CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: Syd

Selesema babi / H1N1

[Copy link]
Post time 4-5-2009 04:21 PM | Show all posts
kalu ikut perancangan hujung minggu nie...kena g china ... cam ner ya .... plzzz mintak pendapat ...
tak boleh nak batal ... sebab dah plan lama dah nie ... atas sebab kerja jugak nie....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-6-2009 08:57 PM | Show all posts
Babi sudah lama bawa virus H1N1

WASHINGTON: Virus baru H1N1 yang menyebabkan pandemik atau jangkitan besar-besaran pertama abad ke-21 dikatakan sudah merebak, tetapi tidak dikesan pada babi sejak beberapa tahun lalu, menurut penyelidik.

"Walaupun pihak berkuasa mengawasi virus baru influenza di kalangan manusia, pihak berkuasa kesihatan haiwan gagal mengesan terhadap babi," kata laporan penyelidikan berkenaan.

Penyelidik Britain, Andrew Rambaut dari Universiti Endinburg dan Oliver Pybus dari Universiti Oxford serta Yi Guan dari Universiti Hong Kong memeriksa turutan genetik virus baru selesema H1N1 berkenaan.

"Kami dapati H1N1 berasal daripada beberapa virus yang ada dalam babi dan pemindahan kepada manusia berlaku beberapa bulan sebelum wabak berkenaan dikenal pasti.

"ergerakan babi hidup antara rantau Eurasia dan Amerika Utara memudahkan lagi campuran virus influenza babi itu membawa kepada beberapa keadaan mewujudkan virus baru H1N1," kata mereka.

"Walaupun pemantauan influenza dalam manusia, kurangnya pemantauan sistematik menyebabkan kehadirannya tanpa dikesan dan menjadikan ia berpotensi sebagai pandemik selama beberapa tahun."

Mereka berkata, pandemik baru ini memberikan bukti lanjut peranan babi domestik dalam ekosistem Influenza A.

"Virus baru itu yang pertama kali dilaporkan terhadap dua kanak-kanak Amerika Mac lalu, mungkin menjangkiti manusia seawal Januari di Mexico," kata pihak berkuasa tempatan Mexico. � Reuters

Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengisytiharkan ia satu pandemik penuh Khamis lalu, bermakna ia merebak ke seluruh dunia dan tidak boleh disekat.

Pasukan antarabangsa juga menggunakan kaedah jam molekul untuk membandingkan virus sekarang dengan kaitannya dan menganggarkan usianya berdasarkan kepada mutasinya.

"Kami mendapati bahawa keturunan biasa wabak H1N1 dan virus babi yang paling hampir wujud antara 9.2 dan 17.2 tahun lalu bergantung kepada segmen genomik, manakala keturunan epidemik ini sudah merebak tanpa dikesan sejak sedekad lalu.

"Struktur genomik mungkin sudah merebak di dalam babi selama beberapa tahun sebelum ia muncul di dalam manusia," kata mereka.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2009 01:51 PM | Show all posts
Soal jawab H1N1

Apa itu H1N1 (selesema babi)?

IA merupakan virus influenza baru yang boleh menyebabkan manusia jatuh sakit. Virus baru ini pertama kali dikesan pada manusia di Amerika Syarikat pada April 2009. Virus ini merebak daripada individu kepada individu lain di seluruh dunia seakan sama cara penyebaran virus influenza bermusim yang lain.

Pada 11 Jun 2009, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memberi amaran bahawa wabak atau pandemik H1N1 sedang merebak.

Kenapa H1N1 kandang kala dipanggil selesema babi?

Virus ini asalnya dirujuk sebagai selesema babi kerana ujian makmal menunjukkan bahawa kebanyakan gen dalam virus baru ini amat sama dengan virus influenza yang biasanya terdapat pada babi di Amerika Utara.

Bagaimanapun kajian selanjutnya menunjukkan bahawa virus baru ini amat berbeza daripada yang biasanya tersebar pada babi di wilayah tersebut.

Ia mempunyai dua gen daripada virus selesema yang biasanya tersebar dalam babi di Eropah dan Asia dan gen burung dan gen manusia. Ahli sains memanggil ini sebagai virus quadruple reassortant.

Adakah virus H1N1 berjangkit?

Pusat kawalan penyakit Amerika Syarikat (CDC) telah mengenalpasti bahawa virus H1N1 berjangkit dan merebak dari manusia kepada manusia.

Bagaimana virus H1N1 merebak?

Virus H1N1 dipercayai merebak sama seperti cara selesema bermusim merebak. Virus selesema lazimnya mereka daripada seorang ke seorang melalui batuk atau bersin.

Kadangkala orang ramai mungkin dijangkiti melalui sentuhan - seperti sentuhan pada permukaan atau objek tertentu - yang terdapat virus tersebut dan kemudian menyentuh hidung atau mulut.

Apakah tanda-tanda dan simptom orang yang dijangkiti virus?

Simptom bagi virus selesema H1N1 pada manusia termasuk demam, batuk, sakit tekak, hidung berair atau tersumbat, sakit badan, pening, seram sejuk dan letih.

Sejumlah besar orang yang dijangkiti penyakit ini juga dilaporkan mengalami diarea (cirit birit). Kes kematian disebabkan virus ini juga semakin membimbangkan.

Berapa lama orang yang telah dijangkiti virus ini merebakkan kepada orang lain?

Individu yang dijangkiti dengan virus selesema bermusim dan H1N1 mungkin boleh menjangkiti orang lain sehari sebelum dia jatuh sakit hingga 5 ke 7 hari selepas itu. Tempoh ini boleh menjadi lebih lama bagi sesetengah orang terutama kanak-kanak dan individu yang sistem imunisasinya lemah.

Apa yang boleh dilakukan untuk melindungi dari daripada jatuh sakit?

Setakat ini tidak ada vaksin untuk melindungi diri daripada virus H1N1. Bagaimanapun vaksin tersebut sedang dalam proses pengeluaran dan mungkin sudah boleh diperoleh oleh orang awam tidak lama lagi. Namun seperti kebiasaan, vaksin hanya mampu melindungi daripada influenza bermusim.

Terdapat langkah rutin yang boleh membantu mengelak merebaknya virus yang menyebabkan masalah pernafasan seperti influenza.

Antaranya, tutup hidung dan mulut dengan tisu ketika batuk atau bersin. Buang tisu tersebut dalam tong sampah selepas digunakan.

Kerap mencuci tangan dengan air dan sabun terutama selepas batuk atau bersin. Pembersih seperti gel atau tisu lembap berasaskan alkohol juga efektif.

Elak daripada menyentuh mata, mulut atau hidung. Kuman mudah merebak cara itu.

Cuba elak daripada bersentuhan dengan orang yang sakit. Jika anda jatuh sakit dan mempunyai simptom seperti dijangkiti selesema, disarankan terus berada di rumah sehinggalah sekurang-kurangnya 24 jam selepas demam sembuh.

Seboleh mungkin jauhi diri daripada orang lain bagi mengelak mereka turut jatuh sakit.

Langkah-langkah penting lain yang boleh anda ambil:

Ikut nasihat pihak berkuasa kesihatan termasuk berkenaan penutupan sekolah, elak berada di tempat ramai orang dan jauhi diri daripada kegiatan sosial lain.

Bersiap sedia jika secara tiba-tiba anda sakit dan perlu berkurung dalam rumah sekurang-kurangnya selama seminggu dengan menyiapkan bekalan ubat-ubatan, tisu, pembersih tangan berasaskan alkohol dan barang-barang lain yang berkaitan dan berguna. Ini bagi mengelak anda terpaksa keluar rumah ketika sakit.

Jika saya mempunyai ahli keluarga yang dijangkiti virus H1N1, perlukah saya pergi berkerja?

Pekerja yang sihat tetapi mempunyai ahli keluarga yang dijangkiti H1N1 boleh datang kerja seperti biasa. Tetapi kesihatan pekerja ini perlu dipantau setiap hari dan mengambil langkah berjaga-jaga termasuk kerap mencuci tangan dengan air dan sabun terutama selepas mereka batuk dan bersin.

Jika mereka jatuh sakit mereka harus memberitahu majikan dan tinggal di rumah.

Pekerja yang sememangnya mempunyai masalah kesihatan atau sedang hamil harus mendapatkan nasihat daripada doktor masing-masing kerana mereka mungkin perlu mengambil ubat antiviral bagi mengelak jatuh sakit.

Apa teknik terbaik untuk mencuci tangan bagi mengelak selesema?

Kerap mencuci tangan akan membantu mengelak daripada kuman. Cuci dengan sabun dan air atau pembersih tangan berasaskan alkohol.

Disarankan mencuci tangan - dengan sabun dan air suam - selama 15 hingga 20 saat. Jika tidak ada air atau sabun tisu basah pakai buang berasaskan alkohol atau gel sanitizers juga boleh digunakan.

Apa yang perlu dilakukan jika saya jatuh sakit?

Jika anda tinggal di kawasan di mana terdapat individu yang telah dikenal-pasti dijangkiti selesema H1N1 dan jatuh sakit dengan simptom-simptom seperti demam, sengal badan, hidung berair atau tersumbat, sakit tekak, loya atau muntah, diarea dan sebagainya anda harus berada dalam rumah dan elak daripada bersentuhan dengan orang lain.

Disarankan agar terus berada di rumah sekurang-kurangnya 24 selepas demam sembuh.

Jauhkan diri daripada orang lain bagi mengelak mereka turut jatuh sakit. Berada dalam rumah bermakna anda tidak harus keluar rumah kecuali untuk mendapatkan rawatan perubatan. Ini juga termasuk mengelak aktiviti biasa seperti bekerja, ke sekolah, melancong, membeli-belah, menghadiri majlis sosial dan berhimpun di tempat awam.

Jika sakit semakin teruk atau anda berhadapan risiko tinggi menghidup komplikasi selesema dapatkan nasihat doktor untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

Tanda-tanda amaran untuk anda mendapatkan rawatan kecemasan:

Bagi kanak-kanak

lNafas laju atau sukar bernafas.

lWarna kulit kebiruan atau pucat.

lTidak mahu minum atau tidak cukup minum.

lMuntah berterusan.

lAnak tidur berterusan atau tidak berinteraksi (penurunan kesedaran).

lAnak menjadi sangat cerewet dan tidak mahu didukung.

lGejala selesema seperti semakin pulih tetapi kemudian kembali lagi dengan demam dan batuk lebih terus.

Bagi orang dewasa

lSukar bernafas atau nafas pendek-pendek.

lBerasa sakit atau tekanan pada dada atau perut.

lPening secara tiba-tiba.

lSeperti orang bingung.

lMuntah yang teruk dan berterusan.

lGejala selesema seakan pulih tetapi kembali semula dengan demam dan batuk yang teruk.

Berapa lama virus influenza boleh terus hidup pada sesuatu objek (seperti buku atau tombol pintu)?

Kajian menunjukkan virus influenza boleh hidup pada sesuatu permukaan terdedah dan masih boleh menjangkiti orang lain dua hingga lapan jam selepas berada di situ.

Apa yang boleh membunuh virus influenza ?

Virus influenza boleh dimusnahkan dengan suhu panas (75-100°Celcius). Selain itu, beberapa jenis kimia pembunuh kuman termasuk chlorine, hydrogen peroxide, detergents (sabun ), iodophors (antiseptik berasaskan iodin) dan alkohol juga berkesan jika digunakan dengan betul.

Sebagai contoh, tisu atau gel beralkohol boleh digunakan untuk membersihkan tangan. Gel tersebut harus digosok padan tangan hingga ia kering.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2009 01:53 PM | Show all posts
Vaksin H1N1 masih di peringkat ujian

KINI para saintis dari beberapa makmal terpilih di Amerika Syarikat (AS) sedang menjalankan ujian klinikal terhadap vaksin H1N1.

Walaupun kini terdapat syarikat yang telah mengeluarkan vaksin untuk selesema babi tetapi ia masih di peringkat ujian dan belum sesuai untuk dikeluarkan secara besar-besaran.

Sebuah syarikat Australia, CSL menyatakan ia telah berjaya mencipta vaksin tersebut tetapi memerlukan antara lima dan enam bulan sebelum ia benar-benar sedia.

Menurut ClinicalTrials.gov, fasa pertama ujian manusia telah disuntik dengan Novartis' MF59 pada Julai lepas dan ujian fasa kedua sedang dijalankan bulan ini

Jurucakap rasmi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata, setiap manusia harus menerima dua dos suntikan vaksin untuk penyakit selesema babi, manakala satu dos suntikan diperlukan bagi penyakit selesema bermusim.

Julai lalu pegawai kesihatan dari AS berkata, sebanyak 160 juta penduduk di negaranya patut menerima suntikan vaksin tersebut. Bagaimanapun ia pelru memberi keutamaan kepada ibu mengandung dan mereka yang bekerja di hospital.

Selain dua golongan yang disebutkan di atas, kelompok yang berisiko tinggi untuk dijangkiti virus ini ialah individu yang sedang menghidapi penyakit kronik ataupun warga emas. Kanak-kanak juga tidak terlepas daripada risiko ini.

Pada golongan tertentu ini disarankan agar menerima rawatan profilaksis atau pencegahan sama ada sebelum ataupun selepas dijangkiti virus.

Apa yang lebih baik ialah dengan mengamalkan langkah pencegahan.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2009 04:46 PM | Show all posts
takutnye.. bos aku kta, vaksin utk rakyat malaysia yg dijangka sampai oktober ni still tak cukup. apa nk jadi ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 02:01 PM GMT+8 , Processed in 0.074512 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list