|
Perkara2 tipikal masa musim bola sepak Piala Dunia...?
[Copy link]
|
|
time ni la kaki2 judi busy..
patt_sue Post at 22-10-2009 10:17
Kaki-kaki judi termasuk juga ahli maksiat. Mana boleh demam Piala Dunia dirosakkan dengan aktiviti maksiat separti berjudi. Judi kan HARAM di sisi Islam. Islam tidak melarang umatnya menyambut Piala Dunia tapi perayaan berskala besar EMPAT tahun sekali tidak harus dirosakkan dengan maksiat seperti berjudi. |
|
|
|
|
|
|
|
it depend on bila live game tuh .. mcm kt germany dulu , mmg kena ngan primetime kt mesia neh .. cuma klu kt africa aku x tau lah timer dia..
katana83 Post at 29-10-2009 08:49 Kalau diikutkan waktu AfSel, berikut adalah waktu Malaysia: -
Waktu Afrika Selatan | Waktu Malaysia | 13:30 | 7.30 malam | 16:00 | 10.00 malam | 20:30 | 2.30 pagi |
|
|
|
|
|
|
|
|
bkn siri TV shj ...
klu maseh ingat ,film yusup selam , gerak khas the movie 2 pun terjejas teruk akibat WC 2002
katana83 Post at 21-10-2009 13:13 Siri TV kan ada macam-macam, DRAMA BERSIRI, SIRI ANIMASI, DOKUMENTARI, HIBURAN BERSIRI tak kira nyanyi2 ke, gosip2 ke. |
|
|
|
|
|
|
|
Tidak dilupakan juga, setia hanya pada yang SATU, iaitu PIALA DUNIA sejak beberapa bulan lalu sehingga hari terakhir Piala Dunia berlangsung.
Masa Piala Dunia 2006, ramai yg buat khianat pada AF4 disebabkan virus Piala Dunia 2006 berlangsung di Jerman. Termasuk haku yg buat khianat akan AF4 masa WC2006 berlangsung. |
|
|
|
|
|
|
|
Separuh akhir, penentuan tempat ketiga dan final Piala Dunia 2010 kali ni kena tido awal jam 9.00 malam ok. |
|
|
|
|
|
|
|
ramai stay up sbb tgk bola
pas2 pagi ngantuk
yg ponteng keje pon ade je
hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Tak dilupakan juga yg ada Astro khasnya yg hanya subscribe pakej biasa saja sanggup langgan sementara pakej sukan, yang mana Piala Dunia 2010 (WC2010) kali ni RTM hanya siar 24 perlawanan secara langsung saja. Tak mustahil, Pakej Sukan pasti laku time WC berlangsung dari hari pertama sehingga hari terakhir ia berlangsung. |
|
|
|
|
|
|
|
bg aku tpkelnya team yg kita plih dgn sombongnya utk k final n jd jora tp tapau 1st rounddd... |
|
|
|
|
|
|
|
AKAN DATANG: PIALA DUNIA 2010
Berikut adalah beberapa rancangan yang dijangka akan tergugat dengan siaran Piala Dunia 2010 secara langsung: -
- Aduan Rakyat
- Anak Wayang 2 (jikalau diteruskan)
- Bersamamu
- Jangan Lupa Lirik SR3 (jikalau diteruskan)
- Konsert Jom Heboh - minggu terakhir bulan 6
- Majalah Tiga
- Mentor 4
- Slot Aksi TV3
- Slot Lestary TV3
- Slot Samarinda TV3
- Slot Zehra TV3
- 999
P/s: Astro sekali lagi akan menyiarkan secara langsung kesemua perlawanan Piala Dunia 2010, dari 11 Jun hingga 11 Julai ini. SALAM PIALA DUNIA! |
|
|
|
|
|
|
|
aku mmg sokong rancangan mcam mentor, af dihentikan trus...merosakkan je. takde faedah langsung
Daripada tgk rancangan realiti macam Mentor baek tgk bola Piala Dunia live saja. Lagi satu, mungkin masa berlangsungnya Piala Dunia kali ini bilangan penonton Mentor semakin merundum kesan daripada Piala Dunia 2010.
P/S: SALAM PIALA DUNIA |
|
|
|
|
|
|
|
Rancangan Jangan Lupa Lirik siri ketiga pun mudah tercabar juga sebab Piala Dunia kali ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Bola sinonim dengan kaum lelaki, saya pun minat jugak taklah fanatik. cuma tahun ni setiap malam saya tengok stadium WC 2010 dari skrin pc, coz my hubby kt sana buat host broadcast. jadi terpaksalah menonton dan ambik tahu pasal WC ni. Bab bercakap pasal team..saya rasa saya sokong Brazil |
|
|
|
|
|
|
|
layan live di rtm...
latalilat Post at 11-6-2010 12:54
http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=489233 |
|
|
|
|
|
|
|
perkara paling tipikal ialah solat sunat 2 rakaat (tahajud) sebelum tgk bola pkl 2 pagi .. {:1_144:} |
|
|
|
|
|
|
|
Polis pantau penonton bola di tempat terbuka
ORANG ramai yang menonton kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 di tempat-tempat tumpuan awam perlu lebih berdisiplin kerana mereka akan diawasi pihak polis. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR - Peminat bola sepak yang ingin menonton Piala Dunia 2010 di tempat tumpuan terbuka bakal diawasi polis melalui rondaan berkala sepanjang kejohanan bola sepak utama dunia itu berlangsung.
Dijangkakan ribuan peminat bola sepak di negara ini akan berkumpul di merata tempat yang menawarkan perkhidmatan televisyen skrin besar untuk setiap perlawanan bola sepak yang bermula malam tadi sehingga 11 Julai ini.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin berkata, rondaan secara berkala itu dilakukan bukan untuk tujuan menakutkan orang ramai sebaliknya mengawal keselamatan mereka ketika berhimpun atau berkumpul di sesuatu tempat terbuka.
"Antara langkah yang akan diambil ialah membuat pemantauan dan membuat rondaan secara berkala di tempat tumpuan orang ramai seperti kedai mamak, pusat membeli-belah, kelab malam dan lain-lain lagi.
"Tindakan ini juga dilakukan bagi membendung kes-kes yang berkemungkinan berlaku seperti ragut dan samun," katanya ketika dihubungi semalam.
Beliau berkata, tindakan tegas juga akan diambil terhadap mana-mana individu yang cuba melakukan kekecohan semasa menonton perlawanan bola sepak berkenaan di tempat awam.
"Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa juga termasuk warga asing jika mereka melakukan kekecohan sehingga menimbulkan perkara yang tidak diingini seperti pergaduhan," katanya.
Sumber: Kosmo! |
|
|
|
|
|
|
|
file:///C:/DOCUME%7E1/Owner/LOCALS%7E1/Temp/moz-screenshot-8.png
file:///C:/DOCUME%7E1/Owner/LOCALS%7E1/Temp/moz-screenshot-6.pngfile:///C:/DOCUME%7E1/Owner/LOCALS%7E1/Temp/moz-screenshot-7.png |
|
|
|
|
|
|
|
Tragedi Piala Dunia
Oleh Ramli Ibrahim
[email protected]
2010/06/15
GUA MUSANG: Akibat terlalu ghairah menonton perlawanan bola sepak Piala Dunia, seorang lelaki terpaksa menerima tiga jahitan pada telinga kanannya selepas terkena serpihan kaca tingkap yang dipecahkan anaknya dalam kejadian di rumah mereka di Ladang Chin Teck, malam semalam.
Kejadian malang itu berlaku kira-kira jam 10 malam ketika mangsa, Rosli Mat Noor, 43, sedang duduk di ruang tamu rumah bersama anak lelaki sulungnya, Mohd Rizal, 17, menyaksikan perlawanan antara Serbia dan Ghana.
Gara-gara terlalu geram dengan perlawanan itu, Mohd Rizal dikatakan menendang bola di dalam rumah lalu terkena cermin tingkap rumah menyebabkannya pecah.
Menurut Rosli, ketika itu dia masih tidak menyedari serpihan cermin sudah tercucuk pada telinganya kerana terkejut dengan tindakan anaknya yang secara tiba-tiba itu. Katanya, tidak lama kemudian, dia berasa pedih dan darah menitis dari telinganya menyebabkannya panik dan hampir pengsan.
“Saya sempat menjerit memanggil isteri sebelum bergegas ke rumah jiran untuk mendapatkan bantuan,” katanya.
Dia dihantar ke Hospital Gua Musang (HGM) dan menerima tiga jahitan berikutan ada urat terputus akibat terkena serpihan kaca.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Tak bohong kaki bola
Oleh Mohd Hilmie Hussin
[email protected]
2010/06/18
MUSIM Piala Dunia membuatkan stesen penyiaran terulung negara, Radio Televisyen Malaysia (RTM) kembali mendapat perhatian.
JADI TUMPUAN...peminat bola sepak Piala Dunia tidak melepaskan peluang menyaksikan perlawanan di skrin besar.
Bagaimanapun selepas seminggu Piala Dunia berlangsung, ramai tidak senang dengan RTM apabila mendakwa stesen televisyen itu membohongi rakyat kerana mereka tidak dapat menikmati siaran langsung seperti mana diuar-uarkan.
Ramai menghantar kiriman emel kepada Arena Metro menyatakan rasa tidak puas hati mereka terhadap RTM berikutan kegagalan menyiarkan semua perlawanan Piala Dunia secara langsung.
“RTM membohongi kami. Daripada promosi di televisyen, mereka cakap macam siarkan semua perlawanan secara langsung, tapi banyak yang tidak. Malah perlawanan secara langsung yang disiarkan pula kebanyakannya tidak menarik,” kata seorang pembaca.
Seorang lagi pengirim berkata: “Saya berasa sungguh dukacita dengan RTM kerana tidak menyiarkan siaran perlawanan bola sepak Piala Dunia sebagaimana diiklankan yang mengatakan RTM1 dan RTM2 sebagai penyiar berlesen untuk siaran langsung. Kalau tidak mampu, mungkin lebih baik berikan kepada stesen televisyen lain. Jangan sampai RTM dicop pembohong.” Diminta mengulas, Ketua Pengarah Penyiaran, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), Datuk Ibrahim Yahya menjelaskan RTM sebagai penyiar berlesen cuma diberikan hak menyiarkan siaran secara langsung hanya untuk 35 daripada 64 perlawanan keseluruhan.
“RTM bukan penipu. Kami sudah memaklumkan kepada masyarakat lebih awal mengenai perlawanan yang akan disiarkan sepanjang Piala Dunia. Kami lakukan promosi menerusi siaran radio RTM, TV1 dan TV2 serta iklan di akhbar. Tapi mungkin ramai peminat tidak tahu kerana mereka tidak mengikuti perkembangan,” kata Ibrahim.
“Kami hanya mendapat hak siaran berlesen untuk 35 perlawanan, 24 daripadanya disiarkan secara langsung, manakala 11 lagi siaran ulangan. Bagi mengatasi isu ini, kami memohon kepada peminat bola sepak agar merujuk kepada promosi di radio RTM, TV1 dan TV2 untuk mengetahui perlawanan mana yang kami siarkan.
“Kami mohon maaf atas kesulitan yang timbul, terutama bagi peminat pasukan tertentu kerana tidak dapat menyaksikan pasukan kesayangan mereka beraksi. “Kami tiada hak memilih perlawanan mana yang mahu disiarkan, sebaliknya ketika undian dilakukan di Astro, kami tidak bernasib baik kerana banyak perlawanan berkualiti tidak dapat kami siarkan,” katanya sambil memberi jaminan RTM tidak akan terlepas siaran separuh akhir dan akhir Piala Dunia.
Menurut beliau, RTM memperoleh dua juta penonton pada upacara pembukaan dan perlawanan pertama, manakala aksi yang disiarkan pada hari kedua pula ditonton hampir 600,000 orang.
Dalam pada itu, Penerbit Penyelaras Piala Dunia RTM, Kamal Roslin meminta peminat melayari laman web www.rtm.gov.my/pialaduniafifa2010 untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai jadual siaran perlawanan.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
| |
|