|
Agaknya bila LPT fasa ke 2 akan siap sepenuhnya ?
[Copy link]
|
|
tngu2... tnggu la sokmo kite nihhh |
|
|
|
|
|
|
|
LPT Fasa II dijangka siap Jun 2012 - Shaziman
Shaziman Abu Mansor (tiga dari kanan) mendengar penerangan sambil diperhatikan Mohd. Sidek Hassan (dua dari kanan) ketika melawat projek LPT fasa II di Gemuruh-Pasir Tinggi dan susur keluar Bukit Payong, semalam
KUALA TERENGGANU 2 Ogos - Projek Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) Fasa II menghubungkan Jabor di Pahang ke Gemuruh, Terengganu sejauh 184 kilometer akan siap sepenuhnya menjelang Jun 2012.
Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor ketika memberikan jaminan itu berkata, Jabatan Kerja Raya (JKR) telah diminta memastikan projek berkenaan siap sepenuhnya dalam tempoh tersebut.
"Kita sasarkan projek keseluruhan (LPT Fasa II) siap Jun 2012, kita minta JKR (Jabatan Kerja Raya) pastikan bagaimana projek ini boleh siap dalam tempoh itu dan pastikan juga ia tak berlaku kelewatan," katanya.
Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan rasmi ke tapak projek LPT Fasa II dari Gemuruh di sini ke Pasir Tinggi sehingga ke susur keluar di Bukit Payong, Marang.
Turut menyertai lawatan itu ialah Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan; Ketua Pengarah Kementerian Kerja Raya, Datuk Seri Ir. Dr. Judin Abdul Karim serta Pengarah JKR Terengganu, Shahawai Awang.
Shaziman memberitahu, kos awal keseluruhan projek LPT Fasa II itu kira-kira RM3.7 bilion namun disebabkan berlaku kenaikan bahan berasaskan petroleum pada tahun 2008 dan 2009, kos tersebut dijangka naik antara 15 peratus hingga 20 peratus.
Menurutnya, projek berkenaan terbahagi kepada dua bahagian pembinaan iaitu sejauh 64 km di bawah tanggungjawab Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) dengan pelaksanaannya oleh MTD Prime Sdn. Bhd. manakala 120 km lagi di bawah seliaan Kementerian Kerja Raya.
Shaziman berkata, beliau dimaklumkan pihak LLM bahawa lembaga berkenaan memberi jaminan untuk menyiapkan projek sejauh 64 km pada Mei tahun depan manakala JKR pula menjelang Jun 2012 nanti, sekali gus siapnya keseluruhan projek LPT Fasa II.
Selain itu katanya, laluan lebuh raya dari Gemuruh ke Bukit Payong dijangka mula dibuka kepada orang ramai penghujung tahun ini manakala laluan dari Bukit Besi, Dungun ke Gemuruh pada Jun tahun depan.
"Kerajaan tak akan kutip bayaran tol sehinggalah seluruh projek ini siap sepenuhnya. Saya telah maklumkan kepada JKR supaya pastikan LPT ini (Fasa II) yang ada 10 persimpangan bertingkat dan dari simpang ini ke pekan berhampiran jalan perlu dinaik taraf.
"Kita nak pemandu selesa, kita tak mahu seolah-olah orang memandu di lebuh raya yang selesa ibarat lima bintang tapi bila masuk jalan susur mereka amat tak selesa," ujarnya.
Dalam perkembangan yang sama, Shaziman turut mengesahkan pihaknya telah menamatkan enam kontraktor melalui 'penamatan bersama' akibat gagal menyiapkan projek yang diamanahkan mengikut jadual.
Buat masa ini jelasnya, tender baru mula dikeluarkan hari ini sebelum ditutup pada penghujung bulan ini bagi membolehkan kerja-kerja pembinaan dilakukan antaranya membabitkan pakej 1A, 1B, 2, 3, 8 dan 9B. |
|
|
|
|
|
|
|
tak sangka KSN turut turun padang skali lawat projek lpt fasa 2 nih.. |
|
|
|
|
|
|
|
Selain itu katanya, laluan lebuh raya dari Gemuruh ke Bukit Payong dijangka mula dibuka kepada orang ramai penghujung tahun ini manakala laluan dari Bukit Besi, Dungun ke Gemuruh pada Jun tahun depan
Mengikut berita 2 Ogos 2010 tu, maknanya laluan Gemuruh ke Bukit Payung tu dah buka dah lah...ke guane Wu, boleh confirm? |
|
|
|
|
|
|
|
dok buka lg la......
tp napok ger siap doh jajaran bkt pyg- gemuruh tu...... |
|
|
|
|
|
|
|
macang mana ni Wu, janji tahon lepah...dok aper, tunggu lagi napok nye |
|
|
|
|
|
|
|
kalu nk lalu bleh je...........tp tanggung risiko sndiri la......rama bederru doh hok lalu sebenonya..... |
|
|
|
|
|
|
|
itulah kalu jadi nape2..kene tanggung la..sebab jalan tu x diwartakan lagi penggunaannya..
tp ramai doh sek2 cikgu berulang ikut jalan tu..
tol wape riyal kek gi? |
|
|
|
|
|
|
|
itulah kalu jadi nape2..kene tanggung la..sebab jalan tu x diwartakan lagi penggunaannya..
tp ramai ...
watachiwa Post at 18-2-2011 11:36
akak dari KL-Ajil, mau sapa 40 riyal kot |
|
|
|
|
|
|
|
ambe rs kalo sekali sekaler bayo 40 riyal untuk mendapat laluan yg selesa dan cepat tidak menjadi halangan.......
kalo hari2 tobak jeng grengg!!! |
|
|
|
|
|
|
|
kalua ri2 pengsang ar..kalu skali2 blk kappung or gallok nok gi KL molek ar.. |
|
|
|
|
|
|
|
ambe rs kalo sekali sekaler bayo 40 riyal untuk mendapat laluan yg selesa dan cepat tidak menjadi ha ...
tuan_wu Post at 20-2-2011 09:09
nasib baik akak setahun 2 -3 kali je kot lalu.......... kalau hari2 mau pitam jugak
so memang tak siap lagi lah ye..... cuti sekoloh bulan 3 nanti ingat nak balik kg..... kena lalu jalan jerangau-jabor lagilah nih |
|
|
|
|
|
|
|
nasib baik akak setahun 2 -3 kali je kot lalu.......... kalau hari2 mau pitam jugak
so ...
Risma Post at 21-2-2011 00:06
jln jerangau jabor teruk wehh......ambe baru lalu ms cuti raya cina aritu.....berlubang lubang dan "berkerangkos"
baik lalu jln pantai la.......selesa....wpun lambat skit psl byk trepik light...... |
|
|
|
|
|
|
|
bandar chukai tu mmg la sgt banyok traffic litenya..tp ade jalan alternatif lalu belakang doh lening..x yah lalu traffic lite byk2 tu |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Risma at 21-2-2011 22:26
bandar chukai tu mmg la sgt banyok traffic litenya..tp ade jalan alternatif lalu belakang doh lening ...
watachiwa Post at 21-2-2011 19:13
ooo ada jalan belakang errkkk............ cam rasa nok lalu jalan nih lah nanti........... sebab nak singgah kat pasaraya makcik kat kemasik ....... lama tak jumpa dia...... |
|
|
|
|
|
|
|
ada kak..aritu masa new year wata blk ade jalan belakang..tp kitorg x gune sebab nok singgoh umah mok sedara masa tu |
|
|
|
|
|
|
|
bandar chukai tu mmg la sgt banyok traffic litenya..tp ade jalan alternatif lalu belakang doh lening ...
watachiwa Post at 21-2-2011 19:13
ikut jln blkg mana.....mok lagam ke.... |
|
|
|
|
|
|
|
ikut jln blkg mana.....mok lagam ke....
tuan_wu Post at 22-2-2011 15:54
dok tahu name nape tempat tu..tp kalu lepas spital ke nape amik simpang kiri tu |
|
|
|
|
|
|
|
dok tahu name nape tempat tu..tp kalu lepas spital ke nape amik simpang kiri tu
watachiwa Post at 22-2-2011 05:02 PM
lalu Ibok, kuar kat kemasik.....
leh napok zoo mini |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|