CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Rhyno

AJL 23 : JUARA-JUARA KATEGORI

 Close [Copy link]
Post time 15-12-2008 11:38 AM | Show all posts
eh bile plak dingin masuk neh..

p/s: tak tingok separuh akhir pop rock..

somebody please tell me
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2008 04:48 PM | Show all posts
Originally posted by jac_diehard_fan at 15-12-2008 11:38 AM
eh bile plak dingin masuk neh..

p/s: tak tingok separuh akhir pop rock..

somebody please tell me



Terkejut Dingin ke final AJL


Terkejut Dingin ke final AJLOleh Serimah Mohd Sallehuddin
[email protected]

ZIANA sudah 17 tahun bergelar anak seni.

Ziana Zain bersyukur, anggap rezeki komposernya Azlan Abu Hassan

ENAM tahun tidak mewarnai Anugerah Juara Lagu (AJL) setelah kemenangan Menadah Gerimis pada 2002, kerinduan peminat penyanyi hitam manis Ziana Zain bakal terubat apabila pengumuman mengejut Separuh Akhir Muzik-Muzik dibuat, Jumaat lalu dengan kemaraan Dingin lagu ciptaan Azlan Abu Hassan ke peringkat akhir.

Hanya lafaz kesyukuran mampu diucapkan, tidak lebih dari itu mampu dilakukan penyanyi berpengalaman ini tatkala hos Muzik-Muzik, Faizal Ismail dan Cheryl Samad mengumumkan berita itu.


Kekecewaan peminat setianya yang menangis dek kegagalan lagu Dingin mara ke peringkat akhir ketika Separuh Akhir Balada lebih seminggu lalu terubat. Bagi penyanyi itu sendiri, istilah kecewa tiada dalam kamus hidupnya. Malah dia dan adiknya, Anuar menerima keputusan itu dengan hati terbuka.

Bagi Ziana, kegagalan mara ke peringkat akhir bukan penamat kepada kerjaya seni yang dibina bertahun lamanya. Prinsip penyanyi berusia 40 tahun itu cukup mudah, di sebalik setiap kejadian itu pasti tersembunyi hikmah di sebaliknya. Namun, apabila diumumkan bakal beraksi di gelanggang yang sudah lama ditinggalkan, Ziana menganggap kejayaan itu adalah milik komposernya Azlan.

Namun, hatinya tetap girang menerima keputusan itu memandangkan di antara sekian ramai penyanyi yang berjaya ke final, dialah penyanyi paling senior.

“Ketika menerima berita itu, saya terkejut dan tidak sangka tapi saya anggap ini rezeki Azlan. Mungkin juri dan pihak TV3 mempunyai alasan kenapa mereka memilih lagu ini. Saya sangkakan pengumuman yang dibuat adalah mengenai penambahan lagu untuk kategori Pop Rock tetapi apabila diumumkan Dingin berjaya, tentulah saya bersyukur dan ini juga adalah rezeki peminat yang banyak menyokong.

“Sebagai penyanyi yang sudah lama tidak beraksi di pentas AJL, saya bangga kerana dalam usia 40-an, saya masih lagi diperlukan dan masih mampu berdiri di samping penyanyi baru. Walaupun paling senior, saya tidak rasakan diri saya bagus tetapi saya melihat banyak juga penyanyi baru memiliki suara yang bagus. Malah, saya tidak malu untuk mengatakan ada juga ilmu yang saya timba dari mereka. Bagi saya, setiap hari adalah proses pembelajaran,” kata penyanyi itu.

Pengumuman kegagalan Dingin menembusi tembok separuh akhir tempoh hari, seperti diberitahu Ziana, langsung tidak mengecewakannya. Ibu kepada dua cahaya mata Muhammad Aiman, 8, dan Muhammad Ammar, 5, ternyata seorang yang cukup positif, barangkali pengalaman dikutip sepanjang 17 tahun bergelar anak seni mematangkan dirinya.

Kata Ziana, dia pernah melalui saat kegemilangan itu apabila dua buah lagunya Puncak Kasih (1998) dan Menadah Gerimis (2002) pernah dijulang lagu terbaik kategori Balada. Lalu, apabila diumumkan gagal mara ke peringkat akhir Ziana reda menerima keputusan itu.
Katanya, setiap penyanyi pasti akan melalui detik yang pernah dilaluinya. Apabila Dingin kecundang, Ziana menganggap mungkin ini bukan lagi zamannya.

“Jujur saya langsung tidak kecewa. Saya sudah berada di tahap lain, di mana saya pernah melalui apa yang sedang dilalui penyanyi baru. Orang yang mudah merasa kecewa adalah orang yang sentiasa merasakan dirinya terbaik. Saya adalah jenis manusia yang sentiasa bersyukur dengan segala yang ditentukan-Nya tidak kira baik mahupun buruk.

“Saya selalu percaya, dalam hidup kita perlu sentiasa menerima sesuatu yang tidak kita jangkakan. Saya tidak kisah sekiranya ada yang akan berkata pemilihan Dingin dibuat atas dasar simpati kerana saya menganggap ini sebagai rezeki. Kuasa itu datang daripada-Nya, kalau dia nak ubah, dia akan ubah.

“Saya juga tidak menganggap kehadiran penyanyi baru sebagai ancaman untuk kerjaya saya. Saya sentiasa berdoa kepada Tuhan supaya bersihkan hati dan tidak mudah berasa iri hati dengan kehadiran orang baru kerana kehadiran mereka ini sebenarnya memberi semangat untuk saya memberikan yang terbaik,” katanya yang akan menumpukan kepada vokal.

Penyanyi yang meluncurkan album pertama Madah Berhelah pada 1991, berharap kesihatannya berada dalam keadaan baik ketika peringkat akhir AJL 23 yang bakal berlangsung Januari nanti. Biarpun sudah lama tidak muncul di dalam pertandingan berprestij itu, Ziana berkata dia harus bersikap profesional dan menganggap pertandingan itu hanyalah sebuah persembahan biasa supaya konsentrasinya tidak terganggu pada hari berkenaan.

Kecewa karya komposer tempatan dianggap sampah

LUAH penyanyi itu, dia berasa kecewa apabila orang kita tidak menghargai karya komposer tempatan. Kata Ziana, mereka wajar dihargai setelah bersusah payah memerah otak untuk berkarya.

Karya komposer tempatan yang sering dianggap sampah menyebabkan hati penyanyi itu benar-benar tersinggung. Apa lagi apabila ada yang mempertikaikan kenapa penyanyi tergamak menyanyikan lagu ‘sampah’.

“Saya tersinggung apabila ada yang mempertikaikan kenapa penyanyi sanggup menyanyikan lagu sampah. Kenapa orang kita suka mengagungkan orang luar sedangkan karya mereka pun jika dihayati tidaklah sehebat mana?

“Cuba mereka sendiri menghasilkan lagu. Apakah mereka mampu buat dan hasilkan lagu seperti komposer tempatan kita. Kalau bukan kita yang mengangkat komposer kita, siapa lagi yang akan mengangkat mereka?” kata penyanyi itu penuh emosi.

Tunda album tahun depan

KEADAAN semasa industri muzik menyebabkan Ziana terpaksa menangguhkan hasratnya untuk meluncurkan album terbaru. Albumnya yang dijadualkan menemui peminat Jun lalu terpaksa ditangguh dan kemungkinan di tunda ke tahun hadapan.

Penyanyi itu berkata, dia lebih senang menghasilkan single kerana mengikut keadaan semasa dunia hiburan. Bagaimanapun, hasrat untuk menghasilkan album tidak pernah padam.

Seseorang penyanyi katanya, perlu berani memperjudikan nasib menghasilkan album untuk memastikan industri muzik negara terus bertahan. Ada atau tidak pulangan daripada album yang dihasilkan bukanlah faktor utama kerana penyanyi masih lagi boleh bergantung kepada wang persembahan.

“Buat masa ini saya lebih senang tumpukan pada penghasilan single atau digital saja. Saya akan tetap keluar dengan album juga tetapi apabila masanya, masih belum dapat saya pastikan. Namun yang pasti, saya akan tetap keluarkan. Jika penyanyi takut untuk hasilkan album, apa akan jadi kepada industri muzik kita?” katanya.

FAKTA: Ziana Zain

Nama sebenar Ziana Zain ialah Siti Roziana Zain, dilahirkan pada tanggal 2 Mei 1968 di Merlimau Melaka.

Hadir dengan album pertama berjudul Madah Berhela pada 1991. Kehadiran album berkenaan mendapat sambutan amat menggalakkan.

Album kedua penyanyi itu keluar dua tahun kemudian menggunakan namanya sebagai tajuk.

Pada 1995, Ziana meledak dengan l Setiaku Di Sini yang berjaya terjual sehingga 180,000 unit. Album berkenaan antara album yang mencatat jualan terbaik pada tahun itu.

Mendirikan rumah tangga dengan Ketua Pramugara Sistem Penerbangan Malaysia (MAS), Armin Zaharin pada 10 Mei 1998.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2008 09:36 PM | Show all posts
Dusta Berkalang tu mcm dh nampak2 sgt nk menang... hahahaha....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2008 11:54 PM | Show all posts
Memang dalam kalangan pemenang2 pun lagu tu....
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2008 12:10 AM | Show all posts
my choice will be

dusta berkalang-Aiman--->etnik kreatif
sampai syurga-faizal tahir-->balada
aku stacy-->stacy--pop rock
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2008 11:15 AM | Show all posts
KATEGORI ETNIK KREATIF
DOA DALAM LAGU - MAWI & HELIZA


KATEGORI BALADA
DINGIN - ZIANA ZAIN @ SAMPAI SYURGA - FAIZAL TAHIR
( actually balada takde lagu yang betul2 kick la selain 2 nih. Lagu Faizal Tahir pun takde gempak sgt. Rasanya dari dl macam tu je....Mahakarya Cinta, Sampai Syurga, Cuba semua sama.)


KATEGORI POP ROCK
LAGU UNTUKMU - MEET UNCLE HUSSAIN @ ELYANA - KALIS RINDU @ YANG PERNAH - ESTRANGED
(kategori nih ok sket bnyk yg memang betul2 hebat......)


VOKAL TERBAIK
LAN MUH @ ZIANA ZAIN @ STACY


PERSEMBAHAN TERBAIK
FAIZAL TAHIR


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-12-2008 06:41 PM | Show all posts

Balas #46 ad2222\ catat

stuju part faizal taher n lagu2nye yg serupe ala2 congruen tu wlupn best
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2008 10:52 PM | Show all posts
semua nak dingin menang ni..klu kalah malu lak rasanya.. hope dingin blh menang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2008 12:14 AM | Show all posts
kalau kalah secara bermaruah tk apa
lagipun....kat sini nk semua dingin la..sampai syurga etc menang
tp bukan kite juri nya
silap2 lagu kita plak menang
hahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2008 09:19 AM | Show all posts
Originally posted by puteri-jelmaan at 17-12-2008 12:14 AM
kalau kalah secara bermaruah tk apa
lagipun....kat sini nk semua dingin la..sampai syurga etc menang
tp bukan kite juri nya
silap2 lagu kita plak menang
hahahahaha



hancus terus kita kan.
hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2008 10:04 AM | Show all posts
thread ni ke nak aku meroyan?

well aku tak undi sebab takde pilihan diberikan yang betul aku rasa.

kalau ikut kekuatan lagu, lirik dan sebagainya, my pick is yang pernah dari estranged atau laguku untukmu by meet uncle hussain.

yang ada peluang dari balada dan pop rock sahaja.

kalao balada, confirm antara cuba atau sampai syurga.

bukan lagu lain tak cukup bagus, tapi kalau ikutkan seni dalam lagu, komposisi dan lirik, those are the songs yang stand out.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2008 10:19 AM | Show all posts

Balas #51 klubbkidd\ catat

masing-masing ada pendapat tersendiri kann yg mana lagu yg dianggap best, bagus & terbaik


tapi nampaknya majoriti (tak kira fans ZZ atau tidak ) banyak memilih Dingin..    i likee


*lagipun penonton pun memang tersangat-sangat ramai yg saksikan semi-final balada berbanding kategori2 lain ... and most memang sokong Dingin   i likee
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2008 02:36 PM | Show all posts
aku nk vote lagu BILA NAK SAKSI-SPIDER, tp tak masuk carta la pulak
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2008 07:43 PM | Show all posts
ye yeoo jer cuba n sampai syurga......................dinginnn layak
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2008 08:56 PM | Show all posts
agak2 lagu DOA DALAM LAGU tu sedap tak kalau zahid nyanyi??

atau mawi dpt rasakan yg dia x akan mng? hehe.. peminat mawi jgn marah..

Aku rasa AJL Tahun ni masih akan dodominasi artis lelaki. silap2 ketiga2 kategori..

last year Nora sorg je artis wanita dgn jac
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2008 10:14 AM | Show all posts

Reply #52 elbee's post

dik ... kat forum cari ni cuma 0.1% jer drp yg di luar

yg mengundi pun tak sampai 200 orang >>> tak dikira majoriti rakyat malaysia ya!

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2008 11:02 AM | Show all posts
Originally posted by ninja at 17-12-2008 07:43 PM
ye yeoo jer cuba n sampai syurga......................dinginnn layak


poyo jer ko

hidup MUH:victory:

[ Last edited by  krxzaqy at 21-12-2008 11:07 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2008 01:16 PM | Show all posts

Balas #57 krxzaqy\ catat

jgn le ckp camtu kt abg ninja yg ensem tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2008 01:17 PM | Show all posts

Balas #56 santubung\ catat

  tetap nak balas komen kita kannn


*anyway, ada ker kita kata majoriti rakyat Malaysia?

*jap2 off-topik:victory:.. betul2 yea Mawi tu gi honey moon kt Korea .. ingatkan kak Santu memain jer

[ Last edited by  elbee at 21-12-2008 01:49 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2008 03:15 PM | Show all posts

Reply #59 elbee's post

aku mmg ... sbb tak nak korang letak harapan tinggi sangat karang runtuh mcm bukit antarabangsa

but aku rasa MUH akan muncul sbg juara lagu 2009
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 12:31 AM GMT+8 , Processed in 0.129226 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list