IPOH: Akibat tertekan pedal minyak secara tidak sengaja, seorang wanitasarat mengandung tujuh bulannyaris maut selepas kereta yang dipandunyamerempuh pagar sebuah rumahdi Persiaran Tawas Baru 14, Taman TasekMewah di sini, petang semalam.
Ketika kejadian jam 1.30 petang itu, D Vasanthi, 26, bersamasuaminyaM Vegaswaran, 30, dalam perjalanan pulang dari menziarah rumahabangnyadi kawasan perumahan sama dengan menaiki kereta Proton Wajahitam.
Kejadian dikatakan berlaku selepas Vasanthi gagal mengawalkenderaan kerana seliparnya tersangkut pada pedal minyak menyebabkankereta itu turut merempuh sebuah van.
Pemilik van itu, Zuhairi Nazri, 40, berkata kejadian berlaku terlalu pantas.
“Selepas merempuh van, saya melihat kereta yang dipandu wanita itu merempuh pula pagar rumah jiran.
"Saya lihat kereta itu berundur ke belakang dan melanggar vansayasebelum merempuh pagar rumah. Kejadian begitu pantas dan sayatidaksangka kenderaan itu dipandu wanita mengandung.
"Saya dan beberapa jiran lainmembantu mengeluarkan wanita itu dansuaminya sebelum mereka dikejarkanke hospital untuk menerima rawatan,"katanya ketika ditemui, semalam.
Beliau berkata, wanita itu bernasib baik kerana tidakmengalamikecederaan serius sehingga boleh menyebabkan keguguran keranasedangsarat mengandung.
Sementara itu, pemilik rumah berkenaan, Ng Lwe Mooi, 59,berkatabeliau menyedari mengenai kejadian apabila terdengar dentumankuat dibahagian depan rumah.
"Saya terdengar bunyi macam kapal terbang. Rupanya adasebuahkereta yang tersangkut pada pagar rumah dan lebih mengejutkankeretaitu dipandu seorang wanita sarat mengandung.
"Nasib baik rempuhan itu tidak mengenairuang tamu rumah, jika tidaksaya terpaksa menanggung kerugian lebihbesar,” katanya.