|
Majukan semula Tasik Chini
KUANTAN 17 Nov. - Kerajaan Pahang diminta memulihkan prasarana pelancongan yang rosak dan terbengkalai di Tasik Chini bagi mengembalikan semula populariti kawasan rekreasi itu di kalangan pelancong.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini, Datuk Abu Bakar Harun berkata, banyak kemudahan termasuk jeti di tasik itu rosak akibat tidak diberi perhatian sewajarnya oleh pihak yang berkenaan.
Keadaan itu, jelas beliau, mengakibatkan kedatangan pelancong ke Tasik Chini semakin berkurangan dari setahun ke setahun.
''Tasik Chini kini boleh dikatakan indah khabar dari rupa," katanya ketika membahaskan Bajet Kerajaan Pahang 2009 pada persidangan keempat penggal pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-12 di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.
Utusan Malaysia pada 21 Oktober lalu, menyiarkan keadaan Tasik Chini yang terbiar seolah-olah tidak lagi diberi perhatian sewajarnya untuk menarik pelancong.
Abu Bakar berkata, pihaknya difahamkan kerajaan negeri mendapat peruntukan khusus untuk membangunkan semula sektor pelancongan di Tasik Chini pada tahun lalu.
Bagaimanapun, katanya, belum ada tanda-tanda wujudnya projek pembangunan bagi memajukan semula sektor pelancongan di tasik tersebut.
''Kita difahamkan ada peruntukan untuk membaiki jeti di tasik itu tetapi sehingga kini jeti-jeti terbabit masih belum dibaik pulih," ujarnya.
Menurut beliau, Tasik Chini bukan sahaja berpotensi dimajukan tetapi juga mampu menghidupkan industri hiliran di kawasan berkenaan.
''Jika ramai pelancong berkunjung ke Tasik Chini, penduduk sekitar dapat memasarkan pelbagai produk kampung yang sekali gus menambahkan pendapatan mereka," jelasnya.
Beliau percaya jika Tasik Chini dimajukan semula, sektor pelancongan di kawasan itu mampu menjana pendapatan kepada kerajaan negeri. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #45 arifah_72's post
biasala gomen.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by tangopapa at 18-11-2008 09:18 AM
Majukan semula Tasik Chini
KUANTAN 17 Nov. - Kerajaan Pahang diminta memulihkan prasarana pelancongan yang rosak dan terbengkalai di Tasik Chini bagi mengembalikan semula populariti kawasan re ...
Baru sedar kot? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #47 arifah_72's post
gerenti same....sbb x de org nak hargai ape yg kita buat n tak de peruntukan |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #48 masarju's post
mungkin salah sorang ahli forum ni kot dato abu bakar ni |
|
|
|
|
|
|
|
tok penoh sampey lg ke Tasik Chini....cuma masa kecik dulu2 penoh sampey Kg Belimbing je....port org naik bot ke tasik....
gi rumoh sedara situ yg mmg pengusaha bot ni...tiap kali gi rumoh dia mmg seronok sbb pelancong ramey...tgk gelagat pelancong...mkn buoh bila musim buoh...pastu ada plok bela monyet sekor jd suka ah main acah2 dgn monyet tu....hehehe.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #53 arifah_72's post
kat mana2 pun ade "tttuuuttttt" tu.... cuma peluang je yg tak de |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #58 arifah_72's post
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|