CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: peYno

Kerjasama Proton dan Mitsubishi

[Copy link]
Post time 16-7-2009 12:19 AM | Show all posts
ye ke ? itu saipa , bukan proton.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2009 01:08 AM | Show all posts
kalau aku,
aku tak mahu cop Proton Perodua kereta teruk,
aku nak salahkan kebanyakkan orang yang tolong servis kereta,
sebab pengalaman aku sebagai anak kepada kedua ibu bapa aku,
mak ayah aku pernah pakai proton perodua,
Wira tak pernah bikin problem,
tapi start bikin problem pas hantar servis kat mana2 kedai servis,
lepas servis habis power windows rosak la,
meter minyak tak berfungsi,
aku memang kutuk2 orang begitu,
nak untung tapi menjahanam kereta orang,
kalau anta kat servis center jarang berlaku rosak2 pelik,
tapi anta bukan servis center,
kadang2 rosak2 benda yang sebelum nih tak pernah rosak,
aku lagi panas ngan member aku sorang nih,
dia bangga la sebab ikut kata2 dan trend orang,
isu dia bangga pasal motor,
konon la motor Honda enjin bagus tahan lasak,
motor modenas tak elok la, banyak problem la,
ceh,kelam kabut je..
aku guna motor Kriss aku ok je,
cuma starting meter minyak tak berfungsi elok..
member2 aku yg nengok ada gak negative things pasal motor tuh..
timing tak betul la, enjin asyik mati la..tapi bagi aku semua motor kenderaan ke,
kalau default setting kilang mostly ok,
tapi bile dah mule servis,
setting sana dan sini,
kononnya nak bagi ngam dan umphh!!
itu la yang tak kena itu dan ini..
hu4..aku pantang orang hina2 kenderaan nasional..
memang sengal kalau nak compare ngan pembuat2 yang lain..
BMW dan Volkswagen mau kat satu abad bikin negara..
toyota, daihatsu dah berpengelaman bikin kereta...
cuba support PRoton Perodua supaya deme leh terus maju..
kalau ada problem pegi issue supaya dorg boleh perbaiki kesilapan,
human makes mistakes lagi2 proton dan perodua yang nk baru hidup,
jadi jangan la condemn2 deme,
fikirlah nak majukan skill dan kemahiran anak tempatan,
kita kena support mereka,
buka condemn!!!
kalau begini,
takde apa yang anak tempatan bikin akan maju..
yang untungnya orang2 lain yang import masuk produk2 mereka..
just in my views..
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2009 01:22 AM | Show all posts
yang aku tak tahan cite pasal Honda Icon,
ada mekanik citer kat aku dulu,
ada buyer beli Honda Icon,
baru beli wheel belakang dah jammed..
aper citer?
tak pasal2 hantar kilang balik motor tuh..
so, tak kisah la import ke tempatan ke?
kalau dah jadi dari kilang dah problem tak leh wat pe la..
tak payah la nak condemn2 itu dan ini..
hu4,luahan perasaan..
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2009 09:26 AM | Show all posts
ye ke ? itu saipa , bukan proton.
cecari Post at 16-7-2009 00:19



SAIPA pakai Platform  PROTON Saga
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2009 03:06 PM | Show all posts
tak pernah jumpa dalam mana2 sumber berita pun bahawa proton berkerjasama dgn saipa. yg disebut adalah proton nak buka kilang CKD kat iran. tu je.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2009 06:25 PM | Show all posts
tak pernah jumpa dalam mana2 sumber berita pun bahawa proton berkerjasama dgn saipa. yg disebut adalah proton nak buka kilang CKD kat iran. tu je.
cecari Post at 16-7-2009 15:06



proton nak buka kilang CKD kat iran

Kerjasama dengan Company Zagros Khodro

http://www.zagrosskhodro.com/


Kerjasama dengan Company SAIPA


Proton, Saipa kerjasama cari peluang baru



Oleh Daliza Ariffin

04/08/2008


SHAH ALAM 3 Ogos - Proton Holdings Bhd. (Proton) menandatangani perjanjian dengan Saipa Co. dari Iran (Saipa) untuk bekerjasama mencari peluang baru dalam bidang pengilangan mesin, pembangunan model serta aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Pengerusi Proton, Datuk Mohammed Azlan Hashim berkata, melalui usaha sama tersebut ia akan menjadi pemangkin bagi syarikat pembuat kereta nasional itu mengeksport inisiatif teknologinya di pasaran antarabangsa.

Menurut beliau, ini adalah kerana kemudahan R&D yang dimilikinya di kilang pengeluarannya di sini setaraf dengan beberapa pengeluar automotif bertaraf antarabangsa.

Lebih menarik lagi, Proton turut memiliki makmal realiti mayanya sendiri.

''Sehingga kini Proton telah melabur lebih daripada RM3.3 bilion dalam aktiviti R&D khasnya dalam pembangunan model baru,'' katanya semasa berucap pada majlis pelancaran pengeluaran kereta Proton yang ketiga juta dan Minggu Teknologi Proton, di sini hari ini.

Perjanjian itu telah ditandatangani oleh Pengarah Urusan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir dan President Saipa, Mehrdad Bazrpash sambil disaksikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Saipa adalah syarikat berkaitan kerajaan Iran yang ditubuhkan pada tahun 1986 merupakan salah satu daripada dua pengeluar utama kereta di Iran.

Syarikat yang memiliki penguasaan pasaran kukuh di negara tersebut kini memiliki empat kilang pengeluaran serta mempunyai 47 anak syarikat yang memiliki rangkaian dengan Citroen, Renault, Kia.

Selain itu, Mohamed Azlan menjelaskan, pengeluaran kereta Proton yang ke tiga juta pada hari ini menunjukkan kecemerlangan syarikat yang telah beroperasi sejak 23 tahun lalu selepas berjaya melancarkan kereta pertamanya pada tahun 1985.

Menurutnya, dalam tempoh tersebut, pengeluar kereta nasional yang telah berjaya mengeksport modelnya ke 27 buah pasaran antarabangsa itu telah menghasilkan 56 varian dan 17 model kereta.

''Ini bermakna sejak lima tahun lalu, Proton sekurang-kurangnya telah melancarkan sebuah model baru setiap tahun dan perancangan terbaru kami adalah untuk memperkenalkan model kenderaan pelbagai guna (MPV) pada tahun depan,'' jelasnya.

Tambah beliau, syarikat mengunjurkan pengeluaran 3 juta kereta lagi dalam tempoh enam hingga tujuh tahun akan datang.

Mengenai dua model kereta terbaru Proton, Mohamed Azlan berkata, syarikat kini menerima tempahan kira-kira 50,000 unit untuk Persona dan lebih daripada 73,000 unit untuk model terbaru Saga.


- Utusan Malaysia -

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-7-2009 05:50 PM | Show all posts
maknanya Saipa nih akan pakai badan saga BLM la ek utk pasarkan di Iran..
ha4,bangga aku he4..
sebelum nih kita menumpang je kat Mitsubishi..
sekarang kita ada penumpang brand kita2..
ingat nak praktikal kat Proton..
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2009 07:03 PM | Show all posts
40# HangPC2

Banyak jugak diorang ubah hmy3:  Tapi aerial radio tak ubah pulak

Depan ada macam merc sikit .... sikit je la...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2009 07:12 PM | Show all posts
hu4,agak2 dia transfer jual kat Malaysia laku ke?
aku nengok saga nih cam nak beli je..
tapi masih belajar lagi..
nak bawa keta ayah lak,
ayah nak pakai..
mama tak caye saya bawak keta
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2009 08:29 PM | Show all posts
Kalau betul dia ubah macam bentuk kat atas tu... mmg nampak huduh la.. hehehe.. tapi taktaula kot itu citara iran. lain padang lain belalang.
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2009 08:39 PM | Show all posts
Kalau betul dia ubah macam bentuk kat atas tu... mmg nampak huduh la.. hehehe.. tapi taktaula kot itu citara iran. lain padang lain belalang.
cecari Post at 17-7-2009 08:29 PM


mungkin dimata mike huduh..
idok le bagi yg lain..
bagi teman ia superb and nice by my eyes..
mungkin bagi mike kereta2 di hati mike baru le cantik..
everybody perception is different he4..
kalau mike ada duit banyok,
mike nak beli keta apo ek?
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2009 12:11 PM | Show all posts
Kalau betul dia ubah macam bentuk kat atas tu... mmg nampak huduh la.. hehehe.. tapi taktaula kot itu citara iran. lain padang lain belalang.
cecari Post at 17-7-2009 20:29



aku dah tanya pendapat orang iran tentang proton diorang bangga dengan kereta proton sebab dari negara islam...

dan diorang kata Proton nih bertuah sebab dapat pertolongan teknologi dari jepun....
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2009 10:22 PM | Show all posts
Astagfirullah...
orang Iran bangga ngan hasil keja kita..
teman pon tumpang gembira..
sebagai salah seorang Islam kat bumi Malaysia ini..
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2009 10:22 PM | Show all posts
Hang, mike tanye kat mane?
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2009 11:24 PM | Show all posts
Petter Solberg, WORLD RALLY CHAMPIONSHIP year 2003 CHAMPION (8 years with Subaru World Rally Team)

"The Proton is a nice car,it's a very detailed car," - Petter Solberg,WRC champion with SUBARU

"PROTON has already set its goal to run a racing programme similar to Subaru's in the WRC." - PROTON director Datuk Hj Abdul Razak Dawood.

PROTON SATRIA NEO SUPER S2000 is the NEXT SUBARU in the making!


Credit

petronasracingfan
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2009 11:51 AM | Show all posts
Post Last Edit by action_kamen at 28-7-2009 10:10

ini ker bakal Model penganti Waja ?




















Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2009 06:27 PM | Show all posts
yg kereta ke perempuan tuh?
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2009 07:48 PM | Show all posts
beli waja dapat percuma aweks...hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2009 10:10 PM | Show all posts
he4..
aku mau gitu gaya he4..
waja jd rebadge keta mitsu ke?
nape tak upgrade je?
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2009 10:20 PM | Show all posts
Kalau betul pengganti waja takkan la sekarang kot? Mesti dlm 5 thn, pas normal lifecycle model io tu dah tamat. Bertuah sgt la kalau kita dapat model yg sama dgn Mitsu punya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 54094 Replies : 8
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54264 Replies : 2
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 43427 Replies : 450
Tak bayar cukai budaya kito, lebih 200 ribu orang disekat ke luar negara
maklukpenggodaTak bayar cukai budaya kito, lebih 200 r
Views : 38640 Replies : 26
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 50035 Replies : 164
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi UPDATE : DAH SELAMAT DIIJABKABUL 8Nov
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 145804 Replies : 2469
Sebab aku taknak duduk dengan B40..Penyanyi Mengadu Masalah Parkir Rumah Flat
YgBenarSebab aku taknak duduk dengan B40..Penya
Views : 39558 Replies : 48
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 276652 Replies : 8079
'Hutang WAJIB bayar'
maklukpenggoda'Hutang WAJIB bayar'
Views : 38725 Replies : 32
Pulau Pinang jadi pusat perumahan mampu milik terbesar di Malaysia
AbahmungPulau Pinang jadi pusat perumahan mampu
Views : 42900 Replies : 1

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 04:59 PM GMT+8 , Processed in 0.481561 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list