CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Acong

Apa PDRM buat utk menangani gejala mat rempit?

[Copy link]
Post time 23-4-2009 11:23 AM | Show all posts

Reply #43 standupper's post

cakap2 juga lobai..ko dah daftar ke untuk RAKANCOP?   apa2 senang..sms je...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2009 11:27 AM | Show all posts
Untuk mendaftar sebagai RAKANCOP, taip:RAKANCOP [negeri] DAFTAR [nama pilihan] hantar ke DAPAT|32728
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2009 11:28 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2009 11:31 AM | Show all posts
No Hotline IPK
NegeriHotline[/td]
KUALA LUMPUR03 2115 9999
SELANGOR03 2052 9999
PERLIS04 971 1999
KEDAH04 739 2999
PENANG04 269 1999
PERAK05 240 1999
MELAKA06 285 1999
JOHOR07 221 2999
TERENGGANU09 635 4999
KELANTAN09 745 0999
PAHANG09 515 1999
SABAH088 318 555
SARAWAK082 240 800


Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2009 11:36 AM | Show all posts
Oklah saranan aku untuk penduduk TDI dan jugak si Angelina tu,

Wujudkan permufakatan penduduk ala rukun tetangga dan adakan hubungan 2 hala dgn balai polis setempat berhubung masalah ni. 2-2 pihak kena pro-aktif jangan sampai ada orang cakap semua hal yg berkaitan dgn keamanan setempat polis punya tanggung jawab, dan polis pulak kena proaktif jugak kena lakukan sesuatu yg perlu jangan sampai moto sejumlah 20 bijik tengah high masih lagi tidak kedengaran dan memerlukan saksi pulak.. nanti orang cakap anggota yg bertugas tidur pulak. Ni sekurang2nya dapat mengeratkan kerjasama dan menambahkan rasa hormat antara kedua belah pihak.

I am doubt ni TDI yg majoriti chinese nak buat rukun tetangga ke hapa.. dorang ni jenis aku aku engkau engkau, tidur mau lena tapi kerjasama (melainkan kepentingan komuniti dorang dan kerjasama bisnes) tak mau kompromi. Silap sikit screw dan komplen aja kejenya, hampehhhh
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2009 02:28 PM | Show all posts

Reply #44 razhar's post

Kalau perkara keliling taman perumahan, wa ada simpan nombor contact balai dekat rumah wa.. ada satu hari satu gang sudah test stereo kereta jam satu pagi kat padang dekat rumah wa.. direct wa call.. settle masalah tak samapi 10minit... lepas tuh wa call balik ler cakap terima kasih kat anggota yang bertugas, at least kita appreciate dan pada masa dia tau kita monitor kerja diorg..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-4-2009 02:36 PM | Show all posts

Reply #48 powerwoot's post

Kalau masyarakat cina nak rukun tetangga berat sikit kot.. kat Pulau Ketam boleh ler... tapi macam masyarakat diorg nie lebih berminat tubuhkan NGO2.. Apa2 NGO cegah jenayah ler... tapi kalausetakat taman perumahan, diorg lebih suka kalau ada pak guard buat kerja untuk diorg.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2009 03:43 PM | Show all posts
PDRM amnya dan Cawangan Trafik Khasnya memang ada mengambil pendekatan berhubung dengan perkara ini akan tetapi selalunya tindakan mereka sering dibidas dan ada pulak pihak yang mempersoal dan mempertikaikan tindakan yang diambil yang lebih menampakkan kepada 'political milegae' atau niat tertentu.

Di Cawangan Trafik KL sebelum ini ada Skuad Khas 42 yang sememang memburu kumpulan-kumpulan rempit ini dan ramai di antara anggota kanan berjaya di tangkap ketika sedang melakukan kesalahan berkenaan. Namun skuad ini tidak disenangi akan kejyaan mereka membenteras aktiviti berkenaan sehinggakan ASP yang bertanggungjawap dan komited kepada tugasanya ditukarkan ke Malaysia Timur (bukan Pantai Timur)

Pada sekatan jalan raya 3 ke 4 tahun kebelakangan, sememang anggota ada dibekalkan dengan rotan bagi mengelakkan mereka yang cuba lari dari sekatan jalan raya dapat ditahan dan ditangkap. Pembekalan rotan ini bertujuan juga melindungi para anggota dari dirempuh mahupun dicederakan oleh mereka ini yang selalu bertindak ganas walhal kesalahan lazim adalah, tidak memiliki lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh dan tiada perlindungan insurans. Namun begitu, memang ada beberapa kes yang dapat dikesan, terbabit dengan penyalahgunaan dadah, samun, ragut, membawa senjata dan juga kenderaan curi.

Apabila terjadi kes budak bawah umur di Petaling Jaya yang jikalau tidak silap meninggal dunia akibat jatuh dipukul oleh anggota trafik semasa cuba melarikan diri dari sekatan jalan raya, yang dipersalahkan anggota berkenaan. Akibatnya beliau dikenakan tindakan dan ini sedikit sebanyak menjejaskan kewibawaan anggota lain untuk memukul tugas dan tanggungjawab. Mengapa para anggota yang cedera semasa menjalankan tugas membenteras gajala tidak sihat ini seolah tidak diberi perhatian manakala yang melakukan kesalahan mendapat tempat di mata masyarakat?

Serupa dengan kes anggota bit yang menembak mati doktor yang sedang berkhalwat dengan jururawat HUKM. Mendiang doktor berkenaan cuba melarikan diri dan kenderaannya menghala ke anggota berkenaan seolah hendak dilanggar. Di dalam keadaan yang tertekan demikain, anggota berkenaan perlu mengambil tindakan yang perlu sebab nyawanya diancam. Di dalam keadaan berkenaan, bolehkan dikenalpasti adakah mereka sedang berkhalwat atau ada cubaan cabul mahupun rogol?  

Sebelum ini juga, ada cadangan dari kerajaan untuk menghapuskan jentera 2 lejang atas pelbagai faktor dan salah satunya berkenaan alam sekitar. Sepatunya sudah dilaksanakan akan tetapi kenapa masih belum dikuatkuasakan?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2009 04:55 PM | Show all posts

Reply #51 bolt's post

apakah dgn cara mengharamkan jentera 2-lejang akan mematikan aktiviti mat rempit? dan kes ASP yg kena tukar tu...ini melibatkan soal politik..soalan nyaaaa...parti politik mana kah yg bising2 tu?
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2009 04:56 PM | Show all posts
Originally posted by areguard at 22-4-2009 12:03
Sebab tu ramai pemandu dah siap pedang samurai atau golok dalam keta in case kena terkam dek Mat rempit. kalau matipun at least dapat libas kepala sekor dua...:@


ko simpan apa dlm kenderaan?
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2009 06:01 PM | Show all posts
Originally posted by bolt at 23-4-2009 15:43
PDRM amnya dan Cawangan Trafik Khasnya memang ada mengambil pendekatan berhubung dengan perkara ini akan tetapi selalunya tindakan mereka sering dibidas dan ada pulak pihak yang mempersoal dan me ...



Anggota yang didakwa menyebabkan kematian kepada seorang pembonceng motorsikal yang cuba melarikan diri dari sekatan jalan raya telah didakwa dan didapati bersalah dibawah seksyen 304KK.

Anggota yang menembak mati doktor itu juga telah didakwa menyebabkan kematian dan sedang menjalani hukuman penjara.

Ahli parlimen dari parti pembangkang yang mendakwa perempuan negara China di bogelkan dan memohon supaya PDRM meminta maaf masih menjadi ahli dewan walaupun dakwannya itu kemudiannya didapati salah samasekali dan dia sehingga sekarang tidak memohon sebarang maaf sebaliknya mendakwa diberikan makanan anjing.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2009 07:24 PM | Show all posts
1.yg kes motor...juga dipenjara?

2. bukan kah dia menembak untuk mempertahankan diri? court tak ambik kira kaaa?

3. ko refer kat sapa? T.K kaaa?

anyway,mengapa PDRM tidak cuba mempertahankan anggota untuk no.1 dan 2 tu?
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2009 08:22 PM | Show all posts

Reply #52 razhar's post

Pengharaman jentera 2 lejang mungkin tidak akan mematikan aktiviti rempit ini secara sepenuhnya namun sedikit sebanyak ada memberi impkas kerana kegiatan semasa mereka itu.

Sungguhpun terdapat jentera 4 lejang digunakan dari jenis 'underbone', akan tetapi pilihan dan tumpuan adalah lebih besar kepada jentera 2 lejang memandangkan daya pecutan yang jauh lebih tinggi.

Saranan yang pada awalnya dibahaskan mengenai perkara ini adalah untuk kepentingan alam sekitar yang mana ianya adalah untuk mengurangkan pencemaran udara akibat dari pembakaran bahanapi yang kurang sempurna dan juag mengurangkan gangguan bunyi yang dihasilkan dari nada enjin yang tinggi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2009 10:35 PM | Show all posts
Originally posted by mmc at 22-4-2009 23:57
kalau ikut mulut laser akusenang aja..awat tak ada orang organise demo kasi hentam ini mat rempitbila dia buat hal..tang lain berani mati siap boleh baring atas jalanhalang kenderaan,,nak berdepan dengan mat rempit yang kononnya ancamanbesar ni tak berani pulak ambik tindakan dengan tangan sendiri...polisyang asyik dicemuh tu jugak kena gesa ambik tindakan ya...

dah tentu itu kerja polis.......
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2009 11:35 PM | Show all posts
pelan pencegahan jangka panjang ..

apa apa pon, kadar rempit d negara kita masih rendah jika dibandingkan dgn negara maju ..
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2009 11:59 PM | Show all posts

Reply #57 Acong's post

jadi ko sebagai rakyat tak ada tanggungjawablah ya..padanlah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2009 12:50 AM | Show all posts

Reply #54 SangSaka's post

Tapi Tuan, bukankah konstabel tu telah dibebaskan dua tahun lalu. Takkanlah dia masuk penjara balik?
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2009 01:04 AM | Show all posts

Reply #60 jazim's post

diserap balik kaaa? mengapa PDRM tidak mempertahankan tindakan dia? bukan kah kereta tu menuju dgn laju cam niat nak langgar dia...
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2009 08:23 AM | Show all posts
Originally posted by jazim at 24-4-2009 00:50
Tapi Tuan, bukankah konstabel tu telah dibebaskan dua tahun lalu. Takkanlah dia masuk penjara balik?


Nope. Dia dijatuhkan hukuman kerana menyebabkan kematian - Seksyen 304 KK.

Begitu gak kes motorsikal yang lari dari sekatan jalan raya, anggota ini dalam keterangan membela dirinya mengatakan bahawa dia tidak memukul pembonceng itu, sebaliknya dia melanggar tiang lampu. Keterangan doktor pula menerangkan bahawa kepalanya 'dipukul' dengan benda keras.

PDRM tak bela anggota tu? Nak bela macam mana?
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2009 08:27 AM | Show all posts

Reply #53 razhar's post

Wa simpan macam2...9-iron pun ada, golok pun ada..cukuplah nak libas sekor dua.:@
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-10-2024 07:16 PM GMT+8 , Processed in 0.173441 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list