oi mak cik, dia tu bukan pakwe aku, kita orang just friend je"terang Asyrani. Anis hanya tersengih-sengih. "well love always start from friends isn't it?"usik lagi Anis. "dah la, dari aku hadap kau baik aku hadap makanan aku ni lagi best, kenyang."kata Asyrani sambil memuncungkan bibirnya. Anis ketawa besar. Dihadapannya terhidang teh o' ais dan nasi goreng cina. Selepas makan dia menyeluk plastic yang di maksudkan Shawal tadi. Dia memakan ubat seperti yang ditetapkan. Selepas semuanya selesai, mereka berdua pulang ke bilik untuk berehat. Sesudah solat isyak. Asyrani duduk di tingkap untuk melihat bulan dan bintang sambil menelaah pelajaran. Itulah yang akan dilakukannya saban malam. "Asy, apa yang kau suka sangat tengok bintang tu?" tanya Anis. Dia agak hairan kenapa Asyrani melakukan perkara itu setiap malam dan apabila bulan dan bintang tidak kelihatan, dia kelihatan muram. "tak ada apa-apalah Nis, aku suka tengok bintang, cantik"jelas Asyrani walaupun bukan itu penjelasan sebenarnya. Asyrani termenung sendirian di jendelanya. Dilihatnya terdapat 3 bintang yang begitu cerah mengelilingi bintang yang malap. Asyrani menganggap bintang itu sebagai metafora kepada persahabatannya. Dia sering teringat teman-teman rapat lamanya iaitu, Liyana, Amna dan Shakirah. Mereka merupakan sumber inspirasi dan kekuatan untuk terus bangkit ketika dia mengalami masalah dulu. Cuma sekarang masing-masing sibuk dengan belajar. Liyana sekarang belajar di Kolej Matrikulasi Pahang dalam sains hayat. Amna pula mengambil tingkatan 6 di sekolah lama iaitu di Methodist Girl Secondary School manakala Shakirah pula sedang mengambil diploma sains di Kolej Polytech Teknologi Mara di Kelantan. Masing-masing berjauhan dan sibuk. Asyrani merancang untuk bertemu dengan mereka bertiga apabila cuti nanti. Matanya layu menatap buku yang dibaca untuk peperiksaan esok. Dia menyimpan buku itu dan menutup tingkap. Dia baring di katilnya, Anis sudah tidur. Mungkin terlalu letih mengulangkaji pelajaran tadi. Fikiran Asyrani menerawang kepada kejadian pagi tadi. Dia berasa malu sangat ketika berada di dalam pelukan Shawal namun terasa kehangatannya. Teringat juga semasa Ayouk menghendap mereka berborak. Panas mukanya ketika diusik oleh Ayouk. Matanya makin kuyu dan lama kelamaan terpejam. Asyrani lena dalam mimpi siangnya
[ Last edited by silent_kid at 15-9-2008 01:17 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
kaulah segalanya episod 4 part1
Sebulan berlalu dengan pantas. Peperiksaan akhir mereka hampir menjelang tiba. Pagi keesokannya, Asyrani dan Anis sama-sama ke kelas dan kemudian pergi ke perpustakaan. Asyrani memang suka pergi ke sana. Kebanyakan masa di perpustakaan itu dihabiskan dengan menelaah pengajiannya dan bermain internet. Sehingga berjam-jam lamanya. Asyrani membuka emelnya. "banyak jugak emel aku ye"bisiknya sendirian. Mana taknya sudah seminggu tak membukanya. Dia mendapat emel dari Liyana.
Assalamualaikum asy!!!!
Kau ape khabar sekarang |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #43 silent_kid\ catat
wah...panjangnya n3...TQ..TQ..TQ... seronok gak baca ni....
nanti bagi lagi tau macam ni gak.... good luck... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #44 Jaza2008\ catat
shame2...
hihihih
novel bdk2....![](static/image/smiley/default/tongue.gif)
thnx bc!! |
|
|
|
|
|
|
|
kaulah segalanya
episod 4 part2
Pagi Khamis, Asyrani hanya berehat sahaja di hostelnya hingga ke tengah hari. Dia ingin berehat. Anis pula tak habis-habis promotekan kampung halamannnya itu. Dia tidak sabar untuk memperkenalkan
ahli keluarga serta teman lelakinya. Keluarga Anis tidaklah begitu besar. Ayahnya Dato' Mustapha bekerja sebagai CEO Syarikat Mus Holding manakala ibunya pula Datin Manisah yang menjadi surirumah tangga namun beliau amat aktif terlibat dalam banyak persatuan. Anis merupakan anak tunggal dalam keluarga itu. Dia ditatang bagai minyak yang penuh. Sedang Asyrani mengelamun dia mendapat panggilan telefon dari Shawal. "Assalamualaikum Asyrani, awak buat ape tu?"tanya Shawal sebagai pembuka bicara. "waalaikumsalam Shawal, saya baru lepas makan tengah hari dengan kawan-kawan. Shawal dah makan ke?"tanya Asyrani yang sedang melabuhkan punggungnya di kerusi biliknya. "dah, saya balik rumah sekejap tadi makan. Emmmm Asy |
|
|
|
|
|
|
|
Selamat hari jadi厖
Selamat hari jadi厖
Selamat hari jadi Ummi |
|
|
|
|
|
|
|
buat smentare asy mskkan smpi sini je erk...
ari ni ade test....
nnti kang asy upload lagik... ![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
kaulah segalanya
yang menyinar hidupku kasih...
hanya satunya yang ku cintai....
sambutlah cintaku
jangan kau pergi dari sisiku
cintaku padamu
ikhlas sejati... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #49 silent_kid\ catat
hehehe...makin romantik lak si Syawal tu.... Asy tu malu2 je tapi dlm hati mahu2.... Asy nak lagi ya..... |
|
|
|
|
|
|
|
so sweet......![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
sambungan............
Sampai di biliknya Anis sudah tidur. Dilihatnya barang Anis sudah siap di kemas di dalam kotak. Selepas solat dan bersihkan diri, Asyrani baring di atas katil dia berasa teramat letih. Dia terpandang bunga ros segar yang beserta kad itu. Wangi sungguh bau bunga itu. Asyrani mengambil kad itu
lalu membukanya. Kad itu berbunyi
Asy匸/color]
Saya tahu kita baru lagi kenal mengenali匸/color]
Saya tak pandai nak berhias dan bermadah kata匸/color]
Namun ikhlas saya ingin ungkapkan匸/color]
Beri saya peluang untuk berada di hati awak匸/color]
Salam sayang dari Shawal.
Asyrani terkedu membaca kadnya. Dia tidak sangka Shawal bertindak secepat ini. Sebenarnya dia sendiri keliru dengan perasaannya sendiri. Shawal memang seorang jejaka yang baik. Dia selalu membuat Asyrani berasa selesa dan selamat ketika bersamanya. Namun dia dihimpit dengan mimpi ngerinya. Namun kehadiran Shawal dalam hidupnya memaniskan senyumannya yang selama ini tawar. Mungkin dia juga mempunyai perasaan cinta Shawal. Dia sedar pintu hatinya yang dikunci rapat hampir dibuka oleh lelaki yang bernama Shawal. Dia lena dalam senyuman.
Shawal berasa gusar. Puas dia berpusing membetulkan pembaringannya Dia bimbang kalau Asyrani tidak suka isi kad itu. Itu yang termampu ditulisnya. Dia sedar mereka dalam peringkat perkenalan lagi. Namun selagi Shawal tidak mengungkap kata-kata itu, hatinya tidak tenang. "Asy
|
|
|
|
|
|
|
|
Balas #55 teddy_girl04\ catat
|
|
|
|
|
|
|
Balas #56 silent_kid\ catat
ada chance si Syawal nak amik ati family Asy tu.... buat baik dgn keluarga dia dulu baru senang skit nak tackle ati Asy...hehehe.... pastinya parent asy berkenan dgn syawal dan terhutang budi lagi... cinta bakal bersemi... |
|
|
|
|
|
|
|
kaulah segalanya
episod 5 part1
Pagi itu, selepas bersarapan dan memasukkan beg ke dalam kereta, mereka bertolak ke kubur arwah mamanya. Selepas itu, mereka meneruskan perjalanan ke Port Dickson. Perjalanan yang mengambil masa 5 jam amat meletihkan. Asyrani menghabiskan masa lapangnya dengan membaca novel. Kali ini dia membaca novel Sesuci Cinta karya Aina Emir. Yang lain semuanya nyenyak tidur. Dia mengeluarkan sekeping cakera padat yang mengandungi lagu-lagu kesukaaannya dan meminta ayahnya memasang cd tersebut. Lagu Kaulah Segalanya berkumandang. Asyrani menyanyi lagu ini dengan penuh perasaan. Ayahnya yang sedang memandu itu berkata "adik, kalau ye pun nak berangan nak masuk Akademi Fantasia janganlah nyanyi dalam kereta." "ala abah ni, relax la orang baru habis exam, nak hilang tension sikit."balas Asyrani. "kalau ye pun, nyanyilah slow-slow. Adik, lelaki yang selamatkan kamu tu, dah sampaikan terima kasih kami semua?"tanya ayahnya. "dah abah, dia orang pun kirim salam kat abah sekeluarga."ujar Asyrani yang sedang asyik membaca novel. Ayahnya menjawab salam tersebut. "bagus betul budak tu, dia tak ambik kesempatan kat kamu pun. Susah nak cari lelaki macam ni, dia kerja apa?"tanya ayahnya lagi. "oh, dia kerja office boy abah kat bank."jawab Asyrani. "oh |
|
|
|
|
|
|
|
alamak.. apa yg tlah terjadi ni... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|