CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: azie99

Lombok, Indonesia

[Copy link]
Post time 21-5-2012 09:33 PM | Show all posts
kalo pi Lombok..sure rasa selamat sket kan.. maklum ar, ramai awek awek Malaysia skrg ni dah menetap kat Lombok
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2012 01:04 AM | Show all posts
just pass by ~~~~
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2012 12:17 PM | Show all posts
kembali dari Lombok..pengalaman yang sangat2 menarik. sekadar nk share pengalaman..

saya gerak dari Padang Bay ke Pelabuhan Lembar dengan ferry tambang Rp36,000. Jadual keberangkatan adalah sejam sekali dengan perjalanan mengambil masa sekitar 4-5jam bergantung kepada keadaan laut dan ferry itu sendiri. Waktu dalam ferry, saya dan adik memang dikerumuni; takut dan cuak jugalah sebab gaya pandangan derang tu semacam aje. Oleh kerana keadaan seperti kurang selamat, teman saya ambil bilik dengan harga Rp96k, kami share 8 org.

Mengenai transport di Lombok kami ambil supir dengan harga Rp500k/day. Oklah sebab share 8 org, kalau tidak memang rabaklah poket. Untuk 1st day sempatlah pergi pantai cemara, tangsi ,ringgit, pantai kute, tanjung an dan desa sade. pemandangan sepanjang perjalanan sangat menarik cuma jarak antara satu tempat dengan tempat yang lain memang jauh. bertabahlah kalau terfikir nak ke toilet dan sbagainya. untuk 1st day, kami bermalam di Elen Hotel, sengigi dengan harga Rp100k/night. Pada kawan2 yang plan nak ambil flight ke lombok, jgn risau ada damri bus menghubungkan bandara - senggigi. Harga, Rp25k/one way.

2nd day, menuju ke gili trawangan. Dari sengigi ke Pelabuhan bangsal minta supir hantarkan Rp200k/one way. Manakala dari Pelabuhan Bangsal ke gili ambil boat biasa dengan harga Rp12,500 dengan perjalanan sekitar 45min. Sekali lagi dijamukan dengan pemandangan yang superb. Cuma satu yang tak syok, tidak dibekalkan dengan jaket keselamatan. Ada pun setakat jadi hiasan bukan diminta utk dipakai..kalaulah jadi apa2, ishhhh tak sanggup nak fikirkan.. Di gili trawangan, tinggal di Pondok Bidara dengan harga Rp130,000/night, kami sumbat 4 orng dlm satu bilik. Kos untuk snorkeling (gili trawangan, meno dan air) pula Rp120,000/person (without makanan). Oklah, nak makan pun tak lalu sebab ombak di sini agak besar mahu keluar semuanya nanti. Mengenai coral saya rasa mabul lagi indah (pendapat peribadi saya ini, org lain tak tahulah mcm mana). Paling teruja bila dapat tgk penyu (macam tak pernah tgk aje sebelum ini )

3rd day di trawangan, explore trawangan ajelah. kat sini takde kenderaan bermotor. yang ada cuma basikal (giler mahal harganya), cidomo (kereta kuda - Rp50k utk explore satu pulau) atau pun jalan kaki aje. kami pilih yang ketiga, jalan kaki. giler mau tercabut kepala lutut tetapi syoklah sebab segenap sudut pulau tu kitaorang masuk.

day 4th, berangkat balik ke pelabuhan bangsal. kali ini tambang utk boat cuma Rp10k.kali ini ombak giler besar sebab hujan. Syukur tak terjadi perkara tak diingini sebab boat giler penuh dan life jacket langsung tak disediakan. hairan, kenapa derang pandang remeh soal keselamatan penumpang. tiba di bangsal, supir dah tunggu (Rp550k). kali ini kami menuju ke sendang gila dan tiu kelep (bayaran masuk Rp5,000) dan kota mataram untuk beli ole-ole. Malam tu sekitar jam 7.00pm kembali ke Padang Bay dengan ferry (tambang Rp3,500) dengan perjalanan cuma ambil masa 3j.

Mengenai makanan pula, pada saya makanan tidak menjadi masalah, yang penting yakin dengan hidangan tersbut. Harga oklah, standard price seperti di sini utk sepinggan nasi campur. cuma kalau di gili, makanan agak mahal.better bawa bekal siap2lah utk cut cost. local people, pula ok.ramah dan sangat membantu..
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2012 01:17 PM | Show all posts

gili trawangan


sunset di gili trawangan..cantik sgt2


pantai tangsi atau dikenali juga sebagai pantai pink sebab pasirnya ala2 pink warnanya
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2012 05:06 PM | Show all posts
kalau ke lombok harus hati2...maid saya org lombok...lombok yg kuat manderem adalah lombok kampung (yg keje petani tuh)...saya dah terkena tapi nasib baik dia hanya bertahan dgn saya cuma 2 minggu sebab saya terjumpa sesuatu di dalam bilik air dia...maid saya skrg nie alhamdulillah...sememangnya org lombok nie rajin kerja...
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2012 10:08 PM | Show all posts
Bila tengok iklan AA akan mendarat di Lombok, teruja la jugak. All this while, Lombok hanya terkenal di kalangan pendaki dan juga peminat watersports. Kat Lombok nie ada satu gunung, sangat terkenal di kalangan pendaki seluruh dunia i. e Gunung Rinjani.

Baru2 ni hubby  I  , baru jea balik dari sana. Sebelum nie, they all hanya mendaki gunung2 kat Malaysia jea. So, bila my hubby cadangkan utk try Gunung Rinjani nie, they all setuju. In fact, my hubby & friends baru jea balik dari sana last week. Bila tengok gambar2 kat puncak gunung tu, memang superb. Kat gunung ada tasik, kat tengah tasik ada gunung berapi, ada kolam air panas, ada air terjun dll.

I teringin gak nak jalan2 kat sana. So far, dr apa yang I dengar, makanan halal kat sana tak ada masalah sbb kebanyakan penduduk adalah org Islam. Hotel2 pun banyak , dari yang paling murah sampailah yang paling mahal.

So, I memang tunggu AA buka laluan ke Lombok nie. Cuma ... I harap bila AA dah mendarat di  Lombok , janganlah laluan Denpasar, Bali pulak ditutup. Biarlah laluan Denpasar  dikekalkan juga ... sebab ada jugak pro & cons jika laluan Denpasar dihentikan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-7-2012 11:57 AM | Show all posts
Pantai Sengigi
Pualu Gili 3 bijik
Gunung Rinjani
Naik cidomo.... syok cam enjoy kat fun fair jea
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2012 09:35 AM | Show all posts
malu2kucing posted on 27-7-2012 11:57 AM
Pantai Sengigi
Pualu Gili 3 bijik
Gunung Rinjani

hahaha..cidomo tu memang klasik gilerlah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2012 12:04 PM | Show all posts
melur_30 posted on 30-7-2012 09:35 AM
hahaha..cidomo tu memang klasik gilerlah..

Baru real.... kan ? heheehe

Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2012 04:45 PM | Show all posts
Teringin jugak  nak ke Lombok nie .... tengok keindahan pantai dan Pulau Gili tue. Harap2 bila AA lancarkan destinasi baru ni ... dapatlah bagi harga tiket yang baiiiiiiiiiik punya ! Bila baca pengalaman forumer2 yang dah sampai ke sana , rasanya belanja tak berapa mahal sangat !
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2012 01:44 PM | Show all posts
line Lombok dah buka...malam ni sapa nak jumpa jejaka2 hensome kat lombok boleh start book..rega tak mahal lak tu..cuma tak tahu apa nak buat kat lombok ni...
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2012 02:13 PM | Show all posts
foranz posted on 15-8-2012 01:44 PM
line Lombok dah buka...malam ni sapa nak jumpa jejaka2 hensome kat lombok boleh start book..rega tak ...

macam2 ada kat Lombok nie yang boleh di explore...sekali p mesti rasa nak p lagi dan lagi dan lagi hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2012 10:12 PM | Show all posts
huh..senang lah mat2 lombok nak balik kg. tak yah jakarta lagi.......
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2012 10:55 AM | Show all posts
melur_30 posted on 15-8-2012 02:13 PM
macam2 ada kat Lombok nie yang boleh di explore...sekali p mesti rasa nak p lagi dan lagi dan lagi ...

melur, cer citer apa yg macam macam tu... so far mmg tak berapa pasti apa yg ada kat lombok nih kecuali seascapes lah..
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2012 11:28 AM | Show all posts
adnil posted on 16-8-2012 10:55 AM
melur, cer citer apa yg macam macam tu... so far mmg tak berapa pasti apa yg ada kat lombok nih ke ...

adnil, kat page 2 saya ada share pengalaman saya kat sana..

ini apa yang saya ingatlah, antara wisata yang wajib dikunjungi tanjung ringgit, cemara, pantai syurga, senggigi, kuta, gili (trawangan, air, meno) tanjung aan, pantai malimbu, tetebatu, mount rinjani, taman narmada, sendang gila waterfall, tiu kelep, desa sasak sade, pura batu bolong, masjid bayan beleq...kalau punya ongkos lebih, lanjutkan aje perjalanan ke sumbawa, flores dan sebagainya hehehe.

mengenai makanan pula, memang heavenlah..jgn risau, I'Allah halal sebab majoriti sana muslim..shopping, sana terkenal dengan pearl.so sediakan aje ongkosnya ...

Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2012 11:32 AM | Show all posts
melur_30 posted on 16-8-2012 11:28 AM
adnil, kat page 2 saya ada share pengalaman saya kat sana..

ini apa yang saya ingatlah, antara  ...

mmg dah baca dah... tapi cam tak berapa menerujakan lah... tu yg nak tanya lebih lanjut tu.. sbb ingat nak slot karimunjawa for next year.. but if lombok is better - lagi senang coz direct flight.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2012 08:33 PM | Show all posts
salam...

senang bisa join di forum ni....saya adalah Bali & Lombok Tour guide...kebetulan saya juga dari lombok...boleh share2 info disini siapa mo tanya2 tentang Lombok silahkan...mungkin saya bisa bantu....bner sekali tu kate Bang Melur_30....banyak sekali tempat2 indah di Lombok ap lagi siape yg suka keindahan alam yang masih natural....dan sekarang ada juga tu di Lombok baru ditemukan pantai Pink...lg hot di Indonesia....Bali famous dengan " Pulau seribu Pura/temple " Lombok Famous dengan " Pulau Seribu Masjid " dan semboyan pariwisata international...."Bali ade di Lombok tapi Lombok tidak ade di Bali "....

suka sama crita Bang Melur_30
ni apa yang saya ingatlah, antara wisata yang wajib dikunjungi tanjung ringgit, cemara, pantai syurga, senggigi, kuta, gili (trawangan, air, meno) tanjung aan, pantai malimbu, tetebatu, mount rinjani, taman narmada, sendang gila waterfall, tiu kelep, desa sasak sade, pura batu bolong, masjid bayan beleq...kalau punya ongkos lebih, lanjutkan aje perjalanan ke sumbawa, flores dan sebagainya hehehe.

mengenai makanan pula, memang heavenlah..jgn risau, I'Allah halal sebab majoriti sana muslim..shopping, sana terkenal dengan pearl.so sediakan aje ongkosnya ...
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2012 08:42 AM | Show all posts
Insyaalllah akan ke Lombok next year. Trip mendaki Gunung Rinjani . Akan bersama group yg dah sampai ke puncak  Rinjani pada Julai tahun ini. Dari Lombok akan ke Bali pulak ...
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2012 08:54 AM | Show all posts
jone posted on 5-3-2010 08:14 PM
Cuba call Mas Rizal...dia Supir Bali...ari tu dia ada juga servis Bali-Surabaya-Lombok
+62812469105 ...

siap letak pic g...
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2012 02:41 PM | Show all posts
Pesona posted on 15-11-2012 08:42 AM
Insyaalllah akan ke Lombok next year. Trip mendaki Gunung Rinjani . Akan bersama group yg dah sampai ...


good plan abang....selepas ni...saya telah membawa rombongan "jejak alam adventures" pada bulan September lepas ni...tgl 21 - 26 september, ketua rombongan namanya Mohamed Yusnor....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 08:29 PM GMT+8 , Processed in 1.343096 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list